MAJLIS DOA KESYUKURAN, MEMBACA SURAH YAASIN DAN SOLAT FARDHU ASAR BERJEMAAH SEMPENA HARI PERKHIDMATAN AWAM KALI KE 24, TAHUN 2017
Oleh:Wardah Binti Haji
Ibrahim


Khamis, 28 September — Pejabat Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam hari ini telah turut sama-sama menghadiri Majlis Doa Kesyukuran,
Membaca Surah Yaasin Dan Solat Fardhu Asar Berjemaah sempena Hari Perkhidmatan
Awam kali ke 24, Tahun 2017 bertempat di
Masjid Ash-Saliheen, Kompleks Jabatan Perdana Menteri.
Majlis
dimulakan dengan Solat Fardhu Asar berjemaah yang diimamkan oleh Yang Mulia
Awang Anuar bin Haji Salim, Pengawai Hal Ehwal Masjid selaku Ketua Imam dan
seterusnya diikuti dengan Bacaan Surah Yaasin dan Doa Kesyukuran Khas Hari
Perkhidmatan Awam.
Turut
hadir ke
Majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap (Hal Ehwal Korporat dan Pentadbiran
Awam) Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad
selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Perkhidmatan Awam Kali Ke-24
dan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka
Haji Abu Bakar bin Pengiran Seri Indera Pengiran Haji Ismail,
Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap,
Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai dan kakitangan kerajaan.