PEMBERITAHUAN:
Semua permohonan adalah
melalui pengisian borang SPA1 atau SPA2 kecuali dimaklumkan sebaliknya.
Bagi iklan jawatan
bilangan 1 hingga 9 isikan satu (1) salinan sahaja borang
SPA1 atau SPA2.
Borang SPA1 dan SPA2 boleh
didapati di Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negara Brunei Darussalam
dan dikembalikan ke tempat penghantaran borang permohonan yang disebutkan
bersama-sama dengan salinan sijil-sijil,
surat-surat akuan yang lengkap dan diakui sah.
Semua kelulusan,
sijil-sijil kecekapan, peperiksaan yang dikendalikan oleh badan-badan
professional yang dihadapkan bersama borang permohonan hendaklah diiktiraf
oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. (selepas ini dipanggil Kerajaan).
Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah menghadapkan permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan. Ketua Jabatan dikehendaki menyertakan:-
a. Laporan Sulit mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon;
b. Tahap Penilaian Prestasi bagi tempoh 3 tahun kebelakangan (borang Penilaian Prestasi tidak perlu disertakan);
c. Rekod Perkhidmatan.
Bagi pemohon yang terdiri
dari Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji
hari hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT
BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
4 Kepujian (kredit) mata
pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa hendaklah
diperolehi dalam tempoh dua (2) tahun berturut-turut.
Permohonan yang diterima
lewat daripada 18 MAC 2009 tidak dilayan.
Tugas dan tanggungjawab
jawatan boleh diperolehi daripada Kementerian/Jabatan di mana terdapat
kekosongan jawatan tersebut atau di tempat menghantar borang permohonan.
Pemohon juga boleh mendapatkan maklumat seperti syarat kelayakan serta tugas dan tanggungjawab jawatan dari:-
· Papan kenyataan Tingkat I, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang mana maklumat-maklumat ini dipaparkan lebih awal dari keluaran Pelita Brunei.
· Melayari laman web rasmi Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Iklan Jawatan Kosong) iaitu http://www.spa.gov.bn
· Melalui email bmm.spa@spa.gov.bn.
11. Maklumat
mengenai iklan-iklan jawatan kosong serta borang-borang permohonan juga boleh
diperolehi di Pejabat-Pejabat Kerajaan dan pusat awam seperti berikut:-
· Pejabat Daerah Belait;
· Pejabat Daerah Temburong.
· Pejabat Daerah Tutong;
· Pusat Sumber Kerjaya Kementerian Pendidikan, Tingkat I di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Bandar Seri Begawan;
· Jabatan
Buruh, Bhg. Perkhidmatan Pekerjaan Tempatan, Tingkat 4, Jalan Menteri Besar.
<<Kembali
Ke Iklan Jawatan-Jawatan Kosong
Tarikh Tutup 18/03/2009