Badan Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam adalah dibantu oleh seorang Setiausaha dan
seramai 153 orang pegawai-pegawai dan kakitangan-kakitangan yang
berkhidmat di Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Dengan kata
lain, pegawai dan kakitangan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam adalah bertindak sebagai urusetia kepada Badan Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam dan Jawatankuasa Meneliti dan Mempertimbangkan
Latihan Dalam Perkhidmatan.
Bermula pada 1hb Januari, 1997, Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam telah mengurniakan titah perkenan bagi perubahan
struktur organisasi (Personnel) SPA yang baru.