PENGENALAN

 

Biasiswa Perkhidmatan Pentadbiran Brunei Darussalam (BPPB) adalah satu skim biasiswa khas yang ditawarkan oleh Jabatan Perdana Menteri bagi menghasilkan graduan yang cemerlang, berdaya saing dan berketerampilan untuk kerjaya sebagai Pegawai Pentadbir dalam perkhidmatan awam secara berperancangan jangka panjang.

 

 

 

JENIS-JENIS BIASISWA

 

Di bawah program ini  2  (dua)  jenis  skim   biasiswa   ke  luar  negeri ditawarkan:

 

v      Biasiswa Khas peringkat ‘A’ Level

 

Biasiswa ini dikhususkan bagi pelajar cemerlang di peringkat Biasa (‘O’ Level) untuk melanjutkan pengajian di Peringkat Lanjutan (‘A’ Level) dan seterusnya ke peringkat ijazah pertama dan lanjutan.

 

 

v      Biasiswa Khas Peringkat Ijazah Pertama

 

Biasiswa ini dikhususkan kepada pelajar cemerlang di peringkat ijazah pertama dan seterusnya ke peringkat ijazah lanjutan.

 

 

 

KEPADA SIAPA BPPB DITAWARKAN

 

Biasiswa ini ditawarkan kepada calon-calon dalam peringkat iaitu :

 

v      Calon-calon yang dipilih dari kalangan pelajar yang memperolehi keputusan peperiksaan cemerlang di peringkat Peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa (‘O’ Level). Mereka akan ditempatkan di ‘Boarding School’ yang mempunyai ‘track record’ yang baik dari segi pencapaian peperiksaan dan kemudahan untuk menyalurkan penuntut-penuntutnya ke universiti-universiti ternama.

 

 

v      Calon-calon yang dipilih dari kalangan penuntut-penuntut yang memperolehi keputusan cemerlang di peringkat Sijil Am Pelajaran Brunei Cambridge Peringkat Lanjutan (‘A’ Level) untuk disalurkan ke institusi-institusi ternama.

 

 

 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

 

Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

Memperolehi sekurang-kurangnya KEPUJIAN (CREDIT) BAHASA MELAYU dalam Peperiksaan Sijil Am Brunei Cambridge Peringkat Biasa yang diambil dalam peperiksaan yang sama.

 

[Kelulusan Bahasa Melayu peperiksaan London General Certificate of Education Peringkat Biasa dan kelulusan Bahasa Melayu peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) TIDAK DIIKTIRAF sebagai sebanding dengan Bahasa Melayu Sijil Am Pelajaran Brunei Cambridge Peringkat Biasa].

 

Memperolehi KEPUJIAN (CREDIT) DENGAN GRED A bagi matapelajaran BAHASA INGGERIS dalam peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei Cambridge Peringkat Biasa atau yang sebanding dengannya.

 

Umur pada 1 September 2007 bagi pemohon Peringkat ‘A’ Level TIDAK MELEBIHI 19 TAHUN dan bagi Ijazah Pertama TIDAK MELEBIHI 25 TAHUN.

 

Memperolehi kelulusan akademik minima mengikut tahap dan bidang pengajian berikut:

 

 

BIASISWA PERINGKAT ‘A’ LEVEL

 

v      Memperolehi tidak kurang 7 matapelajaran dengan Gred A dalam peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei Cambridge Peringkat Biasa    atau yang sebanding dengannya dalam mata-mata pelajaran yang bersesuaian termasuk Bahasa Inggeris dan sekurang-kurangnya mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu yang di ambil dalam peperiksaan yang sama.

 

v      Ditempatkan di ‘Boarding School’ yang ternama.

 

 

BIASISWA IJAZAH PERTAMA

 

v      Memperolehi sekurang-kurangnya 3 (tiga) mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei Cambridge Peringkat Lanjutan (dalam sekali duduk) yang berkaitrapat dengan kursus yang dipohon atau yang sebanding dengannya dengan gred berikut:

 

                   AAA (360 UCAS Tarif Points) + a

                   Atau

                   AAA (360 UCAS Tarif Points) + b

                   Atau

                   AAB (340 UCAS Tarif Points) + a

                   Atau

                   AAA (360 UCAS Tarif Points)

                   UCAS Tarif Points :

                   A = 120          B = 100          C = 80          D = 60          E= 40

 

         

Mendapat tempat pengajian di institusi ternama di United Kingdom, Australia, Kanada, Singapura atau Amerika Syarikat.

                            

 

 

SYARAT-SYARAT TAMBAHAN

 

Pemohon mestilah juga memenuhi syarat-syarat tambahan berikut:

 

v  Bersedia mengikuti kursus yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Biasiswa Kementerian Pendidikan. Jawatankuasa Biasiswa Kementerian Pendidikan boleh menetapkan di mana pelajar-pelajar akan ditempatkan. Penukaran kursus atau tempat yang sudah ditetapkan oleh Jawatankuasa Biasiswa Kementerian Pendidikan ini hanya akan dilayan secara ‘case by   case’.

 

v      Bersih dalam tapisan keselamatan.

 

v      Disahkan sihat dalam pemeriksaan kesihatan.                

 

 

 

TEMPOH PENGAJIAN

 

Tempoh pengajian di peringkat ijazah adalah 4 hingga 5 tahun tertakluk kepada jenis kursus. Bagi pemegang biasiswa bermula dari ‘A’ Level, tempoh pengajian adalah sehingga maksima 7 tahun.

 

 

 

BIDANG-BIDANG KURSUS

 

Pemegang biasiswa ini dikehendaki untuk mendapatkan kelulusan-kelulusan berikut:

 

v      Ijazah sarjana muda (joint degree) dan ijazah sarjana di dalam salah satu  mata pelajaran di bawah ‘joint degree’ berkenaan.

 

          ATAU

 

v      Dua ijazah sarjana muda (double degree) di dalam 2 disiplin berlainan.

 

          ATAU

 

v      Ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana di dalam disiplin yang sama.      

 

Dalam bidang-bidang berikut:

 

Economics                        

Laws                     

Political Sciences                        

Business Management                  

Accounting                       

Sociology               

Statistics                         

Public Policy  

Management 

Communication                  

Business Mathematics & Statistics