Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
09.11.20 | Majlis Sambutan Maulidur Rasul

MEMBANGUN DENGAN AKHLAK NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU 'ALAIHIWASALLAM

Oleh: Unit Perhubungan Awam | Photo: Mohammad Samsul Bahrin bin Haji Sarbini

Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Sabtu, 11hb. November 2020. – Majlis Sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1442H / 2020M diadakan dengan tema "Membangun Dengan Akhlak Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam".

Majlis yang diadakan di Surau Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dihadiri oleh Timbalan Pengerusi SPA, Dato Paduka Awang Haji Matassan bin Haji Md. Daud, Ahli-Ahli SPA, Pegawai-Pegawai Tugas-Tugas Khas SPA, Pegawai-Pegawai Kanan SPA dan Pegawai-Pegawai Bahagian III keatas. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Abu Bakar bin Pengiran Seri Indera Pengiran Haji Ismail.

2.2-01.jpg     1.2-01.jpg

Majlis dimulai dengan bacaan surah Al-Fatihah beramai-ramai dan disusuli dengan Sayyidul Istighfar dipimpin oleh Awang Azizi bin Haji Jamil, Penolong Pegawai Kerja Tingkat I. Majlis seterusnya diserikan lagi dengan Dikir Syarafil Anam secara beramai-ramai dikepalai oleh Awang Haji Haris bin Kamis selaku Ketua Bahagian Agama, BAKA Pejabat SPA. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Doa Selamat yang dibacakan oleh Awang Azizi bin Haji Jamil, Penolong Pegawai Kerja Tingkat I.


Attachments