PENEMPATAN PESERTA BAGI EXPERIENTAL LEARNING DI PEJABAT SPA
Oleh: Wardah Binti Haji Ibrahim
Sabtu, 21 Oktober — Pejabat
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah menerima penempatan peserta bagi Program
Eksekutif Muda Kohot ke-2 bagi tujuan Experiental Learning selama 2
minggu, mulai 9 Oktober 2017 hingga 21 Oktober 2017.
Para peserta ditempatkan kesemua bahagian-bahagian
yang terdapat di Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam mengikut giliran. Pada 9
Oktober 2017, para peserta ditempatkan di Bahagian Pentadbiran dan Kewangan.
Manakala pada 10 hingga 12 Oktber 2017, mereka ditempatkan di Bahagian
Pengambilan. Seterusnya pada 14 Oktober 2017, di Bahagian Perkhidmatan dan
terakhir pada 16 hingga 17 Oktober 2017, ditempatkan ke Bahagian Mesyuarat,
Tatatertib dan Perangkaan.
Tujuan penempatan ini adalah bagi memberikan
pendedahan kepada peserta tentang amalan terbaik dan sebagai pembuka mata
terhadap budaya kerja dan strategi yang berdaya maju.
Peserta yang
berkenaan ialah Dyg Syazwana binti Haji Souyono, Pegawai Alam Sekitar daripada
Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRE), Dyg Nor Amalina binti Haji
Abd Rahim, Pegawai Pendidikan daripada Jabatan Pendidikan (MOE), awg Abdul
Haziq Hazazi bin Haji Awg Ramli, Pegawai Penyelidik (Brunei Resource
Development), daripada Jabatan Penyelidikan, Ak. Md Fakhruddin bin Pg Haji
Ismail, Arkitek daripada Autoriti Kawalan Bagunan dan Industri Pembinaan (ABCi)
dan Abang Muhammad Masrur bin Abang Zainuddin, Pegawai Permakanan daripada
Jabatan Hal Ehwal Syariah (MORA).


Penempatan para peserta
diakhiri hari ini 21 Oktober 2017 dengan
taklimat (presentation) yang disampaikan oleh para peserta kepada
Pemangku Setiausaha, pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai pejabat SPA mengenai proses SPA dan
memberikan cadangan pembaikan hasil daripada tinjauan mereka.
Taklimat hasil tinjauan
para peserta penempatan kemudiannya disudahi dengan sesi bergambar ramai sebagai kenang-kenangan.
