01.10.2026 | PENYERTAAN PEGAWAI-PEGAWAI PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM DALAM KURSUS KUMPULAN INOVASI DAN KREATIF PERKHIDMATAN AWAM (KIK)

Seramai 20 orang pegawai Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dalam bahagian II dan III telah menyertai kursus Kumpulan Inovasi dan Kreatif Perkhidmatan Awam (KIK) yang diadakan di Institut Perkhidmatan Awam (IPA) pada 28 September 2026 hingga 01 Oktober 2026.

Kursus ini memberikan pendedahan kepada para peserta mengenai alat-alat dan teknik-teknik dalam menyelesaikan masalah dengan membudayakan inovasi di tempat kerja dengan membuat pembaharuan dan penambahbaikan.

Sepanjang kursus, para peserta berpeluang mempelajari pengetahuan baru dan pada masa yang sama dapat menyumbangkan input dan idea dengan aktif serta memperkukuhkan kerja secara berkumpulan yang boleh diterapkan dalam pelaksanaan tugas seharian.

Penyertaan pegawai-pegawai dalam program pembangunan dan peningkatan kompetensi seperti ini mencerminkan komitmen berterusan Pejabat SPA dalam memperkasa sumber manusia serta memastikan penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Disediakan oleh:

Unit Perhubungan Awam,

Bahagian Pengurusan dan Kewangan

 Artikel: Fadhilah | Foto: Mateen