IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 16 JUN 2010)

BILANGAN IKLAN: 22/06/10 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

KEKOSONGAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

PEGAWAI KESIHATAN AWAM

JABATAN PERKHIDMATAN KESIHATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

B.2 EB.3 (2,270 - $4,240 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

2

 BILANGAN 1 HINGGA 12

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

JURU UKUR BAHAN

JABATAN PERANCANGAN DAN PENGURUSAN ESTAT

KEMENTERIAN KESIHATAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1

 

3.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II

JABATAN MENTERI TENAGA

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1

 

4.

PEGAWAI BELIA DAN SUKAN

JABATAN BELIA DAN SUKAN

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1

 

5.

PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN

JABATAN KESELAMATAN DALAM NEGERI

C.3-4 EB.5  ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

2

 

6.

PENOLONG PEGAWAI JURUTERA LAUT

JABATAN LAUT

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

C.3-4 EB.5  ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1

 

7.

MERINYU METER KANAN

JABATAN KERJA RAYA

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1

 

8.

PENOLONG PENYELIA PUSAT BELIA

JABATAN BELIA DAN SUKAN

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

C.1 EB.2 ($1,280 - $1,930 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1

 

9.

TEKNISYEN PEMELIHARAAN PERALATAN MATA

JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

D.4 EB.5 ($1,225 - $1,625 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1

 

10.

PEGAWAI MELESEN PERIKANAN

JABATAN PERIKANAN

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1

 

11.

PEMBANTU GERAKAN

JABATAN PELABUHAN-PELABUHAN

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

3

 

12.

PEMBANTU MERINYU PEMASANGAN

JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK

JABATAN PERDANA MENTERI

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1

 

GH13.

PEGAWAI PERMAKANAN

JABATAN HAL EHWAL SYARIAH

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

4

BILANGAN GH13

&

CARA PERMOHONAN

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                      

 

 

 

 

1.

PEGAWAI KESIHATAN AWAM

JABATAN PERKHIDMATAN KESIHATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

B.2 EB.3 (2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN
MINIMUM:      

 

        a.   i.   Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang ‘Environment Health’ atau bidang bersesuaian.
 

 

ATAU 

  1. Berkhidmat di Kementerian Kesihatan sebagai Ketua Merinyu Kesihatan atau jawatan bersesuaian dalam tangggagaji C.4 tidak kurang dari 5 tahun atau sebagai Merinyu Kesihatan Kanan atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun.

  1. Mempunyai pengalaman yang luas di dalam semua aspek-aspek perkhidmatan Kesihatan Awam di dalam bidang-bidang seperti berikut:-

  • Hal Ehwal Kesihatan Alam Sekitar

  • Keselamatan dan Kualiti Makanan

  • Kesihatan Cara Kerja

  • Pemantauan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit

  1. Mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang berkaitan dalam tugas-tugas kesihatan alam sekitar dan kesihatan awam adalah kelebihan.
     

  2. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah kelebihan.

               

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI KESIHATAN AWAM:

  1. Bertanggungjawab kepada Ketua Unit / Bahagian atau pegawai yang lebih kanan.

  2. Membantu Ketua Bahagian / Unit atau pegawai yang lebih kanan dalam:

  1. Pengurusan dan pentadbiran pejabat / bahagian / unit dan kakitangan di mana ditugaskan.
     

  2. Membuat dan menyediakan penyelarasan dan pemantauan program-program dan aktiviti-aktiviti Kesihatan Alam Sekitar dan Kesihatan Awam dari masa ke semasa mengikut perancangan serta dasar yang sedia ada. Ini tertakluk di mana pegawai yang dilantik ditugaskan samada di bahagian / daerah masing-masing. Ini termasuklah dalam aspek-aspek:

Ř      Kesihatan Alam Sekitar

Ř      Keselamatan dan Kualiti Makanan

Ř      Kawalan Penyakit Berjangkit

Ř      Kesihatan Cara Kerja

Ř      Kawalan Tembakau

  1. Menyediakan perancangan keperluan unit setiap tahun seperti perbelanjaan dan peralatan yang diperlukan.
     

  2. Memantau / merancang perlaksanaan dan kemajuan program-program dan aktiviti-aktiviti kesihatan yang dilaksanakan dari masa ke semasa.
     

  3. Membuat persediaan perbincangan di mesyuarat-mesyuarat teknikal Perkhidmatan Kesihatan Alam Sekitar.
     

  4. Melaksanakan penguatkuasaan Akta-akta yang berkaitan dengan Kesihatan Alam Sekitar.
     

  5. Menyediakan dan memberikan latihan yang berhubung kait dengan tugas-tugas dan aktiviti-aktiviti unit kepada kakitangan baru dan yang sedang berkhidmat.
     

  6. Memberikan ceramah atau taklimat kepada orang ramai dalam aspek-aspek pendidikan Kesihatan Alam Sekitar dan Kesihatan Awam.

 

  1. Membantu menyediakan laporan bulanan dan tahunan serta data / maklumat yang berkaitan di bahagian masing-masing.
     

  2. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan dari masa ke semasa dan bersedia bertugas pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat di negara ini termasuklah diluar waktu bertugas dan hari-hari Kelepasan Awam jika dikehendaki.

 << Atas

 

 

2.

JURU UKUR BAHAN

JABATAN PERANCANGAN DAN PENGURUSAN ESTAT

KEMENTERIAN KESIHATAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:
      

  1. Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Quantity Surveying atau bidang bersesuaian.
     

  2. Berpengalaman dalam kerja-kerja berkaitan dengan Kerja-kerja mengukur bahan, penyediaan taksiran projek pembinaan dan kerja-kerja pembaikan dan pemeliharaan bangunan adalah kelebihan.
     

  3. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.
     

  4. Berkebolehan menggunakan komputer adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JURU UKUR BAHAN:

 

Pada Peringkat “Pre-Contract” 

  1. Menyediakan anggaran pembangunan.
     

  2. Menyediakan notis tawaran bagi tawaran terbuka, dan surat jemputan bagi tawaran secara jemputan.
     

  3. Menyediakan dokumen tawaran.
     

  4. Memeriksa dan meneliti dokumen tawaran sebelum dihantar kepada Unit Dokumen Kontrak, Pejabat Timbalan Ketua Pengarah untuk pembahagian kepada penender.
     

  5. Menganalisa dan seterusnya membuat sokongan tawaran.

 

 

Pada Peringkat “Post-Contract” 

  1. Menilai kerja-kerja di tapak bina bagi tujuan pembayaran kemajuan.
     

  2. Menyediakan sijil bayaran kemajuan dan mana-mana dokumen yang berkaitan.
     

  3. Menyediakan pesanan perubahan dan mana-mana dokumen yang berkaitan, termasuk berunding dan mempersetujui kuantiti serta harga dengan pihak kontraktor.
     

  4. Melawat dan menilai kerja-kerja tambahan di tapak bina bagi tujuan pembayaran pesanan perubahan.
     

  5. Menilai kerja-kerja asal dan tambahan di tapak bina bagi tujuan pembayaran sebelum terakhir (‘Final Account’).
     

  6. Menyediakan sijil bayaran sebelum terakhir dan mana-mana dokumen yang berkaitan.
     

  7. Menyediakan sijil bayaran terakhir dan mana-mana dokumen yang berkaitan.
     

  8. Di sepanjang masa pembinaan, memaklumkan dan memberi nasihat kepada pihak klien dan kumpulan projek mengenai dengan penyata kewangan bagi projek tersebut.
     

  9. Memberi khidmat nasihat dalam perkara yang berkaitan dengan kontrak.
     

  10. Menghadiri mesyuarat sama ada di tapak bina atau di pejabat-pejabat Kerajaan.
     

  11. Menyediakan analisa harga pembangunan di penghujung kontrak.

 

 

 

Skop Tugas Berhubung Dengan Perunding

  1. Membuat dan mengemaskinikan pengiraan jumlah keseluruhan yuran perunding, ‘Site Staff’ dan ‘Out-of-pocket expenses’ berdasarkan kepada ‘Memorandum of Agreement’ yang digunakan dan perjanjian.
     

  2. Memastikan bahawa jumlah yang dibayar bagi yuran perunding, ‘Site Staff’ dan ‘out-of-pocket expenses’ adalah selaras dengan ‘Memorandum of Agreement’ dan perjanjian dengan mendapatkan laporan lawatan dari Ketua Kumpulan.
     

  3. Menyemak, meneliti dan mengesahkan pembayaran bagi tuntutan yuran perunding.
     

  4. Menyemak, meneliti dan mengesahkan pembayaran bagi tuntutan perunding untuk ‘Site Staff’.
     

  5. Menyemak, meneliti dan mengesahkan pembayaran bagi tuntutan perunding untuk ‘Out-of-pocket expenses’.
     

  6. Menyediakan dan mengemaskinikan penyata kewangan bagi pembayaran yuran perunding, ‘Site Staff’ dan ‘Out-of-Pocket expenses’.
     

  7. Memastikan bahawa process penyemakan dan penandatanganan tuntutan yuran perunding, ‘Site Staff’ dan “Out-of-Pocket expenses’ oleh Pengarah adalah berjalan dengan lancar, teratur dan didalam tempoh TPOR yang telah ditetapkan.
     

  8. Memohon waran termasuk membuat perancangan bagi permohonan waran bagi memastikan pembayaran untuk yuran perunding, ‘Site Staff’ dan ‘Out-of-Pocket expenses’ dapat dijelaskan dengan segera, teratur dan didalam tempoh TPOR yang telah ditetapkan.

 

 

Tugas dan Tanggungjawab Lain 

  1. Bertanggungjawab kepada Ketua Juruukur Bahan dan Juruukur Bahan Kanan.
     

  2. Meneliti dan menyemak dokumen tawaran daripada mana-mana Bahagian di Jabatan Kerja Raya dan membantu menyediakan dokumen tawaran di luar Jabatan Kerja Raya apabila diperlukan.
     

  3. Menjalankan peralihan tugas-tugas Juruukur Bahan yang bercuti.
     

  4. Melaksanakan kerja-kerja ‘Ad-hoc’ seperti yang diarahkan oleh Ketua Bahagian atau Pengarah dari masa ke semasa.
     

  5. Membantu menyusun dan mengurus kegiatan kebajikan Bahagian Ukur Bahan.

 << Atas

 

 

3.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II

JABATAN MENTERI TENAGA

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:

 

  1. TANGGAGAJI B.2 EB.3:

Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Pengurusan Sumber Tenaga Manusia / Pengurusan Pentadbiran / Hal Ehwal Industri Tenaga atau bidang bersesuaian.

 

  1. TANGGAGAJI B.2:

  1. BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam  bidang Pengurusan Sumber Tenaga Manusia / Pengurusan Pentadbiran / Hal Ehwal Industri Tenaga atau bidang bersesuaian, serta berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II:

  1. Bertanggungjawab membantu Ketua Bahagian / Unit dalam bidang Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Tenaga Manusia dan Perhubungan Awam.
     

  2. Bertanggungjawab membantu Ketua Bahagian / Unit dalam membuat perancangan pembaharuan dan pemantauan keatas projek-projek yang berkaitan dengan pembaharuan perkhidmatan awam dan hal ehwal industri tenaga.
     

  3. Bertanggungjawab bagi membantu Ketua Bahgian / Unit dalam hal-hal yang berhubung dengan pengurusan dan pentadbiran Jabatan-Jabatan yang di bawah kawalan Pejabat Menteri Tenaga dan syarikat-syarikat minyak dan gas di bawah Prime Minster’s Corporation (PMC) dan lain-lain syarikat minyak dan gas yang ada beroperasi di Negara Brunei Darussalam.
     

  4. Membantu dalam hal ehwal yang berhubung dengan pengurusan dan pentadbiran hal ehwal Audit Dalaman.
     

  5. Membantu dan memantau perlaksanaan projek Government Employee Management System (GEMS) di dalam Pejabat Menteri Tenaga, Jabatan Perdana Menteri dan seterusnya terlibat langsung di dalam proses perlaksanaan jabatan.
     

  6. Melaksanakan kerja-kerja dan tugas-tugas sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Jabatan / Bahagian / Unit dari masa ke semasa.

 << Atas

 

 

4.

PEGAWAI BELIA DAN SUKAN

JABATAN BELIA DAN SUKAN

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:

 

  a.       i.      BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

ATAU

  1. Berkhidmat di Jabatan Belia dan Sukan sebagai Pekerja Kanan Belia dan Sukan atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun atau sebagai Penolong Pekerja Kanan Belia dan Sukan atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun.

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 4 tahun atau dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 6 tahun.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI BELIA DAN SUKAN:

  1. Membantu Ketua Bahagian dalam hal-hal berikut;

  1. Pentadbiran dan pengurusan Kakitangan

  2. Penyelidikan, penerangan dan perkembangan hal ehwal belia dan sukan.

  3. Merancang, menyusun dan melaksanakan program tahunan belia dan sukan diperingkat Jabatan, Daerah dan Kebangsaan.

  4. Menyelaras, menyediakan dan mengumpul rekod serta maklumat tentang kegiatan-kegiatan Jabatan dan Persatuan-Persatuan Belia dan Sukan secara sistematik bagi laporan bulanan dan tahunan.

  5. Terlibat dalam promosi kegiatan belia dan sukan.

  6. Terlibat dalam melaksanakan dasar dan prosedur berkaitan.

  7. Urusan pentadbiran dan perhubungan dengan agensi-agensi yang berkenaan didalam dan diluar negeri.

  8. Terlibat dalam penyediaan Anggaran Belanjawan Tahunan dan Rancangan Kemajuan Belia dan Sukan.

  1. Bersedia bertugas diluar waktu Pejabat dan hari-hari kelepasan awam termasuk hari Jumaat dan Ahad.
     

  2. Terlibat sebagai Jawatankuasa dalam aktibiti-aktibiti Jabatan.
     

  3. Menerima arahan pegawai atasan dari masa ke semasa.

 << Atas 

 

 

5.

PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN

JABATAN KESELAMATAN DALAM NEGERI

C.3-4 EB.5  ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:
      

 

  a.       i.      BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

ATAU 

  1. Berkhidmat di Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah lulus Peperiksaan Jabatan.

 

ATAU 

  1. Pernah berkhidmat dengan Pasukan Keselamatan seperti Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Pasukan Polis Diraja Brunei dan sebagainya dalam tanggagaji C.1 atau tanggagaji sebanding tidak kurang dari 5 tahun serta lulus dalam ujian bertulis.

Berkebolehan dan pengalaman tentang pengurusan dan penyeliaan satu Pasukan Anggota Keselamatan adalah keutamaan.
 

  1. Berumur tidak lebih dari 35 tahun.
     

  2. Bagi calon-calon yang baru dilantik, mestilah tidak memakai kacamata/kanta lengkap melebihi 100 Degree.
     

  3. Calon-calon yang terdiri daripada bekas anggota Keselamatan hendaklah mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan bersih daripada kesalahan disiplin bagi tempoh 3 tahun kebelakangan, dan mengemukakan nama 2 orang Referees yang dikenali lebih 5 tahun. (Melengkapkan Borang Pengakuan Biodata).


 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN: 

  1. Bertanggungjawab kepada Komandan atau Pegawai Penyelianya (Supervising Officer) bagi tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada bidang tugasnya.
     

  2. Membantu mengekalkan perhubungan (liaison) dan kerjasama dengan agensi-agensi Kerajaan (Kementerian / Jabatan) bagi penyelarasan perkara-perkara keselamatan (security).
     

  3. Mengumpul maklumat-maklumat yang diperlukan bagi Pemeriksaan atau Kajian Semula Keselamatan dan membantu melaksanakan kawalan keselamatan yang dikehendaki.
     

  4. Membantu mengemaskinikan arahan-arahan tetap bagi tempat-tempat keselamatan.
     

  5. Mengenalpasti keperluan-keperluan dan membantu Pegawai Keselamatan menyusun program pendidikan dan latihan keselamatan.
     

  6. Membantu Pegawai Keselamatan melakukan Pemeriksaan Keselamatan ke atas tempat keselamatan seperti yang dijadualkan.
     

  7. Menjalankan, jika dikehendaki, siasatan awal apabila terjadi kejadian Pelanggaran Keselamatan atau aduan terhadap anggota keselamatan.
     

  8. Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan keselamatan (security) yang diaturkan oleh Komandan dari masa ke semasa.

 << Atas

 

 

6.

PENOLONG PEGAWAI JURUTERA LAUT

JABATAN LAUT

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

C.3-4 EB.5  ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:
      

 

   a.        i.    Mempunyai Certificate of Competency as Officer of Navigaional Watch.

 

ATAU

 

  1. BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang Marine Engineering.

ATAU 

  1. BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) atau sebanding dalam bidang Marine Engineering serta mempunyai pengalaman dalam bidang kejuruteraan tidak kurang dari 5 tahun.

 ATAU 

  1. Sijil Kecekapan sebagai Pegawai Jurutera Laut Kelas 4 serta telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Teknisyen Kapal Tingkat Khas dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun.


 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PEGAWAI JURUTERA LAUT:

  1. Mengetahui Bahagian Bilik Injin di kapal-kapal tertentu (seperti kapal tunda atau kapal korek) Jabatan Laut bagi menentukan semua jentera berjalan lancar. Bertanggungjawab dalam hal pengendalian jentera-jentera dan anak-anak kapal. Membuat laporan-laporan kepada Pegawai Jurutera Laut mengenai apa jua keperluan anak kapal atau kerosakan jentera-jentera.
     

  2. Membantu Pegawai Jurutera Laut di Bahagian Perkhidmatan Jabatan Laut dalam kerja-kerja membaiki kerosakan alat-alat pelayaran, jentera-jentera, perahu-perahu, motor sangkut dan lain-lain dan membuat jadual waktu bagi pemandu-pemandu kereta dan pemandu motor sangkut.
     

  3. Membantu Pegawai Jurutera Laut di Bahagian Peperiksaan dan Persijilan dalam mengendalikan kursus-kursus latihan untuk mendapatkan sijil-sijil kecekapan.

 << Atas

 

 

7.

MERINYU METER KANAN

JABATAN KERJA RAYA

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:

 

    a.       i.     BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

ATAU 

  1. Berkhidmat di Jabatan Kerja Raya sebagai Merinyu Meter atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.4/D.3 tidak kurang dari 5 tahun atau sebagai Pembaca Meter Tingkat I atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 7 tahun atau dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 3 tahun.

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Merinyu Meter atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.4/D.3 tidak kurang dari 6 tahun atau sebagai Pembaca Meter Tingkat I atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 8 tahun atau dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 4 tahun.
     

  1. Berpengalaman dalam tugas-tugas di Bahagian Meter Air adalah kelebihan.
     

  2. Boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MERINYU METER KANAN:

  1. Bertanggungjawab kepada Ketua Pembantu Teknik di Unit Meter.
     

  2. Mengetuai dan bertanggungjawab terhadap hal ehwal dan tugas-tugas yang dilaksanakan oleh Pembaca Meter di Unit Meter (Kawalan Meter).
     

  3. Menyediakan laporan meter yang tidak dapat dibaca kepada Ketua Unit.
     

  4. Memeriksa dan mengenal pasti meter rosak yang perlu dibaik pulih dan menyediakan laporan untuk dihadapkan kepada Ketua Unit.
     

  5. Bertanggungjawab dalam memastikan Pembaca Meter untuk mematuhi prosedur.
     

  6. Melaksanakan tugas-tugas diarahkan oleh Pegawai atasan dari masa ke semasa.

 << Atas

 

 

8.

PENOLONG PENYELIA PUSAT BELIA

JABATAN BELIA DAN SUKAN

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

C.1 EB.2 ($1,280 - $1,930 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:
      

 

 

  a.         i.     BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

 

ATAU

  1. BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) atau sebanding dalam bidang bersesuaian serta mempunyai pengalaman dalam bidang bersesuaian tidak kurang dari 3 tahun.

ATAU 

  1. Berkhidmat di Jabatan Belia dan Sukan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 5 tahun.

ATAU

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 4 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 6 tahun.

  

   

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PENYELIA PUSAT BELIA: 

  1. Membantu Penyelia Pusat Belia dalam hal-hal berikut:

  1. Pentadbiran dan pengurusan kakitangan.

  2. Merancang dan mengendalikan kegiatan-kegiatan di Pusat-Pusat Belia.

  3. Menyelia penggunaan Pusat Belia dan kemudahan-kemudahannya.

  4. Mengumpul rekod dan maklumat serta menyediakan laporan bulanan dan tahunan kegiatan di Pusat-Pusat Belia.

  5. Membuat pemerhatian terhadap pengguna Pusat Belia.

  6. Memelihara dan mengindahkan Pusat Belia.

  1. Terlibat sebagai Jawatankuasa dalam aktiviti-aktiviti Jabatan.
     

  2. Menerima arahan dari pegawai atasan.
     

  3. Bersedia bertugas di luar waktu pejabat dan hari-hari kelepasan awam termasuk hari Jumaat dan Ahad.
     

 << Atas
 

 

9.

TEKNISYEN PEMELIHARAAN PERALATAN MATA

JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

D.4 EB.5 ($1,225 - $1,625 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:

 

  a.       i.   BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) atau sebanding dalam bidang Elektrikal / Elektronik atau bidang bersesuaian.

 

ATAU 

  1. Berkhidmat di Kementerian Kesihatan sebagai Pembantu Kanan Kaji Mata atau jawatan sebanding dalam tanggagaji D.3 atau tanggagaji sebanding  tidak kurang dari 3 tahun atau Pembantu Kaji Mata atau jawatan sebanding dalam tanggagaji D.1 atau tanggagaji sebanding tidak kurang dari 5 tahun.

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 4 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 6 tahun.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB TEKNISYEN PEMELIHARAAN PERALATAN MATA:

  1. Memelihara keselamatan kesemua peralatan-peralatan mata yang ditempatkan di Klinik-Klinik dan Bilik Pembedahan Mata.
     

  2. Menyedia dan mengemas peralatan-peralatan sebelum dan selepas pembedahan dan memastikan yang ianya sentiasa berkeadaan sterail.
     

  3. Menyediakan peralatan-peralatan (disposable) bagi mesin-mesin bedah seperti:

  1. Mesin Phacoemulsification

  2. Mesin Vitrectomy

  3. Indirect Light

  4. Mesin Kryo

  5. Microskop

  6. Mesin Endolaser

  7. Mesin Magnet

  1. Menyediakan senarai stok bagi keperluan Klinik-Klinik dan Bilik-Bilik Bedah dan Bilik Pembedahan Ringan (Minor Theatre / Dressing Room).
     

  2. Mengurus penempatan peralatan-peralatan mengikut arahan Ketua Jabatan dan Pengurus Klinikal.
     

  3. Membaiki kerosakan ringan dan menukar alat-alat ganti bagi peralatan-peralatan mata.

<< Atas

 

 

10.

PEGAWAI MELESEN PERIKANAN

JABATAN PERIKANAN

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:

 

   a.       i.     BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang berkaitan dalam tanggagaji D.2/D.1 tidak kurang dari 3 tahun.

  1. Mempunyai pengetahuan yang luas dalam alat-alat penangkapan / cara-cara penangkapan ikan / jenis-jenis ikan dan perusahaan-perusahaan perikanan yang lainnya adalah kelebihan.
     

  2. Pernah mengikuti kursus-kursus dalam bidang perikanan di luar negeri adalah kelebihan.

 

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
PEGAWAI MELESEN PERIKANAN 

  1. Menyelia pengeluaran lesen-lesen untuk alat-alat menangkap ikan dan mengutip bayaran untuk lesen-lesen tersebut.
     

  2. Melaksanakan kerja-kerja menguatkuasakan peraturan-peraturan dan Akta Perikanan.
     

  3. Melaksanakan lain-lain tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dan pegawai-pegawai atasan yang lain dari masa ke semasa.

 << Atas

 

 

11.

PEMBANTU GERAKAN

JABATAN PELABUHAN-PELABUHAN

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:

 

  a.       i.    4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa; atau kelulusan sebanding.

 

ATAU 

  1. Berkhidmat di Jabatan Pelabuhan-Pelabuhan sebagai Pembantu Gerakan Rendah dalam tanggagaji E.2 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMBANTU GERAKAN:

  1. Mengarahkan Pembantu Gerakan Rendah untuk membuat rekod ‘Tally Kargo’ yang dipunggah dari kapal atau dimuatkan ke dalam kapal.
     

  2. Memahami akan tanda-tanda kargo yang boleh disimpan di dalam gudang atau di simpanan terdedah atau di simpan barang-barang berbahaya.
     

  3. Membuat laporan:

  1. Kajian (Survey Report) dan barang-barang rosak (damage goods) sama ada yang ditetapkan dari luar negeri atau yang dikeluarkan.

  2. Kargo yang ada di dalam gudang iaitu yang sudah lama tersimpan.

  3. Kargo-kargo yang akan dilelong.

  1. Menyediakan tempat penyimpanan kargo dalam gudang.

 

 << Atas
 

 

12.

PEMBANTU MERINYU PEMASANGAN

JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK

JABATAN PERDANA MENTERI

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:
      

 

   a.       i.     4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei Peringkat Biasa; atau kelulusan sebanding.
 

 

ATAU 

  1. BDTVEC/BTEC National Trade Certificate Grade 2 (NTC2) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

ATAU

 

  1. Berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Elektrik dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5 tahun.

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 6 tahun.


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
PEMBANTU MERINYU PEMASANGAN: 

  1. Membuat pemeriksaan dan penyelidikan ke atas permohonan orang ramai mengenai tapak pembinaan rumah baru atau lama, menambah pendawaian, membuat laporan melalui gambar rajah kedudukan tapak berkenaan sebelum bekalan api elektrik dibekalkan samada memerlukan tambahan overhead line atau sebagainya.
     

  2. Membuat pemeriksaan kekuatan tenaga elektrik di feeder pillar sub station selepas membuat pemeriksaan ke tapak binaan.
     

  3. Membuat pengujian pendawaian bagi rumah-rumah dan bangunan pelanggan dan Kerajaan.
     

  4. Membuat ‘termination’ cable di feeder pollar and overheadline.
     

  5. Membuat ‘switching / commissioning’ 11kv/415v transformer jika perlu.
     

  6. Membaik pulih aduan kerosakan bekalan api elektrik di rumah awam dan bangunan Kerajaan samada di Bahagian luar dan dalam.
     

  7. Menerima arahan daripada Pegawai-Pegawai Kanan dari masa ke semasa.

 << Atas

 

 

GH13.

PEGAWAI PERMAKANAN

JABATAN HAL EHWAL SYARIAH

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 


KELAYAKAN MINIMUM:
      

  1. Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Sains Makanan (Food Science) / Teknologi Makanan (Food Technology) atau bidang bersesuaian.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PERMAKANAN:

  1. Calon-calon yang berjaya akan ditempatkan di Bahagian Kawalan Makanan Halal dalam Unit Teknikal dan Penerimaan Permohonan Sijil Halal dan Label Halal.
     

  2. Membantu tugas Ketua Bahagian Kawalan Makanan Halal.
     

  3. Menjalankan kuatkuasa undang-undang Akta Daging Halal Penggal 183 (Kebenaran kuatkuasa bertulis Yang Berhormat Pehin Menteri Hal Ehwal Ugama), Akta Kesihatan Awam (Makanan) Penggal 182 dan Perintah Sijil Halal dan Label Halal 2005.
     

  4. Mengetuai dalam hal ehwal penelitian bahan-bahan yang digunakan dalam pembuatan makanan atau makanan yang dijual di kedai-kedai makan dan restoran.
     

  5. Menyusun program kursus-kursus mengenai kandungan yang terdapat dalam bahan-bahan permakanan, khusus bahan yang mengandungi najis, alcohol dan seumpamanya bagi semua pegawai dan penguatkuasa undang-undang Bahagian Kawalan Makanan Halal.
     

  6. Melantik kumpulan audit di kalangan pegawai-pegawai kerajaan yang telah dilantik oleh menteri dibawah Bab 18 Perintah Sijil dan Label Halal bagi menjalankan pengauditan ke tempat-tempat perniagaan, kedai makan, restoran dan kedai makan.
     

  7. Menerima permohonan Sijil Halal dan Permit Halal dan membuat senarai semak (check list) keatas permohonan tersebut iaitu berdasarkan kehendak-kehendak Perintah Sijil Halal dan Label Halal.
     

  8. Menjelaskan dan menerangkan keperluan-keperluan yang dikehendaki bagi pemohon-pemohon Sijil Halal dan Permit Halal seperti keperluan Sijil Halal bagi setiap bahan ramuan dan seumpamanya.
     

  9. Memberikan penerangan kepada pengusaha-pengusaha yang membuat permohonan mengenai Manual Pensijilan Halal.
     

  10. Membuat pengambilan sample makanan jika diperlukan samada untuk permohonan mendapatkan Sijil Halal dan Permit Halal atau semasa melakukan operasi pemantauan dan pemeriksaan mengejut (spot check).
     

  11. Menghantar sample yang diambil kepada Makmal Saintifik, Kementerian Kesihatan atau ke Makmal Pertanian, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama bagi tujuan penganalisaan.
     

  12. Memberikan taklimat kepada kumpulan audit sebelum pengauditan dijalankan.
     

  13. Memberi ceramah kepada Pegawai-Pegawai Kerajaan dan pihak swasta mengenai dengan Perintah Sijil Halal dan Label Halal 2005.

 << Atas

 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 12

 

 

PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 2

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)


<< Atas

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN GH13

 

 

UNIT PENGAMBILAN KAKITANGAN,

TINGKAT 3

BANGUNAN KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

JALAN MENTERI BESAR, BB3910

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


<< Atas