IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 03 FEBRUARI 2010)

BILANGAN IKLAN: 03/01/10 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

KEKOSONGAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

 

JURUTERA

JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1

 BILANGAN 1 HINGGA 5

&

CARA PERMOHONAN

 

 

2.

 

PELUKIS TINGKAT II

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

4

 

3.

PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN TINGKAT II

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

7

 

4.

PENOLONG OPERESEN RENDAH

JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

10

 

5.

PENJALAN MESIN

KEMENTERIAN PERTAHANAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                           

 

 

 

 

1.

JURUTERA

JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM: 

  1. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal / Kejuruteraan Elektrik/Elektronik atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.
     

  2. Memahami dengan mudah pada Sistem Penjanaan / Penghantaran dan Pembahagian serta Kawalan Elektronik.
     

  3. Mempunyai pengalaman dalam bidang Elektrikal / Elektronik adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JURUTERA:

 

  1. Membantu Ketua Bahagian dan Pegawai atasan di Bahagian masing-masing bagi di setiap cawangan-cawangan di Jabatan Perkhidmatan Elektrik seperti:-

 

  1. Membantu Ketua Bahagian dan Pegawai atasan dalam menyelenggara operasi pembahagian dan pemeliharaan serta mengenal pasti masalah-masalah Janakuasa dan pembahagiannya atau perkara yang berkaitan.
     

  2. Bertugas secara ‘shift’ pada mana-mana Janakuasa yang telah ditetapkan diseluruh negara.
     

  3. Mengurus, menyelaras, merancang projek-projek Perancangan Kemajuan Negara (RKN) dan projek-projek di bawah peruntukan tahunan Jabatan Perkhidmatan Elektrik.
     

  4. Mengurus, menyelaras perkara yang berhubung kait dengan Polisi Tenaga Kebangsaan dan hal ehwal tenaga.
     

  5. Menjalankan tugas-tugas teknikal lain yang diarahkan oleh Pengarah Perkhidmatan Elektrik dan Pegawai-Pegawai Kanan dari masa ke semasa.

  1. Membuat pensuisan (switching) volton rendah dan volton tinggi sehingga 66,000V setelah diiktiraf memenuhi piawaian ‘competency’ yang diperlukan.

 

<< Atas
 

 

2.

PELUKIS TINGKAT II

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

  a.   i.        BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Fine Arts / Seni Lukis atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

 ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pelukis Tingkat III dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

  1. Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang Senit Lukis / Grafik.

 

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PELUKIS TINGKAT II: 

  1. Membantu Pelukis tingakt I dalam mengendalikan dan mengawas segala tugas yang bersangkutan dengan Seni Lukis/Grafik.
     

  2. Menyediakan bahan-bahan grafik untuk kegunaan semasa membuat rakaman-rakaman video, perfileman dan sebagainya.
     

  3. Menyediakan lukisan grafik, illustrasi dan layout yang kreatif untuk buku, kulit majalah, jurnal dan lain-lain bahan penerbitan.
     

  4. Menyumbangkan tulisan kreatif atau ‘non-kreatif’ untuk buku, majalah dan lain-lain bahan penerbitan.
     

  5. Bertindak selaku penyelaras projek atau kegiatan seperti bengkel, seminar, simposium, diskusi, teater, pameran dan seumpamanya.
     

  6. Lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa.

 

 << Atas

 

 

3.

PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN TINGKAT II

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

  a.       i.       BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang Sains Perpustakaan atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama serta mempunyai pengalaman kerja dalam bidang perpustakaan tidak kurang dari 3 tahun.

 

ATAU

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Perpustakaan Tingkat I dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.



TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN TINGKAT II:

 

Secara Am 

  1. Membantu kerja-kerja Penolong Pegawai Perpustakaan Tingkat I.
     

  2. Mengetuai satu cawangan atau menyelia beberapa unit kecil.
     

  3. Terlibat secara langsung dalam kerja-kerja yang berkaitan dengan perkhidmatan kepada orang ramai.
     

  4. Mengendalikan penyusunan dan seterusnya penyebaran maklumat secara on-line (dengan menggunakan komputer.
     

  5.  Membantu Penolong Pegawai Perpustakaan Tingkat I dalam usaha mengembangkan koleksi perpustakaan.
     

  6. Mengendalikan promosi perpustakaan.


 

Di Kementerian Hal Ehwal Ugama 

  1. Bertanggungjawab kepada Pegawai Perpustakaan.
     

  2. Membantu kerja-kerja Perpustakaan dalam cawangan tertentu.
     

  3. Menyusun dan menyebarkan maklumat dengan penggunaan Sistem Teknologi Maklumat.
     

  4. Terlibat secara langsung dalam perkembangan koleksi.
     

  5. Mengkatalog, mengkelas dan mengindeks bahan-bahan perpustakaan.
     

  6. Memilih bahan-bahan perpustakaan untuk dipesan.

 

 

 

Di Jabatan Dewan Bahasa dan Pustaka 

  1. Mengetuai satu Cawangan, atau menyelia beberapa Unit Kecil dan membantu Ketua Cawangan dalam merancang  projek Bahagian & Cawangan dan menyediakan bahan/data untuk kertas kerja mengenainya.
     

  2. Membantu Ketua Cawangan/Ketua Bahagian mengatur dan mengawasi tugas harian kakitangan Cawangan, termasuk disiplin dan prestasi kerja.
     

  3. Mengendalikan projek/kegiatan yang telah dirancang oleh Ketua Bahagian dan seterusnya menyediakan laporan mengenainya.
     

  4. Membantu Ketua Bahagian/Ketua Cawangan menyediakan Laporan Tahunan dan Anggaran Perbelanjaan Tahunan untuk Bahagian.
     

  5. Terlibat secara langsung dalam kerja-kerja yang berkaitan dengan perkhidmatan kepada orang ramai.
     

  6. Mengendalikan penyusunan dan seterusnya penyebaran maklumat secara on-line dengan menggunakan komputer.
     

  7. Membantu Ketua Bahagian/Ketua Cawangan dalam usaha mengembangkan koleksi perpustakaan.
     

  8. Mengendalikan promosi perpustakaan.
     

  9. Menyumbangkan (menulis) artikel kreatif  dan non-kreatif untuk sumbangan ke dalam majalah/jurnal jabatan.
     

  10. Kerja-kerja lain yang diaturkan oleh Ketua Bahagian dari masa ke semasa.

 

 << Atas
 

 

4.

PENOLONG OPERESEN RENDAH

JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN) 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

  a.       i.        4 Kepujian / Kredit  mata pelajaran termasuk mata pelajaran Matematik  / Sains dalam peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge  Peringkat Biasa, atau kelulusan sebanding.

 

ATAU
 

BDTVEC/BTEC National Trade Certificate Grade 2 (NTC2) dalam bidang Kejuruteraan dalam Elektronik / Komunikasi atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

ATAU

 

  1. Berkhidmat di Jabatan Radio Televisyen Brunei sebagai Pelatih Teknik dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 3 tahun atau sebagai Tukang Elektrik dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5 tahun.

 

ATAU

 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 6 tahun.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG OPERESEN RENDAH:
 

  1. Bertanggungjawab secara langsung kepada Penolong Operesen atau Penolong Operesen Kanan.
     

  2. Membantu Penolong Operesen / Penolong Operesen Kanan dalam menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan operasi penyiaran tv atatu radio seperti di studio-studio Tv, studio-studio Radio, Rakaman Tv, Unit Siaran Luar dan sebagainya.
     

  3. Bersedia bertugas pada mana-mana tempat yang diarahkan dan pada bila-bila masa samada waktu pejabat, bergilir-gilir (shift) atau masa tidak menentu mengikut keperluan semasa seperti bertugas pada hujung minggu dan hari-hari kelepasan awam.
     

  4. Menjalankan dan melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pegawai atasan dari masa ke semasa.
     

 << Atas
 

 

5.

PENJALAN MESIN

KEMENTERIAN PERTAHANAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN) 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

   a.       i.     Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB) atau kelulusan sebanding

 

ATAU

BDTVEC National Trade Certificate Grade 3 (NTC3) / BDTVEC National Vocational Certificate dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

ATAU 

  1. Berpengalaman dalam memandu dan mengendalikan jentera-jentera pengangkutan (kren) tidak kurang dari 5 tahun.

  1. Mempunyai lesen memandu Kelas 5.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENJALAN MESIN:
 

  1. Penjalan Mesin terlibat secara langsung membuat pemunggahan pada bahan-bahan letupan yang mempunyai keberatan melebihi 2 ton.
     

  2. Membuat pemunggahan pada jentera-jentera kapal semasa membuat kerja-kerja baikpulih pada semua kapal-kapal kepunyaan TLDB dengan tempat yang terhad di dalam pada setiap buah kapal.
     

  3. Membuat pembaikan pada setiap kerosakan kecil jika berlaku pada Jentera Mesin.
     

  4. Membuat pemunggahan perahu-perahu laju kepunyaan TLDB yang mempunyai keberatan melebihan 2 ton.
     

  5. Membuat pemunggahan bagi pemasangan peralatan persenjataan pada setiap kapal-kapal yang diperlukan.
     

  6. Membuat pemunggahan semua peralatan kelengkapan limbungan bagi kerja-kerja pemeliharaan.
     

  7. Sentiasa bertanggungjawab dalam bersiap sedia pada setiap masa jika diperlukan daripada pihak atasan.

 

 << Atas
 

 

 

 

 

 

 


 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 5

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 2

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)


<< Atas