Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
30.01.20 | Bengkel Program WAH kali ke-4 Pejabat SPA

BENGKEL PROGRAM WAH KALI KE-4 PEJABAT SPA

Oleh: Wardah Binti Haji Ibrahim | Photo: Hayrul Erywan bin Hj Abd Wahab

wah01.png

Khamis, 30 Januari, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam di bawah Jabatan Perdana Menteri hari ni telah mengendalikan program Workplace and Health (WAH!) bertempat di tingkat 2, Dewan Ujian Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Adapun program ini adalah merupakan salah satu komponen Public Partnership (PPP) di antara Kementerian Kesihatan dan Gleneagles JPMC Sendirian Berhad.

wah04.png

Program WAH juga adalah program kolaborasi Private Public Partnership (PPP) diantara Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesiahtan dan Gleneagles JPMC bagi menggalakkan tempat kerja untuk menyediakan persekitaran dan tindakan yang menyokong pekerja untuk menjadi lebih aktif, mengamalkan pemakanan sihat, bebas dari rokok dan mempunyai kesejahteraan mental yang baik.  Ia turut bertujuan untuk mengukuhkan program gaya hidup sihat di tempat kerja, iaitu "Workplace Health Promotion Programme (WHPP)" di semua Kementerian menjelang akhir tahun 2021. 

Manfaat yang akan diperolehi dari Program WAH ini adalah pertama, bagi meningkatkan dan memperluaskan lagi pengetahuan dan kecekapan mengenai gaya hidup sihat khususnya di tempat kerja; dan juga mempromosi kegiatan fizikal untuk mengekalkan berat badan yang sihat dan menyumbang kepada kesejahteraan yang positif.

wah03.png

Program WAH ini merangkumi beberapa komponen seperti sesi pemeriksaan dan pemantauan kesihatan fizikal, khususnya bagi pemantauan tekanan darah dan Indeks Jisim Badan (Body Mass Index); Sesi pendidikan kesihatan melalui beberapa buah bengkel mengenai risiko penyakit tidak berjangkit termasuk penyakit jantung, amalan pemakanan sihat, asas senaman dan kegiatan fizikal, bahaya merokok dan langkah-langkah berhenti merokok serta langkah-langkah menangani stres; dan Sesi senaman berkumpulan selepas waktu bekerja secara percuma setiap minggu yang diketuai oleh studio kecergasan.  

Bengkel tersebut dimulakan dengan pendaftaran bagi Pegawai dan Kakitangan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang turut serta di dalam bengkel berkenaan dan diteruskan lagi dengan pemeriksaan asas kesihatan seperti pemantauan tekanan darah dan Indeks Jisim Badan (Body Mass Index).

wah02.png

Di samping itu, bengkel ini juga menganjurkan taklimat yang disampaikan oleh Yang Mulia Dr. Muhammad Nirwan bin Muhammad Nasir, Simvolus Consultacy. Antara tajuk taklimat yang beliau smpaikan ialah Cardiovascular risk factor; Basics of nutrition and healthy eating; Basics of exercise and healthy living dan terakhir, Is stress is bad for you?.

Bengkel kemudiannya disudahi dengan sambungan pemeriksaan asas kesihatan sehingga selesai.

Attachments