Iklan Jawatan Kosong | Borang Permohonan | Cara Memohon | Urusan Ujian & Temuduga
Urusan Ujian
Sebahagian jawatan memerlukan
ujian bertulis. Ujian bertulis diadakan di Dewan Ujian, tingkat 2
Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam atau ditempat yang sesuai.
Urusan Temuduga
Temuduga di dalam negeri diadakan di tingkat 2, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Bagi jawatan yang pemohonnya dari luar negeri yang mencukupi jumlahnya, temuduga diadakan di luar negeri iaitu di pejabat Kedutaan Brunei Darussalam atau Suruhanjaya Tinggi Brunei Darussalam dinegeri berkenaan.
Temuduga sebelah pagi dimulakan pada jam 8:30 pagi. Calon-calon adalah dikehendaki untuk hadir dalam masa 30 minit sebelum temuduga dijalankan.
Temuduga disebelah petang dimulakan pada jam 1:45 petang. Calon-calon adalah dikehendaki untuk hadir pada jam 1:30 petang.
Calon-calon adalah dikehendaki untuk membawa Kad Pengenalan dan / atau dokumen perjalanan, surat beranak beserta sijil-sijil asal dan dokumen yang berkaitan.