GANGGUAN SEMENTARA
PORTAL PSC RECRUITMENT 2.0
Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam memaklumkan bahawa gangguan portal PSCR 2.0 yang bermula sejak 17 April 2025 adalah berikutan kerja-kerja penyelenggaraan sistem portal dan termasuk kerja-kerja pengukuhan keselamatan sistem dan aplikasi digital kerajaan yang dijalankan oleh Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (EGNC) dalam usaha berterusan untuk memastikan perkhidmatan digital kerajaan kekal selamat dan boleh dipercayai.
Berikutan itu, semasa tempoh gangguan ke atas portal PSCR 2.0, tarikh tutup iklan jawatan kosong bermula 19 April 2025 disamping tarikh-tarikh ujian dan temuduga adalah dilanjutkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Manakala, senarai jawatan kosong yang dilanjutkan tarikh tutupnya juga akan diumumkan melalui Instagram, Facebook, Telegram PSC.BN dan Pelita Brunei.
Untuk makluman, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam juga sedang menjalankan kerja-kerja pembangunan beberapa ciri baru yang akan diperkenalkan setelah portal diaktifkan semula. Pengumuman bagi tarikh portal berkenaan diaktifkan semula akan dimaklumkan oleh Pejabat ini melalui media cetak tempatan dan juga media sosial PSC.BN serta TD123 dan GOV.BN.
Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi dan merakamkan berbanyak terima kasih atas kesabaran, pemahaman serta kerjasama para pengguna. Diharapkan dengan penaiktarafan yang dilakukan ke atas portal tersebut akan memudahkan dan melancarkan lagi permohonan jawatan kosong dalam perkhidmatan awam.
Bagi sebarang pertanyaan, orang ramai boleh terus berhubung dengan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam melalui meja bantuan di talian Whatsapp atau Telegram di talian +673 7371961 semasa waktu bekerja atau emel ke alamat query@spa.gov.bn atau melalui Talian Darussalam 123.
Sekian disampaikan.
Dikeluarkan oleh:
Unit Perhubungan Awam
Bahagian Pengurusan dan Kewangan
Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Tarikh: 08 Zulkaedah 1446 H / 06 Mei 2025 M
Rujukan: (01)SPA/UPA/PR/2025 (FINAL)