IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 15 SEPTEMBER 2010)

BILANGAN IKLAN: 35/09/10 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

KEKOSONGAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

 

PEGAWAI ALAM SEKITAR

JABATAN ALAM SEKITAR TAMAN DAN REKREASI

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

3

 BILANGAN 1 HINGGA 7

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

 

PEGAWAI OPERASI

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 Tugas dan Tanggungjawab

 

1

 

3.

 

PENOLONG PENGUASA BOMBA DAN PENYELAMAT

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

P.7 ($1,550 - $2,290 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

5

 

4.


PEMANDU OUTBOT TINGKAT I

JABATAN KERJA RAYA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

D.4-5 EB.6 ($1,225- $1,785 SEBULAN)

 Tugas dan Tanggungjawab

 

1

 

5.


PEGAWAI BALAI

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

P.6 ($1,105 - $1,825 SEBULAN)

 Tugas dan Tanggungjawab

 

9

 

6.


TIMBALAN PEGAWAI BALAI

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

P.5 ($965 - $1,240 SEBULAN)

 Tugas dan Tanggungjawab

 

27

 

7.


PENOLONG PEGAWAI BALAI

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

P.4 ($880 - $1,140 SEBULAN)

 Tugas dan Tanggungjawab

 

20

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

 

 

 

 

1.

 

PEGAWAI ALAM SEKITAR

JABATAN ALAM SEKITAR TAMAN DAN REKREASI

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

 

 

           

KELAYAKAN MINIMUM:

 

  1. Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Alam Sekitar / Kejuruteraan Alam Sekitar / Kejuruteraan Kimia / Kejuruteraan Mekanikal / Kejuruteraan Awam atau bidang bersesuaian.

 

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI ALAM SEKITAR:

 

  1. Membantu Pegawai Alam Sekitar Kanan dalam menyelaras dan mengurus perlaksanaan tugas-tugas yang berkaitan dengan perancangan, pengurusan, pelaksanaan, pemantauan dan pengawalan hal ehwal yang berhubung kait dengan alam sekitar dan/atau hal ehwal alam sekitar di peringkat serantau dan antarabangsa.
     

  2. Menyediakan dokumen-dokumen kontrak (yang antara lain termasuk menyediakan spesifikasi, lukisan teknikal, anggaran harga projek, Bill of Quantities dan sebagainya) samada secara tawaran atau sebutharga untuk projek-projek yang berhubung kait dengan alam sekitar.
     

  3. Mengurus dan mengawalselia projek-projek yang berhubung kait dengan alam sekitar, yang antara lain, termasuk menyediakan sokongan tawaran, pemantauan kemajuan fisikal dan kewangan dan perlaksanaan pembayaran projek-projek berkenaan.
     

  4. Menyediakan dan mengemaskinikan maklumat-maklumat yang berhubungkait dengan perlaksanaan projek-projek alam sekitar yang diungkayahkan di bawah perbelanjaan Jabatan atau Rancangan Kemajuan Negara.
     

  5. Membuat laporan teknikal dan memberikan khidmat nasihat kepada masalah-masalah atau aduan-aduan atau isu-isu yang berhubung kait dengan unsur-unsur pencemaran tanah, udara dan air.
     

  6. Mengendalikan pemantauan bagi unsur-unsur pencemaran tanah, udara dan air untuk tujuan pengumpulan data, penganalisaan, perancangan, memberikan khidmat nasihat dan sebagainya.
     

  7. Menilai ‘Enviromental Impat Assessment Report’ bagi projek-projek baru yang hendak dilaksanakan oleh pihak Kerajaan dan/atau swasta.
     

  8. Melaksanakan penguatkuasaan akta dan peraturan alam sekitar atau mana-mana akta dan peraturan yang berhubung kait dengan kebersihan alam sekitar.
     

  9. Membantu dalam mengendalikan dan melaksanakan program-program kesedaran awam perihal alam sekitar.
     

  10. Membantu pegawai Alam Sekitar Kanan dalam pengurusan dan pentadbiran am harian bagi pegawai dan kakitangan di bawah jagaannya.
     

  11. Mengendalikan dan melaksanakan arahan dan tugas-tugas yang diberikan oleh Pegawai atasan.

 

 <<Atas

 

 

2.

 

PEGAWAI OPERASI

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

1. a) Tanggagaji B.2 EB.3:
     
    Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang bersesuaian.
     
  b) Tanggagaji B.2:
     
    i)

BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang bersesuaian serta berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun.

       
     

ATAU

       
    ii)

Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun.

       
     

ATAU

       
    iii)

Pernah berkhidmat (pesara) dengan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dalam pangkat Kapten, atau Polis Diraja Brunei dalam pangkat Penolong Penguasa Polis (ASP).

       
2. Berumur 25 tahun ke atas dan tidak melebihi 50 tahun.
   
3.

Mempunyai pengetahuan dan pengalaman mengenai dengan sejarah dan konsep latihan Outward Bound, prinsip-prinsip latihan pengembaraan, pemeliharaan dan pembetulan kemudahan serta peralatan Outward Bound Brunei Darussalam, Sistem Pengurusan Latihan, Pentadbiran dan Logistik.

   
4.

Calon-calon yang mempunyai kemahiran, pengalaman dan pengetahuan dalam bidang berkayak / berkenu (laut/sungai berjeram), berkemah secara berekspidisi, merentas hutan, abseiling, mendaki batu (rock climbing), mendaki gunung, menjalankan latihan, pengawasan cadaran tali menali (ropes challenge course) serta bidang pendidikan atau kegiatan pembangunan tidak kurang dari 5 tahun adalah keutamaan.

   
5. Boleh berenang tanpa menggunakan pelampung / jaket keselamatan di kolam renang.
   
6. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
   
7. Calon lelaki yang bermastautin di Daerah Temburong adalah keutamaan.

     

   

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI OPERASI:

 

  1. Bertanggungjawab atas kepimpinan dan pengurusan kesemua aspek Operasi Outward Bound Brunei Darussalam (termasuk pengawasan seksyen pentadbiran, logistik, latihan dan perubatan).
     

  2. Menguruskan Outward Bound Brunei Darussalam selaras dengan polisi yang telah ditetapkan oleh Lembaga Pengurusan Outward Bound Brunei Darussalam.
     

  3. Merancang dan mengarahkan program pemasaran dan perhubungan awam serta kegiatan Outward Bound Brunei Darussalam.
     

  4. Merancang dan mengawasi program latihan yang berkesan bagi pegawai serta kakitangan Outward Bound Brunei Darussalam.
     

  5. Mematai dan mengawas taraf operasi taraf operasi bahagian dan seksyen di Outward Bound Brunei Darussalam.
     

  6. Membuat penilaian prestasi serta merancang program pembangunan pegawai dan kakitangan Outward Bound Brunei Darussalam.
     

  7. Memasarkan serta merancang strategi promosi bagi kursus Outward Bound Brunei Darussalam.
     

  8. Mengawasi peruntukan serta perjalanan Outward Bound Brunei Darussalam.
     

  9. Mengurus serta melaksanakan kegiatan Alumni Outward Bound Brunei Darussalam.
     

  10. Menjalankan tugas seperti yang diarahkan oleh Pegawai Kanan.


 <<Atas

 

                                        

 

3.

PENOLONG PENGUASA BOMBA DAN PENYELAMAT

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

P.7 ($1,550 - $2,290 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

1. a) BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.
     
    Kelulusan dalam salah satu bidang-bidang berikut adalah kelebihan:
   
  • Civil Engineering

  • Computing

  • Construction Engineering and Management

  • Electrical and Electronic Engineering

  • Information Technology

  • Mechanical Engineering

  • Automotive Engineering

  • Marine Engineering

     
    Pemohon-pemohon di para 1.a) hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:-
     
  b) KELAYAKAN FIZIKAL:
     
    i) Umur - Di antara 18 tahun hingga 32 tahun
    ii) Tinggi dan berat badan  - Bagi lelaki : Sekurang-kurang 5’4’’ (1.63m) / tidak melebihi 60 kg.
        - Bagi wanita : Sekurang-kurangnya 5’ (1.52m) / tidak melebihi 55 kg.
    iii) Dada - Bagi lelaki : Sekurang-kurangnya 34” (86cm) apabila tidak ditarik nafas (biasa).
    iv)

Bagi pemohon wanita hendaklah bujang semasa memohon dan sepanjang tempoh menjalani Kursus Asas Kebombaan.

    v) Tiada masalah pendengaran.
    vi) Tidak buta warna (colour blind).
    vii)

Calon hendaklah mempunyai badan yang sihat dan lulus peperiksaan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan yang dibenarkan berpandukan Garispandu Kesihatan bagi Ahli Bomba (Medical Guideline for Firefighter).

       
  c) UJIAN:
     
   

Pemohon-pemohon adalah dikehendaki mengikuti Ujian Kecergasan fizikal (BFT), Praktikal dan Bertulis serta ujian-ujian yang ditetapkan oleh Jabatan ini dari masa ke semasa. Mereka yang gagal dalam ujian tersebut tidak akan disokong.

     
  d) KURSUS / LATIHAN:
         
    i)

Menjalani Latihan Asas Kebombaan selama enam (6) bulan di Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat atau di seberang laut dari masa ke semasa.

       
    ii) Hendaklah mencapai 80% kehadiran semasa menjalani Latihan Asas Kebombaan, jika gagal calon tidak akan menerima sijil tamat latihan dan dikehendaki untuk mengikuti latihan akan datang.
       
    iii)

Hendaklah lulus ujian BFT pada minggu ke 10 dari tarikh Latihan Asas Kebombaan bermula, jika gagal calon akan ditamatkan daripada perkhidmatan.

       
   

ATAU

     
2. i)

Pemohon terdiri daripada anggota bomba yang mempunyai kelulusan BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.

     
  ii)

Lulus ujian kecergasan fizikal (BFT) serta ujian-ujian yang ditetapkan oleh Jabatan dari masa ke semasa. Mereka yang gagal dalam ujian tersebut tidak akan disokong.

     
   

ATAU

     
3. i) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Balai dalam tanggagaji P.6 tidak kurang dari 5 tahun.
     
  ii)

Lulus ujian kecergasan fizikal (BFT), ujian bertulis dan ujian-ujian yang ditetapkan oleh Jabatan dari masa ke semasa. Mereka yang gagal dalam ujian tersebut tidak akan disokong.

     
4.

Keahlian Membership of Institution of Fire Engineers (MIFireE) dan Graduateship of Institution of Fire Engineers (GIFireE) adalah kelebihan.

 

 

 

SYARAT-SYARAT LAIN:

 

  1. Hendaklah bersedia bertugas pada bila-bila masa termasuk di luar masa pekerjaan biasa dan di mana-mana sahaja dikehendaki sebagaimana yang diarahkan.
     

  2. Syarat-syarat lain adalah dikawal oleh peraturan-peraturan yang berkuatkuasa dari masa ke semasa.
     

 

TEMPOH PERCUBAAN DAN PENETAPAN JAWATAN:

 

  1. Pemohon-pemohon yang baru berkhidmat akan dikehendaki menjalani tempoh percubaan selama 3 tahun sebelum ditetapkan dalam jawatan.
     

  2. Penolong Penguasa Bomba dan Penyelamat yang lulus dan berjaya menamatkan Latihan Asas Kebombaan dan menamatkan tempoh percubaan serta memenuhi syarat bagi penetapan jawatan dengan mendapat sokongan Ketua Jabatan akan ditetapkan dalam jawatannya.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PENGUASA BOMBA DAN PENYELAMAT:
 

 

1.

Melaksanakan dasar Jabatan selaras dengan Akta Bomba dan Penyelamat (Pindaan 2002) Penggal 83 dari masa ke semasa.

   
2.

Bertanggungjawab selaku Ketua bahagian / unit dan tanggungjawab ke atas segala pengurusan, pentadbiran, latihan-latihan dan keanggotaan di bawah jagaannya.

   
  i)

Menyediakan kertas kerja dan laporan segala projek serta aktiviti yang telah dan akan dilaksanakan disepanjang tahun.

  ii) Merangka perkembangan projek serta aktiviti mengikut kapasiti bidang kuasa yang telah dimandatkan.
  iii) Menyediakan permohonan peruntukan bagi bahagian/unitnya.
     
3.

Jika ditugaskan di bahagian operasi berperanan selaku Pegawai Mengetuai Balai (Stesen Komander) di Cawangan Operasi yang bertanggungjawab ke atas beberapa perkara seperti berikut:

   
  i)

Memastikan keanggotaan di bawah jagaannya mempunyai tatatertib di tahap yang tinggi, cekap dalam perlaksanaan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

  ii) Memastikan kebajikan dan keselamatan anggota operasi sentiasa di tahap yang tinggi.
  iii)

Mencadangkan dan memastikan latihan-latihan operasi bagi keanggotaan dijalankan di Balai dan juga di kawasan Zon Operasi bawah jagaan.

  iv)

Mengetahui Zon kawasan operasi (Station Ground), membantu dalam menyediakan serta memastikan plan tindakan operasi (Standard Operating Procedure SOP) sentiasa relevan dan berkesan.

  v)

Mengetahui dan melaksanakan pemeriksaan bangunan yang di bawah jagaan khususnya bangunan yang berisiko tinggi bagi persediaan operasi.

  vi)

Mengetuai dan bertanggungjawab di tempat-tempat kejadian kebakaran dan kecemasan sebelum kehadiran pegawai atasan.

  vii)

Memastikan jentera-jentera Bomba dan perkakas-perkakas serta peralatan kebombaan sentiasa berfungsi dan dapat digunakan bila-bila masa terutama sekali semasa tindakan operasi kecemasan.

  viii) Menjaga dan memastikan balai serta aset-aset balai di bawah jagaan sentiasa dalam keadaan bersih dan teratur.
  ix)

Memantau dan memastikan pili-pili bomba di bawah jagaan zon operasi sentiasa dalam keadaan beroperasi dan teratur.

  x)

Menyediakan dan memastikan laporan-laporan kebakaran dan lain-lain disiapkan dalam tempah masa yang ditetapkan.

  xi) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa.


<<Atas

 

                                         

 

4.

PEMANDU OUTBOT TINGKAT I

JABATAN KERJA RAYA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

D.4-5 EB.6 ($1,225- $1,785 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

1. a) BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) atau sebanding dalam bidang Marine atau bidang bersesuaian.
     
   

ATAU

     
  b) Mempunyai Sijil Kecekapan sebagai Pegawai Laut Kelas 9 (terhad bagi Pemandu Motor Sangkut).
     
    i) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.2/D.1 tidak kurang dari 5 tahun.
       
     

ATAU

    ii)

Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pemandu Motor Sangkut Tingkat I / Pemandu Motor Sangkut Tingkat II atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji Bahagian V tidak kurang dari 7 tahun.

       
     

ATAU

       
    iii) Mempunyai pengalaman memandu motor sangkut tidak kurang dari 9 tahun.
       
2. Mempunyai pengetahuan yang luas mengenai perairan-perairan Sungai Brunei, Sungai Temburong dan Pelabuhan Muara.
   
3. Mempunyai pengalaman dalam memperbaiki kerosakan-kerosakan kecil injin motor sangkut dan perahu.

 

        

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMANDU OUTBOT TINGKAT I:

 

  1. Bertanggungjawab ke atas perahu dan injin yang dipandu serta menjaga kebersihannya.
     

  2. Mempastikan semua penumpang-penumpang memakai jaket keselamatan sebelum bertolak.
     

  3.  Memperbaiki kerosakan-kerosakan kecil injin dan peralatan lain yang ada di dalam perahu.
     

  4. Mengetahui serta mempastikan dulu mengenai pasang surut air dan juga laluan yang akan dituju terutama sekali laluan ke Temburong.
     

  5. Mencatatkan masa memulakan perjalanan dan balik serta banyak penggunaan mnyak ke dalam “Log Book” yang disediakan.
     

  6. Menerima arahan dari pihak atasan dari masa ke semasa.

 

 <<Atas

 

 

 

5.

PEGAWAI BALAI

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

P.6 ($1,105 - $1,825 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

1. a) BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.
     
    Kelulusan dalam salah satu bidang-bidang berikut adalah kelebihan:
   

·        Civil Engineering

·        Construction Engineering and Management

·        Electrical and Electronic Engineering

·        Information Technology

·        Mechanical Engineering

·        Refrigeration and Air-Conditioning Engineering

·        Computer Studies

·        Marine Engineering

·        Construction

·        Geomatics

·        Interior Design

·        Electronic & Communication Engineering

     
    Pemohon-pemohon di para 1.a) hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:-
     
  b) KELAYAKAN FIZIKAL:
     
    i) Umur - Di antara 18 tahun hingga 30 tahun
    ii) Tinggi dan berat badan

- Bagi lelaki : Sekurang-kurang 5’4’’ (1.63m) / tidak melebihi 60 kg.

    iii) Dada - Bagi lelaki : Sekurang-kurangnya 34” (86cm) apabila tidak ditarik nafas (biasa).
    iv)

Bagi pemohon wanita hendaklah bujang semasa memohon dan sepanjang tempoh menjalani Kursus Asas Kebombaan.

    v) Tiada masalah pendengaran.
    vi) Tidak buta warna (colour blind).
    vii)

Calon hendaklah mempunyai badan yang sihat dan lulus peperiksaan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan yang dibenarkan berpandukan Garispandu Kesihatan bagi Ahli Bomba (Medical Guideline for Firefighter).

       
  c) UJIAN:
     
   

Pemohon-pemohon adalah dikehendaki mengikuti Ujian Kecergasan fizikal (BFT), Praktikal dan Bertulis serta ujian-ujian yang ditetapkan oleh Jabatan ini dari masa ke semasa. Mereka yang gagal dalam ujian tersebut tidak akan disokong.

     
  d) KURSUS / LATIHAN:
         
    i)

Menjalani Latihan Asas Kebombaan selama enam (6) bulan di Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat atau di seberang laut dari masa ke semasa.

       
    ii)

Hendaklah mencapai 80% kehadiran semasa menjalani Latihan Asas Kebombaan, jika gagal calon tidak akan menerima sijil tamat latihan dan dikehendaki untuk mengikuti latihan akan datang.

       
    iii)

Hendaklah lulus ujian BFT pada minggu ke 10 dari tarikh Latihan Asas Kebombaan bermula, jika gagal calon akan ditamatkan daripada perkhidmatan.

       
   

ATAU

     
2. i)

Pemohon terdiri daripada anggota bomba yang mempunyai kelulusan BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.

     
  ii)

Lulus ujian kecergasan fizikal (BFT) serta ujian-ujian yang ditetapkan oleh Jabatan dari masa ke semasa. Mereka yang gagal dalam ujian tersebut tidak akan disokong.

     
   

ATAU

     
3. i) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Timbalan Pegawai Balai dalam tanggagaji P.5 tidak kurang dari 3 tahun.
     
  ii) Lulus Kursus Khas Persediaan Pegawai Balai.
     
  iii)

Lulus ujian kecergasan fizikal (BFT), ujian bertulis dan ujian-ujian yang ditetapkan oleh Jabatan dari masa ke semasa. Mereka yang gagal dalam ujian tersebut tidak akan disokong.

     
4.

Keahlian Membership of Institution of Fire Engineers (MIFireE) dan Graduateship of Institution of Fire Engineers (GIFireE) adalah kelebihan.

 

 

 

SYARAT-SYARAT LAIN:

 

  1. Hendaklah bersedia bertugas pada bila-bila masa termasuk di luar masa pekerjaan biasa dan di mana-mana sahaja dikehendaki sebagaimana yang diarahkan.
     

  2. Syarat-syarat lain adalah dikawal oleh peraturan-peraturan yang berkuatkuasa dari masa ke semasa.
     

 

TEMPOH PERCUBAAN DAN PENETAPAN JAWATAN:

 

  1. Pemohon-pemohon yang baru berkhidmat akan dikehendaki menjalani tempoh percubaan selama 3 tahun sebelum ditetapkan dalam jawatan.
     

  2. Pegawai Balai yang lulus dan berjaya menamatkan Latihan Asas Kebombaan dan menamatkan tempoh percubaan serta memenuhi syarat bagi penetapan jawatan dengan mendapat sokongan Ketua Jabatan akan ditetapkan dalam jawatannya.

 

  

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI BALAI:

 

  1. Melaksanakan dasar Jabatan selaras dengan Akta Perkhidmatan Bomba (Pindaan 2000) Bab 83 dari masa ke semasa.
     

  2. Selaku Pegawai Mengetuai balai / Pasukan di Cawangan Operasi.
     

  3. Memastikan keanggotaan di bawah jagaannya mempunyai tatatertib di tahap yang tinggi, cekap dalam perlaksanaan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.
     

  4. Memastikan kebajikan dan keselamatan anggota operasi sentiasa di tahap yang tinggi.
     

  5. Mencadangkan serta memastikan latihan-latihan operasi bagi keanggotaan dijalankan di Balai dan juga di kawasan Zon Operasi bawah jagaan.
     

  6. Mengetahui Zon kawasan operasi (Station Ground), membantu dalam menyediakan serta memastikan pelan tindakan operasi (standard Operating Procedure SOP) sentiasa relevan dan berkesan.
     

  7. Mengetahui dan melaksanakan pemeriksaan bangunan yang di bawah jagaan khususnya bangunan yang berisiko tinggi bagi persediaan operasi.
     

  8. Mengetuai dan bertanggungjawab di tempat-tempat kejadian kebakaran dan kecemasan sebelum kehadiran pegawai atasan.
     

  9. Menjaga dan memastikan balai serta asset-aste balai di bawah jagaan sentiasa dalam keadaan bersih dan teratur.
     

  10. Memantau dan memastikan pili-pili bomba di bawah jagaan zon operasi sentiasa berfungsi dan dapat digunakan bila-bila masa yang di kehendaki.
     

  11. Menyediakan dan memastikan laporan-laporan kebakaran dan lain-lain disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
     

  12. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa.
     

  13. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa.
     

 <<Atas

 

 

 

6.

TIMBALAN PEGAWAI BALAI

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

P.5 ($965 - $1,240 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

1. a) BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.
     
    Pemohon-pemohon di para 1.a) hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:-
     
  b) KELAYAKAN FIZIKAL:
     
    i) Umur - Di antara 18 tahun hingga 30 tahun
    ii) Tinggi dan berat badan

- Bagi lelaki : Sekurang-kurang 5’4’’ (1.63m) / tidak melebihi 60 kg.

    iii) Dada - Bagi lelaki : Sekurang-kurangnya 34” (86cm) apabila tidak ditarik nafas (biasa).
    iv)

Bagi pemohon wanita hendaklah bujang semasa memohon dan sepanjang tempoh menjalani Kursus Asas Kebombaan.

    v) Tiada masalah pendengaran.
    vi) Tidak buta warna (colour blind).
    vii)

Calon hendaklah mempunyai badan yang sihat dan lulus peperiksaan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan yang dibenarkan berpandukan Garispandu Kesihatan bagi Ahli Bomba (Medical Guideline for Firefighter).

       
  c) UJIAN:
     
   

Pemohon-pemohon adalah dikehendaki mengikuti Ujian Kecergasan fizikal (BFT), Praktikal dan Bertulis serta ujian-ujian yang ditetapkan oleh Jabatan ini dari masa ke semasa. Mereka yang gagal dalam ujian tersebut tidak akan disokong.

     
  d) KURSUS / LATIHAN:
         
    i)

Menjalani Latihan Asas Kebombaan selama enam (6) bulan di Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat atau di seberang laut dari masa ke semasa.

       
    ii)

Hendaklah mencapai 80% kehadiran semasa menjalani Latihan Asas Kebombaan, jika gagal calon tidak akan menerima sijil tamat latihan dan dikehendaki untuk mengikuti latihan akan datang.

       
    iii)

Hendaklah lulus ujian BFT pada minggu ke 10 dari tarikh Latihan Asas Kebombaan bermula, jika gagal calon akan ditamatkan daripada perkhidmatan.

       
   

ATAU

     
2. i)

Pemohon terdiri daripada anggota bomba yang mempunyai kelulusan BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.

     
  ii)

Lulus ujian kecergasan fizikal (BFT) serta ujian-ujian yang ditetapkan oleh Jabatan dari masa ke semasa. Mereka yang gagal dalam ujian tersebut tidak akan disokong.

     
   

ATAU

     
3. i) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Pegawai Balai dalam tanggagaji P.4 tidak kurang dari 3 tahun.
     
  ii) Lulus Kursus Khas Persediaan Timbalan Pegawai Balai.
     
  iii) Lulus ujian kecergasan fizikal (BFT), ujian bertulis dan ujian-ujian yang ditetapkan oleh Jabatan dari masa ke semasa. Mereka yang gagal dalam ujian tersebut tidak akan disokong

  

SYARAT-SYARAT LAIN:

 

  1. Hendaklah bersedia bertugas pada bila-bila masa termasuk di luar masa pekerjaan biasa dan di mana-mana sahaja dikehendaki sebagaimana yang diarahkan.
     

  2. Syarat-syarat lain adalah dikawal oleh peraturan-peraturan yang berkuatkuasa dari masa ke semasa.
     

 

TEMPOH PERCUBAAN DAN PENETAPAN JAWATAN:

 

  1. Pemohon-pemohon yang baru berkhidmat akan dikehendaki menjalani tempoh percubaan selama 3 tahun sebelum ditetapkan dalam jawatan.
     

  2. Timbalan Pegawai Balai yang lulus dan berjaya menamatkan Latihan Asas Kebombaan dan menamatkan tempoh percubaan serta memenuhi syarat bagi penetapan jawatan dengan mendapat sokongan Ketua Jabatan akan ditetapkan dalam jawatannya.

 


 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB TIMBALAN PEGAWAI BALAI:

 

  1. Patuh dan melaksanakan dasar Jabatan selaras dengan Akta Bomba dan Penyelamat (Pindaan 2000) Penggal 82 dari masa ke semasa.
     

  2. Bersedia dan patuh menjalankan tugas mengikut garispandu pada Akta Bomba dan Penyelamat (Pindaan 2000) Bahagian II Pertubuhan, Tugas dan Kuasa-Kuasa.
     

  3. Jika ditugaskan di Bahagian Operasi, berperanan selaku Pegawai Mengetuai Pasukan / Timbalan Pegawai Mengetuai Pasukan yang bertanggungjawab ke atas penyusunan dan pentadbiran anggota dan aset di bawah jagaannya.
     

  4. Mentadbir balai atau pasukan di bawah jagaannya serta perjalanan aset Kerajaan ke arah yang lebih berkesan dan teratur di dalam melaksanakan tugas-tugas yang bersangkutan dengan kecemasan.
     

  5. Memastikan kecekapan anggota bertugas dalam bidang operasi dan menyelamat ke arah lebih berkesan.
     

  6. Menghadiri apa-apa jua panggilan kecemasan dengan cepat dan bertindak dengan tangkas semasa operasi dan menyelamat.
     

  7. Mengetahui ‘station ground’ mengenai tempat-tempat strategik bagi persediaan tindakan melawan kebakaran dan apa-apa jua bentuk kecemasan.
     

  8. Menjalankan ‘station routine’ mengikut keperluan balai yang ditadbir mengikut kategori bahaya di kawasan masing-masing.
     

  9. Menjalankan polisi, perintah dan arahan-arahan daripada pihak atasan dari semasa ke semasa.
     

  10. Bertanggungjawab mengawasi dan menjaga tatatertib semua anggota di bawah jagaannya.
     

  11. Mengadakan latihan-latihan, pemeriksaan-pemeriksaan dan sebagainya di kawasan masing-masing.
     

  12. Menyediakan laporan-laporan kebakaran/kecemasan worksheet bagi jentera dan peralatan.
     

  13. Hendaklah proaktif dalam menjalankan apa-apa jua tugas yang dibebankan.
     

  14. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa.
     

 <<Atas

 

 

 

7.

PENOLONG PEGAWAI BALAI

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

P.4 ($880 - $1,140 SEBULAN)

 

 

 

             

KELAYAKAN MINIMUM:

 
 

1. a) BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.
     
    Pemohon-pemohon di para 1.a) hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:-
     
  b) KELAYAKAN FIZIKAL:
     
    i) Umur - Di antara 18 tahun hingga 30 tahun
    ii) Tinggi dan berat badan

- Bagi lelaki : Sekurang-kurang 5’4’’ (1.63m) / tidak melebihi 60 kg.

    iii) Dada - Bagi lelaki : Sekurang-kurangnya 34” (86cm) apabila tidak ditarik nafas (biasa).
    iv)

Bagi pemohon wanita hendaklah bujang semasa memohon dan sepanjang tempoh menjalani Kursus Asas Kebombaan.

    v) Tiada masalah pendengaran.
    vi) Tidak buta warna (colour blind).
    vii)

Calon hendaklah mempunyai badan yang sihat dan lulus peperiksaan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan yang dibenarkan berpandukan Garispandu Kesihatan bagi Ahli Bomba (Medical Guideline for Firefighter).

       
  c) UJIAN:
     
   

Pemohon-pemohon adalah dikehendaki mengikuti Ujian Kecergasan fizikal (BFT), Bertulis dan Praktikal serta ujian-ujian yang ditetapkan oleh Jabatan ini dari masa ke semasa. Mereka yang gagal dalam ujian tersebut tidak akan disokong.

     
  d) KURSUS / LATIHAN:
         
    i)

Menjalani Latihan Asas Kebombaan selama enam (6) bulan di Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat atau di seberang laut dari masa ke semasa.

       
    ii)

Hendaklah mencapai 80% kehadiran semasa menjalani Latihan Asas Kebombaan, jika gagal calon tidak akan menerima sijil tamat latihan dan dikehendaki untuk mengikuti latihan akan datang.

       
    iii)

Hendaklah lulus ujian BFT pada minggu ke 10 dari tarikh Latihan Asas Kebombaan bermula, jika gagal calon akan ditamatkan daripada perkhidmatan.

       
   

ATAU

     
2. i)

Pemohon terdiri daripada anggota bomba yang mempunyai kelulusan BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.

     
  ii)

Lulus ujian kecergasan fizikal (BFT) ujian bertulis dan ujian-ujian yang ditetapkan oleh Jabatan dari masa ke semasa. Mereka yang gagal dalam ujian tersebut tidak akan disokong.

     
   

ATAU

     
3. i)

Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Ahli Bomba Kanan dalam tanggagaji P.3 tidak kurang dari 3 tahun dan lulus Kursus Khas Persediaan Penolong Pegawai Balai.

     
  ii)

Lulus ujian kecergasan fizikal (BFT), ujian bertulis dan ujian-ujian yang ditetapkan oleh Jabatan dari masa ke semasa. Mereka yang gagal dalam ujian tersebut tidak akan disokong.

 
  

 

SYARAT-SYARAT LAIN:

 

  1. Hendaklah bersedia bertugas pada bila-bila masa termasuk di luar masa pekerjaan biasa dan di mana-mana sahaja dikehendaki sebagaimana yang diarahkan.
     

  2. Syarat-syarat lain adalah dikawal oleh peraturan-peraturan yang berkuatkuasa dari masa ke semasa.
     

 

TEMPOH PERCUBAAN DAN PENETAPAN JAWATAN:

 

  1. Pemohon-pemohon yang baru berkhidmat akan dikehendaki menjalani tempoh percubaan selama 3 tahun sebelum ditetapkan dalam jawatan.
     

  2. Penolong Pegawai Balai yang lulus dan berjaya menamatkan Latihan Asas Kebombaan dan menamatkan tempoh percubaan serta memenuhi syarat bagi penetapan jawatan dengan mendapat sokongan Ketua Jabatan akan ditetapkan dalam jawatannya.

 

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PEGAWAI BALAI:

 

  1. Patuh dan melaksanakan dasar Jabatan selaras dengan Akta Bomba dan Penyelamat (Pindaan 2000) Penggal 82 dari masa ke semasa.
     

  2. Bersedia dan patuh menjalankan tugas mengikut garispandu pada Akta Bomba dan Penyelamat (Pindaan 2000) Bahagian II Pertubuhan, Tugas dan Kuasa-Kuasa.
     

  3. Jika ditugaskan di Bahagian Operasi, berperanan selaku Pegawai Mengetuai Pasukan / Timbalan Pegawai mengetuai Pasukan yang bertanggungjawab ke atas penyusunan dan pentadbiran anggota dan aset di bawah jagaannya serta mengetuai jentera Balai Bomba dan krew bagi panggilan-panggilan kecemasan.
     

  4. Mentadbir balai atau pasukan di bawah jagaannya serta perjalanan aset Kerajaan ke arah yang lebih berkesan dan teratur didalam melaksanakan tugas-tugas yang bersangkutan dengan kecemasan.
     

  5. Memastikan kecekapan Anggota bertugas dalam bidang operasi dan menyelamat ke arah lebih berkesan.
     

  6. Menghadiri apa-apa jua panggilan kecemasan dengan cepat dan bertindak dengan tangkas semasa operasi dan menyelamat.
     

  7. Mengetahui ‘station ground’ mengenai tempat-tempat strategik bagi persediaan tindakan melawan kebakaran dan apa-apa jua bentuk kecemasan.
     

  8. Menjalankan ‘station routine’ mengikut keperluan balai yang ditadbir mengikut kategori bahaya di kawasan masing-masing.
     

  9. Menjalankan polisi, perintah dan arahan-arahan daripada pihak atasan dari semasa ke semasa.
     

  10. Bertanggungjawab mengawasi dan menjaga tatatertib semua anggota di bawah jagaannya.
     

  11. Mengadakan latihan-latihan, pemeriksaan-pemeriksaan dan sebagainya di kawasan masing-masing.
     

  12. Menyediakan laporan-laporan kebakaran/kecemasan worksheet bagi jentera dan peralatan.
     

  13. Hendaklah proaktif dalam menjalankan apa-apa jua tugas yang dibebankan.
     

  14. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan.
     

 <<Atas

 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN 1 HINGGA 7

 

 

PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 2

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455

(BHGN. IKLAN)

<<Atas