IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 31 DISEMBER 2008)

BILANGAN IKLAN: 50/12/08 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

PEGAWAI PENAKSIR TANAH

JABATAN TANAH

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

1 HINGGA 8

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN

JABATAN PENERANGAN

JABATAN PERDANA MENTERI

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

3.

PENGUASA LANDASAN

JABATAN PENERBANGAN AWAM

JABATAN PERHUBUNGAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

4.

PENOLONG PEGAWAI PELANCONGAN

JABATAN KEMAJUAN PELANCONGAN

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

C.2-3 EB.4 ($1,450 - $2,620 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

5.

PENGUASA LETAK KERETA

LEMBAGA BANDARAN KUALA BELAIT DAN SERIA

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

6.

JURUMESIN KANAN

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN STOR NEGARA

KEMENTERIAN KEWANGAN

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

7.

TARDESMAN TINGKAT KHAS

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.3 EB.4 ($900 - $1,465 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

8.

PENGATUR REKA BENTUK

JABATAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

GH.9

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

Tugas dan tanggungjawab

 

BILANGAN GH.9

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

 

1.

PEGAWAI PENAKSIR TANAH

JABATAN TANAH

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM: 

  1. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Estet / Penilaian Tanah atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

    Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

     

  2. Menjadi ahli kepada salah satu badan daripada Royal Institution Of Chartered Surveyors (R.I.C.S) yang diiktiraf oleh Kerajaan adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PENAKSIR TANAH: 

  1. Membantu Pesuruhjaya Tanah, Timbalan Pesuruhjaya Tanah dan Penolong Pesuruhjaya Tanah dalam hal-hal pentadbiran dan pengurusan tanah.
     

  2. Bertanggungjawab membuat taksiran bagi permohonan-permohonan pengambilan balik tanah dan membuat penilaian cukai, harga khas tanah (premium) bagi permohonan-permohonan kemajuan dan penggunaan tanah.
     

  3. Memprosis permohonan penyimpanan mengistiharkan dan pewartaan tanah Kerajaan.
     

  4. Mempastikan dasar-dasar penilaian harga tanah dan hartanah terlaksana menurut peraturan yang tersebut di dalam Akta Pengambilan Balik Tanah Penggal 4.1.1

<< Atas

 

 

2.

PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN

JABATAN PENERANGAN

JABATAN PERDANA MENTERI

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)        i)   BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan

 

ATAU

 

ii)   Berkhidmat di Jabatan Penerangan sebagai Pegawai Luar Penerangan dalam tanggagaji C.1  tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)  Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN:

 

Memberikan penerangan atau ceramah-ceramah kepada orang ramai mengenai dasar-dasar dan maklumat berhubung dengan rancangan-rancangan Kerajaan, mengatur rancangan dan mengendalikan kursus-kursus sivik, majlis-majlis penerangan di seluruh Negara.Dalam menjalankan tugasnya hendaklah mempunyai inisiatif sendiri di samping usaha dan bekerja secara berpasukan.

 

<< Atas

 

 

3.

PENGUASA LANDASAN

JABATAN PENERBANGAN AWAM

JABATAN PERHUBUNGAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a) i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Kejuruteraan Awam /

                   Pengurusan dan Perkhidmatan atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam

                   bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)  Berkhidmat di Jabatan Penerbangan Awam sebagai Penyelia Landasan Lapangan Terbang

     dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)         Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

 

c)        Mempunyai pengalaman dalam bidang kerja pemeliharaan infrastruktur, landskap dan kenderaan

           dan jentera ringan dan berat adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGUASA LANDASAN: 

  1. Melapor diri kepada Pengurus Landasan dalam hal kerja-kerja seharian mengenai Kejuruteraan dan Pemeliharaan Lapangan Terbang.
     

  2. Membantu Pengurus Landasan dalam kerja-kerja berikut:

 

i)    Mengurus Pegawai dan Kakitangan Bahagian.

 

ii)   Merancang perkembangan dan kemajuan kerja-kerja penyelenggaraan dan pemeliharaan

      infrastruktur, landskap dan kenderaan.

 

iii)  Merancang pengambilan kakitangan yang baru.

 

iv) Merancang dan menyusun latihan-latihan dan kursus-kursus yang dikehendaki oleh pegawai

     dan kakitangan.

 

v) Menyediakan dokumen tawaran/sebutharga dan membuat sokongan penilaian

    terhadap tawaran/sebutharga berkenaan.

 

vi) Merancang dan menyediakan kehendak peruntukan kewangan bagi peruntukan tahunan dan

     Rancangan Kemajuan Negara.

 

  1. Mengawasi perjalanan/kemajuan projek-projek Jabatan yang dimandatkan di Bahagian ini.
     

  2. Sentiasa berhubung rapat dengan Penyelenggara Stor di Jabatan ini menentukan stok maksima dan minima bagi setiap alatganti dan keperluan ini dan mengawas penggunaan dan penggunaan dan pengeluarannya.
     

  3. Menyediakan laporan teknikal dan laporan projek mengenai dengan kerja-kerja dipertanggungjawabkan.
     

  4. Mengurus dan berhubung dengan Jabatan-Jabatan Kerajaan yang berkaitan bagi hal-hal pemeliharaan dan perancangan projek.
     

  5. Bertanggungjawab kepada Penyelia Landasan dan Foreman Bangkel di Bahagian Kejuruteraan dan Pemeliharaan Lapangan Terbang.

 

<< Atas

  

 

4.

PENOLONG PEGAWAI PELANCONGAN

JABATAN KEMAJUAN PELANCONGAN

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

C.2-3 EB.4 ($1,450 - $2,620 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a) i)     BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang Pelancongan / Pemasaran /

                 Pentadbiran Perniagaan / Perakaunan / Undang-Undang atau bidang bersesuaian; atau

                 kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

                  Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)       Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang berkaitan dengan bidang Pelancongan

         dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.3/D.4 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

ii)        Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)                  Mempunyai pengalaman dalam hal ehwal pengurusan pelancongan adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PEGAWAI PELANCONGAN: 

  1. Membantu tugas-tugas Pegawai Pelancongan dalam pengendalian Akta Ejen-Ejen Pelancongan 1978 dan mengawasi kegiatan-kegiatan dan perkembangan industri pelancongan Negara Brunei Darussalam.
     

  2. Membuat lawatan ke tempat-tempat syarikat ejen-ejen pelancongan dalam Negara Brunei Darussalam.
     

  3. Memastikan syarikat ejen-ejen pelancongan akan sentiasa mematuhi peraturan yang ada.
     

  4. Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dalam usaha menggalakan dan memajukan industri pelanconganan.
     

  5. Menghadiri mesyuarat/pameran/kursus/seminar yang berkaitan dengan bidang pelancongan dalam dan luar negara.
     

  6. Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dan pegawai-  pegawai atasan yang lain dari semasa ke semasa.

<< Atas

 

 

5.

PENGUASA LETAK KERETA

LEMBAGA BANDARAN KUALA BELAIT DAN SERIA

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang yang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)         Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.4/D.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)       Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan Pengawas Letak Kereta atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)       Berpengalaman dan pengetahuan dalam kerja-kerja perbandaran ataupun bidang pengurusan bahagian letak kereta adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGUASA LETAK KERETA: 

  1. Bertanggungjawab kepada Pengerusi Lembaga Bandaran mengenai hal ehwal Pengurusan Letak Kereta.
     

  2. Ketua Bahagian Pengurusan Letak Kereta termasuk pentadbiran/kewangan dan pengawasan.

 

<< Atas

 

 

6.

JURUMESIN KANAN

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN STOR NEGARA

KEMENTERIAN KEWANGAN

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)        Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Jurumesin Tingkat I atau dalam jawatan berkaitan dalam tanggagaji D.4/D.3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JURUMESIN KANAN: 

  1. Menerima permohonan keperluan alat pejabat dan perabot.
     

  2. Mengemaskini fail permohonan alat pejabat dan perabot.
     

  3. Memberi arahan bagi pegawai dan kakitangan bagi penyiasatan permohonan alat pejabat dan perabot.
     

  4. Menerima dan menyemak meneliti permohonan yang sudah disiasat oleh pegawai dan kakitangan untuk dinilai bersama bagi sokongan lanjut.
     

  5. Menyemak dan meneliti sebut harga bagi pemeliharaan alat pejabat termasuk alat perabot untuk dinilai dan disokong. (dimasukkan data).
     

  6. Mengeluarkan bagi sebut harga serta merta iaitu alat pejabat dan perabot bagi Jabatan-Jabatan yang sangat memerlukan dengan segera.
     

  7. Mengisikan bagi Borang E disebabkan kerja-kerja pembaikan sudah pun dilaksanakan oleh pihak syarikat service order diterima dan alatganti disimpan sehingga beroleh kebenaran untuk dibuang (dimasukkan data).
     

  8. Mengawasi pegawai dan kakitangan bawahan.
     

  9. Ahli Jawatankuasa Penilaian Pembekalan Peralatan & Perkakas Pejabat JTMSN.

<< Atas

 

 

7.

TRADESMAN TINGKAT KHAS

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.3 EB.4 ($900 - $1,465 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)        i)   BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang Pertukangan Kayu /

                Pengendalian Mesin atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang yang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

ii)    Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 3 tahun.

 

ATAU

 

iii)   Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Tradesman Tingkat I atau jawatan bersesuaian dalam

       tanggagaji E.1 tidak kurang dari 8 tahun.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB TRADESMAN TINGKAT KHAS:

 

Di Jabatan Kerja Raya:

 

JABATAN PERKHIDMATAN BANGUNAN

 

BAHAGIAN PENGURUSAN BANGUNAN DAN JABATAN KERJA RAYA, KUALA BELAIT

 

  1. Membantu dalam melaksanakan dan memantau kerja-kerja baik pulih dan pemeliharaan ke atas  perumahan milik Kerajaan di bawah kawalan Jabatan Perkhidmatan Awam (termasuk di Daerah Brunei dan Muara), perumahan yang disewa Kerajaan di bawah kawalan lain-lain Kementerian dan Jabatan dan juga di bawah Jabatan-Jabatan di bawah Kementerian Pembangunan.
     

  2. Perlaksanaan kerja-kerja baik pulih dan pemeliharaan melalui tawaran kontrak (tawaran dan sebutharga) penggal, sebut harga dan buruh (direct labour).
     

  3. Perlaksanaan dan pemantauan kerja-kerja baikpulih dan pemeliharaan mengikut zon-zon atau kawasan-kawasan yang telah ditetapkan.
     

  4. Perlaksanaan serta pemantauan bagi:

 

a.     Pemeriksaan bagi sebarang atau permohonan bagi kerja-kerja baik pulih dan pemeliharan.

b.     Penaksiran kerja-kerja baik pulih dan pemeliharan.

c.      Penyediaan dokumen-dokumen tawaran, kontrak penggal dan sebut harga.

d.     Pengawasan kerja-kerja baik pulih dan pemeliharaan yang dilaksana oleh pemborong dari

        peringkat awal perlaksanaan hingga ke peringkat penyerahan

e.     Penyediaan tuntutan pembayaran ke atas kerja-kerja baik pulih dan pemeliharaan.

 

  1. Berhubungan dengan lain-lain Jabatan yang berkaitan bagi kerja-kerja baik pulih dan pemeliharaan.
     

  2. Penyediaan dan pemantauan persuratan teknikal dan yang berkaitan dengan keperluan-keperluan pengurusan dan pentadbiran yang melibatkan kerja-kerja baik pulih dan pemeliharaan.
     

  3. Membantu mengawasi dan melawat ke tapak binaan atau pemeliharaan dan membuat lapuran mengenai perkembangan status kemajuan projek di bawah pengawasannya.
     

  4. Meneliti dan menjadual kerja-kerja yang perlu dilaksanakan mengikut keperluan kerja di bawah Organisasinya.
     

  5. Mengetahui aspek etika dan keselamatan kerja di tapak binaan.
     

  6. Boleh membaca pelan-pelan atau layout binaan dengan baik.
     

  7. Menerima dan melaksanakan arahan dari Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.

 

 

BAHAGIAN MEKANIKAL (SME) 

  1. Mengetuai Kumpulan Kerja.

  2. Memastikan segala polisi, objektif dan tujuan Jabatan difahami dan diimplementasikan dengan efektif oleh semua pekerja.
     

  3. Bertanggunjawab dan melibatkan diri secara langsung bagi meninggikan kualiti kerja dalam bidang tugas  yang berkaitan.
     

  4. Mengenal pasti akan kelebihan dan kekurangan setiap kumpulan kerja bagi pembaikan berterusan.
     

  5. Melaksanakan kerja-kerja seperti dalam kad kerja dan melaporkan kerja-kerja tambahan.
     

  6. Menyediakan laporan harian dan status kerja kepada Ketua Unit.
     

  7. Memastikan persekitaran kerja sentiasa bersih dan kemas.
     

  8. Memastikan semua alat perkakas dalam keadaan baik dan selamat digunakan.

 

 

BAHAGIAN PEMELIHARAAN JALANRAYA (SRM) 

  1. Memeriksa kerja-kerja kontrek dan buruh yang berjalan / beroperasi dalam zon yang ditetapkan.
     

  2. Memeriksa ke tempat aduan orang ramai dan melawat ke tempat yang ada kerosakan.
     

  3. Memberi bantuan batu/asphalt dan sebagainya mengikut bantuan yang dipohonkan oleh pemohon.
     

  4. Membuat segala kerja-kerja yang diarahkan oleh Ketua Bahagian.
     

  5. Membuat laporan siap kerja dan menghantar aduan-aduan dan permohonan orang ramai kepada Ketua Bahagian.

 

 

BAHAGIAN PEMELIHARAAN JALANRAYA (SRC) 

  1. Membantu kerja-kerja membuat laporan kepada Jurutera, Ketua Pembantu Teknik dan Pembantu Teknik Kanan.
     

  2. Membantu menyediakan Tender Dokumen.
     

  3. Membantu menyediakan reka bentuk pelan di dalam perancangan jalan raya.
     

  4. Memberi laporan kemajuan pembinaan projek jalan raya dan yang berkaitan dengannya.
     

  5. Penggunaan komputer yang diarahkan oleh Ketua Bahagian.
     

  6. Memeriksa dan memberi laporan bagi kawalan kemajuan.
     

  7. Memeriksa dan menjaga tapak-tapak binaan bagi pembinaan jalan raya.
     

  8. Memberi laporan bagi kemajuan tanah, jalan laluan, jalan keluar/masuk dan lesen tumpang sementara.

 

Di Jabatan Alam Sekitar Taman dan Rekreasi: 

  1. Mengawasi dan membuat penilaian status kerja-kerja penggunaan dan pemeliharaan perkakas dan   peralatan seperti mesin-mesin pemeliharaan dan pengendalian landskap.
     

  2. Mengatur keperluan kakitangan dibawah jagaan bagi melaksanakan tugas yang diperlukan.
     

  3. Melaksanakan kerja-kerja pertukangan kayu.
     

  4. Mengawal dan memantau kerja-kerja yang berhubungkait dengan pemeliharaan mesin-mesin.
     

  5. Mengawasi penggunaan mesin dan peralatan pemeliharaan lanskap dan pertukangan kayu.
     

  6. Mengawasi kerja-kerja mengkonkrit seperti pembinaan laluan dan pembinaan pondok taman dan   tempat penyimpanan semaian tanaman hiasan.
     

  7. Menyediakan laporan mengenai kerosakan mesin dan perkakas serta membaiki kerosakan.
     

  8. Mengendalikan jentera berat jika diperlukan.
     

  9. Bertanggungjawab kepada setiap arahan yang diterima dari pihak atasan.

 

Di Jabatan Laut: 

  1. Membuat laporan kerja pemeliharaan injin-injin kapal, injin motorsangkut, inijn kenderaann darat dan alat-alat membasmi tumpahan minyak kepunyaan Jabatan Laut.
     

  2. Mengetuai Tradesman Tingkat I & II membuat kerja-kerja pemeliharaan dan pengimpalan (welding) ke atas kenderaan darat, kenderaan laut dan kapal-kapal dan alat-alat tumpahan minyak kepunyaan Jabatan Laut.

 

<< Atas

 

 

8.

PENGATUR REKA BENTUK

JABATAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a) i) 4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa; atau kelulusan sebanding.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)        Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari  5 tahun.

 

b)         Boleh menulis dan membaca Jawi dengan baik.

 

c)         Mempunyai pengalaman dalam bidang penerbitan termasuk mengatur rekaletak adalah keutamaan.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGATUR REKA LETAK: 

  1. Membantu Pegawai Penerbitan dalam tugas dan tanggungjawab harian menurut yang diaturkan oleh Ketua bahagian dan Ketua Cawangan.
     

  2. Mengendalikan rekaletak untuk penerbitan buku dan majalah terbitan jabatan.
     

  3. Memastikan hasil kerja rekaletak dibuat dengan baik dan teratur dan menurut yang dikehendaki.
     

  4. Menulis artikel kreatif atau non-kreatif untuk disumbangkan dalam majalah/jurnal terbitan jabatan.
     

  5. Lain-lain tugas yang diaturkan oleh Ketua Bahagian/Ketua Cawangan dari semasa kesemasa.

 

<< Atas

 

 

GH.9

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran Awam / Dasar Awam / Ekonomi, Kejuruteraan Electrikal dan Elektronik atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebandaing dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

b)         Mempunyai kelulusan atau pengalaman dalam penggunaan alat komputer adalah keutamaan.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II:

 

  1. Mengendalikan kerja-kerja penyelarasan bagi kerja-kerja yang berkaitan dengan Penyiaran dan multimedia dibawah peruntukkan Akta Penyiaran (Penggal 180) seperti;

 

i)     Pemantauan

ii)     Penguatkuasaan

iii)    Perlesenan

 

  1. Terlibat didalam membuat cadangan kepada Menteri bertanggungjawab bagi perkara-perkara yang berkaitan dengan Penyiaran dan juga perkembangan content di Negara Brunei Darussalam.
     

  2. Membuat pemantauan dan juga pengawasan ke atas content-content radio, televisyen dan juga internet  bagi memastikan ianya tidak bertentangan dengan tataamalan-tataamalan yang telah ditetapkan  dibawah Akta Penyiaran (penggal 180).
     

  3. Membantu memungut dan mengkreditkan ke dalam buku peruntukkan hasil yang dinyatakan oleh Pengarah Penyiaran.
     

  4. Membuat cadangan-cadangan dan pelan tindakan bagi memperkembangankan industri media Negara Brunei Darussalam sesuai dengan aspirasi Negara dari segi ekonomi, politik, sosial dan sebagainya dan juga hala tuju Penyiaran di Kementerian Perhubungan.
     

  5. Menyediakan kertas kerja dasar, kertas maklumat dan membuat persediaan yang berkaitan sepertimana yang diarah oleh Pengarah Penyiaran.

 

<< Atas

 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN 1 HINGGA 8:

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN) 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN GH 9

 

SETIAUSAHA TETAP,

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN,

JALAN MENTERI BESAR, BANDAR SERI BEGAWAN,

BB3910

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM