IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP : 09 JANUARI 2008)

BILANGAN IKLAN: 51/12/07 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

PENOLONG PENGARAH PENGANGKUTAN DARAT

JABATAN PENGANGKUTAN DARAT

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

B.3 ($3,880 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)
Tugas Dan Tangunggjawab

1 5

&

CARA PERMOHONAN

 

2.

PENOLONG PEGAWAI BILIK GERAKAN

PEJABAT PENERBANGAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)
Tugas Dan Tangunggjawab

 

3.

PENGUASA KOLAM RENANG

JABATAN BELIA DAN SUKAN

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)
Tugas Dan Tangunggjawab

 

4.

PEGAWAI PENGUATKUASA

JABATAN PENGANGKUTAN DARAT

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)
Tugas Dan Tangunggjawab

 

5.

PENYELIA PENGISI MINYAK KAPAL TERBANG

BAHAGIAN TENTERA UDARA

JABATANARAH PENTADBIRAN DAN TENAGA MANUSIA

KEMENTERIAN PERTAHANAN

D.4-5 EB.6 ($1,225 - $1,785 SEBULAN)
Tugas Dan Tangunggjawab

  

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

 

1.

PENOLONG PENGARAH PENGANGKUTAN DARAT

JABATAN PENGANGKUTAN DARAT

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

B.3 ($3,880 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI B.3:

 

a)       i)  Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengangkutan / Pentadbiran / Kejuruteraan Mekanikal atau bidang   bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang yang sama adalah kelebihan.

 

ii)   Berkhidmat dengan Jabatan Pengangkutan Darat dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 EB.3
tidak
kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)    Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 6
 tahun
dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

   iv)    Bagi yang tidak mempunyai Ijazah seperti di a) i) hendaklah berkhidmat dengan Kerajaan dalam |
 jawatan bersesuaian
dalam tanggagaji B.2 tidak kurang 8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)        Lulus peperiksaan Perkhidmatan Awam seperti berikut:

 

i)    Peperiksaan Jabatan (jika ada)

ii)    Peraturan-Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan;

iii)   Peraturan-Peraturan Kewangan

 

c)         Menjadi ahli kepada Institusi Kejuruteraan Mekanik atau Pengangkutan seperti Members of Persatuan
            Ukurbadan, Jurutera dan Arkitek (MPUJA), Members of Institution of Mechanical Engineering (MIMech E),
            Members of Charted Institute of Transport (MCIT) adalah kelebihan.

 

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2 EB.3:

 

a)        Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengangkutan / Automobil atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang sama.

 

Kelulusan yang lebih tinggi dalam bidang-bidang yang sama adalah kelebihan.

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2:

 

a) i)BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

      Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)        Berkhidmat di Jabatan Pengangkutan Darat sebagai Pegawai Melesen Kanan dalam tanggagaji C.4 EB.5 tidak kurang dari 5 tahun atau dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

 

ATAU

 

iii)  Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 9 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.         Bertanggungjawab kepada Pengarah Pengangkutan Darat dalam hal ehwal pengangkutan awam seperti bas, teksi, kereta sewa dan kenderaan barangan.

 

2.         Membantu Pengarah Pengangkutan Darat dalam membuat perancangan bagi keperluan pengangkutan awam di kawasan-kawasan yang tertentu di negara ini.

 

3.        Membuat penyelidikan tentang tahap perkhidmatan pengangkut awam yang ada dan membuat laporan-laporan tentang langkah-langkah bagi pembaikannya.

 

4.          Mengumpul maklumat yang berhubung dengan perkhidmatan pengangkutan awam.

 

5.        Membantu Pengarah Pengangkutan Darat dalam perlaksanaan dan penilaian dasar-dasar pengangkutan darat.

 

 

<< Atas

 

 

2.

PENOLONG PEGAWAI BILIK GERAKAN

PEJABAT PENERBANGAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA

KEMENTERIAN KEWANGAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 


 


KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)     i)      BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Perhubungan Awam dan Komunikasi (Public Relations & Communication); atau kelulusan sebanding dalam bidang sama.

 

Kelulusan yang lebih dalam bidang yang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)  Berkhidmat di Pejabat Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia sebagai Pembantu Pegawai Bilik Gerakan dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 10 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Yang Menguasai Lalulintas Udara Tingkatan II dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iv)  Pernah berkhidmat dengan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei sebagai Penolong Pegawai Gerakan di Cawangan Gerakan atau Skuadron-Skuadron Penerbangan di Angkatan Tentera Udara Diraja Brunei serta mempunyai pengalaman di dalam pentadbiran tugas-tugas gerakan penerbangan tidak kurang dari 5 tahun.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.             Membantu Pegawai Bilik Gerakan bagi Pentadbiran Pusat Kawalan Gerakan secara menyeluruh.

 

2.             Mengemaskinikan semua carta dan buku manual penerbangan di Pusat Kawalan Gerakan.  

 

3.             Mengko-ordinasikan setiap operasi dan pentadbiran penerbangan dengan pihak Jabatan Penerbangan
       Awam
dan agen-agen pengendali tempatan dan luar negeri.

 

4.             Menentukan giliran dan lokasi bertugas bagi semua Pembantu Pegawai Bilik Gerakan.

 

 

 

<< Atas

 

 

3.

PENGUASA KOLAM RENANG

JABATAN BELIA DAN SUKAN

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)      i)  BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan Penolong Penguasa Kolam Renang di Jabatan Belia dan Sukan dalam tanggagaji C.1 tidak kurang 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.             Membantu Ketua Bahagian dan Unit dalam hal-hal berikut:

 

a)      Pengurusan dan pentadbiran kompleks sukan renang termasuk Kakitangan dan Kewangan.

b)      Merancang, melaksanakan dan memberi maklumat tentang rancangan kemajuan sukan renang,
   kompleks dan kemudahannya

c)      Merancang dan menyediakan anggaran belanjawan tahunan dan kemajuan kompleks sukan
   renang.

d)      Berkerjasama dengan Jurutera Pemeliharaan dalam menyediakan jadual kerja-kerja
   pemeliharaan.

e)      Menyediakan jadual penggunaan dan peminjaman

f)       Bertanggungjawab ke atas pemungutan hasil pendapatan melalui penyewaan kemudahan-
   kemudahan sukan dan mempastikan pengutipan hasil adalah berjalan dengan betul dan teratur

g)      Menyediakan laporan bulanan dan tahunan kompleks sukan renang termasuk aktibiti
   penggunaannya dan hasil pendapatan

h)      Menyediakan daftar peralatan dan perkakas sukan (Inventory) dan maklum balas pengauditan

i)       Bertanggungjawab memelihara kesempurnaan dan keselamatan Kompleks termasuk alat-alat
   kemudahan serta melapur segala kerosakan.

j)       Memberikan khidmat nasihat dan teguran kepada pengguna tentang kefahaman keselamatan

k)      Memberikan latihan dan tunjukajar dalam cara-cara menyelamat kepada kakitangan yang
   berkenaan dan pihak-pihak yang berkenaan

l)       Terlibat dalam rancangan perkembangan latihan sukan renang

 

2.           Terlibat sebagai Jawatankuasa dalam aktibiti-aktibiti Jabatan.

 

3.           Menerima arahan dari pegawai atasan.

 

4.           Bersedia bertugas diluar waktu pejabat dan hari-hari kelepasan awam termasuk hari Jumaat dan Ahad.

 

 

 

<< Atas

 

 

4.

PEGAWAI PENGUATKUASA

JABATAN PENGANGKUTAN DARAT

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)      i)      BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding
   dalam
bidang bersesuaian.

 

   Kelulusan yang lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)       Berkhidmat di Jabatan Pengangkutan Darat dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak
   kurang
dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)     Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 3
   tahun
atau dalam tanggagaji D.4/D.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)                 Mempunyai pengetahuan mengenai undang-undang dan peraturan lalu lintas jalanraya.

 

c)                  Mempuyai lesen memandu Kelas 1, 3 dan 5 yang sah.

 

d)                  Boleh memahami, bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.         Menjalankan penguatkuasaan Undang-Undang dan Peraturan-Peraturan Lalulintas Jalan Raya.

 

2.         Melakukan pemeriksaan bagi mengenalpasti pemandu-pemandu dan kenderaan yang disyaki telah
melanggar
Undang-Undang dan Peraturan-Peraturan Jalan Raya dan juga menyalahgunakan permit-permit
yang diberikan kepada syarikat-syarikat, pertubuhan-pertubuhan atau orang-orang perseorangan.

 

3.         Membuat rondaan ke atas kesalahan-kesalahan disegi Undang-Undang dan PeraturanPeraturan Jalan Raya Negara Brunei Darussalam yang berhubung dengan tidak mematuhi peraturan-peraturan pembinaan, kelengkapan dan kegunaan atau kerana kerosakan-kerosakan mekanikal yang serius yang dipercayai boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

 

<< Atas

 

5.

PENYELIA PENGISI MINYAK KAPAL TERBANG

BAHAGIAN TENTERA UDARA

JABATANARAH PENTADBIRAN DAN TENAGA MANUSIA

KEMENTERIAN PERTAHANAN

D.4-5 EB.6 ($1,225 - $1,785 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a) i)            BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan
sebanding
dalam bidang bersesuaian.

 

     Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)        Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Atendan Pesawat Helikopter atau jawatan sebanding dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)         Berpengalaman dalam kerja-kerja mengisi minyak kapal-kapal terbang termasuk kerja-kerja kawalan mutu bahan minyak serta memeriksa setiap hari, minggu dan bulan semua kenderaan yang digunakan untuk mengangkut minyak kapal terbang adalah keutamaan.

 

c)         Mempunyai kebolehan mengawal para pekerja mengisi minyak (refueling operators) yang bertugas di beberapa tempat adalah keutamaan.

 

d)         Boleh mengendalikan kerja-kerja kira mengira minyak kapal terbang adalah keutamaan.

 

e)         Boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

  1. Mengajar serta memeriksa semua para pekerja mengisi minyak/pemandu yang bertugas di Angkatan Tentera Udara DiRaja Brunei.

 

  1. Mengadakan pemeriksaan berkala ke atas tahap pekerjaan para pekerja mengisi minyak.

 

  1. Memeriksa bagi memastikan mutu semua kelengkapan-kelengkapan yang digunakan untuk mengisikan minyak.

 

  1. Memeriksa bagi memastikan mutu semua alat kelengkapan dan sistem mengisi minyak yang terdapat di Angkatan Tentera Udara DiRaja Brunei.

 

  1. Memeriksa setiap hari, minggu dan bulan pemeliharaan semua alat kelengkapan dan sistem mengisi minyak yang terdapat di Angkatan Tentera Udara DiRaja Brunei.

 

 

 

 

<< Atas

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR

 BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN

1 HINGGA 5:

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)