PEMBERITAHUAN:
2.
Bagi iklan jawatan bilangan 1 hingga 8
isikan satu (1) salinan sahaja borang
SPA1 atau SPA2.
3. Borang
SPA1 dan SPA2 boleh didapati di Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negara
Brunei Darussalam dan dikembalikan ke tempat penghantaran borang permohonan yang
disebutkan bersama-sama dengan salinan
sijil-sijil, surat-surat akuan yang lengkap dan diakui sah.
4. Semua
kelulusan, sijil-sijil kecekapan, peperiksaan yang dikendalikan oleh badan-badan
professional yang dihadapkan bersama borang permohonan hendaklah
diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam. (selepas ini dipanggil
Kerajaan).
5.
Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari
hendaklah menghadapkan permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan. Ketua Jabatan
dikehendaki menyertakan:-
a.
Laporan Sulit
mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon;
b.
Tahap Penilaian Prestasi
bagi tempoh 3 tahun kebelakangan (borang Penilaian Prestasi tidak perlu
disertakan);
c.
Rekod Perkhidmatan.
6.
Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon
dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi
sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi
tempoh 3 tahun kebelakangan.
7.
4 Kepujian (kredit) mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat
Biasa hendaklah diperolehi dalam tempoh
dua (2) tahun berturut-turut.
8.
Permohonan yang diterima lewat daripada
23 JULAI 2008 tidak dilayan.
9. Tugas
dan tanggungjawab jawatan boleh diperolehi daripada Kementerian/Jabatan di mana
terdapat kekosongan jawatan tersebut atau di tempat menghantar borang permohonan.
10. Pemohon
juga boleh mendapatkan maklumat seperti syarat kelayakan serta tugas dan
tanggungjawab jawatan di papan kenyataan Tingkat I, Pejabat Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam yang mana maklumat-maklumat ini dipaparkan lebih awal dari
keluaran Pelita Brunei atau dengan melayari laman web rasmi Pejabat Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (Iklan Jawatan Kosong) seperti di bawah:
Website:
http://www.spa.gov.bn/
11.
Maklumat mengenai iklan-iklan jawatan kosong serta borang-borang permohonan juga
boleh diperolehi di Pejabat-Pejabat Kerajaan dan pusat awam seperti berikut:-
·
Pejabat Daerah Belait;
·
Pejabat Daerah Temburong.
·
Pejabat Daerah Tutong;
·
Pusat Sumber Kerjaya Kementerian Pendidikan, Tingkat I di Kompleks Yayasan
Sultan Haji Hassanal Bolkiah Bandar Seri Begawan;
·
Jabatan Buruh, Bhg. Perkhidmatan Pekerjaan Tempatan, Tingkat 4, Jalan Menteri
Besar.
<<
Kembali
Ke Iklan Jawatan-Jawatan Kosong
Tarikh Tutup 23/07/2008