PENGENALAN
Biasiswa Perkhidmatan Pentadbiran Brunei Darussalam (BPPB) adalah satu skim biasiswa khas yang ditawarkan oleh Jabatan Perdana Menteri bagi menghasilkan graduan yang cemerlang, berdaya saing dan berketerampilan untuk kerjaya sebagai Pegawai Pentadbir dalam perkhidmatan awam secara berperancangan jangka panjang.
JENIS-JENIS BIASISWA
Di bawah program ini 2 (dua) jenis skim biasiswa ke luar negeri ditawarkan:
v Biasiswa Khas peringkat ‘A’ Level
Biasiswa ini dikhususkan bagi pelajar cemerlang di peringkat Biasa (‘O’ Level) untuk melanjutkan pengajian di Peringkat Lanjutan (‘A’ Level) dan seterusnya ke peringkat ijazah pertama dan lanjutan.
v Biasiswa Khas Peringkat Ijazah Pertama
Biasiswa ini dikhususkan kepada pelajar cemerlang di peringkat ijazah pertama dan seterusnya ke peringkat ijazah lanjutan.
KEPADA SIAPA BPPB DITAWARKAN
Biasiswa ini ditawarkan kepada calon-calon dalam peringkat iaitu :
v Calon-calon yang dipilih dari kalangan pelajar yang memperolehi keputusan peperiksaan cemerlang di peringkat Peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa (‘O’ Level). Mereka akan ditempatkan di ‘Boarding School’ yang mempunyai ‘track record’ yang baik dari segi pencapaian peperiksaan dan kemudahan untuk menyalurkan penuntut-penuntutnya ke universiti-universiti ternama.
v Calon-calon yang dipilih dari kalangan penuntut-penuntut yang memperolehi keputusan cemerlang di peringkat Sijil Am Pelajaran Brunei Cambridge Peringkat Lanjutan (‘A’ Level) untuk disalurkan ke institusi-institusi ternama.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Memperolehi sekurang-kurangnya KEPUJIAN (CREDIT) BAHASA MELAYU dalam Peperiksaan Sijil Am Brunei Cambridge Peringkat Biasa yang diambil dalam peperiksaan yang sama.
[Kelulusan Bahasa Melayu peperiksaan London General Certificate of Education Peringkat Biasa dan kelulusan Bahasa Melayu peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) TIDAK DIIKTIRAF sebagai sebanding dengan Bahasa Melayu Sijil Am Pelajaran Brunei Cambridge Peringkat Biasa].
Memperolehi KEPUJIAN (CREDIT) DENGAN GRED A bagi matapelajaran BAHASA INGGERIS dalam peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei Cambridge Peringkat Biasa atau yang sebanding dengannya.
Umur pada 1 September 2007 bagi pemohon Peringkat ‘A’ Level TIDAK MELEBIHI 19 TAHUN dan bagi Ijazah Pertama TIDAK MELEBIHI 25 TAHUN.
Memperolehi kelulusan akademik minima mengikut tahap dan bidang pengajian berikut:
BIASISWA PERINGKAT ‘A’ LEVEL
v Memperolehi tidak kurang 7 matapelajaran dengan Gred A dalam peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei Cambridge Peringkat Biasa atau yang sebanding dengannya dalam mata-mata pelajaran yang bersesuaian termasuk Bahasa Inggeris dan sekurang-kurangnya mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu yang di ambil dalam peperiksaan yang sama.
v Ditempatkan di ‘Boarding School’ yang ternama.
BIASISWA IJAZAH PERTAMA
v Memperolehi sekurang-kurangnya 3 (tiga) mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei Cambridge Peringkat Lanjutan (dalam sekali duduk) yang berkaitrapat dengan kursus yang dipohon atau yang sebanding dengannya dengan gred berikut:
AAA (360 UCAS Tarif Points) + a
Atau
AAA (360 UCAS Tarif Points) + b
Atau
AAB (340 UCAS Tarif Points) + a
Atau
AAA (360 UCAS Tarif Points)
UCAS Tarif Points :
A = 120 B = 100 C = 80 D = 60 E= 40
Mendapat tempat pengajian di institusi ternama di United Kingdom, Australia, Kanada, Singapura atau Amerika Syarikat.
SYARAT-SYARAT TAMBAHAN
Pemohon mestilah juga memenuhi syarat-syarat tambahan berikut:
v Bersedia mengikuti kursus yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Biasiswa Kementerian Pendidikan. Jawatankuasa Biasiswa Kementerian Pendidikan boleh menetapkan di mana pelajar-pelajar akan ditempatkan. Penukaran kursus atau tempat yang sudah ditetapkan oleh Jawatankuasa Biasiswa Kementerian Pendidikan ini hanya akan dilayan secara ‘case by case’.
v Bersih dalam tapisan keselamatan.
v Disahkan sihat dalam pemeriksaan kesihatan.
TEMPOH PENGAJIAN
Tempoh pengajian di peringkat ijazah adalah 4 hingga 5 tahun tertakluk kepada jenis kursus. Bagi pemegang biasiswa bermula dari ‘A’ Level, tempoh pengajian adalah sehingga maksima 7 tahun.
BIDANG-BIDANG KURSUS
Pemegang biasiswa ini dikehendaki untuk mendapatkan kelulusan-kelulusan berikut:
v Ijazah sarjana muda (joint degree) dan ijazah sarjana di dalam salah satu mata pelajaran di bawah ‘joint degree’ berkenaan.
ATAU
v Dua ijazah sarjana muda (double degree) di dalam 2 disiplin berlainan.
ATAU
v Ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana di dalam disiplin yang sama.
Dalam bidang-bidang berikut:
|
Economics Laws Political Sciences Business Management Accounting Sociology Statistics Public Policy Management Communication Business Mathematics & Statistics Engineering and Business Studies Engineering, Economics and Management (EEM) |
Philosophy Business Studies Commerce Banking & Finance History Social Sciences Psychology Financial Economics International Relations Social Policy With Government
|
Nota:-
Bidang yang lain akan ditentukan oleh Jawatankuasa Biasiswa Kementerian Pendidikan dari masa ke semasa mengikut keperluan.
ANTARA UNIVERSITI-UNIVERSITI
TERNAMA DI AUSTRALIA YANG
MENAWARKANUNDERGRADUATE DEGREE
(DOUBLE DEGREE)
|
NAMA UNIVERSITI |
JENIS IJAZAH |
TEMPOH KURSUS |
|
|
Monash University
|
Bachelor of Commerce and Bachelor of Engineering Bachelor of Commerce and Bachelor of Aerospace Engineering Bachelor of Engineering and Bachelor of Arts Bachelor of Engineering and Bachelor of Laws |
5 tahun 5 tahun
5 tahun 5 tahun 5 tahun |
|
|
Melbourne University |
Bachelor of Commerce and Bachelor of Laws Bachelor of Engineering and Bachelor of Laws Bachelor of Engineering and Bachelor of Commerce |
5 tahun 6 tahun 5 tahun |
|
|
University of Sydney |
Bachelor of Science (Advanced) Bachelor of Engineering and Bachelor of Law Bachelor of Engineering and Bachelor of Commerce Bachelor of Engineering and Bachelor of Medical Science Bachelor of Engineering and Bachelor of Laws |
5 tahun 5 tahun 5 tahun 5 tahun 5 tahun |
ANTARA UNIVERSITI-UNIVERSITI
TERNAMA DI UNITED KINGDOM YANG
MENAWARKAN UNDERGRADUATE DEGREE
(JOINT DEGREE)
|
NAMA UNIVERSITI |
JENIS IJAZAH |
TEMPOH KURSUS |
|
|
University of Cambridge |
Laws (Tripos transfer) Economics (Tripos transfer) Engineering (Tripos transfer) History Social and Political Science |
3 tahun 3 tahun 3 tahun 3 tahun 3 tahun |
|
|
University of Oxford |
Economics and Management Engineering, Economics & Management Law Jurisprudence History and Economics Philosophy, Politics and Economics |
3 tahun 4 tahun 3 – 4 tahun 3 tahun 3 tahun |
|
|
London School of Economics |
Economics Laws Manangement International Relations Social Policy with Government Business Mathematics and Statistics |
3 tahun 3 tahun 3 tahun 3 tahun 3 tahun 3 tahun |
|
|
Warwick University |
Law and Politics Law and Business Economics and Politics Engineering and Business |
3 tahun 3 tahun 3 tahun 3 tahun |
|
|
University of Nottingham |
Economics and Philosophy |
3 tahun |
|
|
Bath University |
Economics and Management Economics and International Development |
4 tahun 4 tahun |
|
|
Manchester University |
Law with Politics |
3 tahun
|
|
|
Durham University |
Economics and Politics |
3 tahun |
ANTARA UNIVERSITI-UNIVERSITI
DI UNITED KINGDOM
YANG MENAWARKAN GRADUATE DEGREE
|
NAMA UNIVERSITI |
JENIS IJAZAH |
TEMPOH KURSUS |
|
University of Cambridge |
Master of Laws (LLM) MPhil in Economics
|
1 tahun 1 tahun
|
|
University of Oxford |
Bachelor of Civil Law (BCL) Bachelor of Magister Juris (MJur) MPhil in Economics MSc in Economics for Development MSc in Financial Economics |
1 tahun 1 tahun 1 tahun 1 tahun 1 tahun 1 tahun |
PROGRAM KEMAJUAN
(MANAGEMENT PROGRAMME - MAP)
Penerima biasiswa ini, di samping menjalani program akademiknya di universiti, akan juga menjalani program MAP yang ditadbir oleh Kerajaan seperti berikut:
v Program Semasa Penuntut
Di sepanjang tempoh pengajian, penerima biasiswa akan didedahkan kepada program semasa percutian termasuk penempatan di dalam dan diluar Negara.
v Program Selepas Menamatkan Kursus
Latihan industri atau penempatan setahun di luar Negara akan diaturkan untuk pendedahan mendalam mengenai kerja-kerja yang berkaitan dengan pengurusan, pentadbiran dan perlaksanaan dasar.
v Program Setelah Lantikan
Setelah dilantik ke dalam perkhidmatan awam di dalam jawatan-jawatan tertentu, pegawai akan didedahkan terus kepada beberapa Program untuk tujuan penilaian akhir sebelum ia dilantik ke dalam Jawatan Pegawai Pentadbir. Dengan lantikan ini pegawai akan dikenakan program sistematik pertukaran ke jabatan atau/dan kementerian bagi tempoh-tempoh tertentu.
ALIRAN KERJAYA PEGAWAI PENTADBIR
Tingkatan dan sukatan gaji bagi jawatan-jawatan dalam Perkhidmatan Pentadbiran Brunei adalah seperti berikut:
|
Tingkatan |
Sukatan Gaji |
|
v Pegawai Pentadbir Tingkat I (Pegawai yang baru berkhidmat hendaklah menjalani tempoh Percubaan selama 3 tahun sebagai Pegawai Pentadbir Pelatih sebelum ditetapkan dalam jawatan sebagai Pegawai Pentadbir Tingkat I). |
B.2
|
|
v Pegawai Pentadbir Tingkat Khas |
B.3 |
|
v Pegawai Pentadbir Kanan Kumpulan 3 |
Kumpulan 3 |
|
v Pegawai Pentadbir Kanan Kumpulan 2 |
Kumpulan 2 |
|
v Pegawai Pentadbir Kanan Superscale C |
Superscale C |
|
v Pegawai Pentadbir Kanan Superscale B |
Superscale B |
|
v Pegawai Pentadbir Kanan Superscale A |
Superscale A |
|
v Pegawai Pentadbir Kanan Superscale Khas |
Superscale Khas |
KEMUDAHAN DAN ELAUN
v Elaun Sara Hidup dan Perjalanan bulanan.
v Elaun Buku, Pakaian, Alat-Alat Pembelajaran.
v Elaun Dissertation / Projek.
v Komputer ‘laptop’.
v Tambang Penerbangan / Perjalanan.
KETERANGAN MENGENAI KEMUDAHAN DAN ELAUN
v Elaun Sara Hidup
Kadar pembayaran elaun ini mengikut skim yang diikuti serta di mana seseorang penuntut itu ditempatkan.
|
TAHAP KURSUS |
TEMPAT |
KADAR |
|
|
“A” Level |
United Kingdom |
£530.40 |
|
|
Australia |
AUS$1100.40 |
||
|
Singapura |
B$1108.80 |
||
|
Ijazah Pertama |
United Kingdom |
£583.30 |
|
|
Australia |
AUS$1210.80 |
||
|
Singapura |
B$1219.20 |
||
|
Ijazah Sarjana Termasuk bagi yang mengikuti tahun ke-4 (Double Degree program) |
United Kingdom |
£664.68 |
|
|
Australia |
AUS$1377.60 |
||
|
Singapura |
B$1386.00 |
Kadar elaun sara hidup untuk dikaji 3 tahun.
v Elaun Perjalanan (Sebulan)
Elaun perjalanan akan diberi termasuk masa cuti sekolah. Kadar pembayarannya mengikut skim yang diikuti di mana seseorang penuntut itu ditempatkan.
|
TEMPAT |
KADAR |
||
|
United Kingdom |
£50.51 |
||
|
Australia |
AUS$126.00 |
||
|
Singapura |
B$69.60 |
Kadar Elaun perjalanan untuk dikaji setiap 5 tahun.
v Elaun Buku (Setahun Pengajian)
Kadar pembayaran elaun ini mengikut skim yang diikuti serta di mana seseorang penuntut itu ditempatkan.
|
TAHAP KURSUS |
TEMPAT |
KADAR |
|
|
“A” Level |
United Kingdom |
£296.00 |
|
|
Australia |
AUS$714.00 |
||
|
Singapura |
B$980.00 |
||
|
Ijazah Pertama |
United Kingdom |
£326.00 |
|
|
Australia |
AUS$782.00 |
||
|
Singapura |
B$1078.00 |
||
|
Ijazah Sarjana Termasuk bagi yang mengikuti tahun ke-4 (Double Degree program) |
United Kingdom |
£370.00 |
|
|
Australia |
AUS$894.00 |
||
|
Singapura |
B$1226.00 |
v Elaun Pakaian (Sebulan)
Penuntut Baru
Kadar pembayaran elaun untuk sekali sahaja bagi penuntut yang baru dianugerahkan biasiswa pada tahun pertama.
|
TEMPAT |
KADAR |
|
United Kingdom |
£188.00 |
|
Australia |
AUS$404.00 |
|
Singapura |
B$358.00 |
Elaun Berikutnya (Setiap Tahun)
|
TEMPAT |
KADAR |
|
United Kingdom |
£94.00 |
|
Australia |
AUS$202.00 |
|
Singapura |
B$179.00 |
v Elaun ‘Setting’ Khas Bagi Penuntut Baru (Sekali sahaja)
Elaun ini diberikan khas untuk penuntut yang baru dianugerahkan biasiswa pada tahun pertama sahaja.
|
TEMPAT |
KADAR |
|
United Kingdom |
£106.00 |
|
Australia |
AUS$98.00 |
|
Singapura |
B$221.00 |
v Elaun Lawatan Pendidikan (Sekali sahaja)
Elaun ini diberi sebagai bonus apabila berjaya memperolehi kelulusan yang ditetapkan iaitu bagi kemudahan melawat tempat-tempat yang berkaitan dengan pelajaran.
Elaun ini boleh diambil sama ada selepas menamatkan ijazah pertama atau selepas ijazah kedua.
Elaun ini akan dibayar setelah disahkan dengan resit perjalanan dan tempat tinggal. Kadar pembayarannya mengikuti negeri di mana seorang penuntut itu ditempatkan.