PEMBERITAHUAN:
Semua permohonan adalah melalui pengisian borang SPA1 atau SPA2
kecuali dimaklumkan sebaliknya.
Bagi iklan jawatan bilangan 1 hingga 6 isikan satu (1)
salinan sahaja borang SPA1 atau SPA2.
Bagi iklan jawatan bilangan GH7 isikan satu (1) salinan
sahaja borang SPA1.
Borang SPA1 dan SPA2 boleh didapati di Pejabat Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam, Negara Brunei Darussalam dan dikembalikan ke tempat
penghantaran borang permohonan yang disebutkan
bersama-sama dengan
salinan sijil-sijil, surat-surat akuan yang lengkap dan diakui sah.
Semua kelulusan, sijil-sijil kecekapan, peperiksaan yang
dikendalikan oleh badan-badan professional yang dihadapkan bersama borang
permohonan hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam. (selepas ini dipanggil Kerajaan).
Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan
bergaji hari hendaklah menghadapkan permohonan tersebut melalui Ketua
Jabatan. Ketua Jabatan dikehendaki menyertakan:-
a. Laporan Sulit mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon;
b. Tahap Penilaian Prestasi bagi tempoh 3 tahun kebelakangan (borang Penilaian Prestasi tidak perlu disertakan);
c. Rekod Perkhidmatan.
Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kerajaan dan
termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah mempunyai tahap
penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3
tahun kebelakangan.
4 Kepujian (kredit) mata pelajaran Sijil Am Pelajaran
Brunei-Cambridge Peringkat Biasa hendaklah diperolehi dalam tempoh dua
(2) tahun berturut-turut.
Permohonan yang diterima lewat daripada 16 JULAI 2008
tidak dilayan.
Tugas dan tanggungjawab jawatan boleh diperolehi daripada
Kementerian/Jabatan di mana terdapat kekosongan jawatan tersebut atau di
tempat menghantar borang permohonan.
Pemohon juga boleh mendapatkan maklumat seperti syarat kelayakan serta tugas dan tanggungjawab jawatan di papan kenyataan Tingkat I, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang mana maklumat-maklumat ini dipaparkan lebih awal dari keluaran Pelita Brunei atau dengan melayari laman web rasmi Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Iklan Jawatan Kosong) seperti di bawah:
Website: http://www.spa.gov.bn/
Maklumat mengenai iklan-iklan jawatan kosong serta borang-borang permohonan juga boleh diperolehi di Pejabat-Pejabat Kerajaan dan pusat awam seperti berikut:-
· Pejabat Daerah Belait;
· Pejabat Daerah Temburong.
· Pejabat Daerah Tutong;
· Pusat Sumber Kerjaya Kementerian Pendidikan, Tingkat I di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Bandar Seri Begawan;
· Jabatan Buruh, Bhg. Perkhidmatan Pekerjaan Tempatan, Tingkat 4, Jalan Menteri Besar.
<<
Kembali
Ke Iklan Jawatan-Jawatan Kosong
Tarikh Tutup 16/07/2008