Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksBerita

  
Body
  
  

TAKLIMAT BERSAMA PEGAWAI PENGHUBUNG (PoC) – Kali Keenam

Oleh: Wardah Binti Haji Ibrahim

Khamis, 31 Ogos — Bahagian Pengambilan, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam hari ini telah mengadakan taklimat iaitu Taklimat Pemberigaan bagi PoC bertempat di Dewan Ujian, Tingkat II.

Ucapan alu-aluan.png

Ucapan alu-aluan disampaikan oleh Yang Mulia, Penolong Setiausaha, Dayang Hajah Maimunah binti Seruji dan taklimat disampaikan 

oleh Dayang Norefna binti Abdullah dan Dayang Amal Hazirah binti Haji Talip


Taklimat ini diadakan bertujuan untuk memberikan penerangan lebih lanjut kepada Pegawai Penghubung atau Point of Contact (PoC) yang telah dilantik oleh Kementerian dan Jabatan masing-masing serta menjelaskan mengenai tatacara atau langkah-langkah yang perlu dilakukan semasa menerima permohonan dan menghadapkan sokongan kebenaran Ketua Jabatan menggunakan sistem PSCR.

Seramai lebih kurang 20 orang pegawai penghubung serta pengendali proses pengambilan terdiri daripada Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatan di bawahnya seperti Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Radio Televisyen Brunei, Jabatan Perkhidmatan Pengurusan, Jabatan Kehakiman Negara, Jabatan Penerangan, Jabatan Percetakan Kerajaan, Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Pusat Kebangsaan E-Kerajaan, Jabatan Penyelidikan Brunei, Jabatan Tenaga dan Perindustrian – Badan Kemajuan Industri Brunei (BINA).

Pegawai Penghubung yang hadir mendengarkan taklimat tersebut.jpg

Pegawai Penghubung yang hadir mendengarkan taklimat tersebut

Sesi konsultasi bersama Pegawai Penghubung.jpg

Sesi konsultasi bersama Pegawai Penghubung


Taklimat hari ini dimulakan dengan bacaan surah Al-fatihah yang dipimpin oleh Awang Suhaibul bin Haji Ahmad, Penolong Pegawai Kerja Tingkat I dan diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Penolong Setiausaha, Dayang Hajah Maimunah binti Seruji.

Sesi taklimat pertama telah disampaikan oleh Dayang Norefna binti Abdullah, Pegawai Kerja daripada Unit Perakuan Bahagian Pengambilan dan manakala, taklimat kedua pula disampaikan oleh Dayang Amal Hazirah binti Haji Talip, Pegawai Kerja, Unit Iklan Bahagian Pengambilan.

Di akhir majlis taklimat ini juga telah diadakan sesi konsultasi bersama Unit-unit di bawah kawalan Bahagian Pengambilan iaitu dari Unit Iklan, Unit Perakuan atau shortlisting, Unit Penilaian yang merangkumi proses ujian dan proses temu duga dan akhir sekali dari Unit Kertas Kerja yang akan menyentuh mengenai proses pengambilan Gaji Hari ke Gaji Bulan.

 

Latest News
  

TAKLIMAT PEMBERIGAAN BAGI POC – Kali Kelima

Oleh: Wardah binti Haji Ibrahim


Rabu, 30 Ogos – Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam melalui Bahagian Pengambilan hari ini telah mengadakan Taklimat Pemberigaan PoC di Dewan Ujian, Tingkat II, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Gambar 1.png

Surah Al Fatihah diketuai oleh Awang Suhaibul bin Haji Ahmad,

manakala ucapan alu-aluan disampaikan oleh Yang Mulia, Penolong Setiausaha, Dayang Hajah Maimunah binti Seruji 

dan taklimat disampaikan oleh Dayang Norefna binti Abdullah dan Dayang Amal Hazirah binti Haji Talip


Majlis telah dimulai dengan bacaan surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Awang Suhaibul bin Haji Ahmad dan seterusnya ucapan alu-aluan daripada Penolong Setiausaha, Dayang Hajah Maimunah binti Seruji.

 Manakala, taklimat ini telah disampaikan oleh Dayang Norefna binti Abdullah, Pegawai Kerja, Unit Perakuan Bahagian Pengambilan dan seterusnya Dayang Amal Hazirah binti Haji Talip, Pegawai Kerja, Unit Iklan Bahagian Pengambilan.

Seramai 25 orang pegawai penghubung serta pengendali proses pengambilan terdiri daripada Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Adat Istiadat Negara, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Polis Diraja Brunei, Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi.

Pegawai Penghubung yang hadir mendengarkan taklimat tersebut.jpg

Pegawai Penghubung yang hadir mendengarkan taklimat tersebut


Taklimat ini diadakan bertujuan untuk memberikan penerangan lebih lanjut kepada Pegawai Penghubung atau Point of Contact (PoC) yang telah dilantik oleh Kementerian dan Jabatan masing-masing serta menjelaskan mengenai tatacara atau langkah-langkah yang perlu dilakukan semasa menerima permohonan dan menghadapkan sokongan kebenaran Ketua Jabatan menggunakan sistem PSCR. 

Taklimat ini kemudiannya berakhir dengan sesi soal jawab dan konsultasi bersama unit–unit di bawah Bahagian Pengambilan.

Pegawai Penghubung yang hadir mendengarkan taklimat tersebut lelaki.jpg

Pegawai Penghubung yang hadir mendengarkan taklimat tersebut

Sesi konsultasi bersama Pegawai Penghubung.jpg

Sesi konsultasi bersama Pegawai Penghubung

Latest News
  

Kemeriahan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam 2018

Oleh: Wardah binti Haji Ibrahim

Sabtu, 30 Jun - Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam hari ini telah sama-sama berkongsi kegembiraan untuk meraikan Aidilfitri.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di The Rizqun International Hotel, secara tidak langsung mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara pegawai-pegawai dan kakitangan yang telah sama-sama hadir bagi turut memeriahkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri.

01.jpg

Majlis dimulakan dengan penyampaian cenderahati yang telah disempurnakan oleh Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Abu Bakar bin Pengiran Seri Indera Pengiran Haji Ismail, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam kepada pegawai-pegawai dan kakitangan yang telah bersara serta yang berpindah dan naik pangkat.

02.jpg

Penerima cenderahati bagi pegawai-pegawai dan kakitangan yang telah bersara ialah Awg Haji Mohd Adnan bin Haji Abdul Hamid; Hjh Fatimah binti Ahmad; Dyg Syarifah Taisah binti Sheikh Hj Ibrahim; Dyg Hjh Kaipdah binti Hj Baha; Dyg Hjh Ramlah binti Haji Ja’afar; Dyg Hjh Zanah binti Hj Sulaiman dan Dyg Hjh Hazlina binti Abdullah Anja.

Manakala penerima cenderahati bagi kakitangan yang berpindah/ naik pangkat ialah Awg Mohammad Yassin bin Haji Ahmed; Awg Mahadi bin Awg Mail; Awg Izwan bin Ismail, Dyg Hjh Nadiah binti Haji Sulaiman; Dyg Siti Nor Diyana binti Haji Bujang; Awg Mohd. Firdaus Mui’nuddin Syah bin Haji Mustafa; Dyg Hjh Nur afifah Syuhaidah binti Haji Ahmad; Dyg Siti Nur Nazirah binti Haji Mat Diris; Dyg Nur Faezah Binti Ali Othman; Awg Muhammad Noor Alinee @Habiibullah bin Haji Abu Bakar dan Awg Ghalib bin Hamid.

Warna-warni Majlis tersebut turut diserikan lagi dengan pelbagai acara yang berlangsung antaranya Tayangan Persembahan Video Hari Raya dari pegawai-pegawai dan kakitangan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam; Pertandingan Nyanyian dan Pertandingan Dekorasi antara bahagian-bahagian; Peraduan Meneka Barang Rahsia; cabutan bertuah dan sebagainya.

Juara bagi acara Pertandingan Nyanyian antara bahagian-bahagian ialah Bahagian Pengambilan. Tempat kedua, Ketiga dan Saguhati masing-masing dimenangi oleh Bahagian Pentadbiran dan Kewangan; Bahagian Perkhidmatan dan Bahagian Mesyuarat dan Tatatertib. Hadiah telah disampaikan oleh Yang Mulia Dato Paduka Awg Hj Md. Said bin Pehin Orang Kaya Pekerma Setia Dato Paduka Haji Hashim, Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

03.JPG

Bagi acara Pertandingan Dekorasi antara bahagian-bahagian, juara disandang oleh B ahagian Perkhidmatan.  Manakala, Tempat Kedua, Ketiga dan Saguhati masing-masing dimenangi oleh Bahagian Mesyuarat dan Tatatertib; Bahagian Perkhidmatan dan Bahagian Pentadbiran dan Kewangan. Hadiah telah disampaikan oleh Yang Mulia Dato Paduka Haji Mohd Daud bin Haji Mahmud, Pemangku Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

04.jpg

Suasana sambutan hari raya kali ini semakin meriah dengan penyampaian Anugerah Pekerja Cemerlang. Dua orang penerima anugerah ini ialah Dyg Abibah binti Mumin/ Momin, Kerani di Bahagian Pengambilan dan Pengiran Md Nur Ashraf bin Pengiran Hj Morni, Pembantu Pejabat di Bahagian Perkhidmatan. Penyampaian anugerah tersebut telah disempurnakan oleh Yang Mulia Hajah Dahliana binti Haji Aliakbar, Pemangku Setiausaha.

05.jpg06.jpg

Satu Gameshow iaitu meneka barang rahsia juga diadakan bagi menambahkan lagi kemeriahan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini. Pemenang bagi acara ini ialah Awg Hazwan bin Tamin daripada Bahagian Pengambilan. Hadiah disampaikan oleh Yang Mulia Dato Paduka Awg Haji Mahadi bin Haji Ibrahim, Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

07.jpg

Acara kemuncak pada malam itu ialah dua cabutan bertuah (Grand Draw); cabutan Grand Draw yang pertama berjaya diperolehi oleh Dyg Nur Afidah binti Md Ghafar daripada Bahagian Pentadbiran dan Kewangan. Beliau telah membawa balik sebuah televisyen LCD berjenama Matrix sebesar 40 inci.

Manakala cabutan Grand Draw yang kedua berjaya diperolehi oleh Dyg Hjh Ezatul Aqidah binti Haji Serudin daripada Bahagian Mesyuarat dan Tatatertib. Beliau telah membawa balik sebuah televisyen LCD berjenama Sharp sebesar 40 inci.

Penyampaian kedua-dua hadiah Grand Draw tersebut telah disempurnakan oleh Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Abu Bakar bin Pengiran Seri Indera Pengiran Haji Ismail, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Selain dari merapatkan hubungan silaturrahim, majlis yang dihadiri lebih 150 orang pegawai-pegawai dan kakitangan serta ahli keluarga mereka adalah salah satu acara tahunan yang dikelolakan oleh Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk meraikan sumbangan masa serta tenaga pegawai-pegawai dan kakitangan pejabat ini.

Latest News
  

BENGKEL PROGRAM WAH KALI KE-4 PEJABAT SPA

Oleh: Wardah Binti Haji Ibrahim | Photo: Hayrul Erywan bin Hj Abd Wahab

wah01.png

Khamis, 30 Januari, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam di bawah Jabatan Perdana Menteri hari ni telah mengendalikan program Workplace and Health (WAH!) bertempat di tingkat 2, Dewan Ujian Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Adapun program ini adalah merupakan salah satu komponen Public Partnership (PPP) di antara Kementerian Kesihatan dan Gleneagles JPMC Sendirian Berhad.

wah04.png

Program WAH juga adalah program kolaborasi Private Public Partnership (PPP) diantara Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesiahtan dan Gleneagles JPMC bagi menggalakkan tempat kerja untuk menyediakan persekitaran dan tindakan yang menyokong pekerja untuk menjadi lebih aktif, mengamalkan pemakanan sihat, bebas dari rokok dan mempunyai kesejahteraan mental yang baik.  Ia turut bertujuan untuk mengukuhkan program gaya hidup sihat di tempat kerja, iaitu "Workplace Health Promotion Programme (WHPP)" di semua Kementerian menjelang akhir tahun 2021. 

Manfaat yang akan diperolehi dari Program WAH ini adalah pertama, bagi meningkatkan dan memperluaskan lagi pengetahuan dan kecekapan mengenai gaya hidup sihat khususnya di tempat kerja; dan juga mempromosi kegiatan fizikal untuk mengekalkan berat badan yang sihat dan menyumbang kepada kesejahteraan yang positif.

wah03.png

Program WAH ini merangkumi beberapa komponen seperti sesi pemeriksaan dan pemantauan kesihatan fizikal, khususnya bagi pemantauan tekanan darah dan Indeks Jisim Badan (Body Mass Index); Sesi pendidikan kesihatan melalui beberapa buah bengkel mengenai risiko penyakit tidak berjangkit termasuk penyakit jantung, amalan pemakanan sihat, asas senaman dan kegiatan fizikal, bahaya merokok dan langkah-langkah berhenti merokok serta langkah-langkah menangani stres; dan Sesi senaman berkumpulan selepas waktu bekerja secara percuma setiap minggu yang diketuai oleh studio kecergasan.  

Bengkel tersebut dimulakan dengan pendaftaran bagi Pegawai dan Kakitangan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang turut serta di dalam bengkel berkenaan dan diteruskan lagi dengan pemeriksaan asas kesihatan seperti pemantauan tekanan darah dan Indeks Jisim Badan (Body Mass Index).

wah02.png

Di samping itu, bengkel ini juga menganjurkan taklimat yang disampaikan oleh Yang Mulia Dr. Muhammad Nirwan bin Muhammad Nasir, Simvolus Consultacy. Antara tajuk taklimat yang beliau smpaikan ialah Cardiovascular risk factor; Basics of nutrition and healthy eating; Basics of exercise and healthy living dan terakhir, Is stress is bad for you?.

Bengkel kemudiannya disudahi dengan sambungan pemeriksaan asas kesihatan sehingga selesai.

Latest News
  

SMARTER BRUNEI TERIMA SUMBANGAN HASIL KUTIPAN RIADAH AMAL HARI PERKHIDMATAN AWAM KALI KE 25

Oleh:Wardah Binti Haji Ibrahim

01png.png

Khamis, 29 November— SMARTER Brunei telah menerima sumbangan berjumlah BND $8,851, hasil kutipan daripada Riadah Amal Hari Perkhidmatan Awam 2018 anjuran Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Institut Perkhidmatan Awam dan Jabatan Belia dan Sukan hari ini.

Majlis penyerahan hasil kutipan sumbangan berkenaan berlangsung di Pusat E.D.G.E Smarter Brunei, Kg Mata-Mata.

Hasil kutipan sumbangan tersebut diserahkan oleh Yang Mulia Awg Hayrul Erywan bin Haji Abdul Wahab, wakil daripada Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan diterima oleh Yang Mulia Malai Haji Abdullah bin Malai Haji Othman, Presiden SMARTER Brunei.

02smarter.jpg

Turut hadir daripada Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ialah  Awang Azizul bin Serbini.

Adapun SMARTER Brunei merupakan salah satu pertubuhan bukan keuntungan yang dijalankan oleh para ibu bapa dan ahli keluarga individu yang menghidap autisme.

Latest News
  

TENDER-PABX SPA WEBSITE-01 (1).jpg  

CADANGAN DAN SEBUT HARGA BAGI PEMERIKSAAN, PEMBAIKAN DAN PENUKARAN PENDAWAIAN TELEFON SERTA PABX DI BANGUNAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM.
Tempat mengambil dan mengembalikan borang penyertaan / syarat-syarat penyertaan dan pembayaran yuran tawaran adalah seperti berikut:
Bahagian Pengurusan dan Kewangan, Tingkat I, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Jalan Lapangan Terbang Lama Berakas,
Negara Brunei Darussalam
 
Sebarang pertanyaan sila email ke bpk.spa@spa.gov.bn


Latest News
  

Warga Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam menyertai

Taklimat Akta Rahsia Rasmi

Oleh: Norefna Binti Abdullah | Photo: Norazedah binti Sani

30 September 2020 - Seramai 17 orang warga Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang baru berkhidmat mendengarkan Taklimat mengenai Akta Rahsia Rasmi, Penggal 153 (Kerahsiaan dan Keselamatan Kerajaan) pada 29hb September 2020, hari Selasa.

 TAKLIMAT_KDN_1 (1).jpg

Taklimat berkenaan telah di sampaikan oleh Dayang Rafidah binti Mohammad, Penolong Pegawai Staf Tingkat 1 dari Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Jabatan Perdana Menteri yang mana di adakan pada sebelah pagi di Bilik Mesyuarat Tingkat 1, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

 TAKLIMAT_KDN_2.jpg

Tujuan taklimat ini diadakan adalah bagi melahirkan warga Perkhidmatan Awam yang amanah, berintegriti dan cekap dalam menjalankan tugas harian di bahagian atau unit masing-masing. Disamping itu, peserta taklimat juga diharapkan agar akan sentiasa menjalankan tugasan dengan menjaga kerahsiaan dan pengendalian dokumen-dokumen sulit di dalam Pejabat.

 

Unit Perhubungan Awam

Bahagian Pengurusan dan Kewangan

 


Latest News
  

KEMERIAHAN SAMBUTAN AIDILFITRI PEJABAT SPA 2019

Oleh: Wardah binti Haji Ibrahim | Photo:Mohammad Samsul Bahrin bin Hj Sarbini

DSC_0293.JPG

Sabtu, 29 Jun - Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam hari ini telah sama-sama berkongsi kegembiraan untuk meraikan Aidilfitri.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di Hua Ho Manggis Mall Ballroom, secara tidak langsung mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara pegawai-pegawai dan kakitangan yang telah sama-sama hadir bagi turut memeriahkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Majlis dimulakan dengan penyampaian cenderahati yang telah disempurnakan oleh Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Abu Bakar bin Pengiran Seri Indera Pengiran Haji Ismail, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam kepada pegawai-pegawai dan kakitangan yang telah bersara serta yang berpindah dan naik pangkat.

Penerima cenderahati bagi pegawai-pegawai dan kakitangan yang telah bersara ialah Dayang Mahani binti Abdul Rahman.

DSC_0248.JPG

Manakala penerima cenderahati bagi kakitangan yang berpindah/ naik pangkat ialah Dayang Hasliana binti Haji Hashim; Awang Muhammad Nur Haziq bin Junaidi; Awang Muhammad Nur Alif bin Julaihi; Awang Mohamad Fadhli bin Mazlan; Awang Muhammad Afiq bin Mahali; Haji Akmal Asyraf @ Haji Muhammad Akmal Asyraf bin Haji Yussof; Dayang Norriah binti Haji Basman; Dayang Fatin Naqibah binti Aji dan Dayang Norhazimah binti Haji Abu Bakar.

DSC_0259.JPGDSC_0262.JPG

Warna-warni Majlis tersebut turut diserikan lagi dengan pelbagai acara yang berlangsung antaranya Tayangan Persembahan Video Clip Hari Raya dan Tayangan Video dari pegawai-pegawai dan kakitangan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam; Pertandingan Nyanyian Individu/ Duet dan Pertandingan Menganyam Ketupat; Peraduan Meneka Barang; cabutan bertuah dan sebagainya.

DSC_0278.JPG

Juara bagi acara Pertandingan Nyanyian Individu /Duet antara bahagian-bahagian ialah Yang Mulia Awg Hayrul Erywan bin Abdul Wahab dan Dayang Noraimah binti  Haji Metassim daripada Bahagian Pentadbiran dan Kewangan. Manakala, naib juara, tempat ketiga dan saguhati pula masing-masing dimenangi oleh Dayang Siti Naquiah binti Mayalim/ Mayalin daripada Bahagian Pengambilan; Yang Mulia Awang Zulfadhli bin Haji Kassim dan Dayang Muna Adybah binti Md.Hilmy; Yang Mulia Awang Haji Abdul Haris bin Haji Kassim.

Hadiah telah disampaikan oleh Yang Mulia Dato Paduka Awg Hj Mahadi bin Hj Ibrahim, Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

01raya19.jpg

Bagi kedua-dua acara Pertandingan Menganyam Ketupat dan Best Dresser bagi perempuan (perseorangan), juara telah berjaya disandang oleh Yang Mulia Dayangku Hasmaranah Binti Pengiran Hassan daripada Bahagian Pengambilan.

Manakala pemenang Best Dresser bagi Lelaki (Perseorangan) di sandang oleh Yang Mulia Awang Amirul Syafii bin Hamdani daripada Bahagian Mesyuarat dan Tatatertib.

Hadiah telah disampaikan Yang Mulia Dr Awang Haji Sablee Bin Haji Aspar, Pegawai Tugas-Tugas Khas.

DSC_0337.JPGDSC_0348.JPG

 Suasana sambutan hari raya kali ini semakin meriah dengan penyampaian Anugerah Pekerja Cemerlang. Dua orang penerima anugerah ini ialah Yang Mulia Awang Mohammad Rino Bin Mohd Daud, Penolong Pegawai Kerja Tingkat II dan Yang Mulia Dayang Norainah Binti Ghani, Kerani. Kedua-duanya daripada Bahagian Pengambilan.

Pengumuman Anugerah Pekerja Cemerlang telah disampaikan oleh Yang Mulia Dk Hjh Siti Rogayah binti Pg Hj Idris, Pegawai Pentadbir Tingkat I. Manakala, Penyampaian anugerah tersebut telah disempurnakan oleh Yang Mulia Hajah Dahliana binti Haji Aliakbar, Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

DSC_0327.JPGDSC_0331.JPG

Acara paling cepat mengisi Top Up Easi dan Pcsb juga telah berjaya memeriahkan lagi suasana sambutan hari raya tersebut di samping acara cabutan bertuah sebanyak 5 pusingan.

Acara kemuncak pada malam itu ialah pusingan terakhir bagi 10 cabutan bertuah yang istimewa. Selain dari merapatkan hubungan silaturrahim, Hadiah telah disampaikan oleh Yang Mulia Dato Paduka Awg Hj Mahadi bin Hj Ibrahim, Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

majlis yang dihadiri lebih 150 orang pegawai-pegawai dan kakitangan serta ahli keluarga mereka adalah salah satu acara tahunan yang dikelolakan oleh Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk meraikan sumbangan masa serta tenaga pegawai-pegawai dan kakitangan pejabat ini.

DSC_0296.JPGDSC_0310.JPG

Latest News
  

MAJLIS DOA KESYUKURAN, MEMBACA SURAH YAASIN DAN SOLAT FARDHU ASAR BERJEMAAH SEMPENA HPA KALI KE 26

Oleh:Wardah Binti Haji Ibrahim

01yasinTahlil HPA.png

Khamis, 28 September — Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam hari ini telah turut sama-sama menghadiri Majlis Doa Kesyukuran, Membaca Surah Yaasin Dan Solat Fardhu Asar Berjemaah sempena Hari Perkhidmatan Awam kali ke 26, Tahun 2019 bertempat di Masjid Ash-Saliheen, Kompleks Jabatan Perdana Menteri.

Antara yang hadir bagi menyemarakkan majlis, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Tertinggi Sambutan HPA Kali Ke-26; dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah.

 

Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Asar Berjemaah, diimamkan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Murni bin Haji Nayan.

 

Acara pada petang itu, diikuti dengan Bacaan Surah Yaa Siin dan bacaan Doa Khas sempena HPA.

 

Turut hadir, Setiausaha-setiausaha Tetap, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-ketua Jabatan, Pegawai-pegawai Kanan dan kakitangan Perkhidmatan Awam Kerajaan.

  

HPA diraikan pada setiap 29 September, setiap tahun, sebagai usaha memperkukuhkan nilai-nilai budaya kualiti dalam perkhidmatan awam, memberikan pengiktirafan dan memperbaharui komitmen seluruh anggota perkhidmatan awam di negara ini.

 

Ia juga adalah sebagai penghargaan kepada mereka sebagai nadi penggerak urus tadbir kementerian dalam melaksanakan 'core business' yang dipertanggungjawabkan.

Latest News
  

MAJLIS DOA KESYUKURAN, MEMBACA SURAH YAASIN DAN SOLAT FARDHU ASAR BERJEMAAH SEMPENA HARI PERKHIDMATAN AWAM KALI KE 24, TAHUN 2017

Oleh:Wardah Binti Haji Ibrahim

Majlis Doa Kesyukuran HPA 1.jpgMajlis Doa Kesyukuran HPA 2.jpg

Khamis, 28 September — Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam hari ini telah turut sama-sama menghadiri Majlis Doa Kesyukuran, Membaca Surah Yaasin Dan Solat Fardhu Asar Berjemaah sempena Hari Perkhidmatan Awam kali ke 24, Tahun 2017 bertempat di Masjid Ash-Saliheen, Kompleks Jabatan Perdana Menteri.

Majlis dimulakan dengan Solat Fardhu Asar berjemaah yang diimamkan oleh Yang Mulia Awang Anuar bin Haji Salim, Pengawai Hal Ehwal Masjid selaku Ketua Imam dan seterusnya diikuti dengan Bacaan Surah Yaasin dan Doa Kesyukuran Khas Hari Perkhidmatan Awam.

Turut hadir ke Majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap (Hal Ehwal Korporat dan Pentadbiran Awam) Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Perkhidmatan Awam Kali Ke-24 dan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Abu Bakar bin Pengiran Seri Indera Pengiran Haji Ismail, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai dan kakitangan kerajaan.


Latest News
  

MAJLIS DOA KESYUKURAN, MEMBACA SURAH YAASIN DAN SOLAT FARDHU ASAR BERJEMAAH SEMPENA HARI PERKHIDMATAN AWAM KALI KE 25, TAHUN 2018

Oleh:Wardah Binti Haji Ibrahim

doaHPA03.JPG

Khamis, 27 September — Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam hari ini telah turut sama-sama menghadiri Majlis Doa Kesyukuran, Membaca Surah Yaasin Dan Solat Fardhu Asar Berjemaah sempena Hari Perkhidmatan Awam kali ke 25, Tahun 2018 bertempat di Masjid Ash-Saliheen, Kompleks Jabatan Perdana Menteri.

Hadir ke majlis tersebut ialah Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Abu Bakar bin Pengiran Seri Indera Pengiran Haji Ismail, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam selaku pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan HPA ke-25; Setiausaha Tetap; Timbalan Setiausaha Tetap; Ketua Jabatan; Pegawai Kanan; Pegawai Dan Kakitangan dalam Perkhidmatan Awam.

Manakala, Doa Kesyukuran Khas sempena Hari Perkhidmatan Awam dibacakan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Ash-Shaliheen, Awang Anuar bin Haji Salim.

04.jpg

Latest News
  

MAJLIS PENGHARGAAN KONVENSYEN KUMPULAN KERJA CEMERLANG JABATAN PERDANA  MENTERI DI PERINGKAT KEMENTERIAN BAGI TAHUN 2017

Oleh: Wardah Binti Haji Ibrahim

KKC.jpg

Wakil Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bersama Tetamu Kehormat Majlis Semasa Sesi Bergambar Ramai.

Khamis, 27 Julai – Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam hari ini telah sama-sama hadir ke Majlis Penghargaan Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang Jabatan Perdana Menteri di Peringkat Kementerian Bagi Tahun 2017 yang berlangsung di Dewan Bankuet Jabatan Perdana Menteri, Jalan Perdana Menteri.

Majlis penghargaan ini adalah kesinambungan daripada pembentangan-pembentangan yang telah disampaikan oleh wakil daripada Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam pada hari Isnin (24 Julai 2017) dan Selasa (25 Julai 2017) yang lepas.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Awg Haji Nazmi bin Haji Mohamad, Setiausaha Tetap Hal Ehwal Korporat dan Pentadbiran Awam yang juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Pandu Kumpulan Kerja Cemerlang Jabatan Perdana  Menteri di Peringkat Kementerian.

KKC(1).png

Wakil Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Yang Membuat Pembentangan Pada Hari Isnin (Kumpulan JAWHARA)

KKC(2).png

Wakil Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Yang Membuat Pembentangan Pada Hari Isnin (Kumpulan JAWHARA)

Di dalam majlis tersebut juga telah diumumkan 3 buah pasukan yang terpilih bagi mewakili Jabatan Perdana Menteri untuk bertanding ke Majlis Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang di Peringkat Kebangsaan Kali ke–20, tahun 2017 iaitu daripada Jabatan Audit, Jabatan Radio Televisyen Brunei dan Jabatan Perkhidmatan Awam.

Dengan adanya majlis seperti ini diharap akan dapat mendorong semangat para peserta bagi memperbaiki dan meningkatkan lagi mutu kerja, kecekapan bekerja, meningkatkan keberkesanan bekerja dan produktiviti atau daya pengeluaran kerja.

Latest News
  

PEJABAT SPA ADAKAN MAJLIS SAMBUTAN ISRA' MI'RAJ DAN BERTAHLIL

Oleh:Wardah Binti Haji Ibrahim | Photo:Mohammad Samsul Bahrin bin Hj Sarbini

DSC_0113.JPG

SABTU, 27 April - Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam hari ini telah turut sama-sama hadir dan  mengungkayahkan Majlis Sambutan Isra' Mi'raj Dan Majlis Bertahlil Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bagi Tahun 1440/ 2019 berlangsung di Dewan Ujian, Tingkat II, Bangunan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Awang Haji Abu Bakar bin Pengiran Seri Indera Pengiran Haji Ismail.

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi, Yang Mulia Dato Paduka Haji Matassan bin Haji Mohd Daud dan Pemangku Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Yang Mulia Pengiran Hajah Sarimah binti Pengiran Haji Metali.

Juga hadir di majlis tersebut ialah Ahli-Ahli Mesyuarat Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Pegawai Tugas- Tugas Khas, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai serta Kakitangan.

Majlis  dimulakan dengan bacaan Ummul Al-Quran yang dibaca kan oleh Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Kasim bin Haji Lamat, Pegawai Tugas-Tugas Khas Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

DSC_0109.JPG

Majlis diteruskan dengan Ceramah Khas yang disampaikan oleh Penceramah Undangan yang didatangkan daripada Pusat Dakwah Islamiah, Ustaz Haji Fansuri Sharimi @ Mansur bin Mohamad Ali, Pegawai Perkembangan Ugama yang antara lain mengetengahkan ceramah mengenai 'Menghalusi Sembahyang'.

Ustaz Haji Fansuri Sharimi @ Mansur bin Mohamad Ali seterusnya mengetuai Acara Bertahlil yang diniatkan pahalanya bagi ibu bapa, kaum keluarga dan rakan-rakan sejawat yang lebih dahulu dijemput oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Aktiviti keagamaan ini adalah merupakan aktiviti tahunan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dalam rangka bagi sama-sama mendapat keberkatan dan redha Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

DSC_0103.JPGDSC_0114.JPG

Latest News
  

SPA WEBSITE TENDER SBH 01.jpg

PEMOTONGAN POKOK DI BAHAGIAN BELAKANG

BANGUNAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

Tempat mengambil dan mengembalikan borang penyertaan / syarat-syarat penyertaan dan pembayaran yuran tawaran adalah seperti berikut:

Bahagian Pengurusan dan Kewangan, Tingkat I, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Jalan Lapangan Terbang Lama Berakas,

Negara Brunei Darussalam

Sebarang pertanyaan sila email ke bpk.spa@spa.gov.bn

 


Latest News
  

PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS SISTEM BAHASA MELAYU

Oleh: Unit Perhubungan Awam | Photo:  Dy. Siti Norazidah Binti Md. Said

Seramai 24 orang warga Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam menghadiri Kursus Sistem Bahasa Melayu yang diadakan selama 2 hari iaitu bermula pada hari Khamis, 25 Februari 2021 dan berakhir pada hari Sabtu, 27 Februari 2021 bertempat di Tingkat 4, Bangunan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. 

Kursus Sistem BM 1.JPG    Kursus Sistem BM 3.JPG  

Kursus berkenaan telah disampaikan oleh Dayang Hajah Norati binti Bakar, Pegawai Bahasa dari Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Selain pengajaran yang disampaikan, peserta kursus juga diberikan tugasan dan pembentangan secara berkumpulan dalam mempamerkan ilmu yang telah dipelajari sepanjang kursus dijalankan.

DSC_0087_NEW-01.jpg

Pada hari terakhir kursus, sijil-sijil penyertaan telah disampaikan oleh Awang Mohamad Riaz bin Haji Mohd Amin /Amin, Pemangku Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam kepada kesemua peserta-peserta kursus. 

Tujuan kursus ini diadakan adalah bagi memperkasakan dan memperkayakan lagi penggunaan  Bahasa Melayu dikalangan warga Pejabat SPA terutama sekali dalam menjalankan tugas seharian.


Latest News
  


Image.jpeg


SEBUT HARGA PEMBAIKAN DAN PENGUBAHSUAIAN DI KAWASAN WING B, TINGKAT 4 BANGUNAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

Tempat mengambil dan mengembalikan borang penyertaan / syarat-syarat penyertaan dan pembayaran yuran tawaran adalah seperti berikut:
Bahagian Pengurusan dan Kewangan, Tingkat I, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Jalan Lapangan Terbang Lama Berakas,
Negara Brunei Darussalam

Sebarang pertanyaan sila email ke bpk.spa@spa.gov.bn





Latest News
  

Tajuk

Video

Tatacara dalam menyemak kedudukan permohonan jawatan kosong dan penjadualan bagi Ujian dan Temu duga

Klik Disini


Latest News
  

​​

​​

Tajuk

Video

Tatacara dalam melengkapkan profil di portal PSCR 2.0

Klik Disini



Latest News
  

MAJLIS BERTAHLIL DI KUBAH MAKAM DIRAJA SEMPENA HARI PERKHIDMATAN AWAM KE 26

Oleh:Wardah Binti Haji Ibrahim

02tahlilMakan19.png

Khamis, 26 September — Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam hari ini telah turut sama-sama menghadiri Majlis bertahlil bertempat di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong.

Majlis bertahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman ini diadakan sempena dengan Sambutan Hari Perkhidmatan Awam kali ke 26 pada tahun ini.

Bersempena dengan Sambutan Hari Perkhidmatan Awam (HPA) Ke-26 Tahun, Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri telah menganjurkan Majlis Bertahlil bertempat di Kubah Makam Diraja, Jalan Kubah Makam Diraja, di sini.

Antara yang hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Tertinggi HPA Ke-26.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan bacaan Tahlil dan seterusnya Doa Tahlil yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Ahmad Syafiq bin Haji Osman.

Turut hadir, Setiausaha-setiausaha Tetap, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-ketua Jabatan, pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan.

Majlis Bertahlil ini merupakan sebahagian daripada kegiatan keagamaan bersempena dengan Sambutan Hari Perkhidmatan Awam.

01tahlilMakan19.png

Latest News
  

MAJLIS BERTAHLIL DI KUBAH MAKAM DIRAJA SEMPENA HARI PERKHIDMATAN AWAM KE 25, TAHUN 2018.

Oleh:Wardah Binti Haji Ibrahim

tahlilHPA.jpg

Rabu, 26 September — Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam hari ini telah turut sama-sama menghadiri Majlis bertahlil bertempat di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong.

Majlis bertahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit ini diadakan sempena dengan Sambutan Hari Perkhidmatan Awam kali ke 25 pada tahun ini.

Hadir ke majlis tersebut ialah Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Abu Bakar bin Pengiran Seri Indera Pengiran Haji Ismail selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Kali Ke-25, tahun 2018, Awang Haji Roslan bin Haji Taja'ah; Setiausaha-setiausaha Tetap, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-ketua Jabatan, Pegawai-pegawai Kanan, pegawai dan kakitangan kerajaan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dipimpin oleh Pegawai Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Mudim Haji Metassim bin Haji Metussin dan diikuti dengan bacaan Tahlil dan Doa Tahlil.

Majlis Bertahlil ini merupakan sebahagian daripada kegiatan keagamaan bersempena dengan Sambutan Hari Perkhidmatan Awam.

Latest News
  

MAJLIS BERTAHLIL DI KUBAH MAKAM DIRAJA SEMPENA HARI PERKHIDMATAN AWAM KE 24, TAHUN 2017.

Oleh: Wardah Binti Haji Ibrahim

Majlis Tahlil.jpg

Selasa, 26 September — Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam hari ini telah turut sama-sama menghadiri Majlis bertahlil bertempat di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong.

Majlis bertahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit ini diadakan sempena dengan Sambutan Hari Perkhidmatan Awam kali ke 24 pada tahun ini.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, seterusnya bacaan Surah Yaasin dan Doa Tahlil, dipimpin oleh Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hafizzudin bin Pengiran Haji Bakar, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Ketua Imam Masjid Kampong Belimbing Subok.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad, Setiausaha Tetap Hal Ehwal Korporat dan Pentadbiran Awam, Jabatan Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari Perkhidmatan Awam kali Ke-24, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, pegawai dan kakitangan kerajaan.

Majlis Bertahlil ini merupakan sebahagian daripada kegiatan keagamaan bersempena dengan Sambutan Hari Perkhidmatan Awam.



Tahlil 1.jpg
Tahlil 2.jpg
      

Pegawai dan kakitangan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang turut hadir pada majlis tersebut


Latest News
  

IKLAN TAWARAN BILANGAN SPA_BPK_SBH_02_2023.jpeg

SEBUT HARGA PERMOHONAN BAGI MEMBEKALKAN MESIN PERINCHI (HEAVY DUTY SHREDDER MACHINE) DI BANGUNAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

Tempat mengambil dan mengembalikan borang penyertaan / syarat-syarat penyertaan dan pembayaran yuran tawaran adalah seperti berikut:

Bahagian Pengurusan dan Kewangan, Tingkat I, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Jalan Lapangan Terbang Lama Berakas,

Negara Brunei Darussalam

Sebarang pertanyaan sila email ke bpk.spa@spa.gov.bn


Latest News
  

SPA ADAKAN TAKLIMAT PEGAWAI PENGHUBUNG (PoC)

Oleh:Wardah Binti Haji Ibrahim | Photo : Hayrul Erywan bin Hj Abd Wahab

TaklimatPOC01.jpg

Khamis, 25 Oktober — Bahagian Pengambilan, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam melalui Unit Perakuan hari ini telah mengadakan Taklimat Pegawai Penghubung (PoC) selama 2 hari bermula Hari Rabu, 24hb Oktober sehingga Hari Khamis, 25hb Oktober 2018.

Taklimat ini diadakan bertujuan untuk memberikan penerangan mengenai format terkini Borang Pengesahan Ketua Jabatan (BPKJ) dan tatacara menghadapkannya, memberigakan perubahan e-mel Poc Kementerian/ Jabatan dan lantikan Pegawai Penghubung (PoC), dan membukakan sesi soal jawab bagi apa juga pertanyaan berhubung dengan perubahan-perubahan yang diadakan serta penyerahan username dan password e-mel PoC.

Seramai lebih kurang 152 orang pegawai penghubung (PoC) terdiri daripada Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatan di bawahnya seperti Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Radio Televisyen Brunei dan lain-lain.

02.jpg03.JPG

Turut hadir ke taklimat tersebut Pegawai Penghubung (PoC) daripada Kementerian Tenaga dan Perindustrian, Kementerian Kewangan, Kementerian Pertahanan, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Pendidikan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Perlancongan, Kementerian Pembangunan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Perhubungan, Institut Pengajian Tinggi serta jabatan di bawah kementerian masing-masing.

Taklimat selama dua hari tersebut telah disampaikan oleh Yang Mulia Norefna binti Abdullah, Pegawai Kerja dan Yang Mulia Zanariah binti Abd Rahman, Penolong Pegawai Kerja Tingkat I daripada Unit Perakuan, Bahagian Pengambilan.

Di akhir majlis taklimat ini juga telah diadakan sesi soal jawab bersama  peserta taklimat.

05.jpg07.jpg

Latest News
  

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM 1440 HIJRAH

Oleh:Wardah Binti Haji Ibrahim | Photo:Hayrul Erywan bin Hj Abd Wahab

SABTU, 24 November — Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam hari ini telah turut sama-sama hadir dan  mengungkayahkan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi tahun 1440 hijrah yang berlangsung di Dewan Ujian, Tingkat II, Bangunan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Awang Haji Abu Bakar bin Pengiran Seri Indera Pengiran Haji Ismail.

01mauludSPA.jpg

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi, Yang Mulia Dato Paduka Haji Matassan bin Haji Mohd Daud dan Pemangku Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Yang Mulia Pengiran Hajah Sarimah binti Pengiran Haji Metali.

Juga hadir di majlis tersebut ialah Ahli-Ahli Mesyuarat Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Pegawai Tugas-Tugas Khas, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai serta Kakitangan.

Majlis  dimulakan dengan bacaan Ummul Al-Quran yang dibacakan oleh Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Kasim bin Haji Lamat, Pegawai Tugas-Tugas Khas Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

02mauludSPA.jpg 03mauludSPA.jpg

Majlis diteruskan dengan Ceramah Khas yang disampaikan oleh Penceramah Undangan yang didatangkan daripada Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Ustaz Awang Haji Samali bin Haji Adam yang antara lain mengetengahkan tema Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallahu Alaihi Wassalam pada tahun ini iaitu 'Tarbiyyah Rasulullah Membawa Rahmat Dalam Berkeluarga'.

Majlis seterusnya dimeriahkan dengan Acara Dikir Marhaban oleh Pegawai-Pegawai dan Kakitangan-Kakitangan Lelaki Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Majlis tersebut lebih bermakna lagi apabila pengislaman salah seorang kakitangan Pejabat ini iaitu Dayang Yonnie Nassilah binti Tuah, Kerani di bahagian Pengambilan turut diraikan.

04mauludSPA.jpg05mauludSPA.jpg

Badan Kebajikan dan Sukan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam turut memberikan sumbangan kepada beliau yang disampaikan oleh Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Awang Haji Abu Bakar Bin Pengiran Seri Indera Pengiran Haji ismail, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang dijunjung oleh Yang Mulia Pengiran Hajah Sarimah binti Pengiran Haji Metali, Pemangku Setiausaha.

06mauludSPA.jpg

Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallahu Alaihi Wassalam merupakan acara tahunan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan warga SPA, di samping memperingati peristiwa bersejarah kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

Majlis kemudiannya diakhiri  dengan bacaan doa selamat yang diketuai oleh Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Kasim bin Haji Lamat, Pegawai Tugas-Tugas Khas Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

07mauludSPA.jpg08mauludSPA.jpg

Latest News
  

TAKLIMAT PEMBERIGAAN BAGI POC – Kali Keempat

Oleh: Wardah binti Haji Ibrahim


Rabu, 23 Ogos – Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam melalui Bahagian Pengambilan hari ini telah mengadakan Taklimat Pemberigaan PoC di Dewan Ujian, Tingkat II, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Majlis telah dimulai dengan bacaan surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Awang Suhaibul bin Haji Ahmad dan seterusnya ucapan alu-aluan daripada Penolong Setiausaha, Dayang Hajah Maimunah binti Seruji.

gambar 1.jpg

Ucapan alu-aluan disampaikan oleh Yang Mulia, Penolong Setiausaha, Dayang Hajah Maimunah binti Seruji dan Taklimat disampaikan 

oleh Dayang Norefna binti Abdullah dan Dayang Amal Hazirah binti Haji Talip

Manakala, taklimat ini telah disampaikan oleh Dayang Norefna binti Abdullah, Pegawai Kerja, Unit Perakuan Bahagian Pengambilan dan seterusnya Dayang Amal Hazirah binti Haji Talip, Pegawai Kerja, Unit Iklan Bahagian Pengambilan.

Seramai 25 orang pegawai penghubung serta pengendali proses pengambilan dari Kementerian Kewangan,  Negeri, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan juga Kementerian Hal Ehwal Ugama serta Jabatan-Jabatan di bawahnya telah hadir bagi taklimat tersebut.

Menurut Yang Mulia Hajah Nor Salwanawati binti Haji Shahbudin daripada Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Kementerian kewangan, secara keseluruhannya sistem PSCR ini adalah sangat baik namun adalah tidak dinafikan bahawa berkemungkinan terjadinya beberapa kesulitan apabila internet yang digunapakai kurang berfungsi atau system down. Beliau juga menambah bahawa penerangan dan pemberigaan matlumat kepada Point of Contact (POC) yang telah disampaikan adalah baik dan kesemua isi dapat difahami

Taklimat ini diadakan bertujuan untuk memberikan penerangan lebih lanjut kepada Pegawai Penghubung atau Point of Contact (PoC) yang telah dilantik oleh Kementerian dan Jabatan masing-masing serta menjelaskan mengenai tatacara atau langkah-langkah yang perlu dilakukan semasa menerima permohonan dan menghadapkan sokongan kebenaran Ketua Jabatan menggunakan sistem PSCR.

Antara isi kandungan utama taklimat ialah mengenalpasti masalah yang sering dihadapi oleh POC semasa membuat approval permohonan secara online serta tatacara mengatasi masalah tersebut.  Dalam pada itu juga, taklimat ini turut menerangkan tatacara permohonan iklan jawatan-jawatan kosong di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam bagi mengukuhkan lagi kriteria pemilihan calon-calon berpandukan skim perkhidmatan dan bidang tugas sesuatu jawatan tersebut.

Taklimat ini kemudiannya berakhir dengan sesi soal jawab dan konsultasi bersama unit–unit di bawah Bahagian Pengambilan.


gambar 2.jpg

Pegawai Penghubung yang hadir mendengarkan taklimat tersebut

gambar 3.jpg

Wakil-wakil semasa sesi konsultasi


Latest News
  




Bagi meningkatkan kesedaran mengenai penggunaan portal rasmi e-Darussalam khususnya portal permohonan kerja Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) iaitu Sistem PSC Recruitment, e-klinik telah diadakan bagi pegawai-pegawai dan kakitangan-kakitangan Kementerian Pendidikan.

Lebih 300 pegawai dan kakitangan kementerian berkenaan menghadiri klinik yang berlangsung di Dewan Utama, Bangunan Baru Kementerian Pendidikan di mana mereka diperkenalkan mengenai e-Darussalam.

Portal e-Darussalam mengumpulkan maklumat dan menyatukan kesemua perkhidmatan dalam kerajaan, maklumat, statistik, kalendar dan acara-acara yang dijalankan.

Selain itu, ia juga mampu mengakses kesemua perkhidmatan termasuk sistem membaharui lesen memandu, lesen kenderaan, pembayaran bil elektrik, status penggunaan meter elektrik dan aplikasi lesen perniagaan.

Klinik ini bertujuan untuk membantu para peserta cara-cara pendaftaran dan mengaktifkan akaun e-Darussalam, mengimbas dan memuat naik sijil serta dokumen bagi kegunaan Sistem PSC Recruitment, selain menyelesaikan masalah yang dihadapi pengguna akaun e-Darussalam dan Sistem PSC Recruitment.

Portal e-Darussalam boleh dilayari di alamat www.gov.bn atau dihubungi melalui talian Darussalam 123 atau menghantar e-mel ke info@123.com.bn.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

​​

Latest News
  

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM SAMA-SAMA MEMERIAHKAN PROGRAM MENTAKMIR MASJID SEMASA RAMADHAN

Oleh: Wardah Binti Haji Ibrahim / Photo : Hayrul Erywan bin Hj Abd Wahab

Rabu, 23 Mei – Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan jabatan-jabatan di bawahnya termasuk Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, hari ini mengadakan Majlis Tadarus dan Khatam Al Quran bagi Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya Tahun 1439/ 2018 bertempat di Masjid Kampung Lambak, Jalan Pasir Berakas.

Majlis pada tahun ini dikelolakan oleh Jabatan Perdana Menteri dan diselaraskan bersama oleh Jabatan Adat Istiadat Negara, Jabatan Perkhidmatan Awam, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Jabatan Audit, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, Jabatan Perkhidmatan Pengurusan dan Institut Perkhidmatan dengan kerjasama Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Lambak.

Hadir di majlis tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud; Setiausaha-setiausaha Tetap; Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap; ketua-ketua jabatan serta pegawai juga kakitangan di bawah JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya serta para jemaah masjid bagi sama-sama memeriahkan lagi majlis berkenaan.

IMG-20180524-WA0008.jpg2.png

Terdahulu majlis dimulakan dengan Penyampaian Sumbangan Wakaf berupa perkakas keperluan masjid seperti dua set televisyen, dua set vakum, satu portable speaker dan baki wang kutipan yang disampaikan oleh Juruaudit Agung, Dato Paduka Awang Haji Yahya bin Haji Idris kepada imam masjid berkenaan.

Sejurus itu, majlis diteruskan dengan bacaan surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh imam masjid berkenaan yang kemudiannya diikuti dengan bacaan Al-Quran dari Juz 11 hingga Juz 20. Acara juga diselajurkan dengan bacaan Tahlil arwah serta doa sebelum berbuka dan kemudian disusuli dengan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah.

Adapun majlis tersebut adalah merupakan aktiviti tahunan  jabatan-jabatan di bawah jabatan Perdana Menteri dalam sama-sama memeriahkan lagu suasana bulan Ramadhan di samping merebut ganjaran pahala yang berlimpah–ruah pada bulan yang penuh keberkatan ini.

IMG-20180524-WA0012.jpg04.jpg

Latest News
  

PEJABAT SPA SERTAI SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KALI KE 35

Oleh:Wardah Binti Haji Ibrahim

BOTW8558.JPG

Sabtu, 23 Februari — Puluhan ribu rakyat dan penduduk mahupun masyarakat berbilang kaum di Negara ini mempunyai semangat patriotisme yang jitu dalam menyemarakkan Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kali ke 35 yang berlangsung penuh gemilang pada Upacara Perhimpunanan Agung di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, ibu Negara.

Semangat patriotism itu terus berkobar dengan keberangkatan  Kebawah Duli Yang Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'zzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke Upacara Perhimpunan tersebut.

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Sei Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dijunjung oleh Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan.

Turut menjujung keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Datin Seri Paduka Dayang hajah Elinda binti Haji C.A. Mohammad; Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh; Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Pesuruhjaya Polis Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Yang Mulia Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam dan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud.

Berangkat sama ialah paduka-paduka anakanda dan adinda Kebawah Duli Yang Maha Mulia iaitu Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

Manakala turut berangkat menyertai upacara perbarisan lalu ialah anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Wakeel yang merupakan antara pelajar Sekolah Antarabangsa Jerudong, peserta Kluster Pendidikan Swasta.

Sejurus kebrangkatan tiba Baginda Sultan dan kerabat diraja, lagu kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' dinyanyikan, diikuti Kebawah Duli Yang Maha Mulia kemudiannya dijunjung berangkat untuk memeriksa Pasukan Perbarisan Kawalan kehormatan yang terdiri  daripada anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), dan diketuai oleh Pemerintah Perbarisan Kawalan Kehormatan, Leftenan Kolonel Abdul Rajid bin Haji Zainie.

Upacara Hari Kebangsaan kemudian diteruskan dengan perbarisan lalu di hadapan pentas diraja oleh sekitar 25,000 orang peserta mewakili 147 buah pasukan, didahului pembawa bendera Negara Brunei Darussalam berukuran besar, pasukan pembaca ikrar, pasukan pembawa Bendera logo Hari Kebangsaan, Kluster Keamanan Negara, Kluster Masyarakat Bestari, Kluster Perkhidmatan Awam,  Kluster Sosio-Ekonomi dan lain-lain kluster.

Dr.Awang Muhammad Nuriskandar bin Mohd.Hasnan, Yang Di-Pertua Gild Siswazah Universiti Brunei Darussalam  mengetuai pasukan 35 orang ahli pembaca ikrar terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan daripada semua kementerian dan juga peserta berkeperluan khas yang menggunakan Bahasa Isyarat untuk melafazkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T dan bersatu padu serta taat setia di bawah pimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, diikuti laungan Allahuakhbar sebanyak tiga kali yang diketuai oleh Mahasiswa Doktor Falsafah Bahasa Arab, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Yang Mulia Awang Muhammad Yadiy bin Haji Mat Yassin.

Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam juga turut tidak ketinggalan dalam memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan kali ke 35 ini dengan menyertai perbarisan lalu dan persembahan padang Jabatan Perdana Menteri. Antara yang turut serta dalam perbarisan lalu ialah Yang Mulia Yang Mulia Puan Hjh Dahliana binti Hj Aliakbar, Setiausaha; Yang Mulia Dyg Siti Rozaidah Binti Haji Ali Hassan, Penolong Kanan Setiausaha; Pegawai dan Kakitangan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

HJLX9398.JPG

Persembahan bertemakan 'Menjayakan Wawasan Negara' melibatkan seramai lebih 7,000 peserta yang mewakili pelbagai sektor dan agensi pembangunan negara termasuk belia-belia.

Persembahan tersebut mengetengahkan peranan generasi berwawasan dalam mempertahankan negara Melayu Islam Beraja (MIB), Negara Zikir dan Matlamat Brunei Maju.

Upacara diakhiri dengan Majlis Junjung Ziarah daripada para peserta yang menjayakan sambutan tahun ini.


Sumber Berita Pelita Brunei

Latest News
  

IKLAN TAWARAN PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM BILANGAN SPA_BPK_SBH_01_2023.jpeg

PEMOTONGAN POKOK DI BAHAGIAN BELAKANG DI BANGUNAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

Tempat mengambil dan mengembalikan borang penyertaan / syarat-syarat penyertaan dan pembayaran yuran tawaran adalah seperti berikut:

Bahagian Pengurusan dan Kewangan, Tingkat I, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Jalan Lapangan Terbang Lama Berakas,

Negara Brunei Darussalam

Sebarang pertanyaan sila email ke bpk.spa@spa.gov.bn


Latest News
  

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PEJABAT SPA

Oleh: Hayrul Erywan bin Haji Abdul Wahab

Khatam Al-quran.jpg


Khamis, 22 Jun - Sempena menyambut bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di Tingkat 6, Bilik Surau, Bangunan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai diketuai oleh Yang Mulia Haji Talip bin Haji Apong, Pegawai Tugas-Tugas Khas. Majlis diteruskan dengan majlis khatam    Al-Quran, bacaan tahlil serta doa selamat beramai-ramai.


Juga hadir ialah Penolong Kanan Setiausaha, Awang Haji Mohd. Adnan bin Haji Abd. Hamid, Pegawai Kanan, Pegawai dan Kakitangan Jabatan.

Acara seumpama ini adalah aktiviti tahunan yang dijalankan oleh Badan B.A.K.A Keugamaan, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam bagi menyemarakkan lagi bulan suci Ramadhan.


Latest News
1 - 30Next