IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 4 FEBRUARI 2009)

BILANGAN IKLAN: 02/01/09 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

PEGAWAI PENJAGA ZAT MAKANAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

M.13-14 EB.15 ($2300 - $4,220 SEBULAN)

ATAU

M.11 ($1,920 - $3,250 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1 HINGGA 8

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

KETUA PEMBANTU KERJA

JABATAN KEMAJUAN PERUMAHAN

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

3.

PENGAWAS TINGKAT KHAS

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

4.

PEGAWAI MELESEN

JABATAN DAERAH BELAIT

KEMENTERIAN HAL EHWAL NEGERI

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

 

5.

FOMEN TUKANG ELEKTRIK (LAUT)

JABATANARAH PENTADBIRAN DAN TENAGA MANUSIA

KEMENTERIAN PERTAHANAN

D.4 EB.5 ($1,225 - $1,625 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

6.

POSMEN TINGKAT KHAS

JABATAN PERKHIDMATAN POS

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

D.3-4 EB.5 ($900 - $1,625 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

7.

PENOLONG PENGGERAK JENTERA TURBINE

JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK

JABATAN PERDANA MENTERI

D.3 EB.4 ($900 - $1,465 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

8.

PELATIH PEMBANTU TEKNIK

JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK

D.1-2 ($530 - $820 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

 

1.

PEGAWAI PENJAGA ZAT MAKANAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

M.13-14 EB.15 ($2300 - $4,220 SEBULAN)

ATAU

M.11 ($1,920 - $3,250 SEBULAN)

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:

 

a) Ijazah Sarjana Muda Sains (BSc) dalam bidang Nutrition atau Dietetics; atau kelulusan

   sebanding yang diiktiraf oleh Kerajaan Negara Brunei Darussalam dan badan-badan

   antarabangsa seperti Council of Professional Supplementary to Medicine di United Kingdom.

 

b) Mempunyai kelulusan Lepasan Ijazah dalam bidang Dietetics atau sebanding adalah kelebihan.

 

c) Berpengalaman dalam bidang Clinical Dietetics setelah memperolehi kelulusan adalah kelebihan.

 

  TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PENJAGA ZAT MAKANAN:

 

1)  Bertanggungjawab kepada Ketua Bahagian Pegawai Penjaga Zat Makanan Kanan atau

     Ketua Bahagian Permakanan.

 

2)  Melibatkan diri dalam rancangan promosi kesihatan dan projek-projek permakanan.

 

3) Memberikan ceramah kepada pegawai dan kakitangan kesihatan, pesakit-pesakit dan orang

     ramai bila diperlukan.

 

4)  Menghadiri ceramah/kursus-kursus/bengkel untuk mengemaskinikan dan mempertingkatkan

     pengetahuan yang berkaitan dengan kerja.

 

 

<< Atas     

 

 

2.

KETUA PEMBANTU KERJA

JABATAN KEMAJUAN PERUMAHAN

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)  i)   BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Pengurusan /

          Pentadbiran Awam / Pentadbiran Perdagangan / Sumber Manusia/Personel /

          Pembangunan Organisasi / Pengurusan/Kemajuan Perumahan / Kejuruteraan /Sains

          Sosial / Ekonomi / Sosiologi atau  kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

           Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii) Berkhidmat di Jabatan Kemajuan Perumahan sebagai Pembantu Kerja Kanan

    dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)  Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak

      kurang dari 3 tahun  atau dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan

      telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)  Berpengalaman menjalankan tugas-tugas teknikal atau berpengalaman menjalankan tugas-

     tugas kerja-kerja Rancangan Perpindahan, Perhubungan Awam dan pernah menjalankan

     tugas-tugas Ketua Pembantu Kerja adalah kelebihan

 

     TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA PEMBANTU KERJA:

 

   Mengikuti arahan tugas dari Ketua Bahagian dalam tugas-tugas yang berkaitan dengan

   Skim Rancangan Perumahan Negara seperti menemuduga, meneliti borang permohonan,

   perhubungan awam, menyediakan perangkaan dan pemarkahan dan sebagainya.

 

                                                                                                                                                      << Atas

 

 

3.

PENGAWAS TINGKAT KHAS

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

    KELAYAKAN MINIMUM: 

 

a)  i)  BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang bersesuaian; atau

         kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

          Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)  Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pengawas Tingkat I atau jawatan sebanding

     tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)  Mempunyai pengalaman serta kebolehan yang luas dalam kerja-kerja pengawasan, penyeliaan

     kerja dan mengawal kerja-kerja adalah kelebihan.

 

c)  Hendaklah tahu membaca dan menulis Jawi dengan baik (bagi jawatan di Kementerian Hal

     Ehwal Ugama).

 

     TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGAWAS TINGKAT KHAS:

 

     DI JABATAN KERJA RAYA:

     [ BAGI BAHAGIAN PERKHIDMATAN AIR ( SWE ) ]

 

1.   Mengurus dan menyelaras semua kerja-kerja termasuk susunan kerja/jadual bagi pekerja-

      pekerja di bawah kumpulan jagaan.

 

2.   Membuat laporan harian dan bulanan bagi setiap aktiviti kerja yang diaturkan bagi kumpulan

      kerja beliau termasuk menyemak semua laporan kerja harian dan TPOR.

 

3.   Merancang kerja penggantian paip air pembahagian yang bermasaalah.

 

4.   Menyediakan jadual / schedule bagi kerja flushing, pemeliharaan semua SV, AV, FH, dan WO.

 

5.   Mengawas kerja pemasangan paip baru yang dikendalikan di bawah unit beliau ditempatkan

      termasuk mempastikan semua kerja siap dikendalikan dan dipulihkan dengan teratur.

 

6.   Mempastikan semua kerja-kerja diperiksa dari segi keselamatan persekitaran kerja dan

      memeriksa semua penyediaan peralatan keselamatan.

 

7.   Membuat kerja-kerja lainnya seperti yang diarahkan oleh ketua dan pegawai atasan.

 

 

       [ BAGI JABATAN KERJA RAYA, KUALA BELAIT ( SKB ) ]

 

1.   Membantu tugas-tugas Jurutera, Ketua Pembantu Teknik (CTA), Pembantu Teknik Kanan (STA)

      dan mengawal Pembantu Teknik (TA) dan kakitangan bawahan yang lain.

 

2.  Membantu menyediakan laporan bulanan ke atas kemajuan projek-projek atau kontrak

     di bawah kawalan dan pengawasannya kepada Jurutera.

 

3.  Melawat ke tapak binaan atau tapak pemeliharaan dan membuat laporan mengenai per-

     kembangan status kemajuan projek di bawah pengawasnnya.

 

4.   Meneliti, merancang dan menjadual kerja-kerja yang perlu dilaksanakan.

 

5.  Mempastikan kelengkapan jentera dan pekerja yang mencukupi.

 

6.  Menerima dan melaksanakan arahan dari Ketua Jabatan dari masa ke semasa.

 

     [ BAGI BAHAGIAN MEKANIKAL ( SME ) ]

 

1.   Mengetuai Unit Pemeliharaan dan Rawatan.

 

2.   Memantau kad kerja.

 

3.   Penjadual kad kerja harian untuk mekanik.

 

4.   Mengawasi mekanik membuat kerja- kerja yang yang telah diberikan.

 

5.   Mempastikan kerja yang dibuat oleh mekanik dalam keadaan baik dan berkualiti.

 

6.   Mempastikan pengambilan lebih masa mengikut peraturan yang telah sedia ada.

 

7.  Membuat pesanan alat-ganti dengan meneliti untuk disahkan oleh Ketua Unit sebelum

     di hantar ke stor.

 

8.   Mempastikan kad kerja yang telah siap ditutup dicatit dan disahkan oleh Ketua Unit.

 

9.  Membuat laporan mingguan dan bulanan dihadapkan kepada Ketua Unit.

 

10.  Lain-lain arahan dari masa ke semasa,

  

<< Atas    

 

 

4.

PEGAWAI MELESEN

JABATAN DAERAH BELAIT

KEMENTERIAN HAL EHWAL NEGERI

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:

 

a) i)   BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang bersesuaian; atau

         kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

          Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Luar atau jawatan berkaitan

   dalam tanggagaji Bahagian IV tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan

   dalam jawatan.

 

b)   Mempunyai kebolehan membuat laporan lisan atau bertulis.

 

c)   Mempunyai lesen memandu kelas 1 atau 3 yang sah.

 

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI MELESEN:

 

1.  Memeriksa tempat-tempat perniagaan / perusahaan yang akan dan sedang dijalankan.

 

2.  Menyediakan / menghadapkan laporan proses permohonan bagi mendapatkan Lesen Rampaian

     Baru / Permohonan bagi Pembaharuan Lesen  Rampaian.

 

3. Memastikan pemegang-pemegang lesen mematuhi kesemua syarat-syarat pemberian

    lesen rampaian yang dibenarkan oleh Lembaga Melesen Daerah Belait.

 

4.  Memastikan kawasan dan tempat perniagaan bersih dan indah.

 

5.  Menyediakan laporan bulanan Jumlah Lesen Rampaian diKeluarkan / serta hal-hal yang

     berkaitan dari semasa ke semasa sebagai persediaan untuk dihadapkan kepada Kementerian

     Hal Ehwal Dalam Negeri.

 

6.  Menyediakan draf-draf persuratan.

 

7.  Membantu membuat pemeriksaan, rondaan atau operasi-operasi ketempat-tempat yang di-

     kenalpasti berdasarkan kepada:

 

a)   Arahan pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

b)   Sumber maklumat yang didapati daripada media massa.

 

c)  Sumber maklumat yang diperolehi daripada lawatan pegawai-pegawai Unit Penguat-

     kuasaan Bahagian Perlesenan.

 

d)  Aduan-aduan yang diterima daripada orang ramai.

 

8.  Membantu melaksanakan dan menguatkuasakan Akta Lesen Rampaian.

 

9.  Menghadiri mesyuarat berkaitan dengan Perlesenan.

 

10.  Memberikan kerjasama semua Bahagian / Unit.

                                                                                                                                                     <<Atas

 

 

5.

FOMEN TUKANG ELEKTRIK (LAUT)

JABATANARAH PENTADBIRAN DAN TENAGA MANUSIA

KEMENTERIAN PERTAHANAN

D.4 EB.5 ($1,225 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

    KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)  i)   BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang Elektrik atau

          kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

           Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pengawas Tukang Elektrik (Laut) atau

    jawatan bersesuaian yang berkaitan dengan Elektrik dalam tanggagaji D.3 tidak

    kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

      TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB FOMEN TUKANG ELEKTRIK (LAUT):

 

1.  Memastikan kerja-kerja yang akan dilakukan setiap masa/mempastikan kedatangan

     pekerja-pekerja di bawah jagaannya.

 

2. Membantu pekerja-pekerja membuat kerja-kerja membaik pulih barang-barang elektrik

    di dalam kapal seperti Lampu, AC Motor, DC Motor, Engine Wiring, Generator dan sebagainya.

 

3.  Membuat pengetahuan dalam Lead Acid Batteries, Alkaline Battries dan mengetahui/

     menentukan penggunaan bateri-bateri mengikut spesifikasi yang tercatat oleh pembekal.

 

    << Atas   

 

 

6.

POSMEN TINGKAT KHAS

JABATAN PERKHIDMATAN POS

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

D.3-4 EB.5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a) i)  BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang bersesuaian; atau

        kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

        Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)  Berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Pos sebagai Posmen Tingkat I atau jawatan

     sebanding dalam tanggagaji D.2 tidak kurang dari 3 tahun serta mempunyai

     pengalaman dalam bidang pengurusan bahagian dan kakitangan serta

     penyeliaan pemerosesan dan penyerahan surat-surat dan bungkusan.

 

     TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB POSMEN TINGKAT KHAS:

 

1.  Menjadi pembantu kanan penyelia di Bahagian Operasi dan kepada Ketua-Ketua Pos

     di Pejabat-Pejabat Pos Cawangan berhubung dengan hal-hal bersangkut-paut dengan

     penyelenggaran pemerosesan, penghantaran dan penyerahan surat-surat dan bungkusan.

 

2. Menjadi penyelia kepada posmen-posmen dan untuk menentukan bahawa meraka membuat

    kerja-kerja dengan amanah dan menurut jadual bagi ditempatkan di Pejabat Pos Cawangan.

 

3.  Membuat pemeriksaan mengejut pada masa posmen-posmen menjalankan tugas-tugas.

 

4.  Membuat laporan dalam Bahasa Melayu dengan baik.

 

5.  Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Bahagian.

 

<< Atas  

 

 

7.

PENOLONG PENGGERAK JENTERA TURBINE

JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK

JABATAN PERDANA MENTERI

D.3 EB.4 ($900 - $1,465 SEBULAN)

 

 

 

    KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)   i)  BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang Eletrik / Mekanik; atau

          kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

          Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang yang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

          ii)  Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Atendan Alatan Pembantu / Penolong Penggerak

               Jentera Diesel / Penolong Atendan Switchboard dalam tanggagaji D.2 tidak kurang dari

               3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)  Pernah mengikuti dan lulus kursus yang dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Elektrik jangka

     pendek di Maktab Teknik Sultan Saiful Rizal peringkat pertama dan kedua adalah kelebihan.

 

     TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PENGGERAK JENTERA TURBINE:

 

1.  Bertanggungjawab kepada Penggerak Jentera Turbine dalam mengawasi kesempurnaan

     pengendalian operasi Gas Turbine serta peralatan bawahannya.

 

2.  Memahami, mengambil dan memasukkan pembacaan semua jangka dan alat pengukur meter-

     meter yang terdapat di Gas Turbine.

 

3.  Akan ditugaskan dalam kerja bergilir-gilir (shift-duty), di Bahagian Janakuasa Gadong ‘Extension’,

     Janakuasa Gadong, Janakuasa Bukit Panggal, Tutong atau Janakuasa Lumut.

 

 

<< Atas   

 

8.

PELATIH PEMBANTU TEKNIK

JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK

D.1-2 ($530 - $820 SEBULAN)

 

 

 

     KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)  i)  4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa;

          atau kelulusan sebanding.

 

ATAU

 

ii)  BDTVEC/BTEC National Trade Certificate Grade 2 (NTC2) dalam bidang Teknikal; atau

     kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

    Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian yang berkaitan dengan

     bidang Juruteknik Awam / Pembinaan  Bangunan / Mekanikal / Ukur Bahan / Arkitek

     atau bidang bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5 tahun.

 

b)  Pernah mengikuti dan lulus kursus jangka pendek di Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal

     Peringkat Pertama dan Kedua atau kursus pendawaian dan pemasangan yang dianjurkan

     oleh Kementerian Pembangunan adalah kelebihan.

 

 

      TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PELATIH PEMBANTU TEKNIK:

 

1. Membantu tugas-tugas yang diarahkan oleh Jurutera serta Ketua-Ketua Pembantu Teknik

    yang meliputi perkara-perkara berikut:-

 

a. Membuat penyambungan bekalan api letrik ke rumah-rumah dengan dibantusalia oleh

    Ketua masing-masing.

 

b.  Membaiki kerosakan gangguan bekalan api elektrik ke atas rumah dan Bangunan Kerajaan.

 

c.  Menghantar barang-barang seperti kabel transformer, tiang dan lain-lain ke tempat-

     tempat projek di keempat-empat daerah.

 

d.  Membuat taksiran pendawaian dan alat-alat elektrik bagi Bangunan-Bangunan Kerajaan.

 

e. Bertugas siap sedia bila-bila masa dikehendaki, termasuk dipanggil bertugas

    apabila terdapat sebarang kerosakan dan lain-lain.

 

f.   Menerima arahan daripada Pegawai-Pegawai Kanan dari semasa kesemasa.

 

<< Atas    

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN 1 HINGGA 8

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)