IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 10 SEPTEMBER 2008)

BILANGAN IKLAN: 34/08/08 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II / PENGUASA KANAN

PUSAT PENGURUSAN BENCANA KEBANGSAAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) /

P.10 ($2,965 - $3,595 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN) /

P.9 ($2,330 - $2,860 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

1 HINGGA 5

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK

KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

ATAU

C.2-3 EB.4-5 ($1,450 - $2,970 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

3.

PENYELIA KURSUS

JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

4.

PEMBANTU PERANCANG BANDAR DAN DESA TINGKAT I

JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

D.4-5 EB.6 ($1,225 - $1,785 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

 

5.

PENOLONG PENDAFTAR MAHKAMAH KADI

MAHKAMAH SYARIAH

JABATAN KEHAKIMAN NEGARA

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

6.

AHLI BOMBA PELATIH LELAKI DAN WANITA

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

P.1 / P.2 ($605 - $770 SEBULAN) /

($660 - $885 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

BILANGAN 6

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

 

1.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II / PENGUASA KANAN

PUSAT PENGURUSAN BENCANA KEBANGSAAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) /

P.10 ($2,965 - $3,595 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN) /

P.9 ($2,330 - $2,860 SEBULAN)

 

 

 

  KELAYAKAN MINIMUM BAGI PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II:

 

  BAGI TANGGAGAJI B.2 EB.3:

 

a)  Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran Awam / Teknologi Maklumat / Perhubungan

    Awam / Kewangan / Ekonomi atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang

    yang sama.

   

    Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

    BAGI TANGGAGAJI B.2:

 

a) i)  BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran Awam /

        Teknologi Maklumat / Perhubungan Awam / Kewangan / Ekonomi atau bidang bersesuaian; atau

        kelulusan sebanding dalam bidang yang sama serta berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan

        bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

  

        Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)  Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tangagaji C.3 tidak kurang dari

    7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

   KELAYAKAN MINIMUM BAGI PENGUASA KANAN P.9 / P.10:

 

a) i)   Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang bersesuaian.

 

         Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)   BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang bersesuaian serta berkhidmat

      sebagai Penguasa Perkhidmatan Bomba dalam tanggagaji P.8 tidak kurang dari 5 tahun dan

      lulus kursus Pegawai Kanan Bomba atau Divisional Commander Course.

 

ATAU

 

iii)  Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penguasa Perkhidmatan Bomba dalam tanggagaji P.8

      tidak kurang dari 7 tahun dan lulus kursus Pegawai Kanan Bomba atau Divisional Commander Course.

 

b)  Mempunyai keahlian Graduateship of Institution of Fire Engineers (GIFireE) atau Membership of Institution

     of Fire Engineers (MIFireE) atau yang lebih tinggi adalah kelebihan.

 

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II / PENGUASA KANAN:

 

1.  Melaksanakan dasar Pusat selaras dengan Perintah Pengurusan Bencana, 2006 Bahagian IV Bab 17 dari

     semasa ke semasa.

 

2.  Membantu Pengarah di dalam melaksanakan, menyelaras, menjalankan ‘Command Centre’.

 

3.  Menjalankan tugas-tugas Pegawai atasan semasa ketiadaannya.

 

4.  Mengendalikan urusan-urusan mengenai hal ehwal latihan dan simulasi.

 

5. Merangka atau membuat penyelidikan keatas keperluan Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan

    kearah pembangunan perancangan strategic.

 

6.  Bertanggungjawab selaku pegawai penghubung didalam memantau atau mengawal maklumat-

     makluman terpenting bagi tujuan ‘press release’

 

7.  Bertanggungjawab sepenuhnya dalam memantau program utama latihan-laitihan simulasi.

 

8. Memastikan SOP senantiasa up-to-date.

 

9. Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh Pengarah PPBK dari semasa ke semasa.       


<< Atas    

 

 

2.

PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK

KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

ATAU

C.2-3 EB.4-5 ($1,450 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI C.3-4 EB.5:

 

a)  i)  BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Penyelidikan atau bidang

         bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang bersesuaian.

 

         Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

ATAU

         

ii)  Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Pegawai Penyelidik atau jawatan bersesuaian

     dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Penyelidik Kanan atau jawatan bersesuaian

    dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)  Boleh membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 

   KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI C.2-3 EB.4-5:

 

a) i)  BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang Penyelidikan atau bidang bersesuaian;

        atau kelulusan sebanding dalam bidang yang bersesuaian.

 

        Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)  Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Penyelidik Kanan atau jawatan bersesuaian

     dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)  Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Penyelidik atau dalam tanggagaji D.3/D.4 tidak 

     kurang dari 5 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan

     dalam jawatan.

 

b)  Boleh membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB BAGI TANGGAGAJI C.3-4 EB.5:

 

1.   Bertugas terhadap maklumat dan data-data yang telah dimasukkan dalam komputer.

 

2.  Menyediakan laporan dan juga menganalisa mengenai dengan sesuatu isi dalam bentuk yang

     mudah apabila diperlukan berbuat demikian.

 

3.   Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

 

4.   Bertanggungjawab pada memelihara dengan sempurna kerahsiaan sesuatu perkara yang berhubung

       rapat dengannya.

 

5.  Tugas-tugas dan tanggungjawab yang disebutkan di atas bukanlah merupakan ketetapan yang

    tertentu mengenai dengan tugas dan tanggungjawab jawatan ini tetapi ianya adalah merupakan huraian

    di mana jawatan itu diperlukan.

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB BAGI TANGGAGAJI C.2-3 EB.4-5:

 

1. Mengawasi kerja-kerja yang dijalankan oleh Pembantu Penyelidik khususnya memproses kerja-kerja

    untuk disimpan di dalam komputer.

 

2. Membantu Pegawai Diplomatik dalam mengumpul dan menyusun maklumat serta data-data untuk dijadikan

    satu sumber rujukan diproses untuk disimpan di dalam komputer.

 

3.  Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

 

4. Bertanggungjawab pada memelihara dengan sempurna kerahsiaan sesuatu perkara yang berhubung

   rapat dengannya.

 

5. Tugas-tugas dan tanggungjawab yang disebutkan di atas bukanlah merupakan ketetapan yang

    tertentu mengenai dengan tugas dan tanggungjawab jawatan ini tetapi ianya adalah merupakan huraian

    di mana jawatan itu diperlukan.

  

<< Atas     

 

 

3.

PENYELIA KURSUS

JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:

 

a) i)  BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding

        dalam bidang yang bersesuaian.

 

        Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)  BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang bersesuaian serta

     berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari

     5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)  Berkhidmat dengan Kerajaan dalam Bahagian III dalam bidang berkaitan tidak kurang dari 3 tahun

     dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b) Mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja penyelia kursus-kursus.

 

  TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA KURSUS:

 

1.  Membuat jadual kursus-kursus Radio Televisyen Brunei.

 

2. Membantu Ketua Perkembangan Latihan, Pegawai Latihan dan Penolong Pegawai Latihan dalam

    penyediaan ‘Slide presentation’ dan mengemaskinikan ‘database system’ Pusat Perkembangan.

 

3.  Menyediakan persuratan rasmi Kerajaan, menyemak dan membuat laporan.

 

4.  Mengurus jamuan kursus-kursus.

 

5.  Melaksanakan tugas yang diarahkan kepada Pengarah dan Pagawai atasan dari semasa ke semasa.

 

6.  Memastikan penyediaan bilik-bilik dan keperluan-keperluan latihan.

 

<< Atas    

 

 

4.

PEMBANTU PERANCANG BANDAR DAN DESA TINGKAT I

JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

D.4-5 EB.6 ($1,225 - $1,785 SEBULAN)

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:

 

a) i)  BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan

        sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

        Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)  Berkhidmat di Jabatan Perancang Bandar dan Desa sebagai Pembantu Perancang Bandar dan

     Desa Tingkat II dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang

     dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

  TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMBANTU PERANCANGAN BANDAR DAN DESA TINGKAT I:

 

1 Membantu Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Tingkat I mengendalikan penyelidikan dan

     kajian-kajian perancangan.

 

2. Membuat laporan-laporan terhadap terhadap cadangan tapak-tapak projek dan kawasan-kawasan

    kajian perancangan pembangunan.

 

3. Mengendalikan pemohonan-pemohonan kemajuan tanah dan bangunan yang dikendalikan oleh Jabatan

    dan permohonan-permohonan lain yang dirujuk ke Jabatan dan melayan pertanyaan orang ramai.

 

   Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh pegawai-pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

<< Atas    

 

 

5.

PENOLONG PENDAFTAR MAHKAMAH KADI

MAHKAMAH SYARIAH

JABATAN KEHAKIMAN NEGARA

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  KELAYAKAN MINIMUM: 

 

a) i)  BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan

        sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

         Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)  Berkhidmat di Kementerian Hal Ehwal Ugama dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.2/D.1

     tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)  Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.2/D.1 tidak kurang

     dari 4 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

  TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PENDAFTAR MAHKAMAH KADI:

 

1 Bertanggungjawab kepada Ketua Pendaftar, Pendaftar dan Penolong Pendaftar dalam hal ehwal Mahkamah.

 

2.  Membantu tugas-tugas Penolong Pendaftar dalam mengendalikan perbicaraan-perbicaraan.

 

3.   Menyediakan saman-saman dan waran-waran di Mahkamah-Mahkamah Syariah.

 

4.   Menyediakan dokumen-dokumen perbicaraan.

 

5.   Menyelaras tarikh-tarikh perbicaraan.

 

6.   Menerima permohonan-permohonan dan tuntutan kes-kes Mahkamah.

 

7.  Menerima arahan daripada Hakim-Hakim Syarie, Ketua Pendaftar Mahkamah, Pendaftar dan Penolong

     Pendaftar dari masa ke semasa.

    << Atas    

 

 

6.

AHLI BOMBA PELATIH LELAKI DAN WANITA

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

P.1 / P.2 ($605 - $770 SEBULAN) /

($660 - $885 SEBULAN)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

    SYARAT-SYARAT KELAYAKAN AHLI BOMBA PELATIH LELAKI DAN WANITA.

 

    Pemohon-pemohon adalah dipelawa terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri

    Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk memenuhi jawatan kosong sebagai

    AHLI BOMBA PELATIH (LELAKI / WANITA) di Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kementerian Hal Ehwal Dalam

    Negeri.

 

     GAJI/TANGGAGAJI:

 

   Gaji sebanyak $500 sebulan. Selepas berkhidmat selama 6 bulan setelah menjalani Latihan Asas

   Kebombaan dengan memuaskan, calon-calon diberi gaji sebanyak $605.00 sebulan dalam tanggagaji

   P1 / P2 ($605.00 - $885.00), beserta dengan elaun-elaun tertentu.

 

   KELAYAKAN AKADEMIK:

 

   Lulusan Penilaian Menengah Bawah (PMB) atau kelulusan sebanding.

 

 

  KELAYAKAN FIZIKAL:

 

 

a)    Umur  -   Diantara 18 tahun hingga 26 tahun (Lelaki / Wanita)

 

b)    Tinggi dan berat badan - Bagi lelaki : Sekurang-kurang 5’4’’ (1.63m) / tidak melebihi 60 kg.

 

                                         -  Bagi wanita : Sekurang-kurangnya 5’ (1.52m) / tidak melebihi 55 kg.

 

c)     Dada  -  Bagi lelaki : Sekurang-kurangnya 34” (86cm) apabila tidak ditarik nafas (biasa).         

 

d)    Bagi pemohon perempuan hendaklah belum berkahwin  semasa memohon dan sepanjang tempoh

         menjalani Kursus Asas Kebombaan.

 

e)    Pendengaran biasa dan tidak kurang pendengaran;

 

f)     Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan

       V/6/6 tanpa menggunakan kaca mata atau kanta lekap (contact lens) dan boleh membaca dekat J.1/N.5;

 

g)    Tidak buta warna (colour blind);

 

h)    Calon hendaklah mempunyai badan yang sihat dan lulus peperiksaan doktor yang dijalankan oleh

       Pegawai Perubatan yang dibenarkan.

 

i)   Pemohon hendaklah tidak mengalami masalah kesihatan seperti asma / sakit jantung / darah tinggi /

     kencing manis / penyakit kulit / leukemia / kanser / penyakit berjangkit dan penyakit yang membahayakan.

                                                 

U       UJIAN:

 

P    Pemohon-pemohon adalah dikehendaki mengikuti Ujian Kecergasan, Bertulis dan Praktikal serta ujian-ujian

     yang ditetapkan oleh Jabatan ini dari semasa ke semasa. Mereka yang gagal dalam ujian tersebut tidak

     akan disokong.

 

     SYARAT-SYARAT LAIN:

 

a) Hendaklah bersedia bertugas pada bila-bila masa termasuk di luar masa pekerjaan biasa dan dimana-

    mana sahaja dikehendaki sebagaimana yang diarahkan.

 

b)  Syarat-syarat lain adalah dikawal oleh peraturan-peraturan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.

 

T    TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AHLI BOMBA PELATIH LELAKI DAN WANITA:

 

1.  Patuh pada Perintah dan Akta Perkhidmatan Bomba (Pindaan 2002) di bawah Bab 83 dari semasa ke semasa.

 

2.  Bersedia dan patuh menjalankan tugas mengikut garis pandu pada Akta Perkhidmatan Bomba

    (Pindaan 2002) di bawah Bab 83, Bahagian II Pertubuhan, Tugas-Tugas dan Kuasa-Kuasa dalam Bab 7.

 

3.  Melaksanakan tugas-tugas operasi dan menyelamat di Balai Bomba dan Penyelamat di Negara ini.

 

T    TEMPOH PERCUBAAN DAN PENETAPAN JAWATAN:

 

a)  Ahli Bomba Pelatih yang baru berkhidmat akan dikehendaki menjalani tempoh percubaan selama

     3 tahun sebelum ditetapkan dalam jawatan.

 

b)  Ahli Bomba Pelatih yang lulus dan berjaya menamatkan Latihan Asas Kebombaan dan menamatkan

     tempoh percubaan serta memenuhi syarat bagi penetapan jawatan dengan mendapat sokongan Ketua

     Jabatan akan ditetapkan dalam jawatannya.

 

K      KURSUS / LATIHAN:

 

a)    Menjalani Latihan Asas Kebombaan selama enam (6) bulan di Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat.

 

T     TARIKH PENGAMBILAN:

 

Tarikh  pengambilan bagi jawatan di atas akan diadakan pada 25 / 26 / 27 / 28 dan 30 Ogos 2008

(selama 5 hari) bertempat di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat, Lapangan Terbang

Lama Berakas, Negara Brunei Darussalam. Masa Pengambilan bermula jam 8.30 pagi hingga 12.00

tengah hari (semasa waktu bekerja). SEMUA CALON DIKEHENDAKI MEMAKAI PAKAIAN SUKAN

SEMASA MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN DAN MENDAFTAR. (Pada tarikh-tarikh pengambilan

 yang di nyatakan di atas)

 

C    CARA-CARA MEMOHON:

 

S    eseorang pegawai yang berkhidmat dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda

      Sultan Dan Yang Di Pertua Negara Brunei Darussalam, hendaklah menghantar permohonannya melalui

      Ketua Jabatan masing-masing dan Ketua Jabatan tersebut hendaklah menyertakan bersama-sama

      dengan permohonannya satu laporan sulit dan salinan rekod perkhidmatan lengkap sebelum tarikh tutup.

 

      Pemohon-pemohon adalah dimestikan membawa bersama Kad Pengenalan dan sijil-sijil Asal Persekolahan

       pada tarikh-tarikh Pengambilan. Borang-Borang permohonan SPA1 boleh didapati daripada Pejabat

      Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan hendaklah diisikan dengan lengkap (2 salinan) dengan menyertakan

      2 keping gambar terbaru ukuran Passport. Borang-borang tersebut hendaklah diserahkan berserta dengan

     salinan Surat-Surat Akuan Sijil kepada pegawai-pegawai yang bertugas semasa tarikh-tarikh

     pengambilan tersebut.

 

 

<<Atas   

 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG
BAGI BILANGAN
1 HINGGA 5:

 

PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1
PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA,
LAPANGAN TERBANG LAMA, BERAKAS BB3510
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
TEL NO : 2381961 / 2383455
(BHG. IKLAN)

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG
BAGI BILANGAN
6:

 

DEWAN SERBAGUNA,

 IBU PEJABAT BOMBA DAN PENYELAMAT,

LAPANGAN TERBANG LAMA BERAKAS

 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

(25 / 26 / 27 / 28 dan 30 OGOS 2008) (selama 5 hari)

JAM 8.30 PAGI HINGGA 12 TENGAH HARI

 

<< Atas