Awda Berada : Maklumat Organisasi / Cara-Cara Memohon  


CARA-CARA MEMOHON

Iklan Jawatan-Jawatan Kosong
Jawatan-jawatan kosong yang diiklankan adalah menurut Penggal A  Peraturan-Peraturan (Lantikan-Lantikan dan Kenaikan-Kenaikan Pangkat) pegawai-pegawai Kerajaan, 1961 seperti berikut:-

Iklan Bab 7(a)
Pemohon adalah terbuka kepada orang ramai (rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam termasuk Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Kerajaan.

Kebenaran untuk mengiklankan bagi jawatan-jawatan kosong secara bab 7(a) ini adalah dalam bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Iklan ini akan dikeluarkan melalui akhbar rasmi Kerajaan "Pelita Brunei".

  • Iklan Bab 38(a)
    Pemohon adalah terdiri daripada Pegawai-Pegawai dan Kakitangan dari Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan Kerajaan (Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Beginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam) tanpa mempelawa orang ramai.

    Kebenaran untuk mengiklankan jawatan kosong secara bab 38(a) ini adalah dalam bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

    Iklan ini dikeluarkan melalui Surat Pemberitahuan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) ke semua Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan Kerajaan.
     
  • Iklan Bab 38(b)
    Pemohon adalah terdiri daripada Pegawai dan Kakitangan di Jabatan berkenaan sahaja (Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tanpa mempelawa orang ramai dan Pegawai-Pegawai dan Kakitangan di Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan yang lain.

    Kebenaran untuk mengiklankan bagi jawatan kosong secara bab 38(b) ini adalah dalam bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

    Iklan ini dikeluarkan melalui Surat Pemberitahuan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) ke Kementerian-Kementerian atau Jabatan berkenaan sahaja.

 

 

SPA1
Borang SPA1 digunakan bagi pemohon yang baru pernah memohon jawatan yang diiklankan. Butir-butir peribadi akan disimpan kedalam sistem komputer.

SPA2
Borang SPA2 digunakan bagi pemohon yang pernah memohon jawatan kosong dan telah mengisikan borang SPA1. Butir-butir tambahan dikemaskinikan kedalam sistem komputer.

 

Cara-Cara Memohon

  • Pemohon-pemohon yang berhajat untuk memohon mana-mana jawatan kosong didalam perkhidmatan Kerajaan hendaklah menghantar borang SPA1 dan / atau SPA2. Salinan-salinan sijil / dokumen yang bersesuaian hendaklah disertakan.
     

  • Pemohon-pemohon yang memenuhi syarat-syarat iklan akan dipertimbangkan dan butir-butir pemohon akan dimasukkan kedalam sistem komputer.
     

  • Bagi Pegawai dan Kakitangan Kerajaan hendaklah menghantar permohonan mereka melalui ketua Jabatan masing-masing.
     

  • Lain-lain pemohonan hendaklah menghantar terus kepada Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

 

Urusan Ujian
Sebahagian jawatan memerlukan ujian bertulis. Ujian bertulis diadakan di Dewan Ujian, tingkat 2 Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam atau ditempat yang sesuai.

 

Urusan Temuduga

  • Temuduga di dalam negeri diadakan di tingkat 2, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Bagi jawatan yang pemohonnya dari luar negeri yang mencukupi jumlahnya, temuduga diadakan di luar negeri iaitu di pejabat Kedutaan Brunei Darussalam atau Suruhanjaya Tinggi Brunei Darussalam di negeri berkenaan.
     

  • Temuduga sebelah pagi bermula pada jam 8:30 pagi. Calon-calon adalah dikehendaki untuk hadir 30 minit sebelum temuduga dijalankan.
     

  • Temuduga disebelah petang bermula pada jam 1:45 petang. Calon-calon adalah dikehendaki untuk hadir 30 minit sebelum temuduga dijalankan.
     

  • Calon-calon adalah dikehendaki untuk membawa Kad Pengenalan dan / atau dokumen perjalanan, surat beranak beserta sijil-sijil asal dan dokumen yang berkaitan.
     

  • Calon-calon juga adalah dikehendaki untuk melengkapkan Borang A dan Borang B bagi urusan temuduga dan dihantar di kaunter temuduga semasa menghadiri temuduga. Klik di sini untuk memuat turun borang berkenaan.