Oleh: Unit Perhubungan Awam | Photo: Dy. Siti Norazidah Binti Md. Said

Sebagai salah satu usaha pembangunan kerohanian dikalangan warga Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk membudayakan cinta Al-Quran, inisiatif Khatam Al-Quran bulanan telah diadakan mulai bulan Februari 2021 dengan pembahagian bacaan Al-Quran kepada kesemua pegawai-pegawai dan kakitangan.
Satu Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan bersempena Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-37 di Tingkat 4, Wing B, Bangunan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada Mantan Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Dayang Hajah Dahliana binti Haji Aliakbar.
Majlis berkenaan telah dihadiri oleh Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Ahli-Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Pegawai- Pegawai Tugas-Tugas Khas, Pegawai-Pegawai Kanan dan pegawai-pegawai serta kakitangan Pejabat SPA.

Penyampaian cenderahati kepada Mantan Setiausaha SPA telah disampaikan oleh Pengiran Dato Paduka Haji Abu Bakar Bin Pengiran Seri Indera Pengiran Haji Ismail, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sebagai tanda penghargaan selama beliau berkhidmat di Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
.jpg)