Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
04.01.21| Sambutan Ulang Tahun Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Yang Ke-59 Tahun


SAMBUTAN ULANG TAHUN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

YANG KE-59 TAHUN

Oleh: Unit Perhubungan Awam | Photo:  Mohammad Samsul Bahrin Bin Haji Sarbini

 

Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Sabtu, 4hb. Januari 2020. – Majlis Sambutan Ulang Tahun Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang ke-59 tahun sejak ianya menggantikan Jawatankuasa Perkhidmatan Awam pada 1hb. Januari 1962.

Ulangtahun Penubuhan SPA 2.jpg        Ulangtahun Penubuhan SPA_1.jpeg

Majlis yang diadakan di Dewan Tingkat 4 Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dihadiri oleh Ahli-Ahli SPA, Pegawai-Pegawai Tugas-Tugas Khas SPA, Pegawai-Pegawai Kanan SPA dan Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Abu Bakar bin Pengiran Seri Indera Pengiran Haji Ismail.

Majlis dimulai dengan bacaan Khatam Al-Quran, Takhtim, Tahlil disusuli dengan Zikir Syarafil Annam dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat yang dibacakan oleh Pegawai dan Kakitangan SPA


Ulangtahun Penubuhan SPA_2.jpeg

Attachments