Temuduga di dalam
negeri diadakan di tingkat 2, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Bagi
jawatan yang pemohonnya dari luar negeri yang mencukupi jumlahnya,
temuduga diadakan di luar negeri iaitu di pejabat Kedutaan Brunei
Darussalam atau Suruhanjaya Tinggi Brunei Darussalam dinegeri berkenaan.
Temuduga sebelah pagi dimulakan pada pukol 8:30 pagi. Calon-calon adalah
dikehendaki untuk hadir dalam masa 30 minit sebelum temuduga dijalankan.
Temuduga disebelah petang dimulakan pada jam 1:45 petang. Calon-calon
adalah dikehendaki untuk hadir pada jam 1:30 petang.
Calon-calon adalah dikehendaki untuk membawa Kad Pengenalan dan / atau
dokumen perjalanan, surat beranak beserta sijil-sijil asal dan dokumen
yang berkaitan.
Urusan Ujian
Sebahagian jawatan
memerlukan ujian bertulis. Ujian bertulis diadakan di Dewan Ujian, tingkat
2 Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam atau ditempat yang sesuai.