IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 03 FEBRUARI 2010)

BILANGAN IKLAN: 02/01/10 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

KEKOSONGAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

PEGAWAI KEWANGAN

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 Tugas dan Tanggungjawab

5

 BILANGAN 1 HINGGA 7

&

CARA PERMOHONAN

 

 

2.

PENOLONG SKRIP

RADIO TELEVISYEN BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

  Tugas dan Tanggungjawab

1

 

3.

PENYEMAK

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

  Tugas dan Tanggungjawab

2

 

4.

PENOLONG PENGGERAK JENTERA TURBINE

JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK

JABATAN PERDANA MENTERI

D.3 EB.4 ($900 - $1,465 SEBULAN)

 Tugas dan Tanggungjawab

2

 

5.

PEGAWAI PEMERIKSA

JABATAN KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA

KEMENTERIAN KEWANGAN

D.1-2-3 EB.4-5 ($530- $1,625 SEBULAN)

  Tugas dan Tanggungjawab

18

 

6.

PEMERHATI KAJICUACA TINGKAT II

JABATAN PENERBANGAN AWAM

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

D.1-2 EB.3 ($530 - $1,125 SEBULAN)

  Tugas dan Tanggungjawab

1

 

7.

OPERATOR CONSOLE

KEMENTERIAN PERTAHANAN

E.2-3 EB.4 ($590 - $875 SEBULAN)

  Tugas dan Tanggungjawab

3

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

 

 

1.

PEGAWAI KEWANGAN

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)      TANGGAGAJI B.2 EB.3

 

          i)        Kelulusan Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW) atau Association of Chartered Certified Accountants
                    (ACCA)
atau kelulusan profesional badan perakaunan yang diiktiraf.

 

ATAU

 

         ii)        Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan / Kewangan / Ekonomi / Pengurusan atau bidang bersesuaian; atau
                    kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

                    Kelulusan lebih tinggi dan/atau pengalaman dalam bidang perakaunan dan/atau kewangan adalah kelebihan.

 

b)      TANGGAGAJI B.2

 

         i)        BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Perakaunan / Kewangan / Ekonomi / Pengurusan atau
                   bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama dan telah berkhidmat dengan Kerajaan
                   dalam jawatan berkaitan dengan perakaunan dan/atau kewangan dalam tanggagaji C.3
 tidak kurang dari 5 tahun dan
                   telah ditetapkan dalam jawatan.

 

                   Kelulusan lebih tinggi dan/atau pengalaman dalam bidang perakaunan dan/atau kewangan adalah kelebihan.

 

ATAU


 

          ii)      Berkhidmat di Jabatan Perbendaharaan sebagai Penolong Pegawai Kewangan Tingkat I dalam tanggagaji C.3 tidak kurang
                   dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

          iii)     Berkhidmat dengan Kerajaan dalam bidang berkaitan dengan perakaunan dan/atau kewangan dalam tanggagaji C.3 tidak
                   kurang dari 9 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI KEWANGAN:

 

  1. Membantu dalam urusan Pentadbiran dan Kewangan Jabatan yang berkaitan dengan persuratan, book-keeping, pertanyaan audit, pendaftaran dan mempastikan supaya kerja-kerja yang terlibat dapat dilaksanakan dengan baik dan betul mengikut Peraturan Kewangan dan lain-lain peraturan.
     

  2. Bertanggungjawab terus kepada Pegawai Kewangan Kanan.
     

  3. Membantu dan bertanggungjawab kepada Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan di dalam pengendalian dan penyelarasan kerja projek TAFIS.
     

  4. Bersedia menjalani kursus di dalam dan di luar negeri, jika dikehendaki.
     

  5. Bersedia bekerja dan melaksanakan tugas-tugas seperti yang diarahkan oleh Jurukira Agung dari masa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

2.

PENOLONG SKRIP

RADIO TELEVISYEN BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)       i)         BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang Ehwal Semasa / Komunikasi Masa / Kewartawanan / Media Komunikasi / Penulisan / Public Affairs atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)         BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang Ehwal Semasa / Komunikasi Masa / Kewartawanan / Media Komunikasi / Penulisan / Public Affairs atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama serta mempunyai pengalaman kerja dalam bidang bersesuaian tidak kurang dari 3 tahun.

 

ATAU

 

iii)        Berkhidmat di Jabatan Radio Televisyen Brunei sebagai Penolong Penerbit Tingkat I / Pemberita / Penolong Penyiar Berita / Penolong Penyunting atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun atau sebagai Penolong Penerbit Tingkat II / Operator Teleprinter / Pelatih Berita atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 5 tahun.

 

ATAU

 

iv)       Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 4 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 6 tahun.


 

b)         Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

 

c)        Boleh menulis skrip televisyen atau radio atau berita dan hal ehwal semasa, mempunyai minat mengenai hal ehwal sukan, ugama, drama, muzik, hal ehwal semasa serta mempunyai daya usaha dan kreativiti tinggi bagi memenuhi citarasa penonton / pendengar adalah kelebihan.

 

d)       Boleh membuat kertas kerja dengan menggunakan peralatan komputer atau mempunyai pengetahuan asas menggunakan perisian Microsoft Office.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG SKRIP:

 

  1. Bertanggungjawab kepada Penerbit Tingkat I / Penerbit dalam hal-hal penciptaan dan pembuatan skrip rancangan televisyen atau radio atau berita dan hal ehwal semasa, skrip promo, kempen Kerajaan dan mini dokumentari.
     

  2. Menolong penyunting skrip-skrip televisyen atau radio atau berita dan hal ehwal semasa, skrip promo, kempen Kerajaan dan mini dokumentari.
     

  3. Menolong menilai skrip-skrip untuk menentukan mutu, mesej, plot perwatakan, jalan cerita dan lain-lain.
     

  4. Berkemampuan merangka dan menulis skrip televisyen atau radio atau berita dan hal ehwal semasa.
     

  5. Menjalankan dan melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pegawai atasan dari masa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

 

3.

PENYEMAK

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)       i)         BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

                                                          ATAU

 

ii)        Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)                  Boleh membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 

c)                  Mempunyai kebolehan dan pengetahuan dalam membaca dan menulis Jawi adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENYEMAK:

 

  1. Melakukan kerja-kerja penyemakan ke atas rencana dan manuskrip agar segala fakta, ejaan dan teknik sesebuah rencana dan manskrip itu betul dan sahih.
     

  2. Menyelaras dan mengendalikan bersama bahan-bahan penerbitan yang akan dicetak.
     

  3. Menyemak dan memastikan bahan-bahan penerbitan sudah bersih sebelum dicetak.
     

  4. Bertanggungjawab ke atas kerja-kerja yang diarahkan dari masa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

 

4.

PENOLONG PENGGERAK JENTERA TURBINE

JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK

JABATAN PERDANA MENTERI

D.3 EB.4 ($900 - $1,465 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)        i)        BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang Elektrik / Mekanik, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

                                                          ATAU

 

ii)        Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Atendan Alatan Pembantu / Penolong Penggerak Jentera Diesel / Penolong Atendan Switchboard dalam tanggagaji D.2 tidak kurang dari 3 tahun.

 

b)        Pernah mengikuti dan lulus kursus yang dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Elektrik jangka pendek di Maktab Teknik Sultan Saiful Rizal peringkat pertama dan kedua adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PENGGERAK JENTERA TURBINE:

 

  1. Bertanggungjawab kepada Penggerak Jentera Turbine dalam mengawasi kesempurnaan pengendalian operasi Gas Turbine serta peralatan bawahannya.
     

  2. Memahami, mengambil dan memasukkan pembacaan semua jangka dan alat pengukur meter-meter yang terdapat di Gas Turbine.
     

  3. Akan ditugaskan dalam kerja bergilir-gilir (shift-duty), di Bahagian Janakuasa Gadong ‘Extension’, Janakuasa Gadong, Janakuasa Bukit Panggal, Tutong atau Janakuasa Lumut.

 

<< Atas

 

 

 

5.

PEGAWAI PEMERIKSA

JABATAN KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA

KEMENTERIAN KEWANGAN

D.1-2-3 EB.4-5 ($530- $1,625 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)         4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa, atau kelulusan sebanding.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

b)         Boleh menulis dan bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PEMERIKSA:

 

  1. Memeriksa barang keluar masuk.
     

  2. Membuat kerja pencegahan.
     

  3. Membuat resit dan mengutip cukai.
     

  4. Membuat rondaan darat dan laut.
     

  5. Mendaftar dan meneliti deklarasi.
     

  6. Menerima dan memproses A.P. dan permohonan tarikan balik cukai.
     

  7. Melakukan kerja-kerja perkeranian. 
     

  8. Menerima arahan keja dari pegawai atasan dari masa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

 

6.

PEMERHATI KAJICUACA TINGKAT II

JABATAN PENERBANGAN AWAM

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

D.1-2 EB.3 ($530 - $1,125 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)        4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa; atau kelulusan sebanding termasuk mata pelajaran Sains atau Matematik.

 

            Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

b)        Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang komputer adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMERHATI KAJICUACA TINGKAT II:

 

  1. Melapor diri kepada Ketua Unit atau stesen tempat bertugas.
     

  2. Membuat pencerapan permukaan dan udara atas.
     

  3. Mengekod dan mengdekod maklumat cuaca. 
     

  4. Memplot maklumat di carta-carta yang disediakan.
     

  5. Menghantar maklumat cuaca kepada pusat mengumpul data di luar negeri.
     

  6. Membantu menyediakan maklumat cuaca untuk kegunaan Pegawai Kajicuaca Juruterbang, orang ramai dan pihak yang memerlukan.
     

  7. Menyampaikan ramalan cuaca dan datacuaca kepada pihak penggunaan secara lisan.
     

  8. Memasukkan data-data kajicuaca/turunan hujan/kajicuaca pertanian ke komputer bagi tujuan pengarkiban.
     

  9. Membantu Pemerhati Kajicuaca Tingkat I mengutip data-data turunan hujan/kajicuaca pertanian di seluruh Negara.

 

<< Atas

 

 

7.

OPERATOR CONSOLE

KEMENTERIAN PERTAHANAN

E.2-3 EB.4 ($590 - $875 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)                 i)  Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB) atau kelulusan sebanding ATAU

BDTVEC National Trade Certificate Grade 3 (NTC3) / BDTVEC National Vocational Certificate dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

                                                          ATAU

 

ii)         Berkhidmat di Kementerian Pertahanan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji F.3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji F.1 tidak kurang dari 5 tahun.

 

                                                          ATAU

 

iii)       Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji F.3 tidak kurang dari 4 tahun atau dalam tanggagaji F.1 tidak kurang dari 6 tahun.

 

b)        Berkebolehan bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 

c)        Boleh mengendalikan komputer dengan baik.

 

d)       Mestilah lelaki berumur di antara 18 tahun hingga 35 tahun.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB OPERATOR CONSOLE: 

  1. Memberikan perkhidmatan bagi mengendalikan sasaran padang Tembak dalam latihan-latihan oleh unit-unit Pengguna pada setiap masa.
     

  2. Mengendalikan alat kawalan bagi turun dan naik sasaran mengikut latihan dan masa.
     

  3. Menentukan mesin komputer berjalan dengan baik.
     

  4. Menentukan kebersihan mesin dan termasuklah perjagaan sekali.
     

  5. Dipertanggungjawabkan bagi menentukan peralatan mechanism serta sasaran berjalan dengan lancar.
     

  6. Menentukan kebersihan kawasan Padang Tembak yang dipertanggungjawabkan.
     

  7. Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Pegawai Penguasa Padang Tembak dari masa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 7

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 2

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)


<< Atas