PEMBERITAHUAN:
1.
Semua permohonan adalah melalui pengisian borang SPA1 atau SPA2 kecuali
dimaklumkan sebaliknya.
2.
Bagi iklan jawatan bilangan 1 hingga 8
isikan satu (1) salinan sahaja borang
SPA1 atau SPA2.
3.
Bagi iklan jawatan bilangan GH.9
isikan satu (1) salinan sahaja borang
SPA1.
4. Borang
SPA1 dan SPA2 boleh didapati di Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negara
Brunei Darussalam dan dikembalikan ke tempat penghantaran borang permohonan yang
disebutkan bersama-sama dengan salinan
sijil-sijil, surat-surat akuan yang lengkap dan diakui sah.
5. Semua
kelulusan, sijil-sijil kecekapan, peperiksaan yang dikendalikan oleh badan-badan
professional yang dihadapkan bersama borang permohonan hendaklah
diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam. (selepas ini dipanggil
Kerajaan).
6. Pegawai-Pegawai
Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah
menghadapkan permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan. Ketua Jabatan
dikehendaki menyertakan:-
a.
Laporan Sulit
mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon;
b.
Tahap Penilaian Prestasi
bagi tempoh 3 tahun kebelakangan (borang Penilaian Prestasi tidak perlu
disertakan);
c.
Rekod Perkhidmatan.
7.
Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon
dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi
sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi
tempoh 3 tahun kebelakangan.
8.
4 Kepujian (kredit) mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat
Biasa hendaklah diperolehi dalam tempoh
dua (2) tahun berturut-turut.
9.
Permohonan yang diterima lewat daripada
31 DISEMBER 2008 tidak dilayan.
10.
Tugas dan tanggungjawab jawatan boleh diperolehi daripada Kementerian/Jabatan di
mana terdapat kekosongan jawatan tersebut atau di tempat menghantar borang
permohonan.
a.
Papan kenyataan Tingkat I, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang mana
maklumat-maklumat ini dipaparkan lebih awal dari keluaran Pelita
b. Melayari laman web rasmi Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Iklan Jawatan Kosong) iaitu http://www.spa.gov.bn/
c.
Melalui email
bmm.spa@spa.gov.bn.
12. Maklumat
mengenai iklan-iklan jawatan kosong serta borang-borang permohonan juga boleh
diperolehi di Pejabat-Pejabat Kerajaan dan pusat awam seperti berikut:-
·
Pejabat Daerah Belait;
·
Pejabat Daerah Temburong.
·
Pejabat Daerah Tutong;
·
Pusat Sumber Kerjaya Kementerian Pendidikan, Tingkat I di Kompleks Yayasan
Sultan Haji Hassanal Bolkiah Bandar Seri Begawan;
· Jabatan Buruh, Bhg. Perkhidmatan Pekerjaan Tempatan, Tingkat 4, Jalan Menteri Besar.
<<
Kembali
Ke Iklan Jawatan-Jawatan Kosong
Tarikh Tutup 31/12/2008