IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 30 DISEMBER 2009)

BILANGAN IKLAN: 49/12/09 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

KEKOSONGAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

 PENOLONG PEGAWAI KERJA TINGKAT I

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 Tugas dan Tanggungjawab

2

 BILANGAN 1 HINGGA 5

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

 TUKANG KAYU PENTAS

JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

D.4 EB.5 ($1,225 - $1,625 SEBULAN)

 Tugas dan Tanggungjawab

2

 

3.

 

PEMBANTU JURURAWAT

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

M.4-5 EB.6 ($930 - $1,850 SEBULAN)

 Tugas dan Tanggungjawab

 

1

 

4.

 KERANI PERKAPALAN

JABATAN LAUT

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

D.3-4 EB.5-6 ($900 - $1,785 SEBULAN)

  Tugas dan Tanggungjawab

2

 

5.

PENGAJAR

JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

D.3 EB.4-5 ($900 -  $1,625 SEBULAN)
  Tugas dan Tanggungjawab

1

 

GH6.

PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA

JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

  Tugas dan Tanggungjawab

1

BILANGAN GH6

&

CARA PERMOHONAN

 

 

GH7.

 PENOLONG PEGAWAI STAF TINGKAT I

JABATAN KESELAMATAN DALAM NEGERI

JABATAN PERDANA MENTERI

C.3-4 EB.5 (BAHAGIAN III)

  Tugas dan Tanggungjawab

2

BILANGAN GH7

&

CARA PERMOHONAN

 

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                   

 

 

 

 

1.

PENOLONG PEGAWAI KERJA TINGKAT I

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)       i)        BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)                 Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Pegawai Kerja Tingkat II dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

  1. Pengalaman dalam kerja-kerja penyelidikan dan menyediakan kertas kerja adalah kelebihan.
     

  2. Boleh menggunakan komputer adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PEGAWAI KERJA TINGKAT I: 

  1. Membuat penyelidikan.
     

  2. Menyediakan dan menyempurnakan tugas / kertas kerja / laporan / persuratan menurut yang ditetapkan / diarahkan.
     

  3. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diarahkan oleh Pegawai atasan dari masa ke semasa.

  << Atas

 

2.

TUKANG KAYU PENTAS

JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

D.4 EB.5 ($1,225 - $1,625 SEBULAN) 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)       i)        BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang Pertukangan Kayu atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)                 Berkhidmat di Jabatan Radio Televisyen Brunei sebagai Penyelia Hartabenda / Pengawas Kakitangan Pentas / Tukang Cat / Tukang Kayu / Pembantu Pereka / Tukang Lukis atau dalam jawatan yang bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 5 tahun.

 

ATAU

 

iii)               Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Tukang Kayu atau dalam jawatan yang bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 4 tahun atau D.1 tidak kurang dari 6 tahun.

 

  1. Berkebolehan dalam lukisan teknikal adalah kelebihan.
     

  2. Tahu membaca Plan Lantai Studio dan selok belok antara 2D ke 3D seterusnya susunan pentas.
     

  3. Berkebolehan dalam penggunaan peralatan komputer dan perisian-perisian seperti Autocad, Adobe Collection, Interior Design dan yang berkaitan dengannya adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB TUKANG KAYU PENTAS:

  1. Membuat kerja-kerja mendirikan pentas dalam studio mahupun di luar termasuk membina perkakas-perkakas pentas.
     

  2. Bertanggungjawab dalam pembuatan dan penyediaan set-set Rancangan Tv di bengkel binaan, di studio dan lokasi luar.
     

  3. Membantu Pembantu Teknik Kanan untuk mengawasi Tukang Kayu dalam pembuatan set dari segi keselamatan dan kesempurnaan kerja.
     

  4. Bertanggungjawab ke atas kawasan tempat kerja, memastikan ianya sentiasa berkeadaan selamat, bersih dan kemas.
     

  5. Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa.
     

  6. Menjalankan dan melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pegawai atasan dari masa ke semasa.

<< Atas

 

3.

PEMBANTU JURURAWAT

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

M.4-5 EB.6 ($930 - $1,850 SEBULAN) 

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:
 

  1. Mempunyai Sijil Pembantu Jururawat dan mestilah berdaftar dengan Lembaga Jururawat (BNA).
     

  2. Telah mengikuti kursus bagi mendapatkan Sijil Pembantu Jururawat dari Pusat Latihan, Kementerian Kesihatan tidak kurang dari 2 tahun.
     

  3. Berkebolehan berenang tanpa menggunakan pelampung / jaket keselamatan di kolam renang sejauh 200 meter.
     

  4. Berpengalaman sebagai Jurulatih Pertolongan Kecemasan tidak kurang dari 3 tahun.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMBANTU JURURAWAT: 

  1. Melaksanakan tugas-tugas kejururawatan yang diaturkan berpandukan dengan dasar-dasar kejururawatan dan tatacara perawatan.
     

  2. Memberikan penjagaan, rawatan bagi keselesaan dan kesejahteraan pesakit-pesakit dengan diawasi oleh Jururawat yang lebih kanan.
     

  3. Menasihat dan menunjuk ajar kepada pesakit-pesakit dan keluarga pesakit tentang rawatan dan pelajaran kesihatan dengan diawasi oleh Jururawat yang lebih kanan.
     

  4. Melaporkan masalah kerja yang dihadapi kepada Jururawat yang lebih kanan.
     

  5. Membantu mencatat laporan / pemerhatian pesakit ke dalam dokumen-dokumen yang tertentu dengan jelas dan betul.

 << Atas

 

 

4.

KERANI PERKAPALAN

JABATAN LAUT

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

D.3-4 EB.5-6 ($900 - $1,785 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

  a.      i.       BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Kerani serta lulus Peperiksaan Kerani-Kerani Rendah atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 3 tahun.

  1. Berumur diantara 20 tahun hingga 40 tahun.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KERANI PERKAPALAN: 

  1. Melayan dan memproses permohonan-permohonan bagi melesen kapal dan bagi mendapat pelepasan pelabuhan.
     

  2. Menerima dan memproses laporan-laporan ketibaan kapal-kapal.
     

  3. Menyediakan tuntutan-tuntutan yuran-yuran dan cukai-cukai.

<< Atas

 

 

5.

PENGAJAR

JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

D.3 EB.4-5 ($900 -  $1,625 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

  a.       i.        BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang yang berkaitan dengan hal ehwal kemasyarakatan atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU 

  1. Berkhidmat di Jabatan Pembangunan Masyarakat sebagai Penolong Pengajar dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang berkaitan dengan hal ehwal pendidikan atau kemasyarakatan atau yang bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 4 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
     

  1. Pengalaman latihan dalam salah satu bidang pengajaran seperti berikut adalah diutamakan:

  1. Sains rumahtangga termasuk memasak, menjahit, menyulam dan sebagainya.

  2. Seni Kraf Tangan/Seni Ukir/Seni Khat.

  3. Gunting/Keriting Rambut.

  4. Pengetahuan dibidang Sains Pertanian.

  5. Pengetahuan dan kemahiran dalam kaedah pengajaran orang-orang cacat (Bahasa Isyarat).

  6. Pertukangan Kayu.

  7. Pengetahuan dan kimpalan, membaiki radio, televisyen dan lain-lain alat perkakas letrik.

  1. Boleh betutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGAJAR: 

  1. Membantu Pengajar Kanan dan Penolong Pengajar Kanan didalam menjalankan sebarang activiti dalam dan luar Pusat.
     

  2. Membuat lawatan ke rumah-rumah orang-orang cacat atau pelajar di dalam Program Pemulihan Dalam Komuniti.
     

  3. Menguruskan pendaftaran dan kedatangan murid-murid/pelatih termasuk pendaftaran murid/pelatih yang baru masuk yang mana perlu dikemaskinikan dari semasa ke semasa, jadual kedatangan harian, dan persuratan kepada ibu bapa/penjaga yang berkaitan dengan murid-murid.
     

  4. Mengawas dan menyelia kelas termasuk mengajar sebarang mata pelajaran berpandukan kepada sukatan pelajaran dan jadual yang telah ditetapkan. Persediaan mengajar hendaklah disediakan lebih awal dan dihadapkan kepada Pengajar Kanan.
     

  5. Bekerjasama dengan guru kelas yang lain didalam menjalankan sebarang aktiviti atau program.
     

  6. Menyediakan laporan mengenai dengan ujian bulanan dan peperiksaan tahunan murid dan mencatatkannya didalamnya buku Rekod Kemajuan Murid.
     

  7. Menyelia hal ehwal harian murid atau pelatih termasuk disiplin, kebersihan, kedatangan harian dan sebagainya.
     

  8. Menyediakan peralatan mengajar dan memastikannya berada dalam keadaan baik dan dapat digunakan. Sekiranya didapati rosak hendaklah dilaporkan segera kepada Pengajar Kanan.
     

  9. Menjalankan sebarang tugas dan tanggungjawab yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh pegawai atasan.

 

<< Atas

 

GH6.

IKLAN JAWATAN KOSONG UNTUK PENGAMBILAN SECARA BERGAJI HARI

 

PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA

JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM: 

  1. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perancangan Bandar dan Desa atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA:

 

  1. Menyediakan pelan-pelan perancangan strategik dan tempatan, skim-skim perancangan perumahan, susunatur (layout) perancangan dan lain-lain yang berhubungkait serta membuat kajian-kajian dan laporan-laporan perancangan dan mengemukakan cadangan kaedah-kaedah dan dasar-dasar perancangan untuk pertimbangan.
     

  2. Menyelaras perancangan dan pemberian tapak-tapak projek Kerajaan dan swasta serta menyediakan khidmat nasihat kepada pihak-pihak Kerajaan dan orang ramai dalam hal-hal perancangan fizikal.
     

  3. Mentadbir dan mengurus perlaksanaan Akta Perancangan Bandar dan Negara 1972.
     

  4. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua atau pegawai atasan dari masa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

GH7.

IKLAN JAWATAN KOSONG UNTUK PENGAMBILAN SECARA BERGAJI HARI

 

PENOLONG PEGAWAI STAF TINGKAT I

JABATAN KESELAMATAN DALAM NEGERI

JABATAN PERDANA MENTERI

C.3-4 EB.5 (BAHAGIAN III)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

  1. BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau kelulusan sebanding dalam salah satu dari bidang-bidang di bawah:

  • Business and Finance

  • Management Studies

  • Computing Studies

  • Computer Programming

  • Communication and Power Engineering

  • Information Technology

  • Electrical and Electronic Engineering

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

  1. Berumur tidak lebih dari 27 tahun.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PEGAWAI STAF TINGKAT I:

  1. Bertanggungjawab kepada Pengarah, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri bagi keseluruhan pengurusan yang efisien dan prestasi Jabatan mengikut objektif yang sedia ada.
     

  2. Menjalankan tugas mengenai hal ehwal dan isu-isu yang berkaitan dengan peranan dan fungsi Jabatan.
     

  3. Bertanggungjawab terhadap kawalan mutu kerja dan disiplin kakitangan.
     

  4. Menjalankan tugas-tugas lain yang diaturkan dan diarahkan oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dari masa ke semasa.

 

 

Nota: Pemohon hendaklah menyertakan gambar, salinan Kad Pengenalan, Surat-surat akuan dan salinan-salinan sijil serta dokumen-dokumen yang lain dan hendaklah dihantar ke alamat berikut:

 

TARIKH TUTUP MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI

BILANGAN GH7:  7 JANUARI, 2010

 

<< Atas

 

 

 

 

 

 


 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 5

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)


<< Atas

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN GH 6

 

PESURUHJAYA PERANCANG BANDAR DAN DESA

TINGKAT 2, JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA

LAPANGAN TERBANG LAMA, BERAKAS

BANDAR SERI BEGAWAN


<< Atas

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN GH 7

 

PENGARAH

JABATAN KESELAMATAN DALAM NEGERI

BANGUNAN TUMASEK PLAZA

JALAN TUTONG, BA1910

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TARIKH TUTUP MENGHANTAR BORANG

 

PERMOHONAN BAGI

BILANGAN GH7:  7 JANUARI, 2010


<< Atas