Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
09.11.20 | Kejohanan Bowling Persahabatan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Kejohanan Bowling Persahabatan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Oleh: Unit Perhubungan Awam | Photo: Zulhilmi Bin Sherjawi


Bowling 1.jpg 

Kejohanan bowling antara pegawai dan kakitangan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam diadakan pada malam Sabtu 7hb. November 2020 bertempat di Golden Bowling, Airport Mall. Perlawanan bermula jam 8.00 malam. Kejohanan ini diadakan bagi meningkatkan kemesraan dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pegawai dan kakitangan Pejabat SPA.

Bowling 2.jpg    bowling.jpg

Kejohanan ini terbuka kepada semua Pegawai dan kakitangan serta ahli keluarga Pegawai dan Kakitangan Pejabat SPA. kejohanan diadakan secara individu dimana telah disertai oleh 20 orang peserta lelaki dan 10 orang peserta wanita yang membawa jumlah penyertaan kepada 30 orang peserta. Perlawanan sebanyak 2 pusingan ini dimenangi oleh 3 orang peserta dimana johan bagi perlawanan ini disandang oleh Awang Muhammad Samsul Bahrin bin Haji Serbini dengan mendapat 332 mata dan juga merupakan pemenang terbaik dengan mendapat 8 strike, seterusnya naib juara disandang oleh Haji Rozaly bin Haji Saidon dengan mendapat 277 mata dan seterusnya di tempat ketiga disandang oleh Awang Hayrul Erywan bin Haji Abd. Wahab dengan mendapat 263 mata. 

Hadiah kejohanan berupa piala dan sijil penyertaan disampaikan oleh Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Dayang Hajah Dahliana binti Haji Aliakbar selaku tetamu kehormat kejohanan tersebut. Kejohanan tersebut diakhiri dengan penyamapaian Sijil Penghargaan kepada tetamu kehormat yang disampaikan oleh Awang Ihsan Sabri bin Haji Abd Manap, Pegawai Pentadbir Tingkat Khas, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.




Attachments