IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 24 OGOS 2011)

BILANGAN IKLAN: 32/08/11 (SPA/BMI)

 

 

NO

NAMA JAWATAN

KEKOSONGAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

1.

JURUAUDIT

JABATAN AUDIT

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 /B.2 ($2,270 -$4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

Tugas Dan Tanggungjawab

2

BILANGAN 1 HINGGA 7

&

CARA PERMOHONAN

2.

KETUA PENGARANG

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

Tugas Dan Tanggungjawab

1

3.

PENGAWAL KESELAMATAN TINGKAT KHAS

JABATAN KESELAMATAN DALAM NEGERI

JABATAN PERDANA MENTERI

C.1-2 EB.3 ($1.280 - $2,270 SEBULAN)

Tugas Dan Tanggungjawab

1

4.

GURU UGAMA TERLATIH

JABATAN KEHAKIMAN NEGARA

JABATAN PERDANA MENTERI

G.2 ($1,050 - $2,165 SEBULAN)

Tugas Dan Tanggungjawab

1

5.

PENGAWAS TINGKAT II

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.3 EB.4 ($900 -$1,465 SEBULAN)

Tugas Dan Tanggungjawab

21

6.

PEGAWAI KASTAM

JABATAN KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA

KEMENTERIAN KEWANGAN

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

Tugas Dan Tanggungjawab

4

7.

KERANI TEKNIKAL TINGKAT III

JABATAN KERJA RAYA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

Tugas Dan Tanggungjawab

3

             

               

                                        

 

1.

JURUAUDIT

JABATAN AUDIT

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 /B.2 ($2,270 -$4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

1.       TANGGAGAJI B.2 EB.3

 

a)     Mempunyai kelulusan Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW) atau Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) atau kelulusan professional badan perakaunan yang diiktiraf.

 

ATAU

         

b)       Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Perakaunan / Kewangan / Ekonomi / Pengurusan atau bidang bersesuaian.

 

2.       TANGGAGAJI B.2

 

a)     BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang Perakaunan / Kewangan / Ekonomi / Pengurusan atau bidang bersesuaian serta sedang berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang berkaitan dengan bidang perakaunan dan/atau pengauditan dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

                 ATAU

 

b)       Sedang berkhidmat di Jabatan Audit sebagai Penolong Juruaudit Tingkat I dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

                                                                       

c)     Sedang berkhidmat dengan Kerajaan dalam bidang perakaunan dan/atau pengauditan dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 9 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.


 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB  JURUAUDIT:

 

Secara Am:

  1. Merancang dan menyediakan program pengauditan.
     

  2. Mengawasi pengauditan yang dijalankan ke atas pelbagai kira-kira Kerajaan. 
     

  3. Memimpin dan melatih kakitangan dibawahnya dalam hal pengauditan.
     

  4. Membuat draf / menyediakan laporan-laporan audit.
     

  5. Mengulangkaji / mengeluarkan pertanyaan-pertanyaan audit / peringatan-peringatan.
     

  6. Menyusuli laporan-laporan audit yang telah dikeluarkan.

 

Secara Khusus:

  1. Merancang dan menyediakan program pengauditan.
     

  2. Menjalankan pengauditan ke atas pelbagai kontrak / projek Kerajaan yang berkaitan dengan pembinaan / perolehan (procurement), termasuk menyediakan pertanyaan-pertanyaan dan menghadiri perbincangan / mesyuarat dengan pihak yang diaudit dan lain-lain pihak yang berkenaan.
     

  3. Mengawasi / menyelia, memimpin dan melatih kakitangan dibawahnya dalam hal pengauditan.
     

  4. Membuat draf dan menyediakan laporan-laporan audit.
     

  5. Membuat susulan kepada laporan-laporan audit yang telah dikeluarkan termasuk mengeluarkan peringatan kepada pihak yang diaudit dan menyediakan persuratan / laporan mengenai isu-isu yang berbangkit.
     

  6. Menyediakan ringkasan / rumusan bagi perkara-perkara yang diaudit untuk tujuan penyediaan Laporan Suku Tahunan Juruaudit Agung, Laporan Tahunan Juruaudit Agung dan laporan –laporan yang dikehendaki oleh Jawatankuasa Audit.
     

  7. Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan, termasuk mengurus kontrak / kerja pemeliharaan bangunan dan projek-projek khas yang di bawah tanggungjawab Jabatan Audit.


 

 

 

 

 <<Atas

2.

KETUA PENGARANG

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

1.       a)       TANGGAGAJI B.2 EB.3

 

Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Kesusasteraan / Penulisan / Linguistik / Komunikasi Massa / Pengajian Islam atau bidang bersesuaian.

 

          b)       TANGGAGAJI B.2

 

i)        BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang Penulisan atau bidang bersesuaian serta sedang berkhidmat dengan Kerajaan dalam tanggagaji C.3 dalam jawatan berkaitan dalam bidang penulisan atau penyunting atau penerbitan tidak kurang 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.            

 

ATAU

 

                   ii)      Sedang berkhidmat di Jabatan yang sama sebagai Pengarang Kanan atau dalam jawatan yang berkaitan dalam bidang penulisan  atau penyunting atau penerbitan dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)     Sedang berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pengarang  Kanan  atau dalam jawatan yang berkaitan dengan    

dengan bidang penulisan atau penyunting atau penerbitan dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 9 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan. 

 

2. Mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam bidang penulisan, penerbitan, kebudayaan dan adat istiadat.

 

3. Mahir menguasai Bahasa Melayu dan Inggeris.

 

4. Berkebolehan membaca dan menulis jawi dengan baik.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA PENGARANG:

 

  1. Bertanggungjawab mengetuai Unit Pengarang di Bahagian Penerbitan dalam usaha mengumpul dan memperbaiki segala menuskrip dan rencana untuk terbitan Jabatan.
     

  2. Menulis rencana sejarah dan yang berkaitan dengan kehendak Jabatan untuk dijadikan bahan rujukan dan penerbitan.
     

  3. Memperbaiki dan mengubahsuai manuskrip (penulisan) yang hendak diterbitkan dari segi fakta dan keilmiahan penulisan bagi menjaga mutu penulisan sejarah di Jabatan ini.
     

  4. Berusaha mendapatkan bahan-bahan terbitan khususnya rencana sejarah sama ada dari penulis dalam atau luar Jabatan.
     

  5. Meneliti serta menyemak dan memberi ulasan atau pandangan terhadap artikel-artikel atau bahan-bahan penulisan yang dihantar ke Jabatan ini.
     

  6. Membantu Ketua Bahagian Penerbitan bagi merancang dan menyelaras hal ehwal penerbitan Jabatan.
     

  7. Mengendalikan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengetua dan Timbalan Pengetua bila-bila masa dikehendaki.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA PENGARANG DI PUSAT DA’WAH ISLAMIAH, KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA:

   

  1. Membantu Ketua Unit dalam urusan  yang berkaitan dengan penerbitan bahan-bahan terbitan  Pusat Da’wah Islamiah seperti buku, majalah surat berita, poster dan seumpamanya.
     

  2. Merancang penerbitan setiap tahun bagi terbitan-terbitan Pusat Da’wah Islamiah iaitu: Buku bersempena, buku semasa, Surat Berita Muslimin, Majalah Al-Huda, Poster-Poster, Booklet dan Pamphlet dan Taqwim.
     

  3. Bertindak selaku ketua dalam mengatur dan mengawasi pembahagian tugas penulisan artikel-artikel Islam untuk diterbitkan dalam sesebuah bahan terbitan.
     

  4. Bertindak selaku ketua dalam mengatur dan pembahagian tugas penulisan berita dan wawancara untuk dijadikan bahan berita newsletter Kementerian Hal Ehwal Ugama atau untuk dimuatkan dalam majalah serta apa jua terbitan Pusat Da’wah Islamiah.
     

  5. Menyediakan bahan atau artikel yang berunsurkan ajaran Islam untuk dimuatkan dalam apa jua terbitan Pusat Da’wah Islamiah.
     

  6. Menyediakan prakata buku-buku dan lain-lain terbitan Pusat Da’wah Islamiah.
     

  7. Menjadi penyelaras, pengedit dan menyemak semua terbitan-terbitan Pusat Da’wah Islamiah.
     

  8. Penilai bahan-bahan yang diterima dari penulis luar jabatan sebelum diterbitkan.
     

  9. Memastikan semua terbitan-terbitan Pusat Da’wah Islamiah berkualiti, digemari oleh penggunanya dan memastikan agar setiap bahan diterbitkan tepat pada waktunya.
     

  10. Menerima arahan dari semasa ke semasa.

 

 <<Atas

3.

PENGAWAL KESELAMATAN TINGKAT KHAS

JABATAN KESELAMATAN DALAM NEGERI

JABATAN PERDANA MENTERI

C.1-2 EB.3 ($1.280 - $2,270 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

1.       a)       BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

        ATAU

         

b)      Sedang berkhidmat di Jabatan Keselamatan Dalam Negeri sebagai Pengawal Keselamatan Tingkat I dalam tanggagaji D.3 atau sebanding tidak kurang dari 3 tahun serta telah lulus peperiksaan Jabatan. 

 

ATAU

 

c)      Telah berkhidmat dengan Pasukan Keselamatan seperti ABDB, Polis Diraja Brunei dan sebagainya dalam tanggagaji D.3/PD.5 (berpangkat Sarjan) atau sebanding tidak kurang  dari 3 tahun  serta lulus ujian bertulis.

 

Kebolehan dan pengalaman tentang pengurusan dan penyeliaan satu Pasukan Anggota Keselamatan adalah keutamaan.

 

2.       Berumur diantara 20 hingga 40 tahun.

 

3.       Bagi calon-calon yang baru dilantik mestilah tidak memakai kacamata/kanta lekap lebih 100 Degree.  

 

4.       Calon-calon yang terdiri daripada bekas anggota Keselamatan hendaklah mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan bersih daripada kesalahan disiplin bagi tempoh 3 tahun kebelakangan dan mengemukakan nama 2 orang Referees yang dikenali lebih 5 tahun (melengkapkan borang Pengakuan Biodata).


 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGAWAL KESELAMATAN TINGKAT KHAS:

  1. Menyelia, mengurus dan mengawal hal ehwal tugas-tugas kawalan keselamatan (security) yang diarahkan kepada anggota keselamatan.
     

  2. Memastikan tugas-tugas keselamatan; 
    i         Memeriksa dan Pengawasan
    ii        Mengiringi (Escort)
    iii.      Kawalan Masuk (Security Pass)
    iv.      Kawalan Trafik

    v.       Kecemasan
     

  3. Menahan mana-mana orang atau benda yang melanggar peraturan keselamatan. 
           

  4. Menyelia pengendalian sistem keselamatan di dalam Pusat Kawalan apabila diarahkan.  
     

  5. Menyelamatkan orang atau benda dalam kawasan kawalannya sewaktu kejadian Kecemasan (Emergency).
     

  6. Membantu Pegawai-Pegawai Keselamatan menjalankan tugas-tugas siasatan keatas sebarang kejadian yang dilaporkan.
     

  7. Melatih dan mendidik anggota-anggota keselamatan dari semasa ke semasa.
     

  8. Membantu tugas-tugas menyelaras dan operasi kontinjensi.
     

  9. Mengatur anggota keselamatan apabila keperluan mengganti (relief) dikehendaki.
     

  10. Menjalankan sebarang tugas keselamatan dan safety yang lain yang diaturkan kepadanya dari semasa ke semasa.

 


<<Atas

 

4.

GURU UGAMA TERLATIH

JABATAN KEHAKIMAN NEGARA

JABATAN PERDANA MENTERI

G.2 ($1,050 - $2,165 SEBULAN)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

1.       a)       Lulus Peperiksaan Sijil Pelajaran Ugama (SPU).  

 

ATAU

 

b)     4 Kepujian /Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding DAN Sijil Pelajaran Ugama Darjah Enam (VI).

 

2.       Sijil Perguruan Ugama.  

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU UGAMA TERLATIH;

  1. Bertanggungjawab kepada Ketua Pendaftar, Timbalan Ketua Pendaftar dan Pendaftar-Pendaftar Mahkamah Syariah. 
     

  2. Menjalankan Majlis Sulh yang telah diperintahkan oleh Mahkamah.
     

  3. Membuat laporan dan menyediakan Draf Penjanjian Sulh.
     

  4. Membantu dan merancang dan menjalankan perkembangan latihan dan sebagainya.  
     

  5. Menerima arahan dari pegawai atasan dari semasa ke semasa.


 <<Atas

5.

PENGAWAS TINGKAT II

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.3 EB.4 ($900 -$1,465 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

1.       a)       BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

ATAU

         

b)                 Sedang berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam bidang Pengawasan dalam tanggagaji D.2 / D.1 tidak kurang dari 3 tahun. 

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB  PENGAWAS TINGKAT II:

 

SECARA AM:

 

          I.        Mengawas / memata-matai tugasan kerja.

 

II.        Menyelia pekerja di bawah pengawasannya.

 

III.       Membuat tugas-tugas yang diarahkan.

 

SECARA KHUSUS:

 

        I.       Mengawasi bangunan, kawasan dan asset Kerajaan tempat bertugas dari aspek keselamatan, kebersihan pemeliharaan dan kemudahan.

 

        II.       Mengatur tugasan kerja pekerja di bawah pengawasannya.

 

        III.      Melaporkan dari semasa ke semasa mengenai (i).

 
       
IV.      Menyediakan jadual kerja pemeliharaan bangunan, kawasan dan asset Kerajaan tempat bertugas.


 

DI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN:

  1. Membantu Pengawas Tingkat I pada kerja-kerja pemeliharaan bangunan-bangunan yang dikendalikan oleh Unit Pemeliharaan Istana.
     

  2. Membuat pemeriksaan kerosakan bangunan dan membuat laporan kerosakan dan cadangan pembaikan.
     

  3. Membuat penyukatan kerja pemeliharaan yang diperlukan dan seterusnya membantu menyediakan dokumen sebutharga dan tawaran.
     

  4. Membuat pengawasan dan pemantauan kerja pemeliharaan bangunan.
     

  5. Membuat penyediaan ‘Quality Control’ dan laporan siap kerja.
     

  6. Melaksanakan apa-apa jua kerja-kerja pemeliharaan bangunan yang diarahkan oleh Ketua Unit Pemeliharaan Istana.

 

DI JABATAN KEMAJUAN PERUMAHAN:

 

  1. Menyelia kerja-kerja pengawasan / pemeliharaan kawasan di bawah kawalan Jabatan Kemajuan Perumahan serta kerja-kerja yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.
     

  2. Mengawas dan melaporkan kerja-kerja hal ehwal di kawasan-kawasan Rancangan Perumahan Negara termasuk kebersihan, kerosakan dan perumahan.

 

DI JABATAN PENTADBIRAN DAN PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN:

  1. Membantu Ketua Unit Perkhidmatan Kenderaan-Kenderaan Kementerian Pendidikan (BG) hal yang berhubungkait dengan pengawasan kakitangan bahagian Mekanik.
     

  2. Membantu Ketua Unit dalam mengatur dan menyusun kerja-kerja pembaikan kenderaan Kementerian Pendidikan (BG).
     

  3. Membantu Ketua Unit mendapatkan sebutharga dari pembekal-pembekal bagi pembelian alat-alat ganti kenderaan BG.
     

  4. Membantu Ketua Unit dalam pengambilan dan penggunaan minyak dari syarikat swasta.
     

  5. Menyemak tuntutan-tuntutan bayaran minyak dari syarikat swasta sebelum diserahkan kepada pihak Kewangan untuk pembayaran.
     

  6. Mengawasi buku stok (Stock Book) bagi pembelian perkakas dan alat ganti kenderaan BG.
     

  7. Mengambil langkah segera ke atas kenderaan BG yang terlibat dalam kemalangan dan kerosakan.
     

  8. Mengawasi keselamatan alat-alat perkakas mekanik.
     

  9. Membantu mengawasi dan menjaga kebersihan kawasan dan bangunan Bahagian Kenderaan dan Pengangkutan.
     

  10. Berkerjasama dengan semua Ketua Unit dan Ketua Bahagian termasuk pegawai-pegawai dan kakitangan yang lain untuk mengatasi sebarang masalah yang dihadapi oleh Bahagian Kenderaan dan Pengangkutan.
     

  11. Melaksanakan apa jua arahan yang diberikan oleh AT, ATA, ATK dari semasa ke semasa.

 

DI JABATAN DAERAH TEMBURONG:

  1. Mengawasi kehadiran pekerja-pekerja bawahan di tempat-tempat yang telah ditentukan.
     

  2. Mengaturkan dan seterusnya mempastikan kerja-kerja yang dilaksanakan oleh pekerja-pekerja di bawah jagaan sentiasa dalam keadaan betul, teratur dan sempurna.
     

  3. Memeriksa kawasan-kawasan yang berada dalam jagaan, menyediakan laporan dan seterusnya menghadapkan sebarang cadangan untuk memperbaiki keadaannya kepada pihak atasan.


 

DI JABATAN KERJA RAYA:

 

BAHAGIAN PEMBINAAN JALANRAYA (SRC)

  1. Membantu kerja-kerja membuat laporan kepada Jurutera, Ketua Pembantu Teknik dan Pembantu Teknik Kanan.
     

  2. Mengawasi projek-projek pembinaan jalan-jalan baru di Daerah Brunei Muara, Daerah Tutong dan Temburong.
     

  3. Mengawasi kerja-kerja pembinaan jambatan di Daerah Brunei Muara, Daerah Tutong dan Temburong.
     

  4. Memberi laporan kemajuan pembinaan projek jalanraya dan yang berkaitan dengannya.
     

  5. Memeriksa dan menjaga tapak-tapak binaan bagi Pembinaan Jalan Raya.

 

BAHAGIAN PEMELIHARAAN JALANRAYA (SRM)

  1. Mengawas dan mengaturkan kerja-kerja Pengawasan Kecil, Mandur dan Buruh.
     

  2. Mengawasi projek-projek Kerajaan dengan membuat laporan harian dan laporan kemajuan projek.
     

  3. Mengawasi kerja-kerja pengendalian mesin serta pemandu-pemandu yang di bawah jagaan.
     

  4. Memastikan “Sub Ofis” di dalam keadaan yang memuaskan.

 

JABATAN PERKHIDMATAN BANGUNAN

 

BAHAGIAN PENGURUSAN BANGUNAN (SBM)

  1. Mengetuai satu kumpulan pekerja di bawah kawalannya.
     

  2. Menyelenggara kerja-kerja pemasangan, pemeliharaan pembaikan dan kerja-kerja berkaitan dalam bidang yang berkenaan.
     

  3. Memastikan kerja-kerja yang dibuat mengikut peraturan, teratur dan kemas. 
     

  4. Membuat laporan kepada pegawai atasan.
     

  5. Membuat lawatan ke tapak bina / projek.
     

  6. Menyediakan jadual pekerja.

 

JABATAN KERJA RAYA, KUALA BELAIT [SKB]

  1. Membantu tugas-tugas Ketua Pembantu Teknik [CTA], Pembantu Teknik Kanan [STA] dan Pengawas Tingkat Khas di dalam:-

    i. Menyediakan laporan bulanan ke atas kemajuan projek-projek atau kontrak di bawah kawalan dan
       pengawasannya kepada Ketua Pembantu Teknik atau ketua bahagiannya.
     

    ii. Membantu mengawasi dan melawat ke tapak binaan atau tapak pemeliharaan dan membuat laporan mengenai
        perkembangan status kemajuan projek di bawah pengawasannya.

     

  2. Meneliti dan menjadual kerja-kerja yang perlu dilaksanakan mengikut keperluan kerja di bawah organisasinya.
     

  3. Mengetahui aspek etika kerja dan keselamatan kerja di tapak binaan.
     

  4. Boleh membaca pelan-pelan atau layout binaan dengan baik.
     

  5. Menerima dan melaksanakan arahan dari Ketua Jabatan dari semasa ke semasa. 

 <<Atas

 

6.

PEGAWAI KASTAM

JABATAN KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA

KEMENTERIAN KEWANGAN

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

1.       a)       4 Kepujian / Kredit mata Pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge

                   Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding.

 

ATAU

 

b)       Sedang berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5 tahun.

 

2.       Mempunyai kebolehan mengendalikan komputer dan fasih bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI KASTAM:

  1. Memeriksa barang keluar masuk.
     

  2. Membuat kerja pencegahan.
     

  3. Membuat resit dan mengutip cukai.
     

  4. Membuat rondaan darat dan laut.
     

  5. Mendaftar dan meneliti deklarasi.
     

  6. Menerima dan memproses A.P. dan permohonan tarikan balik cukai.
     

  7. Melakukan kerja-kerja perkeranian.
     

  8. Menerima arahan kerja dari pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

 <<Atas

7.

KERANI TEKNIKAL TINGKAT III

JABATAN KERJA RAYA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

1.       a)       4 Kepujian / Kredit mata Pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding.

 

       ATAU

 

b)       BDTVEC/BTEC National Trade Certificate Grade 2 (NTC2) atau sebanding dalam bidang bersesuaian

 

ATAU

 

c)       Sedang berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5 tahun.

 

2.       Mempunyai Sijil Menaip atau Trengkas serta boleh menggunakan komputer dengan baik adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

PEJABAT PENGARAH PERKHIDMATAN BANGUNAN [DBS]

 

  1. Menyediakan dan menyiapkan:- 
    - Laporan teknikal projek dari semasa ke semasa
    - Minit mesyuarat dan laporan kemajuan bulanan dan sebagainya
    - Laporan kedudukan perbelanjaan serta kewangan bagi tiap-tiap projek
     

  2. Mendraf memo, minit, keliling projek dan lain-lain jika perlu. 
     

  3. Menolong dan membantu Jurutera-Jurutera atau Pegawai Atasan bagi menyediakan bahan, data-data serta laporan-laporan dan maklumat bagi tujuan mesyuarat, taklimat dan sebagainya. 
     

  4. Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh Ketua Pembantu Teknik atau Ketua Bahagian.


 <<Atas

           

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR

 BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN

1 HINGGA 7:

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 2

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455

(BHGN. IKLAN)