IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 19 MEI 2010)

BILANGAN IKLAN: 18/05/10 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

KEKOSONGAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

PENOLONG PEGAWAI LAUT

JABATAN LAUT

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 Tugas dan Tanggungjawab

1

 BILANGAN 1 HINGGA 6

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

JURUKAMERA ENG

JABATAN RADIO  TELEVISYEN BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

C.2-3 EB.4 ( $1,450 -  $2,620 SEBULAN) ATAU

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

 Tugas dan Tanggungjawab

4

 

3.

PEMBERITA

JABATAN PENERANGAN

JABATAN PERDANA MENTERI

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 Tugas dan Tanggungjawab

5

 

4.

PEMBANTU JURUTEKNIK TERLATIH

PUSAT PEMBANGUNAN BELIA

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 Tugas dan Tanggungjawab

1

 

5.

PEMBANTU DEK

JABATAN LAUT

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)

 Tugas dan Tanggungjawab

2

 

6.

PEMBERI ISYARAT TINGKAT I

JABATAN LAUT

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1

 

GH7.

PEGAWAI KERJA

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

Tugas dan Tanggungjawab

1

BILANGAN GH7 DAN GH8

&

CARA PERMOHONAN

 

 

GH8.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

Tugas dan Tanggungjawab

4

         

 

                  

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                            

 

 

 

1.

PENOLONG PEGAWAI LAUT

JABATAN LAUT

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

  1. i)        Mempunyai Certificate of Competency as Officer of Navigaional Watch.
     
    ATAU
     
    ii)       Sijil Kecekapan Pegawai Laut Kelas 6 atau sebanding dan telah berkhidmat sebagai Serang Tingkat Khas
              tidak kurang dari 3 tahun.

     
    ATAU
     
    iii)       Sijil Pegawai Laut Kelas 7 atau sebanding dan telah berkhidmat sebagai Serang Tingkat Khas tidak
               kurang dari 6 tahun.

     

  2. Mempunyai Sijil Kecekapan Pegawai Laut yang lebih tinggi adalah keutamaan.
     

  3. Mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan boleh mengurus dan mengawas kakitangan di bawah jagaannya dalam melaksanakan tugas-tugas mereka.
     

  4. Boleh menyediakan laporan-laporan dengan baik seperti kerosakan, pesanan dan kakitangan kapal.

     

LAIN-LAIN SYARAT:

 

Sebelum ditawarkan jawatan sebagai Penolong Pegawai Laut, calon-calon mestilah lulus ujian kesihatan dan ujian penglihatan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PEGAWAI LAUT:

  1. Membantu Pegawai Laut di dalam mana-mana bahagian yang akan ditentukan oleh Pengarah Laut.
     

  2. Melaksanakan lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

2.

JURUKAMERA ENG

JABATAN RADIO  TELEVISYEN BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

C.2-3 EB.4 ( $1,450 -  $2,620 SEBULAN) ATAU

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM : 

 

   a.      i.   BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau sebanding dalam bidang Cinematography /
                 Kejuruteraan Elektronik / Media Komunikasi atau bidang bersesuaian.

 

ATAU

  1. Berkhidmat di Jabatan Radio Televisyen Brunei sebagai Penolong Penerbit Tingkat I / Pemberita / Penolong   Jurukamera ENG / Operator Teleprinter / Penolong Penerbit Tingkat II atau dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.4/D.3 tidak kurang dari 5 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 7 tahun.

ATAU

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang 4 tahun atau dalam tanggagaji D.4/ D.3  tidak kurang dari  6 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 8 tahun.

  1. Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
     

  2. Boleh membuat kertas kerja dengan menggunakan peralatan komputer atau mempunyai pengetahuan asas menggunakan perisian Microsoft Office.


 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JURUKAMERA ENG:

  1. Jurukamera ENG adalah bertanggungjawab kepada Pengurus Unit ENG bagi tugas-tugas penggambaran secara “multi-skilling” dengan menggunakan kamera elektronik.
     

  2. Mestilah berkemampuan bekerja tanpa bimbingan untuk melaksanakan “shot-list” atau arahan-arahan di dalam penerbitan yang diberikan oleh pemberita atau penerbit dan berkebolehan untuk membuat penggambaran dengan citarasa yang baik tanpa arahan.
     

  3. Hendaklah mempunyai sikap dan tanggungjawab yang cekap dalam mengendalikan segala urusan di bawah arahan pemberita atau penerbit.
     

  4. Sebagai anggota kanan krew ENG, Jurukamera ENG hendaklah berkebolehan di dalam membuat liputan secara berpasukan dan mengetahui tentang fungsi-fungsi krew yang mengendalikan lampu dan suara serta memberi arahan dan nasihat kepada krew-krew yang bertugas.
     

  5. Jurukamera ENG hendaklah bersedia menerima arahan dari Pengurus Unit ENG untuk bertugas membuat penggambaran secara “multi-skilling” di luar negeri samada liputan berita ataupun rancangan.
     

  6. Menjalankan dan melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Penerbit atau Pemberita.
     

  7. Menjalankan dan melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pegawai atasan dari masa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

3.

PEMBERITA

JABATAN PENERANGAN

JABATAN PERDANA MENTERI

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

  1. i)        BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.
     
    ATAU
     
    ii)       Berkhidmat di Jabatan Penerangan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.2 / D.1 tidak kurang
              dari 3 tahun.


    ATAU
     
    iii)       Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.2 / D.1 tidak kurang dari 4
              tahun.


    ATAU
     
    iv)      4 Kepujian / Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa, atau sebanding
              serta mempunyai pengalaman kerja dalam bidang penulisan atau pemberitaan tidak kurang dari 3 tahun.


    ATAU
     
    v)       Mempunyai pengalaman yang telah terbukti dalam bidang penulisan atau pemberitaan tidak kurang dari 5
              tahun.

     

  2. Lulus ujian bertulis yang akan diadakan oleh Bahagian Pelita Brunei, Jabatan Penerangan.
     

  3. Boleh menulis dan membaca dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan memuaskan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMBERITA:

  1. Membuat laporan berita di seluruh daerah.
     

  2. Membuat penulisan rencana hal ehwal semasa.

  

<< Atas

 

 

4.

PEMBANTU JURUTEKNIK TERLATIH

PUSAT PEMBANGUNAN BELIA

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

  1. BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.
     


ATAU

  1. Berkhidmat di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dalam jawatan  bersesuaian dalam tanggagaji
    D.2/D.1 tidak kurang dari 3 tahun.

 

ATAU

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.2/D.1 tidak kurang dari 4
              tahun.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMBANTU JURUTEKNIK TERLATIH:

  1. Bertanggungjawab kepada Pegawai Latihan dan Tenaga Pengajar dalam hal ehwal pembelajaran program latihan kemahiran.
     

  2. Sebagai pembantu pengajar bagi Program Latihan Kemahiran.
     

  3. Membantu dalam melaksanakan projek-projek dan aktiviti-aktiviti yang ditentukan oleh pihak Pusat.
     

  4. Membantu untuk memastikan kualiti pembelajaran secara bersistem lengkap dengan pelan pembelajaran, pelan strategik / tindakan, sukatan pembelajaran yang sentiasa relevan, dikemaskini dan dikembangkan sesuai dengan keperluan semasa.
     

  5. Membantu dalam membuat taksiran dan menyediakan laporan mengenai keperluan bahan-bahan latihan mengikut keperluan kursus dari masa ke semasa.
     

  6. Membantu untuk menyediakan laporan mengenai hal ehwal kebajikan para pelatih kursus, membuat penilaian kredit pencapaian dan juga rekod kehadiran para pelatih kursus.
     

  7. Membantu Tenaga Pengajar dalam membuat persediaan peralatan dan bahan latihan.
     

  8. Memastikan stor peralatan kursus-kursus latihan kemahiran dalam keadaan kemas, selamat dan sentiasa teratur.
     

  9. Membuat catatan keluar masuk segala peralatan dan bahan-bahan latihan melalui stor-stor kursus kemahiran.
     

  10. Terlibat secara langsung dalam membuat kemaskini, audit, penilaian tawaran dan yang berkaitan dengannya.
     

  11. Membuat meneliti, membuat pengiraan, penyelarasan terhadap bahan-bahan latihan dan peralatan kursus.
     

  12. Bertanggungjawab sepenuhnya kepada keselamatan dan kebajikan para peserta yang mengikuti kursus di bidang masing-masing.
     

  13. Sentiasa bersedia melaksanakan lain-lain bidang tugas dan tanggungjawab yang diarahkan oleh Ketua Pusat dari masa ke semasa.
     

  14. Bersedia untuk bertugas pada bila-bila masa sahaja di luar waktu bekerja biasa atau secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga di mana-mana daerah di negara ini.

 

<< Atas

 

 

5.

PEMBANTU DEK

JABATAN LAUT

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

  1. Mempunyai Sijil Kecekapan Laut Kelas 9 atau sebanding.

 

    b.      i.     Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB) ATAU BDTVEC National Trade Certificate Grade 3 (NTC3)

                    BDTVEC National Vocational Certificate  atau sebanding dalam bidang bersesuaian.

 
 

ATAU

 

  1. Berkhidmat di Jabatan Laut sebagai Pelaut Pelatih atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji F.2/F.1 tidak kurang dari 5 tahun atau dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji F.3 tidak kurang dari 3 tahun.

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pelaut Pelatih atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji F.2/F.1 tidak kurang dari 6 tahun atau dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji F.3 tidak kurang dari 4 tahun.

  1. Mempunyai Sijil Kecekapan Pegawai Laut yang lebih tinggi adalah kelebihan.
     

  2. Mestilah sihat tubuh badan dan mempunyai penglihatan yang baik dan lulus ujian penglihatan mata yang disahkan.
     

  3. Pemohon adalah terdiri dari lelaki sahaja.


LAIN-LAIN SYARAT: 

  1. Bagi kelayakan b(i), Pembantu Dek yang layak akan diaturkan untuk mengikuti kursus latihan bagi membolehkan mereka menduduki peperiksaan bagi mendapatkan Sijil Kecekapan Pegawai Laut Kelas 9.
     

  2. Bagi kelayakan b(ii) dan b(iii), Pembantu Dek yang layak akan diaturkan untuk mengikuti kursus latihan bagi membolehkan mereka menduduki peperiksaan bagi mendapatkan Sijil Kecekapan Pegawai Laut Kelas 8.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMBANTU DEK:

  1. Bertanggungjawab bagi kebersihan dan kecekapan operasi bahagian dek kapal di mana mereka ditempatkan.
     

  2. Menjalankan tugas-tugas pengawasan semasa belayar.
     

  3. Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh ketua kapal.

  

<< Atas

 

 

6.

PEMBERI ISYARAT TINGKAT I

JABATAN LAUT

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

  a.        i.      Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB) ATAU BDTVEC National Trade Certificate Grade 3 (NTC3) / BDTVEC National Vocational Certificate atau sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

ATAU

 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang berkaitan dalam tanggagaji F.1 tidak kurang dari 5 tahun.

  1. Pemohon adalah terdiri dari lelaki sahaja.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMBERI ISYARAT TINGKAT I:

  1. Memberikan perkhidmatan perhubungan di antara kapal-kapal yang menggunakan perairan Brunei dengan Stesen Isyarat.
     

  2. Memberi arahan dan kebenaran bagi kapal-kapal yang melalui terusan Muara dan Kuala Belait.
     

  3. Menerima panggilan kecemasan dan laporan pencemaran di perairan Brunei.
     

  4. Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Pegawai Radio Laut.

 

<< Atas

 

 

GH7.

IKLAN JAWATAN KOSONG UNTUK PENGAMBILAN SECARA BERGAJI HARI

PEGAWAI KERJA

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM: 

  1. Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran atau bidang bersesuaian.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI KERJA:

  1. Mengetuai Sub-Unit Perancangan dan Pemantauan, Unit HRD, Bahagian korporat dan koordinasi, Jabatan Perdana Menteri.
     

  2. Merancang perkembangan sumber tenaga manusia JPM dan strategi bagi meningkatkan tahap keupayaan dan kecemerlangan pegawai dan kakitangan JPM.
     

  3. Mengenalpasti kursus-kursus dan program yang bersesuaian bagi setiap pegawai dan kakitangan JPM.
     

  4. Merangka program latihan yang tersusun dan rapi sepanjang bagi setiap pegawai dan kakitangan JPM.
     

  5. Memastikan segala perancangan yang berkaitan dengan hal ehwal perkembangan tenaga manusi JPM yang dirangka dilaksana.
     

  6. Menyediakan Kertas Kerja Program Pelan Penggantian (Succession Planning) yang komprehensif dan teratur.
     

  7. Memantau serta menyelaras laporan-laporan kursus dari pegawai-pegawai yang telah menjalani kursus dan membuat rekomendasi terhadap kursus-kursus yang telah dijalani dengan memberi taklimat kepada pihak pengurusan tertinggi di JPM.
     

  8. Mengumpulkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan institusi-institusi dan konsultan yang berkaitan dengan hal ehwal latihan.
     

  9. Memantau pengumpulan traning hours pegawai dan kakitangan JPM.
     

  10. Selaku Urusetia kepada Jawatankuasa Perancangan dan Pemantauan Perkembangan Sumber Tenaga Manusia JPM.
     

  11. Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Bahagian Korporat dan Koordinasi),Ketua Bahagian dan Ketua Unit HRD di JPM yang bertanggungjawab kepada perkembangan sumber tenaga manusia.

 

<< Atas

 

 

GH8.

IKLAN JAWATAN KOSONG UNTUK PENGAMBILAN SECARA BERGAJI HARI

 

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM: 

  1. Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran Awam atau bidang bersesuaian.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II:

 

  1. Bertanggungjawab bagi membantu Ketua Bahagian dalam urusan-urusan pentadbiran, perancangan dan pengurusan Bahagian Hal Ehwal Keselamatan.
     

  2. Membantu Ketua Bahagian dalam hal-hal yang berhubung dengan pengendalian dan penyelarasan Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan di bawah bidang tumpuan Setiausaha Tetap yang bertanggungjawab bagi hal ehwal keselamatan.
     

  3. Bertanggungjawab membantu Ketua Bahagian dalam urusan-urusan penyelidikan, perancangan dan penyelarasan serta membuat laporan ke atas perkara-perkara yang berkaitan dengan hal ehwal keselamatan.
     

  4. Menjalankan penyelidikan serta menyediakan laporan atau kertas kerja yang berkaitan dengan hal ehwal keselamatan termasuklah menyediakan bahan-bahan maklumat yang berkaitan dengan isu-isu yang berkaitan keselamatan seperti jenayah merentas sempadan, dan lain-lain isu yang berkaitan.
     

  5. Membantu Ketua Bahagian dalam menyediakan bahan-bahan maklumat yang berkaitan dengan penglibatan bahagian keselamatan dalam hal ehwal antarabangsa termasuklah menyediakan kedudukan Negara dalam isu-isu yang berkaitan dengan keselamatan.
     

  6. Membantu Ketua Bahagian dan pegawai-pegawai di Bahagian Hal Ehwal Keselamatan dalam menyelaraskan mana-mana jawatankuasa kebangsaan dalam menangani jenayah merentas sempadan.
     

  7. Melaksanakan kerja-kerja dan tugas-tugas sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Bahagian dari masa ke semasa.

 

 << Atas

 

 

 

 

 

 

 


 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 6

 

 

PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 2

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)


<< Atas

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN
GH7 DAN GH8

 

 

SETIAUSAHA,

JAWATANKUASA PENGAMBILAN KAKITANGAN JPM,

JABATAN PERDANA MENTERI,

BANGUNAN SEKRETRIAT,

BANDAR SERI BEGAWAN, BS8610

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


<< Atas