Awda Berada : Maklumat Garispandu Pemohon  
 

 

MAKLUMAN
PENGGUNAAN BORANG SPA/1 DAN BORANG SPA/2


Makluman ini bertujuan untuk memberikan panduan kepada semua pemohon (orang awam yang belum berkhidmat atau yang sudah berkhidmat dengan pihak swasta, pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Negara Brunei Darussalam termasuk pegawai dan kakitangan dalam perkhidmatan bergaji hari) mengenai urusan permohonan jawatan-jawatan kosong yang diiklankan oleh Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negara Brunei Darussalam sama ada melalui laman sesawang Pejabat ini, www.spa.gov.bn atau akhbar Pelita Brunei.

Semua permohonan hendaklah dengan mengisikan BORANG SPA/1 dan SPA/2 yang boleh didapati di Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negara Brunei Darussalam dan dikembalikan ke tempat menghantar borang permohonan yang disebutkan di dalam iklan jawatan kosong.


Borang SPA/1
  1. Digunakan untuk memasukkan butir-butir peribadi pemohon ke dalam pangkalan data Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
  2. Hendaklah diisikan dengan lengkap dan menyertakan salinan Kad Pintar, salinan dokumen peribadi yang asal dan terkini termasuk sijil-sijil, surat akuan yang diakui sah.
  3. Diisikan oleh:
    - Pemohon (orang awam) yang pertama kali memohon jawatan yang diiklankan oleh Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
    - Pemohon (orang awam) yang memohon jawatan dalam perkhidmatan bergaji hari (pertama kali dan setiap kali)


Borang SPA/2

1. Digunakan/diisikan apabila pemohon mempunyai maklumat tambahan/pembetulan untuk dimasukkan ke dalam pangkalan data
    Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

2. Hendaklah diisikan dan menyertakan salinan sijil-sijil yang terkini serta kursus tambahan yang diakui sah.

3. Disikan oleh:

    Semua pemohon (orang awam, pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Negara Brunei Darussalam termasuk pegawai dan kakitangan dalam perkhidmatan bergaji hari)  yangsudah pernah mengisikan dan menghantar Borang SPA/1 ke Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

    Pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Negara Brunei Darussalam termasuk pegawai dan kakitangan dalam perkhidmatan bergaji hari  adalah dikehendaki menghadapkan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan dokumen berikut:-

i.   Laporan ringkas dari Ketua Pejabat/Jabatan mengenai keperibadian dan prestasi kerja pemohon menggunakan surat rasmi Pejabat/Jabatan masing-masing;

ii.   Rekod perkhidmatan yang lengkap, kemaskini dan diakui sah; dan

iii.  Penilaian prestasi bagi 3 tahun kebelakangan

Lazimnya pemohon dibolehkan memohon dan mengisi lebih dari satu jawatan dalam Borang SPA/1 dan SPA/2.

Walau bagaimanapun, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam pada masa ini sedang dalam proses peralihan dari kaedah masa ini menggunakan borang kepada sistem pengurusan permohonan elektronik berkomputer. Dalam tempoh peralihan ini, Pejabat ini mengambil langkah-langkah pengurusan sementara dengan tujuan untuk mempercepat proses pengisian jawatan-jawatan yang diiklankan.

Langkah sementara ini menghendaki semua pemohon untuk mengisikan dan menghantar SATU (1) borang SPA/1 atau SPA/2 bagi setiap SATU(1) jawatan yang dipohonkan.


 

 

PANDUAN MENGGUNAKAN

 SATU BORANG SPA/1 ATAU SPA/2 BAGI SETIAP JAWATAN YANG DIPOHONKAN
(1 BORANG BAGI 1 JAWATAN)


Berikut adalah panduan bagi penggunaan borang SPA/1 dan SPA/2 yang ditetapkan pada masa ini kepada semua pemohon:-
  1. Semua pemohon dikehendaki mengisikan SATU (1) Borang SPA/1 atau SPA/2 khusus untuk SATU (1) jawatan sahaja.

  2. Pemohon yang memohon lebih dari satu (1) jawatan dikehendaki untuk mengisikan borang SPA/1 atau SPA/2 mengikut jumlah jawatan yang dipohonkan.

  3. Borang SPA/1 hanya perlu diisikan dengan lengkap sekali sahaja iaitu bagi pemohon yang pertama kali memohon jawatan kosong dalam perkhidmatan awam. Permohonan kali kedua dan seterusnya hendaklah menggunakan borang SPA/2.

Contoh 1: Pemohon yang belum pernah memohon mana-mana jawatan yang diiklankan oleh Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan berhajat untuk memohon tiga (3) jawatan yang diiklankan secara serentak hendaklah mengisikan dan menghantar satu (1) borang SPA/1 bagi jawatan yang pertama dan dua (2) borang SPA/2 bagi jawatan kedua dan ketiga.

 


Contoh 2: Pemohon yang sudah pernah mengisi dan menghantar Borang SPA/1 dikehendaki untuk mengisikan satu (1) set Borang SPA/2 khusus untuk setiap jawatan iaitu tiga (3) set Borang SPA/2 bagi tiga (3) jenis jawatan yang dipohonkan secara serentak.


Peringatan:

     Borang-borang permohonan hendaklan dikembalikan ke tempat penghantaran borang permohonan sepertimana yang disebutkan di dalam iklan jawatan kosong.

           Sebarang pertanyaan mengenai penggunaan borang SPA/1 atau SPA/2, sila hubungi kaunter Bahagian Pengambilan, Pejabat
            Suruhanjaya Perkhidmatan Awam di nombor talian
2381961 sambungan 588 & 574.