Misi
Membekalkan tenaga kerja perkhidmatan awam yang cekap,
berkualiti, berpengetahuan, berkelayakan dan berkesan mengikut
keperluan negara.
Bidang Kuasa
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam adalah berperanan untuk
menyembahkan kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Dipertuan Negara Brunei
Darussalam mengenai perkara-perkara yang berhubung dengan
lantikan, pertuakran, kenaikan pangkat, pemecatan dan mengenakan
hukuman tatatertib ke atas pegawai-pegawai kerajaan yang di
bawah bidang kuasanya, menurut perintah-perintah am,
peraturan-peraturan dan surat-surat keliling kerajaan.
Lantikan Badan
SPA
Pengurusi; Timbalan Pengurusi; 7 orang Ahli dan seorang
Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam adalah dilantik atas
perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan
Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Objektif
Untuk
membekalkan dan memastikan supaya perkhidmatan awam Negara
Brunei Darussalam mempunyai pegawai dan kakitangan menurut
keperluan kemajuan negara dengan cara yang cekap, berkesan dan
pertimbangan yang saksama.
<<Kembali