Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
05.10.17 - Pejabat SPA Turut Mewarnai Majlis Istiadat Perarakan Diraja Sempena Sambutan Jubli Emas

PEJABAT SPA TURUT MEWARNAI MAJLIS ISTIADAT PERARAKAN DIRAJA SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS

Oleh:Wardah Binti Haji Ibrahim

Khamis, 5 Oktober — Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam hari ini telah turut sama-sama hadir bagi memeriahkan lagi Majlis Istiadat Perarakan mengelilingi Bandar Seri Begawan bersempena dengan Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta.


JE 1.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri serta kerabat Majlis Istiadat Perarakan Diraja Sempena Sambutan Jubli Emas


Seramai lebih kurang 25 orang pegawai dan kakitangan serta ahli keluarga mereka telah hadir pada Majlis Istiadat Perarakan tersebut.

Sebahagian rombongan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam pada awalnya telah berkumpul di kawasan Kompleks Jabatan Perdana Menteri sebelum menuju ke tempat khas, manakala sebahagiannya pula menunggu terus di hadapan Balai Bomba dan Penyelamat, Bandar Seri Begawan.

Pegawai dan kakitangan yang terlibat di dalam majlis berkenaan merasa teruja dan gembira kerana telah berkesempatan hadir bagi menyaksikan detik yang penuh gemilang dan bersejarah ini.

Mereka juga sangat bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana telah memanjangkan usia Baginda Sultan dan di atas tampuk pemerintahannya, Negara Brunei Darussalam telah mencapai kemasyhuran di arena dunia dan antarabangsa.

Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dengan ini juga tidak melepaskan peluang untuk mengambil kesempatan menyembahkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Jubli Emas Baginda Sultan Menaiki Takhta.

JE 2.pngJE 2.png


Attachments