PEMBERITAHUAN:
-
Semua permohonan adalah melalui pengisian borang
SPA1 atau SPA2 kecuali dimaklumkan sebaliknya.
-
Bagi iklan jawatan
bilangan 1 hingga 7 isikan
satu (1) salinan sahaja borang
SPA1 atau
SPA2.
-
Borang SPA1 dan SPA2 boleh didapati di Pejabat
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negara Brunei Darussalam dan dikembalikan
ke tempat penghantaran borang permohonan yang disebutkan
bersama-sama dengan salinan
sijil-sijil, surat-surat akuan yang lengkap dan diakui sah.
-
Semua kelulusan, sijil-sijil kecekapan, peperiksaan
yang dikendalikan oleh badan-badan professional yang dihadapkan bersama
borang permohonan hendaklah
diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. (selepas
ini dipanggil Kerajaan).
-
Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam
perkhidmatan bergaji hari hendaklah menghadapkan permohonan tersebut
melalui Ketua Jabatan. Ketua Jabatan dikehendaki menyertakan:-
a.
Laporan Sulit
mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon;
b.
Tahap Penilaian Prestasi
bagi tempoh 3 tahun kebelakangan (borang Penilaian Prestasi tidak perlu
disertakan);
c.
Rekod Perkhidmatan.
-
Tahap penilaian prestasi pegawai-pegawai Kerajaan
sekurang-kurangnya SANGAT BAIK
bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
-
4 Kepujian
(kredit) mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat
Biasa hendaklah diperolehi dalam tempoh
dua (2) tahun berturut-turut.
-
Permohonan yang diterima lewat daripada
14 MEI 2008 tidak dilayan.
-
Tugas dan tanggungjawab jawatan boleh diperolehi
daripada Kementerian/Jabatan di mana terdapat kekosongan jawatan
tersebut atau di tempat menghantar borang permohonan.
-
Pemohon juga boleh mendapatkan maklumat seperti
syarat kelayakan serta tugas dan tanggungjawab jawatan di papan
kenyataan Tingkat I, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang mana
maklumat-maklumat ini dipaparkan lebih awal dari keluaran Pelita Brunei
atau dengan melayari laman web rasmi Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam (Iklan Jawatan Kosong) seperti di bawah:
Website:
http://www.spa.gov.bn/
-
Maklumat mengenai iklan-iklan jawatan kosong serta
borang-borang permohonan juga boleh diperolehi di Pejabat-Pejabat
Kerajaan dan pusat awam seperti berikut:-
·
Pejabat Daerah Belait;
·
Pejabat Daerah Temburong.
·
Pejabat Daerah Tutong;
·
Pusat Sumber Kerjaya Kementerian Pendidikan, Tingkat
I di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Bandar Seri Begawan;
·
Jabatan Buruh, Bhg. Perkhidmatan Pekerjaan Tempatan,
Tingkat 4, Jalan Menteri Besar.
<< Kembali
Ke Iklan Jawatan-Jawatan Kosong
Tarikh Tutup 14/05/2008