PEJABAT SPA LANCARKAN SISTEM UJIAN PEPERIKSAAN
Oleh: Wardah Binti Haji Ibrahim
Sabtu,
14 Okt— Urusetia Unit Penilaian, Bahagian
Pengambilan, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah melancarkan Sistem Ujian
Peperiksaan buat kali pertama hari ini bertempat di Dewan Ujian SPA, Tingkat 2.
Adapun Sistem Ujian Peperiksaan ini dimulakan dengan
bacaan Surah Al Fatihah dan penerangan ringkas yang diketuai sendiri oleh Yang
Mulia, Awang Zulhilmi bin Ahmad Sherjawi, Pegawai Kerja Tingkat 1.
Yang Mulia, Puan Hjh Dahliana binti Hj
Aliakbar, Pemangku Setiausaha dan Pegawai serta kakitangan yang turut sama-sama
hadir bagi memantau persediaan Sistem Ujian Peperiksan sebelum ia diperkenalkan
buat pertama kali
Sebelum memulakan ujian yang sebenar, pihak peyeleggara sistem ujian ini mula-mula sekali menayangkan video keselamatan dan video tutorial bagi menunjukkan langkah-langkah menjawab ujian yang betul. Malahan bagi memastikan para calon memahami tatacara sistem ini dengan lebih terperinci, terlebih dahulu mereka dikehendaki untuk menguji cuba sistem ujian peperiksaan ini selama 2 minit dengan menggunakan akaun olok-olok yang disediakan oleh pihak Urusetia Unit Penilaian, Bahagian Pengambilan.
Tujuan Sistem Ujian Peperiksaan ini ialah bagi mengantikan dan menukar ujian secara bertulis kepada berkomputer. Ujian secara berkomputer ini diaplikasikan terlebih dahulu khusus untuk bahagian 2, 3. 4. Manakala bahagian 5, akan diterapkan pada tahun hadapan. Selain itu, tujuannya juga adalah bagi menambah baik kaedah ujian penilaian secara online serta bagi sama-sama memperbaiki mutu perkhidmatan sistem peperiksaan Pejabat SPA.
Semasa menjalankan Sistem Ujian Peperiksaan tersebut, borang kaji selidik juga turut diberikan bagi mengetahui maklum balas mereka yang terlibat. Setelah meneliti borang kaji selidik yang dijawab, didapati kebanyakkan maklum balas yang diterima adalah positif.


Yang Mulia, Awang Zulhilmi bin Ahmad
Sherjawi, Pegawai Kerja Tingkat 1 semasa menerangkan Sistem Ujian Peperiksaan
secara berkomputer
Para calon semasa ujian berlangsung