PEMBERITAHUAN:
Semua permohonan adalah melalui pengisian
borang SPA1 atau SPA2 kecuali dimaklumkan sebaliknya.
Bagi iklan jawatan bilangan 1 hingga 4
isikan satu (1) salinan sahaja borang
SPA1 atau SPA2.
Bagi iklan jawatan bilangan GH5
hingga GH7 isikan satu (1) salinan sahaja borang
SPA1.
Borang SPA1 dan SPA2 boleh didapati
di Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negara Brunei Darussalam dan
dikembalikan ke tempat penghantaran borang permohonan yang disebutkan
bersama-sama dengan
salinan sijil-sijil, surat-surat akuan yang lengkap dan diakui sah
Semua kelulusan, sijil-sijil kecekapan,
peperiksaan yang dikendalikan oleh badan-badan professional yang
dihadapkan bersama borang permohonan hendaklah diiktiraf oleh
Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan
Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. (selepas ini dipanggil
Kerajaan).
Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah menghadapkan permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan. Ketua Jabatan dikehendaki menyertakan:-
a. Laporan Sulit mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon;
b. Tahap Penilaian Prestasi bagi tempoh 3 tahun kebelakangan (borang Penilaian Prestasi tidak perlu disertakan);
c. Rekod Perkhidmatan.
Bagi pemohon yang terdiri dari
Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji
hari hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya
SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
4 Kepujian (kredit) mata pelajaran Sijil
Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa hendaklah diperolehi dalam
tempoh dua (2) tahun berturut-turut.
Permohonan yang diterima lewat daripada
18 JUN 2008 tidak dilayan.
Tugas dan tanggungjawab jawatan boleh
diperolehi daripada Kementerian/Jabatan di mana terdapat kekosongan
jawatan tersebut atau di tempat menghantar borang permohonan.
Pemohon juga boleh mendapatkan maklumat seperti syarat kelayakan serta tugas dan tanggungjawab jawatan di papan kenyataan Tingkat I, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang mana maklumat-maklumat ini dipaparkan lebih awal dari keluaran Pelita Brunei atau dengan melayari laman web rasmi Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Iklan Jawatan Kosong) seperti di bawah:
Website: http://www.spa.gov.bn/
Maklumat mengenai iklan-iklan jawatan
kosong serta borang-borang permohonan juga boleh diperolehi di
Pejabat-Pejabat Kerajaan dan pusat awam seperti berikut:-
·
Pejabat
Daerah Belait;
·
Pejabat
Daerah Temburong.
·
Pejabat
Daerah Tutong;
·
Pusat
Sumber Kerjaya Kementerian Pendidikan, Tingkat I di Kompleks Yayasan
Sultan Haji Hassanal Bolkiah,
Bandar Seri Begawan;
·
Jabatan
Buruh, Bhg. Perkhidmatan Pekerjaan Tempatan, Tingkat 4, Jalan Menteri
Besar.
<<
Kembali
Ke Iklan Jawatan-Jawatan Kosong
Tarikh Tutup 18/06/2008