BIASISWA
PERKHIDMATAN PENTADBIRAN BRUNEI DARUSSALAM (BPPB)
BRUNEI ADMINISTRATIVE SERVICE SCHOLARSHIP (BAS SCHOLARSHIP)
PENGENALAN
Biasiswa Perkhidmatan
Pentadbiran Brunei Darussalam (BPPB) adalah satu skim biasiswa khas yang
ditawarkan oleh Jabatan Perdana Menteri bagi menghasilkan graduan yang cemerlang,
berdaya saing dan berketerampilan untuk kerjaya sebagai Pegawai Pentadbir dalam
perkhidmatan awam secara berperancangan jangka panjang.
JENIS-JENIS BIASISWA
Di bawah program ini 2 (dua)
jenis skim biasiswa ke luar negeri ditawarkan:
v Biasiswa Khas peringkat ‘A’ Level
Biasiswa ini dikhususkan bagi pelajar cemerlang di peringkat Biasa (‘O’ Level) untuk melanjutkan pengajian di Peringkat Lanjutan (‘A’ Level) dan seterusnya ke peringkat ijazah pertama dan lanjutan.
v Biasiswa Khas Peringkat Ijazah Pertama
Biasiswa ini dikhususkan kepada pelajar cemerlang di peringkat ijazah pertama dan seterusnya ke peringkat ijazah lanjutan.
KEPADA SIAPA BPPB DITAWARKAN
Biasiswa ini ditawarkan
kepada calon-calon dalam peringkat iaitu :
v Calon-calon yang dipilih dari kalangan pelajar yang memperolehi keputusan peperiksaan cemerlang di peringkat Peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa (‘O’ Level). Mereka akan ditempatkan di ‘Boarding School’ yang mempunyai ‘track record’ yang baik dari segi pencapaian peperiksaan dan kemudahan untuk menyalurkan penuntut-penuntutnya ke universiti-universiti ternama.
v Calon-calon yang dipilih dari kalangan penuntut-penuntut yang memperolehi keputusan cemerlang di peringkat Sijil Am Pelajaran Brunei Cambridge Peringkat Lanjutan (‘A’ Level) untuk disalurkan ke institusi-institusi ternama.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Memperolehi sekurang-kurangnya KEPUJIAN (CREDIT) BAHASA MELAYU dalam Peperiksaan Sijil Am Brunei Cambridge Peringkat Biasa yang diambil dalam peperiksaan yang sama.
[Kelulusan Bahasa Melayu peperiksaan London General Certificate of Education Peringkat Biasa dan kelulusan Bahasa Melayu peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) TIDAK DIIKTIRAF sebagai sebanding dengan Bahasa Melayu Sijil Am Pelajaran Brunei Cambridge Peringkat Biasa].
Memperolehi KEPUJIAN (CREDIT) DENGAN GRED A bagi matapelajaran BAHASA INGGERIS dalam peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei Cambridge Peringkat Biasa atau yang sebanding dengannya.
Umur pada 1 September 2007 bagi pemohon Peringkat ‘A’ Level TIDAK MELEBIHI 19 TAHUN dan bagi Ijazah Pertama TIDAK MELEBIHI 25 TAHUN.
Memperolehi kelulusan akademik minima mengikut tahap dan bidang pengajian berikut:
BIASISWA PERINGKAT ‘A’ LEVEL
v Memperolehi tidak kurang 7 matapelajaran dengan Gred A dalam peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei Cambridge Peringkat Biasa atau yang sebanding dengannya dalam mata-mata pelajaran yang bersesuaian termasuk Bahasa Inggeris dan sekurang-kurangnya mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu yang di ambil dalam peperiksaan yang sama.
v Ditempatkan di ‘Boarding School’ yang ternama.
BIASISWA IJAZAH PERTAMA
v Memperolehi sekurang-kurangnya 3 (tiga) mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei Cambridge Peringkat Lanjutan (dalam sekali duduk) yang berkaitrapat dengan kursus yang dipohon atau yang sebanding dengannya dengan gred berikut:
AAA (360 UCAS Tarif Points) + a
Atau
AAA (360 UCAS Tarif Points) + b
Atau
AAB (340 UCAS Tarif Points) + a
Atau
AAA (360 UCAS Tarif Points)
UCAS Tarif Points :
A =
120 B = 100 C = 80 D = 60 E= 40
Mendapat tempat pengajian
di institusi ternama di United Kingdom, Australia, Kanada, Singapura atau
Amerika Syarikat.
SYARAT-SYARAT TAMBAHAN
Pemohon mestilah juga
memenuhi syarat-syarat tambahan berikut:
v Bersedia mengikuti kursus yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Biasiswa Kementerian Pendidikan. Jawatankuasa Biasiswa Kementerian Pendidikan boleh menetapkan di mana pelajar-pelajar akan ditempatkan. Penukaran kursus atau tempat yang sudah ditetapkan oleh Jawatankuasa Biasiswa Kementerian Pendidikan ini hanya akan dilayan secara ‘case by case’.
v Bersih dalam tapisan keselamatan.
v Disahkan sihat dalam pemeriksaan kesihatan.
TEMPOH PENGAJIAN
Tempoh pengajian di
peringkat ijazah adalah 4 hingga 5 tahun tertakluk kepada jenis kursus. Bagi
pemegang biasiswa bermula dari ‘A’ Level, tempoh pengajian adalah sehingga
maksima 7 tahun.
BIDANG-BIDANG KURSUS
Pemegang biasiswa ini
dikehendaki untuk mendapatkan kelulusan-kelulusan berikut:
v Ijazah sarjana muda (joint degree) dan ijazah sarjana di dalam salah satu mata pelajaran di bawah ‘joint degree’ berkenaan.
ATAU
v Dua ijazah sarjana muda (double degree) di dalam 2 disiplin berlainan.
ATAU
v Ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana di dalam disiplin yang sama.
Dalam bidang-bidang berikut:
|
|
Nota:-
Bidang yang lain akan ditentukan oleh Jawatankuasa Biasiswa Kementerian Pendidikan dari masa ke semasa mengikut keperluan.
ANTARA UNIVERSITI-UNIVERSITI
TERNAMA DI AUSTRALIA YANG
MENAWARKAN UNDERGRADUATE DEGREE
(DOUBLE DEGREE)
|
NAMA UNIVERSITI |
JENIS IJAZAH |
TEMPOH KURSUS |
|
Monash University |
Bachelor of Commerce and Bachelor of Engineering |
5 tahun |
|
Bachelor of Commerce and Bachelor of Aerospace Engineering |
5 tahun |
|
|
Bachelor of Engineering and Bachelor of Arts |
5 tahun |
|
|
Bachelor of Engineering and Bachelor of Laws |
5 tahun |
|
|
Melbourne University |
Bachelor of Commerce and Bachelor of Laws |
5 tahun |
|
Bachelor of Engineering and Bachelor of Laws |
6 tahun |
|
|
Bachelor of Engineering and Bachelor of Commerce |
5 tahun |
|
|
University of Sydney |
Bachelor of Science (Advanced) |
5 tahun |
|
Bachelor of Engineering and Bachelor of Law |
5 tahun |
|
|
Bachelor of Engineering and Bachelor of Commerce |
5 tahun |
|
|
Bachelor of Engineering and Bachelor of Medical Science |
5 tahun |
|
|
Bachelor of Engineering and Bachelor of Laws |
5 tahun |
ANTARA UNIVERSITI-UNIVERSITI
TERNAMA DI UNITED KINGDOM YANG
MENAWARKAN UNDERGRADUATE DEGREE
(JOINT DEGREE)
| NAMA UNIVERSITI |
JENIS IJAZAH |
TEMPOH KURSUS |
|
University of Cambridge |
Laws (Tripos transfer) |
3 tahun |
|
Economics (Tripos transfer) |
3 tahun |
|
|
Engineering (Tripos transfer) |
3 tahun |
|
|
History |
3 tahun |
|
|
Social and Political Science |
3 tahun |
|
|
University of Oxford |
Economics and Management |
3 tahun |
|
Engineering, Economics & Management |
4 tahun |
|
|
Law Jurisprudence |
3 – 4 tahun |
|
|
History and Economics |
3 tahun |
|
|
Philosophy, Politics and Economics |
3 tahun |
|
|
London School of Economics |
Economics |
3 tahun |
|
Laws |
3 tahun |
|
|
Manangement |
3 tahun |
|
|
International Relations |
3 tahun |
|
|
Social Policy with Government |
3 tahun |
|
|
Business Mathematics and Statistics |
3 tahun |
|
|
Warwick University |
Law and Politics |
3 tahun |
|
Law and Business |
3 tahun |
|
|
Economics and Politics |
3 tahun |
|
|
Engineering and Business |
3 tahun |
|
|
University of Nottingham |
Economics and Philosophy |
3 tahun |
|
Bath University |
Economics and Management |
4 tahun |
|
Economics and International Development |
4 tahun |
|
|
Manchester University |
Law with Politics |
3 tahun |
|
Durham University |
Economics and Politics |
3 tahun |
ANTARA UNIVERSITI-UNIVERSITI
DI UNITED KINGDOM
YANG MENAWARKAN GRADUATE DEGREE
|
NAMA UNIVERSITI |
JENIS IJAZAH |
TEMPOH KURSUS |
|
University of Cambridge |
Master of Laws (LLM) |
1 tahun |
|
MPhil in Economics |
1 tahun |
|
|
University of Oxford |
Bachelor of Civil Law (BCL) |
1 tahun |
|
Bachelor of Magister Juris (MJur) |
1 tahun |
|
|
MPhil in Economics |
1 tahun |
|
|
MSc in Economics for Development |
1 tahun |
|
|
MSc in Financial Economics |
1 tahun |
PROGRAM KEMAJUAN
(MANAGEMENT PROGRAMME - MAP)
Penerima biasiswa ini, di samping menjalani program akademiknya di universiti, akan juga menjalani program MAP yang ditadbir oleh Kerajaan seperti berikut:
v Program Semasa Penuntut
Di sepanjang tempoh pengajian, penerima biasiswa akan didedahkan kepada program semasa percutian termasuk penempatan di dalam dan diluar Negara.
v Program Selepas Menamatkan Kursus
Latihan industri atau penempatan setahun di luar Negara akan diaturkan untuk pendedahan mendalam mengenai kerja-kerja yang berkaitan dengan pengurusan, pentadbiran dan perlaksanaan dasar.
v Program Setelah Lantikan
Setelah dilantik ke dalam perkhidmatan awam di dalam jawatan-jawatan tertentu, pegawai akan didedahkan terus kepada beberapa Program untuk tujuan penilaian akhir sebelum ia dilantik ke dalam Jawatan Pegawai Pentadbir. Dengan lantikan ini pegawai akan dikenakan program sistematik pertukaran ke jabatan atau/dan kementerian bagi tempoh-tempoh tertentu.
ALIRAN KERJAYA PEGAWAI PENTADBIR
Tingkatan dan sukatan gaji bagi jawatan-jawatan dalam Perkhidmatan Pentadbiran Brunei adalah seperti berikut:
|
Tingkatan |
Sukatan Gaji |
|
Pegawai Pentadbir Tingkat I (Pegawai yang baru berkhidmat hendaklah menjalani tempoh Percubaan selama 3 tahun sebagai Pegawai Pentadbir Pelatih sebelum ditetapkan dalam jawatan sebagai Pegawai Pentadbir Tingkat I). |
B.2 |
|
Pegawai Pentadbir Tingkat Khas |
B.3 |
|
Pegawai Pentadbir Kanan Kumpulan 3 |
Kumpulan 3 |
|
Pegawai Pentadbir Kanan Kumpulan 2 |
Kumpulan 2 |
|
Pegawai Pentadbir Kanan Superscale C |
Superscale C |
|
Pegawai Pentadbir Kanan Superscale B |
Superscale B |
|
Pegawai Pentadbir Kanan Superscale A |
Superscale A |
|
Pegawai Pentadbir Kanan Superscale Khas |
Superscale Khas |
KEMUDAHAN DAN ELAUN
v Elaun Sara Hidup dan Perjalanan bulanan.
v Elaun Buku, Pakaian, Alat-Alat Pembelajaran.
v Elaun Dissertation / Projek.
v Komputer ‘laptop’.
v Tambang Penerbangan / Perjalanan.
KETERANGAN MENGENAI KEMUDAHAN DAN ELAUN
v Elaun Sara Hidup
Kadar pembayaran elaun ini mengikut skim yang diikuti serta di mana seseorang penuntut itu ditempatkan.
|
TAHAP KURSUS |
TEMPAT | KADAR |
| “A” Level | United Kingdom | £530.40 |
| Australia | AUS$1100.40 | |
| Singapura | B$1108.80 | |
| Ijazah Pertama | United Kingdom | £583.30 |
| Australia | AUS$1210.80 | |
| Singapura | B$1219.20 | |
|
Ijazah Sarjana
Termasuk bagi yang mengikuti tahun ke-4 |
United Kingdom | £664.68 |
| Australia | AUS$1377.60 | |
| Singapura | B$1386.00 |
Kadar elaun sara hidup untuk dikaji 3 tahun.
v Elaun Perjalanan (Sebulan)
Elaun perjalanan akan diberi termasuk masa cuti sekolah. Kadar pembayarannya mengikut skim yang diikuti di mana seseorang penuntut itu ditempatkan.
| TEMPAT | KADAR |
| United Kingdom | £50.51 |
| Australia | AUS$126.00 |
| Singapura | B$69.60 |
Kadar Elaun perjalanan untuk dikaji setiap 5 tahun.
v Elaun Buku (Setahun Pengajian)
Kadar pembayaran elaun ini mengikut skim yang diikuti serta di mana seseorang penuntut itu ditempatkan.
| TAHAP KURSUS | TEMPAT | KADAR |
| “A” Level | United Kingdom | £296.00 |
| Australia | AUS$714.00 | |
| Singapura | B$980.00 | |
| Ijazah Pertama | United Kingdom | £326.00 |
| Australia | AUS$782.00 | |
| Singapura | B$1078.00 | |
|
Ijazah Sarjana
Termasuk bagi yang mengikuti tahun ke-4 |
United Kingdom | £370.00 |
| Australia | AUS$894.00 | |
| Singapura | B$1226.00 |
v Elaun Pakaian (Sebulan)
Penuntut Baru
Kadar pembayaran elaun untuk sekali sahaja bagi penuntut yang baru dianugerahkan biasiswa pada tahun pertama.
| TEMPAT | KADAR |
| United Kingdom | £188.00 |
| Australia | AUS$404.00 |
| Singapura | B$358.00 |
Elaun Berikutnya (Setiap Tahun)
| TEMPAT | KADAR |
|
United Kingdom |
£94.00 |
|
Australia |
AUS$202.00 |
|
Singapura |
B$179.00 |
v Elaun ‘Setting’ Khas Bagi Penuntut Baru (Sekali sahaja)
Elaun ini diberikan khas untuk penuntut yang baru dianugerahkan biasiswa pada tahun pertama sahaja.
| TEMPAT | KADAR |
|
United Kingdom |
£106.00 |
|
Australia |
AUS$98.00 |
|
Singapura |
B$221.00 |
v Elaun Lawatan Pendidikan (Sekali sahaja)
Elaun ini diberi sebagai bonus apabila berjaya memperolehi kelulusan yang ditetapkan iaitu bagi kemudahan melawat tempat-tempat yang berkaitan dengan pelajaran.
Elaun ini boleh diambil sama ada selepas menamatkan ijazah pertama atau selepas ijazah kedua.
Elaun ini akan dibayar setelah disahkan dengan resit perjalanan dan tempat tinggal. Kadar pembayarannya mengikuti negeri di mana seorang penuntut itu ditempatkan.
| TEMPAT | KADAR |
|
United Kingdom |
£94.00 |
|
Australia |
AUS$204.00 |
|
Singapura |
B$200.00 |
v Elaun Alat-Alat Pembelajaran (Kadar Maksimum setahun pengajian)
Elaun ini untuk menambah keupayaan penuntut bagi mendapatkan alat-alat pembelajaran yang disahkan keperluannya oleh pusat pengajian masing-masing sama ada bersifat ‘one-off’, bagi setiap tahun atau mengikut keperluan di sepanjang kursus. Elaun ini hanya diberi di atas tuntutan dengan salinan resit asal membeli alat-alat berkenaan. Kadar pembayaran mengikut tingkatan kursus yang diambil atau tingkatan yang setaraf dengannya dan negeri seorang penuntut itu ditempatkan.
| TAHAP KURSUS | TEMPAT | KADAR |
| “A” Level | United Kingdom |
£88.00 |
| Australia |
AUS$161.00 |
|
| Singapura |
B$150.00 |
|
| Ijazah Pertama | United Kingdom |
£123.00 |
| Australia |
AUS$225.00 |
|
| Singapura |
B$210.00 |
|
|
Ijazah Sarjana
Termasuk bagi yang mengikuti tahun ke-4 |
United Kingdom |
£176.00 |
| Australia |
AUS$322.00 |
|
| Singapura |
B$300.00 |
v Elaun Projek / Disertation / Thesis (Kadar Maksimum setahun)
Tuntutan
perbelanjaan membuat Projek, Disertation atau Thesis boleh dituntut dengan
menyertakan resit-resit asal dan salinan
persuratan universiti mengenai
Projek / Disertation / Thesis berkenaan. Kadar pembayaran elaun ini
mengikut tingkatan kursus
yang diambil atau tingkatan yang setaraf
dengannnya dan negeri di mana seseorang penuntut itu ditempatkan.
| TAHAP KURSUS |
TEMPAT |
KADAR |
| Ijazah Pertama |
United Kingdom |
£110.00 |
|
Australia |
AUS$206.00 |
|
|
Singapura |
B$150.00 |
|
|
Ijazah Sarjana
Termasuk bagi yang mengikuti tahun ke-4 |
United Kingdom |
£220.00 |
|
Australia |
AUS$413.00 |
|
|
Singapura |
B$300.00 |
v Elaun bagi rawatan gigi dan kaca mata
Rawatan Gigi
v Penuntut adalah dinasihatkan supaya mendapatkan rawatan gigi di Rumah Sakit Kerajaan Negara Brunei Darussalam sebelum bertolak ke Negara tempat berkursus atau semasa percutian di tanahair. Rawatan yang terpaksa dilakukan di luar negeri secara bayaran akan dibayar mengikut kadar maksima seperti di berikut:-
| TEMPAT | KADAR |
|
United Kingdom |
£146.00 |
|
Australia |
AUS$271.00 |
|
Singapura |
B$328.00 |
v Elaun Kaca Mata
Elaun Kaca Mata
hanya akan layak dibayar tertakluk kepada keperluan dan pengesahan doktor dan
sekali sahaja sepanjang
tempoh penganugerahan Biasiswa dan kadar
pembayarannya mengikut negara di mana seorang penuntut itu ditempatkan.
| TEMPAT | KADAR |
|
United Kingdom |
£66.00 |
|
Australia |
AUS$122.00 |
|
Singapura |
B$150.00 |
v Pemberian komputer ‘laptop’
Pelajar yang berjaya dianugerahkan Biasiswa Perkhidmatan Pentadbiran Brunei Darussalam (BPPB) akan diberikan sebuah komputer ‘laptop’ bagi kegunaan pembelajaran.
v Perkhidmatan dengan Kerajaan
Pelajar yang
berjaya menamatkan kursus di bawah biasiswa ini akan dipertimbangkan
perkhidmatannya dikira awal dari tarikh
lantikan sebenarnya ke
dalam perkhidmatan awam.
Pertimbangan ini
termasuk tempoh perkhidmatan yang akan diberikan tertakluk kepada tahap
pencapaian dan penanda-
arasan lain yang bersesuaian.
v Pengiriman barang-barang persendirian
Setiap penuntut akan dibenarkan menghantar barang-barang persendirian melalui kapal laut atas perbelanjaan Kerajaan tidak melebihi 1.13 meter padu (40 kaki padu) bekas peti (trunk) yang diperuntukkan bagi keseluruhan tempoh biasiswa.
v Lantikan industri
Bagi yang mengikuti latihan industri di luar kawasan pengajiannya, sewa tempat tinggal di tempat menjalani latihan akan dibayar jika dikehendaki juga membayar sewa di tempat ditanggung oleh Kerajaan.
v Tambang Perjalanan
Penuntut yang baru dianugerahkan biasiswa boleh menghadapkan tuntutan tambang perjalanan dari lapangan terbang ke tempat penginapan sementara ke tempat pengajian.
Penuntut yang balik bercuti atas perbelanjaan Kerajaan (‘biennal leave’ kecuali bagi Singapura) boleh menghadapkan tuntutan tambang perjalanan pergi dan balik di antara tempat pengajian dan lapangan terbang.
v Tambang Penerbangan
Penuntut adalah berhak untuk mendapatkan kemudahan penerbangan seperti berikut:-
(a) Di awal penganugerahan biasiswa ke negara tempat berkursus;
(b) Setelah tamat pengajian balik ke Negara Brunei Darussalam;
(c) 2 tahun sekali dari tarikh dianugerahkan Dermasiswa –
2 hala pergi/balik bagi penuntut di Singapura sekali setahun;
(d) Penuntut yang
digantung/ditamatkan biasiswa –
1 hala
ke Negara Brunei Darussalam.
KETERANGAN LANJUT MENGENAI DENGAN BIASISWA
Sila Hubungi:
Bahagian Pengurusan
Biasiswa
Kementerian Pendidikan
Lapangan Terbang Lama
Berakas
Bandar Seri Begawan
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Telefon : 2380701 / 2381133
e-mel : scholarship@moe.edu.bn
KETERANGAN LANJUT MENGENAI DENGAN KURSUS DAN UNIVERSITI
Sila Layari Laman Web:
www.spa.gov.bn
Bahagian Latihan Dalam
Perkhidmatan
Pejabat Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam
Jabatan Perdana Menteri
Lapangan Terbang Lama
Berakas
Bandar Seri Begawan
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Telefon : 2381961 ext. 683
Faks : 2384392
e-mel : bldp.spa@spa.gov.bn