Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksBahagian Penilaian Dan Sokongan

​​Melaksanakan pengendalian temuduga dan penyediaan kertas kerja bagi mengiskan jawatan dan kertas kerja penyelarasan pengisian jawatan di luar bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Fungsi utama:

1. Pengendalian temuduga termasuk proses penjadualan, mendapatkan wakil Kementerian/Jabatan untuk dijadikan panel (selaku wakil kementerian/jabatan), membuat panggilan kepada calon-calon untuk menghadiri temu duga (menurut tatacara yang berjalan pada masa ini), mendapatkan dan menyemak sijil-sijil calon dan dokumen-dokumen yang berkaitan semasa sesi temu duga dijalankan bagi kegunaan panel penilai temu duga dan menyemak laporan sokongan temu duga bagi memastikan laporan panel penilai adalah lengkap dan teratur sebelum dihadapkan kepada Unit Sokongan.

Unit ini juga bertanggungjawab dalam membuat dan menyediakan Kertas Kerja Cadangan atau kerja-kerja kajian dan penyelidikan yang berkaitan temu duga.

2. Menyediakan kertas kerja bagi sokongan pengisian jawatan perkhidmatan awam melalui pengiklanan jawatan kosong dan kertas kerja penyelarasan bagi  jawatan yang di luar bidangkuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam seperti berikut:

     -          Lantikan
     -          Kenaikan Pangkat
     -          Kenaikan Tanggagaji
     -          Memangku Substantif
     -          Lain-lain hal berkaitan dengan pengisian jawatan
     -          Kertas Permohonan Kementerian/Jabatan
     -          Pegawai bergaji hari bagi dilantik bergaji bulan/jawatan tetap (pengambilan kakitangan melalui Surat Keliling JPM 2/2007)