PEMBERITAHUAN:
Semua permohonan
adalah melalui pengisian borang SPA1 atau SPA2 kecuali dimaklumkan
sebaliknya.
Bagi iklan jawatan
bilangan 1 hingga 6 isikan satu (1) salinan sahaja borang
SPA1 atau SPA2.
Bagi iklan jawatan
bilangan GH7 isikan satu (1) salinan sahaja borang
SPA 1.
Borang SPA1 dan SPA2
boleh didapati di Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negara Brunei
Darussalam dan dikembalikan ke tempat penghantaran borang permohonan
yang disebutkan bersama-sama dengan
salinan sijil-sijil, surat-surat akuan yang lengkap dan diakui sah.
Semua kelulusan,
sijil-sijil kecekapan, peperiksaan yang dikendalikan oleh badan-badan
professional yang dihadapkan bersama borang Permohonan hendaklah
diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. (selepas
ini dipanggil Kerajaan).
Pegawai-Pegawai Kerajaan dan termasuk pemohon dalam perkhidmatan bergaji hari hendaklah menghadapkan permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan. Ketua Jabatan dikehendaki menyertakan:-
a. Laporan Sulit mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon;
b. Tahap Penilaian Prestasi bagi tempoh 3 tahun kebelakangan (borang Penilaian Prestasi tidak perlu disertakan);
c. Rekod Perkhidmatan.
Tahap penilaian
prestasi pegawai-pegawai Kerajaan sekurang-kurangnya SANGAT BAIK
bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
4 Kepujian (kredit)
mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa
hendaklah diperolehi dalam tempoh dua (2) tahun berturut-turut.
Permohonan yang
diterima lewat daripada 9 JULAI 2008 tidak dilayan.
Tugas dan
tanggungjawab jawatan boleh diperolehi daripada Kementerian/Jabatan di
mana terdapat kekosongan jawatan tersebut atau di tempat menghantar
borang permohonan.
Pemohon juga boleh mendapatkan maklumat seperti syarat kelayakan serta tugas dan tanggungjawab jawatan di papan kenyataan Tingkat I, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang mana maklumat-maklumat ini dipaparkan lebih awal dari keluaran Pelita Brunei atau dengan melayari laman web rasmi Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Iklan Jawatan Kosong) seperti di bawah:
Website: http://www.spa.gov.bn/
Maklumat mengenai iklan-iklan jawatan kosong serta borang-borang permohonan juga boleh diperolehi di Pejabat-Pejabat Kerajaan dan pusat awam seperti berikut:-
· Pejabat Daerah Belait;
· Pejabat Daerah Temburong.
· Pejabat Daerah Tutong;
· Pusat Sumber Kerjaya Kementerian Pendidikan, Tingkat I di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Bandar Seri Begawan;
· Jabatan Buruh, Bhg. Perkhidmatan Pekerjaan Tempatan, Tingkat 4, Jalan Menteri Besar.
<<
Kembali
Ke Iklan Jawatan-Jawatan Kosong
Tarikh Tutup 09/07/2008