IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 24 MAC 2010)

BILANGAN IKLAN: 10/03/10 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

KEKOSONGAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

 

1.

 

JURUUKUR BAHAN

JABATAN PERKHIDMATAN TEKNIKAL

JABATAN KERJA RAYA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

B.2 EB.3 ( $2,270 -  $4,240 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

3

 BILANGAN 1 HINGGA 7

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

 

2.

 

PENGUASA LETAK KERETA

JABATAN BANDARAN KUALA BELAIT DAN SERIA

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

1

 

3.

 

ATENDAN SWITCHBOARD

JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK

JABATAN PERDANA MENTERI

D.4 EB.5 ($1,225 - $1,625 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

8

 

4.

 

JURUTEKNIK MAKMAL

KEMENTERIAN KESIHATAN

M.4-5 EB.6 ($930 - $1,850 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

1

 

5.

 

MERINYU BANDARAN

JABATAN BANDARAN KUALA BELAIT DAN SERIA

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

1

 

6.

 

JURUTEKNIK UKUR

JABATAN UKUR

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

D.1-2 EB.3-4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

13

 

7.

 

ATENDAN KANAN LAPANGAN TERBANG

JABATAN PENERBANGAN AWAM

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

E.3 EB.4 ($660 - $875 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

1

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1.

JURUUKUR BAHAN

JABATAN PERKHIDMATAN TEKNIKAL

JABATAN KERJA RAYA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

B.2 EB.3 ( $2,270 -  $4,240 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM :

 

  1. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ukur Bahan atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.
     

  2. Menjadi ahli badan professional yang diiktiraf seperti Royal Institution of Chartered Surveyor, United Kingdom atau yang setaraf dengannya adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JURUUKUR BAHAN:

 

Pada Peringkat  Pre-Contract”:

 

  1. Menyediakan anggaran pembangunan.
     

  2. Menyediakan notis tawaran terbuka dan surat jemputan tawaran secara pilihan.
     

  3. Menyediakan dokumen tawaran.
     

  4. Memeriksa dan meneliti dokumen tawaran sebelum dihantar kepada pihak Unit Dokumen Kontrak, Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya untuk pembahagian kepada penender.
     

  5. Menganalisa dan seterusnya menyediakan laporan penilaian dan sokongan tawaran.


 

Pada Peringkat “Post-Contract”

 

  1. Menilai kerja-kerja pembinaan di tapak bina bagi tujuan pembayaran kemajuan.
     

  2. Menyediakan Sijil Bayaran Kemajuan dan mana-mana dokumen yang berkaitan.
     

  3. Menyediakan pesanan perubahan dan mana-mana dokumen yang berkaitan, termasuk membuat perundingan dan mempersetujui kuantiti serta harga dengan pihak kontraktor.
     

  4. Melawat dan menilai kerja-kerja tambahan di tapak bina bagi tujuan pembayaran pesanan perubahan.
     

  5. Menilai kerja-kerja asal, tambahan dan buangan di tapak bina bagi tujuan pembayaran sebelum terakhir (“Final Account”).
     

  6. Menyediakan Sijil Bayaran Sebelum Terakhir dan mana-mana dokumen yang berkaitan.
     

  7. Menyediakan Sijil Bayaran Terakhir dan mana-mana dokumen yang berkaitan.
     

  8. Di sepanjang masa pembinaan, memaklumkan dan memberi nasihat kepada pihak Klien dan Kumpulan Projek mengenai dengan penyata kewangan bagi projek tersebut.
     

  9. Memberi khidmat nasihat dalam perkara yang berkaitan dengan kontrak.
     

  10. Menghadiri mesyuarat sama ada di tapak bina atau di pejabat-pejabat Kerajaan.
     

  11. Menyediakan analisa harga pembangunan di penghujung kontrak.

 


 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB LAIN

 

  1. Meneliti dan menyemak tuntutan yuran perunding serta menyokong jumlah yang dicadangkan bagi pembayaran.
     

  2. Bertanggungjawab kepada Ketua Juruukur Bahan dan Jururukur Bahan Kanan.
     

  3. Meneliti dan menyemak dokumen tawaran daripada mana-mana Bahagian di Jabatan Kerja Raya dan membantu menyediakan dokumen tawaran di luar Jabatan Kerja Raya apabila diperlukan.
     

  4. Menjalankan peralihan tugas-tugas Juruukur Bahan Kanan atau Juruukur Bahan yang bercuti (samada di dalam perancangan atau tidak).
     

  5. Melaksanakan kerja-kerja ‘Ad-Hoc’ seperti yang diarahkan oleh Pengarah atau Ketua Juruukur Bahan atau Juruukur Bahan Kanan atau mana-mana pihak atasan di Kementerian Pembangunan dan Jabatan Kerja Raya dari masa ke semasa.
     

  6. Membantu menyusun dan mengurus kegiatan kebajikan Bahagian Ukur Bahan.

 

 << Atas

 

 

2.

PENGUASA LETAK KERETA

JABATAN BANDARAN KUALA BELAIT DAN SERIA

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

  1. i)        BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang yang bersesuaian; atau kelulusan
              sebanding dalam bidang bersesuaian.

                                                                               
    ATAU
     
    ii)       Berkhidmat di Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria sebagai Pengawas Letak Kereta atau
              jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 7 tahun atau jawatan bersesuaian
              dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.4/D.3 tidak kurang dari 5
              tahun.

     
                                                                               
    ATAU

    iii)       Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 4
              tahun atau dalam tanggagaji D.4/D.3 tidak kurang dari 6 tahun.

     

  2. Berpengalaman dan berpengetahuan dalam kerja-kerja perbandaran ataupun bidang pengurusan bahagian letak kereta adalah kelebihan.

 

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGUASA LETAK KERETA:

 

  1. Bertanggungjawab kepada Pengerusi Lembaga Bandaran mengenai hal ehwal Pengurusan Letak Kereta.
     

  2. Menjadi Ketua Bahagian Pengurusan Letak Kereta termasuk pentadbiran/kewangan dan pengawasan.

 

 << Atas

 

 

3.

ATENDAN SWITCHBOARD

JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK

JABATAN PERDANA MENTERI

D.4 EB.5 ($1,225 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

  1. BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.
     
                                                                                
    ATAU

  2. i)        Berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Elektrik dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak
              kurang dari 3 tahun atau sebagai Penolong Atendan Switchboard atau jawatan bersesuaian dalam
              tanggagaji D.2/D.1 tidak kurang dari 5 tahun.

     
    Pernah mengikuti dan lulus kursus singkat di Maktab Teknik Sultan Saiful Rizal dalam peringkat Pertama (I) dan Kedua (II).
     
                                                                               
    ATAU

     
    ii)       Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 4
              tahun atau dalam tanggagaji D.2/D.1 tidak kurang dari 6 tahun.

     
    Bagi pemohon di para b)i) dan b)ii), keutamaan adalah bagi yang mempunyai kebolehan dalam mengawas kakitangan di bawah jagaannya dan mempunyai kecekapan dalam membuat laporan harian serta berkebolehan dalam mencari menyelaraskan masalah-masalah jentera.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB ATENDAN SWITCHBOARD:

 

  1. Bertanggungjawab kepada ‘shift-in-charge’ dalam mengendalikan dan menguasai switchboard stesen janakuasa dan penyelarasan.
     

  2. Bertanggungjawab ke atas keselamatan kakitangan di bawah jagaannya keselamatan kerja dan alatan jentera janakuasa.
     

  3. Akan diarahkan bekerja bergilir-gilir (shift-duty) sama ada di Janakuasa Cawangan Gadong Lumut atau Belingus Temburong.

 

 << Atas

 

 

4.

JURUTEKNIK MAKMAL

KEMENTERIAN KESIHATAN

M.4-5 EB.6 ($930 - $1,850 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

  1. i)        BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang Sains; atau kelulusan
              sebanding dalam bidang yang sama.

     
     
                                                                              
    ATAU
     
    ii)       Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Makmal atau jawatan bersesuaian dalam kerja-kerja 
              makmal dalam tanggagaji M.3 atau dalam tanggagaji sebanding tidak kurang dari 3 tahun.

 

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JURUTEKNIK MAKMAL:

 

  1. Juruteknik Makmal adalah dikehendaki bekerja di Makmal-Makmal di Kementerian Kesihatan.
     

  2. Menjalankan ujian routine / tugas yang diarahkan oleh Ketua Bahagian atau Pengarah.
     

  3. Memahami kaedah analitikal dan prinsip mesin.
     

  4. Menyediakan calibration standards dan menjalankan calibration ujian dan mesin.
     

  5. Melaporkan status simpanan bahan kimia kepada kakitangan yang lebih kanan untuk mengemaskinikan rekod / pangkalan data.
     

  6. Menjalankan tugas ‘On-Call’ jika diarahkan.

 

<< Atas

 

 

5.

MERINYU BANDARAN

JABATAN BANDARAN KUALA BELAIT DAN SERIA

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

  1. i)        4 Kepujian / Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa; atau
              kelulusan sebanding.

     
                                                                               
    ATAU
     
    ii)       BDTVEC/BTEC National Trade Certificate Grade 2 (NTC2) dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan
              sebanding dalam bidang yang sama.

     
                                                                                ATAU


    iii)       Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5
               tahun.

     
    Mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja pengawasan buruh-buruh dan kawasan-kawasan rancangan-rancangan Kerajaan dalam atau luar bandar adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MERINYU BANDARAN:

 

  1. Bertanggungjawab terhadap pengendalian lesen perniagaan.
     

  2. Mengadakan pemeriksaan ke atas tempat-tempat terhadap perniagaan berhubung dengan permohonan pembaharuan lesen perniagaan dan juga permohonan baru untuk mendapatkan lesen perniagaan.
     

  3. Mengadakan pengawasan / pemeriksaan terhadap peniaga-peniaga bagi mempastikan mereka mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan yang ada.
     

  4. Membuat laporan yang berkaitan dengan hal ehwal perlesenan.
     

  5. Menjalankan lain-lain tugas Jabatan Bandaran yang diaturkan oleh Pengerusi dari masa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

6.

JURUTEKNIK UKUR

JABATAN UKUR

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

D.1-2 EB.3-4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

  1. i)        4 Kepujian / Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa; atau
              kelulusan sebanding.

     
                                                                                
    ATAU
     
    ii)       BDTVEC/BTEC National Trade Certificate Grade 2 (NTC2) bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding
              dalam bidang yang sama.

     
                                                                               
     ATAU


    iii)      Berkhidmat di Jabatan Ukur sebagai Juruteknik Rendah atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji
              E.1 tidak kurang dari 5 tahun.

     
                                                                               
     ATAU

    iv)      Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 6
              tahun.

     

  2. Pengalaman yang terbukti dalam bidang Ukur Tanah / Geomatik adalah kelebihan.

 


 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JURUTEKNIK UKUR:

 

  1. Melaksanakan kerja-kerja di unit-unit di bawah Bahagian Ukur Tanah atau Bahagian Pemetaan Informatik.
     

  2. Melaksanakan perjalanan projek-projek Ukur Tanah dan Pemetaan Informatik menepati matlamat.
     

  3. Mempastikan dan melaksanakan perjalanan kerja mengikut Work Instruction dalam Sistem Pengurusan Berkualiti [ISO 9001].
     

  4. Membantu Juruteknik Ukur Kanan atau Penyelia Ukur dalam pengukuran tanah dan pemetaan dilaksanakan dengan betul.
     

  5. Menjadi Ketua Pasukan atau mana-mana yang bersesuaian di dalam pengukuran tanah/pemetaan/geomatik termasuk kerja-kerja dalam pejabat.
     

  6. Mempastikan semua peralatan yang digunakan disimpan di dalam kawalan baik.
     

  7. Memasukkan data-data ke dalam database untuk Sistem Maklumat tanah, jika diperlukan.
     

  8. Bertanggungjawab ke atas pegawai dan kakitangan bawahannya.

 

<< Atas

 

 

7.

ATENDAN KANAN LAPANGAN TERBANG

JABATAN PENERBANGAN AWAM

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

E.3 EB.4 ($660 - $875 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

  1. i)        Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB) atau kelulusan sebanding ATAU BDTVEC National Trade
              Certificate Grade 3 (NTC3)
    / BDTVEC National Vocational Certificate dalam bidang bersesuaian, atau
              kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

     
                                                                              
    ATAU
     
    ii)       Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Atendan Lapangan Terbang dalam tanggagaji  E.1 tidak kurang
             dari 3 tahun.


 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB ATENDAN KANAN LAPANGAN TERBANG:

 

  1. Melapor diri kepada Pengawas Tingkat I.
     

  2. Penyelaras bagi kakitangan Kerani Penerangan Penerbangan untuk ketibaan / keberangkatan.
     

  3. Penghubung bagi kakitangan Pembantu Perhubungan Penumpang untuk ketibaan / Keberangkatan orang-orang kenamaan.
     

  4. Membuka dan mengunci pintu-pintu utama di kawasan dewan keberangkatan Bangunan Satelit.
     

  5. Membantu Pengawas Bertugas dalam pengawasan pekerja-pekerja kontrek pembersihan dan pengguna-pengguna yang beroperasi di Bangunan Terminal Lapangan Terbang.

 

<< Atas

 

 

 

 

 

 

 


 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 7

 

 

PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 2

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)


<< Atas