Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
19.02.20 | Pejabat SPA adakan Kursus Pengukuhan Islam : Fiqh As-Shalah

PEJABAT SPA ADAKAN KURSUS PENGUKUHAN ISLAM: FIQH AS-SHALAH

Oleh: Wardah Binti Haji Ibrahim | Photo: Norazedah binti Sani

Rabu, 19 Feb, Kesibukan menuntut ilmu tidak seharusnya dijadikan alasan untuk meringankan ibadah solat. Ibadah solat adalah tiang agama. Bertitik-tolak atas keperluan ummah untuk mendekatkan diri dengan tuntutan teras dalam agama, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dengan kerjasama Pusat Da’wah Islamiah telah mengadakan kursus jabatan (In-house Taining) bagi pegawai dan kakitangan pejabat ini selama tiga hari bermula pada 17hb Februari 2020 hingga hari ini, 19hb Februari 2020. Kursus Pengukuhan Islam: Fiqh As-Shalah (Sembahyang) ini bertempat di bilik mesyuarat tingkat 1, Bangunan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.  

Sehubungan ini, seramai 25 orang pegawai dan kakitangan pejabat ini menyertai kursus berkenaan.

Copy of IMG_0726.JPGCopy of IMG_0725.JPG

Adapun kursus selama tiga hari tersebut telah disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Haji Imaharan bin Haji Metali, Pegawai daripada Bahagian Penyebaran Dakwah (Kursus), Pusat Da’wah Islamiah. 

Dalam kursus berkenaan para peserta didedahkan mengenai pengertian sembahyang; rukun-rukun sembahyang dan sunat-sunat sembahyang; perkara makruh dan perbezaan lelaki dan perempuan dalam sembahyang; perkara-perkara yang membatalkan sembahyang; Sujud Sahwi, Sujud Syukur dan Sujud Tilawah; sembahyang-sembahyang sunat; sembahyang berjemaah; Muafiq dan Masbuq; Sembahyang Jumaat; Sembahyang Qasar dan Jama'; Sembahyang Orang Sakit; menghalusi bacaan sembahyang dan lain-lain.

Antara manfaat yang diperolehi dari kursus ini adalah bagi menghalusi dan memperluaskan lagi pengetahuan para peserta mengenai solat; selain memberikan peluang kepada para peserta kursus yang hadir untuk mengemukakan pertanyaan. Sesi soal jawab secara bersemuka itu diharapkan dapat memberikan impak yang positif kepada para peserta dalam mengutarakan permasalahan berkaitan fiqah dan hukum-hakam dalam solat.

Copy of IMG_0770.JPGCopy of IMG_0748.JPG

Kursus diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada Yang Mulia Ustaz Haji Imaharan bin Haji Metali yang disampaikan oleh Yang Mulia Puan Hajah Dahliana binti Haji Aliakbar, Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan seterusnya sesi bergambar ramai.

IMG_0775.JPG

Attachments