|
Urusan Temuduga
Temuduga di dalam negeri diadakan di
tingkat 2, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Bagi jawatan yang
pemohonnya dari luar negeri yang mencukupi jumlahnya, temuduga diadakan
di luar negeri iaitu di pejabat Kedutaan Brunei Darussalam atau
Suruhanjaya Tinggi Brunei Darussalam dinegeri berkenaan.
Temuduga
sebelah pagi dimulakan pada jam 8:30 pagi. Calon-calon adalah
dikehendaki untuk hadir dalam masa 30 minit sebelum temuduga dijalankan.
Temuduga disebelah petang dimulakan pada jam 1:45 petang. Calon-calon
adalah dikehendaki untuk hadir pada jam 1:30 petang.
Calon-calon adalah dikehendaki untuk membawa Kad Pengenalan dan /
atau dokumen perjalanan, surat beranak beserta sijil-sijil asal dan
dokumen yang berkaitan.
Urusan Ujian
Sebahagian jawatan memerlukan
ujian bertulis. Ujian bertulis diadakan di Dewan Ujian, tingkat 2
Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam atau ditempat yang sesuai.
|