IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 28 SEPTEMBER 2011)

BILANGAN IKLAN: 37/09/11 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

KEKOSONGAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

PEGAWAI PERKHIDMATAN PENGURUSAN

JABATAN PERKHIDMATAN PENGURUSAN

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

1

 BILANGAN 1 HINGGA 8

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

 

2.

PENOLONG PEGAWAI KAKITANGAN

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

JABATAN PERDANA MENTERI

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

1

 

3.

PENDAFTAR MAHKAMAH KADI

JABATAN KEHAKIMAN NEGARA

JABATAN PERDANA MENTERI

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

1

 

4.

PEGAWAI PERPUSTAKAAN KANAN (PIRING HITAM DAN PITA)

JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

1

 

5.

TRADESMAN TINGKAT KHAS

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.3 EB.4 ($900 - $1,465 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

9

 

6.

PENJILID TINGKAT III

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

E.2-3 EB.4 ($590 - $875 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

2

 

7.

ATENDAN KESIHATAN PELABUHAN

JABATAN PERKHIDMATAN KESIHATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

F.2-3-4-5 EB.6 ($495 - $790 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

1

 

8.

PEGAWAI MUBALIGH

JABATAN PUSAT DA’WAH ISLAMIAH

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

1

 

GH9.

MAJISTRET / PENDAFTAR MAHKAMAH BESAR

JABATAN KEHAKIMAN NEGARA

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

Tugas dan Tanggungjawab

 

4

 BILANGAN GH9

&

CARA PERMOHONAN

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

 

 

 

 

1.

PEGAWAI PERKHIDMATAN PENGURUSAN

JABATAN PERKHIDMATAN PENGURUSAN

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

1)       a)       TANGGAGAJI B.2 EB.3

 

Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang berikut atau bidang bersesuaian:

 

§                     Business Administration/Management

§                     Public Administration

§                     Industrial/System Engineering

§                     Psychology/Behavioural Science/Organisation Development

§                     Economics/Statistics/Mathematics/Accounting

§                     Management Science/Operations Research

§                     Computer Science/Computational Science

§                     Law

 

b)       TANGGAGAJI B.2:

 

 

  1. BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang Management Science / Business Administration / Public Administration atau bidang bersesuaian serta sedang berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

ATAU

 

  1. Sedang berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Pengurusan sebagai Penolong Pegawai Perkhidmatan Pengurusan dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

  1. Sedang berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 9 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

2)       Mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam bidang perkhidmatan pengurusan yang bersesuaian serta pengalaman dalam penyediaan kertas-kertas kerja yang berupa penelitian serta konsep yang berhubung dengan bidang tersebut.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PERKHIDMATAN PENGURUSAN:

  1. Tugas-tugas dan tanggungjawab Pegawai Perkhidmatan Pengurusan ialah menyumbang khidmat kepakaran pengurusan kepada Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan dalam Perkhidmatan Awam dan mengembang serta memajukan konsep dan teknik-teknik pengurusan moden untuk digunakan oleh pihak Perkhidmatan Awam.
     

  2. Membantu pihak pengurusan kementerian dan jabatan dalam Perkhidmatan Awam dalam usaha untuk memperbaiki serta meningkatkan lagi tahap keberkesanan dan kecekapan kementerian dan jabatan masing-masing melalui kajian-kajian yang melibatkan perkembangan organisasi, sistem dan penggunaan sumber-sumber pengurusan.
     

  3. Bertanggungjawab terus kepada Pegawai Perkhidmatan Pengurusan Kanan dan Ketua Pegawai di bahagian masing-masing.

 

 << Atas

 

2.

PENOLONG PEGAWAI KAKITANGAN

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

JABATAN PERDANA MENTERI

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

1)       a)       BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang Pengajian

                     Komputer / Pentadbiran Awam / Pengurusan / Pengurusan Kakitangan / Pengajian Perdagangan.

 

ATAU

 

b)       Sedang berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Awam dalam jawatan bersesuaian dalam

          tanggagaji  C.1 tidak kurang dari 5 tahun.

 

ATAU

 

c)       Sedang berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak

          kurang dari 6 tahun.

 

2)       Mempunyai pengetahuan dan pengalaman bekerja dalam bidang pentadbiran, pengurusan kakitangan dan komputer adalah kelebihan.

 

3)       Berkebolehan bercakap dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PEGAWAI KAKITANGAN:

 

1.       Membantu dalam menguruskan dan melaksanakan dasar dan peraturan yang berkaitan dengan hal ehwal kakitangan dalam perkhidmatan awam.

 

2.       Menjalankan apa-apa jua tugas dan arahan yang diberikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab Jabatan Perkhidmatan Awam termasuk juga pentadbiran harian Jabatan.

 

3.       Dikehendaki mengetahui segala peraturan-peraturan dan dasar-dasar Kerajaan yang berhubung dengan hal ehwal pentadbiran dan pengurusan kakitangan termasuklah Peraturan-Peraturan Am (General Orders) dan surat-surat keliling.

 

 << Atas

 

3.

PENDAFTAR MAHKAMAH KADI

JABATAN KEHAKIMAN NEGARA

JABATAN PERDANA MENTERI

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

1)       a)       Diploma Pengajian Islam atau sebanding dalam bidang Syariah atau bidang bersesuaian.

 

ATAU

         

b)       Sedang berkhidmat di Jabatan Kehakiman Negara sebagai Penolong Pendaftar Mahkamah

          Kadi dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 5 tahun.

 

ATAU

 

c)       Sedang berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak

          kurang dari 4 tahun.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENDAFTAR MAHKAMAH KADI:

 

  1. Bertugas membantu Hakim di dalam Mahkamah Tinggi Syariah/Kamar ketika perbicaraan dijalankan samada bagi kes Mal, Jenayah dan anak angkat. 
     

  2. Menyediakan jadual-jadual sebutan/perbicaraan di papan Notis Mahkamah sehari sebelum bersidang.
     

  3. Memastikan saman-saman dan surat-surat panggilan Mahkamah sampai kepada yang berkenaan melalui Penghantar Saman. 
             

  4. Memastikan keadaan Mahkamah adalah di dalam keadaan yang baik dan sempurna dan segala keperluan Hakim telah disediakan. 
     

  5. Memastikan kelancaran perbicaraan di Mahkamah/Kamar Hakim dengan berperanan mengawal orang awam dan pihak-pihak yang berkaitan agar menghormati Mahkamah. 
     

  6. Menyediakan saman-saman, sepina, waran tangkap.  
     

  7. Menerima arahan daripada Hakim-Hakim Syarie, Ketua Pendaftar, Pendaftar dan Penolong Pendaftar dari semasa ke semasa.

 

 << Atas

 

4.

PEGAWAI PERPUSTAKAAN KANAN (PIRING HITAM DAN PITA)

JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

1)       a)       BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

ATAU

 

b)       BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) atau sebanding dalam bidang

          bersesuaian serta mempunyai pengalaman kerja yang bersesuaian tidak kurang dari 3 tahun.

 

ATAU

 

c)       Sedang berkhidmat di Jabatan Radio Televisyen Brunei sebagai Pegawai Perpustakaan (Piring

          Hitam dan Pita) atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun.

 

ATAU

 

d)       Sedang berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3

          tidak kurang dari 4 tahun.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PERPUSTAKAAN KANAN (PIRING HITAM DAN PITA):

 

  1. Bertanggungjawab dalam penerimaan, pengeluaran, penyimpanan, kawalan dan pengawasan Perpustakaan Piring Hitam dan Pita di Jabatan Radio Televisyen Brunei.
     

  2. Membuat indeks dan catalog dengan betul.
     

  3. Bertanggungjawab bagi pembelian bahan siar (cakera padat, pita dan sebagainya) bagi lagu dan muzik keluaran terkini.
     

  4. Memberi pendapat tentang pilihan jenis muzik bagi maksud-maksud rancangan.
     

  5. Penyimpanan dan pembahagian Piring-Piring Hitam dan Pita yang teratur kepada ketiga-tiga jenis iaitu Bahasa Melayu, Inggeris dan Cina.
     

  6. Menjalankan dan melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

 << Atas

 

5.

TRADESMAN TINGKAT KHAS

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.3 EB.4 ($900 - $1,465 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

1)       a)       BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau sebanding dalam bidang Mekanikal atau

                     bidang bersesuaian.

 

ATAU

 

b)       Sedang berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.2/D.1

          tidak kurang dari 3 tahun.

 

ATAU

 

c)       Sedang berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Tradesman Tingkat I atau jawatan berkaitan

          dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 8 tahun.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB TRADESMAN TINGKAT KHAS:

 

JABATAN DAERAH BELAIT:

 

  1. Membuat kerja pemeliharaan injin motorsangkut dan injin kenderaan darat, kepunyaan Jabatan Daerah Belait.
     

  2. Mengetuai Tradesman Tingkat I dan kebawah membuat kerja-kerja pemeliharaan dan pengimpalan (welding) ke atas kenderaan darat, kepunyaan Jabatan Daerah Belait.
     

  3. Perlaksanaan kerja-kerja baik pulih dan pemeliharaan melalui tawaran kontrak (tawaran dan sebutharga).

 

JABATAN LAUT:

 

  1. Membuat laporan kerja pemeliharaan injin-injin kapal, injin motorsangkut, injin kenderaan darat dan alat-alat membasmi tumpahan minyak kepunyaan Jabatan Laut.
     

  2. Mengetuai Tradesman Tingkat I & II membuat kerja-kerja pemeliharaan dan pengimpalan (welding) ke atas kenderaan darat, kenderaan laut dan kapal-kapal alat-alat tumpahan minyak kepunyaan Jabatan Laut.

 

Di Jabatan Kerja Raya:

 

JABATAN PERKHIDMATAN BANGUNAN

 

BAHAGIAN PENGURUSAN BANGUNAN DAN JABATAN KERJA RAYA, KUALA BELAIT

 

  1. Membantu dalam melaksanakan dan memantau kerja-kerja baik pulih dan pemeliharaan ke atas perumahan milik Kerajaan di bawah kawalan Jabatan Perkhidmatan Awam (termasuk di Daerah Brunei dan Muara), perumahan yang disewa Kerajaan dibawah kawalan lain-lain Kementerian dan Jabatan dan juga di bawah Jabatan-Jabatan di bawah Kementerian Pembangunan.
     

  2. Perlaksanaan kerja-kerja baik pulih dan pemeliharaan melalui tawaran kontrak (tawaran dan sebutharga) penggal, sebut harga dan buruh (direct labour).
     

  3. Perlaksanaan dan pemantauan kerja-kerja baik pulih dan pemeliharaan mengikut zon-zon atau kawasan-kawasan yang telah ditetapkan.

 

  1. Perlaksanaan serta pemantauan bagi:

 

a.       Pemeriksaan bagi sebarang atau permohonan bagi kerja-kerja baik pulih dan pemeliharaan.

b.       Penaksiran kerja-kerja baik pulih dan pemeliharaan.

c.       Penyediaan dokumen-dokumen tawaran, kontrak penggal dan sebut harga.

d.       Pengawasan kerja-kerja baik pulih dan pemeliharaan yang dilaksana oleh pemborong dari peringkat awal perlaksanaan hingga ke peringkat penyerahan.

e.       Penyediaan tuntutan pembayaran ke atas kerja-kerja baik pulih dan pemeliharaan.

 

  1. Berhubungan dengan lain-lain Jabatan yang berkaitan bagi kerja-kerja baik pulih dan pemeliharaan.
     

  2. Penyediaan dan pemantauan persuratan teknikal dan yang berkaitan dengan keperluan-keperluan pengurusan dan pentadbiran yang melibatkan kerja-kerja baik pulih dan pemeliharaan.
     

  3. Membantu mengawasi dan melawat ke tapak binaan atau pemeliharaan dan membuat laporan mengenai perkembangan status kemajuan projek di bawah pengawasannya.
     

  4. Meneliti dan menjadual kerja-kerja yang perlu dilaksanakan mengikut keperluan kerja di bawah Organisasinya.
     

  5. Mengetahui aspek etika dan keselamatan kerja di tapak binaan.
     

  6. Boleh membaca pelan-pelan atau layout binaan dengan baik.
     

  7. Menerima dan melaksanakan arahan dari Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.

 

BAHAGIAN MEKANIKAL (SME)

 

  1. Mengetuai Kumpulan Kerja.
     

  2. Memastikan segala polisi objektif dan tujuan Jabatan difahami dan diimplementasikan dengan efektif oleh semua pekerja.
     

  3. Bertanggungjawab dan melibatkan diri secara langsung bagi meninggikan kualiti kerja dalam bidang tugas yang berkaitan.
     

  4. Mengenal pasti akan kelebihan dan kekurangan setiap kumpulan kerja bagi pembaikan berterusan.
     

  5. Melaksanakan kerja-kerja seperti dalam kad kerja dan melaporkan kerja-kerja tambahan.
     

  6. Menyediakan laporan harian dan status kepada Ketua Unit.
     

  7. Memastikan persekitaran kerja sentiasa bersih dan kemas.
     

  8. Memastikan semua alat perkakas dalam keadaan baik dan selamat digunakan.

 

BAHAGIAN PEMELIHARAAN JALANRAYA (SRM)

 

  1. Memeriksa kerja-kerja kontrek dan buruh yang berjalan / beroperasi dalam zon yang ditetapkan.
     

  2. Memeriksa ke tempat aduan orang ramai dan melawat ke tempat yang ada kerosakan.
     

  3. Memberi bantuan batu/asphalt dan sebagainya mengikut bantuan yang dipohonkan oleh pemohon.
     

  4. Membuat segala kerja-kerja yang diarahkan oleh Ketua Bahagian.
     

  5. Membuat laporan siap kerja dan menghantar aduan-aduan dan permohonan orang ramai kepada Ketua Bahagian.

 

BAHAGIAN PEMELIHARAAN JALANRAYA (SRC)

 

  1. Membantu kerja-kerja membuat laporan kepada Jurutera, Ketua Pembantu Teknik dan Pembantu Teknik Kanan.
     

  2. Membantu menyediakan Tender Dokumen.
     

  3. Membantu menyediakan reka bentuk pelan di dalam perancangan jalan raya.
     

  4. Memberi laporan kemajuan pembinaan projek jalan raya dan yang berkaitan dengannya.
     

  5. Penggunaan komputer yang diarahkan oleh Ketua Bahagian.
     

  6. Memeriksa dan memberi laporan bagi kawalan kemajuan.
     

  7. Memeriksa dan menjaga tapak-tapak binaan bagi pembinaan jalan raya.
     

  8. Memberi laporan bagi kemajuan tanah, jalan laluan, jalan keluar/masuk dan lesen tumpang sementara.

 

 << Atas

 

6.

PENJILID TINGKAT III

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

E.2-3 EB.4 ($590 - $875 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

1)       a)       Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB) atau kelulusan sebanding.

 

ATAU

 

b)       Sedang berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penjilid Tingkat IV dalam tanggagaji F.1 tidak

          kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENJILID TINGKAT III:

 

  1. Bertanggungjawab bagi menyediakan, menerima, menjaga dan memelihara bahan-bahan peralatan perkakas yang diperlukan bagi kerja-kerja menjilid.
     

  2. Membantu kerja-kerja Penjilidan buku, majalah, suratkhabar dan lain-lain.

 

 << Atas

 

7.

ATENDAN KESIHATAN PELABUHAN

JABATAN PERKHIDMATAN KESIHATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

F.2-3-4-5 EB.6 ($495 - $790 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

1)       Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB) atau kelulusan sebanding.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB ATENDAN KESIHATAN PELABUHAN:

 

  1. Bertanggungjawab kepada Ketua Unit atau Pegawai yang lebih kanan.
     

  2. Memeriksa Sijil Kesihatan penumpang-penumpang yang datang dan memberikan cungkilan prophylactic apabila dikehendaki.
     

  3. Menjalankan pengawasan kesihatan di beberapa tempat pemeriksaan semasa kejadian penyakit berjangkit di Negara-Negara jiran.
     

  4. Mestilah bersedia untuk berkhidmat di seberang pelabuhan di Negara Brunei Darussalam.
     

  5. Akan ditempatkan dan bertugas di kesihatan pelabuhan, lapangan terbang antarabangsa dan pintu-pintu masuk ke negara ini bagi tujuan pemantauan kesihatan awam yang keluar masuk ke Negara ini.

 

 << Atas

 

8.

PEGAWAI MUBALIGH

JABATAN PUSAT DA’WAH ISLAMIAH

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

1)       a)       Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB) atau kelulusan sebanding.

 

ATAU

 

b)       Sedang berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji F.1 tidak

          kurang dari 5 tahun.

                                     

2)       Mempunyai Sijil Sekolah Rendah Ugama (Darjah VI).

                  

3)       Hendaklah tahu membaca muqaddam, menulis dan membaca jawi dengan baik.

 

4)       Mempunyai pengetahuan dalam Bahasa Puak Asli Brunei selain daripada Bahasa Melayu adalah kelebihan.

 

5)       Pemohon adalah terdiri dari lelaki sahaja.

                                                                                                             

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI MUBALIGH:

 

1.       Membantu kegiatan-kegiatan dakwah terutama di kawasan-kawasan pendalaman.

 

2.       Membantu pengendalian majlis-majlis pengislaman.

 

3.       Membantu kerja-kerja bimbingan dan kebajikan saudara-saudara baru.

 

4.       Tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

 

 

 << Atas 

 

GH9.

IKLAN JAWATAN KOSONG UNTUK PENGAMBILAN SECARA BERGAJI HARI

 

MAJISTRET / PENDAFTAR MAHKAMAH BESAR

JABATAN KEHAKIMAN NEGARA

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

1)       a)       Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Undang-Undang atau bidang bersesuaian.

 

          b)       Mempunyai kelulusan Ikthisas Barrister At Law atau sebanding.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MAJISTRET / PENDAFTAR MAHKAMAH BESAR:

 

  1. Membantu Ketua Majistret dalam pentadbiran harian dan menangani masalah pegawai dan kakitangan Mahkamah Rendah.
     

  2. Sebagai Majistret, mendengar kes-kes di Mahkamah Majistret menurut bidangkuasa yang telah ditetapkan.
     

  3. Sebagai Pendaftar Mahkamah Besar, mendengar permohonan-permohonan sebelum perbicaraan di kamar (interlocutory application in chambers).
     

  4. Sebagai Timbalan Pegawai Waris, mendengar kes-kes waris.
     

  5. Sebagai Timbalan Pegawai Penerima Rasmi membuat kes-kes kemuflisan.
     

  6. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab serta kuasa-kuasa yang diamanahkan dari semasa ke semasa.

 

NOTA: Pemohon hendaklah melengkapkan borang SPA 1 dan menyertakan Salinan-Salinan Surat Beranak, kad pintar, surat-surat akuan, sijil-sijil yang berkenaan dan dihantar ke alamat berikut:

 

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN GH9:

 

UNIT SUMBER TENAGA MANUSIA,

JABATAN KEHAKIMAN NEGARA,

JABATAN PERDANA MENTERI,

TINGKAT 1 BANGUNAN MAHKAMAH BESAR BRUNEI

DAN MAHKAMAH-MAHKAMAH SYARIAH,

JALAN STONEY,

BANDAR SERI BEGAWAN, BS 8160

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.

  << Atas

 

 

 

 

 

 

 

 


 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN 1 HINGGA 8

KAUNTER PERMOHONAN TINGKAT 2

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455

(BHGN. IKLAN)

 <<Atas 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN GH9

UNIT SUMBER TENAGA MANUSIA,

JABATAN KEHAKIMAN NEGARA,

JABATAN PERDANA MENTERI,

TINGKAT 1 BANGUNAN MAHKAMAH BESAR BRUNEI

DAN MAHKAMAH-MAHKAMAH SYARIAH,

JALAN STONEY,

BANDAR SERI BEGAWAN, BS 8160

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.

 <<Atas