Iklan Jawatan Kosong | Borang Permohonan
| Cara Memohon | Urusan Ujian & Temuduga
Iklan Jawatan-Jawatan Kosong
Jawatan-jawatan kosong yang diiklankan
adalah menurut Penggal A Peraturan-Peraturan (Lantikan-Lantikan dan
Kenaikan-Kenaikan Pangkat) pegawai-pegawai Kerajaan, 1961 seperti berikut:-
Iklan Bab 7(a)
Pemohon adalah terbuka kepada orang
ramai (rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Yang
DiPertuan Negara Brunei Darussalam termasuk Pegawai-Pegawai dan Kakitangan
Kerajaan.
Kebenaran untuk mengiklankan bagi jawatan-jawatan kosong secara bab 7(a) ini
adalah dalam bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
Iklan ini akan dikeluarkan melalui akhbar rasmi Kerajaan "Pelita Brunei".
-
Iklan Bab 38(a)
Pemohon
Pegawai-Pegawai dan Kakitangan dari Kementerian-Kementerian dan
Jabatan-Jabatan Kerajaan (Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Beginda Sultan Dan Yang DiPertuan Negara brunei Darussalam) tanpa mempelawa
orang ramai.
Kebenaran untuk mengiklankan jawatan kosong secara bab 38(a) ini adalah
dalam bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Iklan ini dikeluarkan melalui Surat Pemberitahuan SuruhanjayaPerkhidmatan
Awam (SPA) ke semua Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan Kerajaan.
-
Iklan Bab 38(b)
Pemohon
adalah Pegawai dan Kakitangan di Jabatan berkenaan sahaja (Rakyat Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Beginda Sultan Dan Yang DiPertuan Negara
brunei Darussalam tanpa mempelawa orang ramai dan Pegawai-Pegawai dan
Kakitangan di Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan yang lain.
Kebenaran untuk mengiklankan bagi jawatan kosong secara bab 38(b) ini adalah
dalam bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Iklan ini dikeluarkan melalui Surat Pemberitahuan SuruhanjayaPerkhidmatan
Awam (SPA) ke Kementerian-Kementerian atau Jabatan berkenaan sahaja.