IKLAN JAWATAN - JAWATAN KOSONG
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
|
JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM DI
NEGARA IKLAN PERATURAN 38(B)
DIBUKAKAN KEPADA PEGAWAI DAN KAKITANGAN KEMENTERIAN/JABATAN YANG DISEBUTKAN SAHAJA |
SILA DAPATKAN MAKLUMAT DARIPADA KEMENTERIAN/JABATAN MASING-MASING
Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah mengeluarkan SURAT PEMBERITAHUAN
mengenai jawatan berikut:-
|
BIL |
JAWATAN |
KEMENTERIAN / JABATAN |
BILANGAN IKLAN |
TARIKH TUTUP IKLAN |
TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN |
|
1 |
BAHAGIAN PERKEMBANGAN SUMBER
TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN |
48/2011 |
15 OKTOBER 2011 |
PENGARAH JABATAN
PENTADBIRAN DAN PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN KEMENTERIAN
PENDIDIKAN LAPANGAN
TERBANG LAMA BERAKAS BB3510 NEGARA
BRUNEI DARUSSALAM & |
|
|
2 |
JABATAN PERKEMBANGAN KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN |
||||
|
3 |
BAHAGIAN PELAJARAN RENDAH JABATAN SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN |
||||
|
4 |
JABATAN KERJA RAYA KEMENTERIAN PEMBANGUNAN |
49/2011 |
8 OKTOBER 2011 |
KETUA
PENGARAH KERJA RAYA JABATAN
KERJA RAYA KEMENTERIAN
PEMBANGUNAN LAPANGAN
TERBANG LAMA BERAKAS BB3510 NEGARA
BRUNEI DARUSSALAM & |
|
|
5 |
JABATAN PENERBANGAN AWAM KEMENTERIAN PERHUBUNGAN |
50/2011 |
8 OKTOBER 2011 |
PENGARAH
PENERBANGAN AWAM JABATAN
PENERBANGAN AWAM KEMENTERIAN
PERHUBUNGAN BANDAR SERI BEGAWAN BB2513 NEGARA
BRUNEI DARUSSALAM & |
<< Kembali Ke Maklumat Semasa
|
1 |
BAHAGIAN PERKEMBANGAN SUMBER
TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN G.15 ($3,880 - $4,240 SEBULAN) KEKOSONGAN = SATU (1) |
|
|
1.
Ijazah Sarjana
Muda atau sebanding dalam bidang Pendidikan atau bidang bersesuaian. 2.
Sedang
berkhidmat di Kementerian Pendidikan sebagai Pegawai Pelajaran atau jawatan
bersesuaian dalam tanggagaji G.13 / B.2 EB.3 / G.11 / B.2 tidak kurang dari 5
tahun. 3.
Mempunyai
Diploma / Sijil Pendidikan / Sijil Perguruan adalah kelebihan. 4.
Mempunyai
pengalaman dan pengetahuan dalam
perancangan, dasar, pengurusan dan perkembangan profesional sumber manusia di
peringkat Kementerian dan Jabatan tidak kurang 3 tahun adalah kelebihan. 5.
Mempunyai
pengalaman dalam mengendalikan kerja-kerja latihan atau perkembangan
profesional sumber manusia tidak kurang 5 tahun adalah kelebihan. 6.
Berpengalaman
sebagai project manager, lead / core facilitator dalam
mengendalikan program latihan profesional dan membuat analisa program latihan
adalah kelebihan. 7.
Berpengalaman
menghasilkan beberapa proposal /
concept paper / research work dalam bidang sumber tenaga manusia dan
sebanding dengannya adalah kelebihan. 8.
Boleh
bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik. 9.
Lulus
Peperiksaan Perkhidmatan Awam berikut: a. Peperiksaan Jabatan (jika ada); b. Peraturan-Peraturan
Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan; c.
Peraturan
– Peraturan Kewangan. 10.
Mempunyai
Laporan Penilaian Prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. UNIT
DASAR DAN PERANCANGAN 1.
Mengetuai Unit Dasar dan
Perancangan, Bahagian Perkembangan Sumber Tenaga Manusia. 2.
Menyelaras perancangan perkembangan
sumber tenaga manusia bagi Kementerian Pendidikan selaras dengan Visi dan
Misi Kementerian Pendidikan, Perancangan Strategik Kementerian Pendidikan,
Wawasan Brunei 2035 dan Rancangan Kemajuan Negara 2007 – 2012 dengan
memberikan penekanan kepada school
leadership, school headship, continuing profesional development model for
teachers, best practices dan lain-lain. 3.
Mengetuai kerja kajian, penilaian
dan pemantauan post-training
effectiveness untuk mengenalpasti keberkesanan program latihan yang
diikuti. 4.
Merancang program perkembangan
profesional selaras dengan keperluan latihan SPN21. 5.
Menyediakan, mengemaskini dan
menyelaras peruntukan Rancangan Kemajuan Negara (RKN). 6.
Menyediakan kertas kerja bagi
Perancangan Program Perkembangan Profesional bagi tenaga pengajar atau
pegawai-pegawai di Kementerian Pendidikan. 7.
Urusetia kepada Jawatankuasa
Mempertimbangkan Skim Latihan Dalam Perkhidmatan Kementerian Pendidikan. 8.
Membantu menyediakan perancangan
peruntukan tahunan, laporan tahunan, Key
Performance Indicator (KPI), Dashboard
bagi Bahagian Perkembangan Sumber Tenaga Manusia. 9.
Membantu menyelaras mana-mana projek
/ program yang berkaitan dengan Perkembangan Sumber Tenaga Manusia,
Kementerian Pendidikan. 10.
Meneliti, memproses dan menguruskan
hal ehwal kursus latihan profesional bagi warga Kementerian Pendidikan di
bawah Skim Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) samaada: a. LDP jangka panjang pelbagai peringkat
dalam dan luar negeri. b. LDP jangka pendek (bertaja atau tidak
bertaja di dalam dan luar negeri). c. Tawaran Biasiswa daripada negara-negara
asing. d. Tawaran berkursus daripada pelbagai Pusat
Serantau (SEAMEO). 11.
Membantu menyelaras projek-projek
di bawah Bahagian Perkembangan Sumber Tenaga Manusia bagi keperluan warga
Kementerian Pendidikan. 12.
Membantu menyelaras bagi kerja
penganalisaan, penyelarasan dan keperluan latihan (TNA) disemua peringkat
Kementerian. 13.
Membantu menyelaras projek Talent Management dan Succession Planning di Kementerian
Pendidikan. 14.
Bertanggungjawab kepada Pegawai dan
Kakitangan di bawah kawalan yang ditetapkan. 15.
Tugas-tugas lain yang diarahkan
oleh pihak atasan yang berkepentingan. UNIT LATIHAN DAN PERKEMBANGAN
PROFESIONAL 1.
Mengetuai Unit Latihan dan
Perkembangan Profesional Bahagian Perkembangan Sumber Tenaga Manusia. 2.
Menyelaras, meneliti, memproses dan
menguruskan urusan-urusan berkaitan dengan hal ehwal kursus latihan
profesional bagi warga Kementerian Pendidikan di bawah Skim Latihan Dalam
Perkhidmatan (LDP) samaada: a. LDP jangka panjang pelbagai peringkat dalam
dan luar negeri. b. LDP jangka pendek (bertaja atau tidak
bertaja di dalam dan luar negeri) c. Tawaran Biasiswa daripada negara-negara
asing. d. Tawaran berkursus daripada pelbagai Pusat
Serantau (SEAMEO). e. Program-program Eksekutif seperti Leadership in Educational Programme (LEP)
dan Management Leadership in School
(MLS). 3.
Menyelaras pemantauan projek di
bawah program-program eksekutif dan keberkesanannya di sekolah-sekolah. 4.
Menyelaras dalam menyediakan buku
panduan (Handbook) Latihan Dalam
Perkhidmatan di Kementerian Pendidikan. 5.
Menyelaras Dasar Latihan 100 jam. 6.
Membantu menyelaras iklan / surat
pemberitahuan tawaran-tawaran berkursus Latihan Dalam Perkhidmatan dalam dan
luar negeri bagi pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan. 7.
Urusetia Jawatankuasa
Mempertimbangkan Skim Latihan Dalam Perkhidmatan Kementerian Pendidikan. 8.
Membantu menyediakan perancangan
peruntukan tahunan, laporan tahunan, Key
Performance Indicator (KPI), Dashboard
bagi Bahagian Perkembangan Sumber Tenaga Manusia. 9.
Membantu menyelaras mana-mana projek
/ program yang berkaitan dengan Perkembangan Sumber Tenaga Manusia,
Kementerian Pendidikan. 10.
Membantu menyelaras bagi kerja
penganalisaan, penyelarasan dan keperluan latihan (TNA) disemua peringkat
Kementerian. 11.
Membantu menyelaras projek Talent Management dan Succession Planning di Kementerian
Pendidikan. 12.
Bertanggungjawab kepada Pegawai dan
Kakitangan di bawah kawalan yang ditetapkan. 13.
Tugas-tugas lain yang diarahkan
oleh pihak atasan yang berkepentingan. UNIT SISTEM INFORMASI SUMBER
MANUSIA (HRIS) 1.
Mengetuai Unit Sistem Informasi
Sumber Manusia (HRIS), Bahagian Perkembangan Sumber Tenaga Manusia. 2.
Menyelaras penyediaan Buku
Statistik BPSTM setiap tahun untuk diedarkan dan dikongsi sama kepada yang
berkepentingan. 3.
Mempastikan pengurusan dan penyelengaraan
bahan-bahan rujukan seperti buku-buku thesis yang dihadapkan ke BPSTM
ditempatkan di Bilik Sumber Jabatan Perkembangan Kurikulum dengan teratur. 4.
Mengetuai kerja penganalisaan
keperluan latihan (TNA) bagi Kementerian Pendidikan. 5.
Menyelaras dan menghasilkan sistem
yang bersistematik seperti HR Data
System, Perancangan Projek Kepakaran dan Human Resource Projection dan Short
Course Information System (SCIS). 6.
Membantu menyelaras projek Talent Management dan Succession Planning di Kementerian Pendidikan. 7.
Urusetia kepada Jawatankuasa
Mempertimbangkan Skim Latihan Dalam Perkhidmatan Kementerian Pendidikan. 8.
Membantu menyediakan perancangan
peruntukan tahunan, laporan tahunan, Key
Performance Indicator (KPI), Dashboard
bagi Bahagian Perkembangan Sumber Tenaga Manusia. 9.
Membantu menyelaras mana-mana
projek / program yang berkaitan dengan Perkembangan Sumber Tenaga Manusia,
Kementerian Pendidikan. 10.
Membantu mengemaskini dan
menyelaras peruntukan Rancangan Kemajuan Negara (RKN). 11.
Membantu menyelaras pengumpulan,
pengendalian dan penganalisaan data dan statistik program LDP jangka panjang
/ pendek dalam dan luar negeri dan di masukkan ke dalam Training Information System. 12.
Membantu menyelaras iklan / surat
pemberitahuan tawaran-tawaran berkursus Latihan Dalam Perkhidmatan dalam dan
luar negeri bagi pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan. 13.
Menyelaras, meneliti, memproses dan
menguruskan urusan-urusan berkaitan dengan hal ehwal kursus latihan
profesional bagi warga Kementerian Pendidikan di bawah Skim Latihan Dalam
Perkhidmatan (LDP) samaada: a.
LDP jangka panjang pelbagai
peringkat dalam dan luar negeri. b.
LDP jangka pendek (bertaja atau
tidak bertaja di dalam dan luar negeri) c.
Tawaran Biasiswa daripada
negara-negara asing. d.
Tawaran berkursus daripada pelbagai
Pusat Serantau (SEAMEO). e.
Program-program Eksekutif seperti Leadership in Educational Programme (LEP)
dan Management Leadership in School
(MLS). 14.
Bertanggungjawab kepada Pegawai dan
Kakitangan di bawah kawalan yang ditetapkan. 15.
Tugas-tugas lain yang diarahkan
oleh Ketua Bahagian / Ketua Unit dan pihak atasan yang berkepentingan. |
|
2 |
JABATAN PERKEMBANGAN KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN G.15 ($3,880 - $4,240 SEBULAN) KEKOSONGAN = SATU (1) |
|
|
1.
Ijazah
Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Pendidikan Matematik atau bidang
bersesuaian. 2.
Sedang
berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Pelajaran atau jawatan bersesuaian
dalam tanggagaji G.13 / B.2 EB.3 / B.2 / G.11 tidak kurang dari 5 tahun. 3.
Diploma
/ Sijil Pendidikan / Sijil Perguruan. 4.
Lulus
Peperiksaan Perkhidmatan Awam berikut: a. Peperiksaan Jabatan (jika ada); b. Peraturan-Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan
Perkhidmatan; c. Peraturan-Peraturan
Kewangan. 5. Mempunyai Laporan Penilaian Prestasi
di tahap sekurang-kurangnya SANGAT
BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.
TUGAS DAN
TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PELAJARAN KANAN: JABATAN
PERKEMBANGAN KURIKULUM 1.
Bertanggungjawab
bagi membantu Pengarah dan Penolong-Penolong Pengarah dalam urusan-urusan
pentadbiran, perancangan dan pengurusan pejabat. 2.
Menghadiri
mesyuarat-mesyuarat EXCO JPK dan lain-lain mesyuarat / perjumpaan / majlis
yang berkenaan. 3.
Merancang
kegiatan Unit Matematik dan seterusnya membuat penilaian serta laporan
mengenainya. 4.
Menyelaras
dan mengawasi tugas-tugas dan kegiatan pegawai-pegawai Unit Matematik. 5.
Membuat
penilaian prestasi pegawai-pegawai dalam Unit Matematik. 6.
Menyedia
laporan Tahunan dan Anggaran Perbelanjaan Tahunan bagi Unit Matematik. 7.
Bertanggungjawab
mengkaji, merancang dan menyediakan berbagai-bagai rancangan kurikulum
sekolah mengikut dasar dan matlamat pendidikan Negara. 8.
Bertanggungjawab
menyediakan dan menerbit bahan-bahan kurikulum matematik seperti sukatan
pelajaran, panduan guru, buku teks, buku kerja dan bahan bantu mengajar. 9.
Bertanggungjawab
menilai dan memperbaiki rancangan-rancangan kurikulum dan bahan-bahan yang
disediakan dari semasa ke semasa untuk memastikan kesesuaian penggunaannya
dan mutu bahan tersebut. 10.
Bertanggungjawab
memberi penerangan dan bimbingan dalam penggunaan bahan-bahan kurikulum
matematik. 11.
Bertanggungjawab
memantau perlaksaan kurikulum matematik di sekolah-sekolah rendah dan
menengah. 12.
Menjadi
penyelaras dan pengerusi jawatankuasa-jawatankuasa yang berkaitan dengan
penyediaan bahan kurikulum matematik rendah dan menengah. 13.
Merancang,
menyelaras dan melaksanakan bengkel-bengkel / taklimat / perkembangan profesi
guru-guru matematik. 14.
Mendapatkan
‘current trend’
dan/atau ‘best practices’
dalam pengajaran dan pembelajaran matematik untuk dikongsisamakan dengan
guru-guru. 15.
Bertanggungjawab
menyemak dan menilai buku-buku tambahan dirujukan serta bahan-bahan
pengajaran dan pembelajaran yang lain untuk digunakan di sekolah-sekolah. 16.
Melaksanakan
tugas-tugas yang berkaitan atau mana-mana tugas yang diarahkan oleh Pengarah dan
Penolong-Penolong Pengarah dari semasa ke semasa. |
|
3 |
PENOLONG KETUA PELAJARAN RENDAH BAHAGIAN PELAJARAN RENDAH JABATAN SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN G.11 ($2,270 - $3,760 SEBULAN) KEKOSONGAN = SATU (1) |
|
|
KELAYAKAN
MINIMUM: 1.
a) Diploma / Sijil Pendidikan / Sijil
Perguruan. b)
Sedang
berkhidmat di Kementerian Pendidikan termasuk Jabatan Sekolah-Sekolah,
Kenaziran Sekolah-Sekolah, Peperiksaan dan lain-lain Institusi Pengajian
tidak kurang dari 20 tahun. 2.
Mempunyai
pengalaman dan pernah terlibat dalam bidang penyeliaan dan pemantauan atau
mempunyai pengetahuan yang luas serta terlibat di dalam bidang pengurusan
sekolah rendah dan menjalankan tugas-tugas berkenaan adalah kelebihan. 3.
Sedang /
pernah atau berpengalaman dalam pengurusan Pendidikan Rendah adalah
keutamaan. 4.
Pernah
mengikuti kursus-kursus pentadbiran sekolah atau kursus pengurusan sama ada
di luar atau di dalam negeri adalah keutamaan. 5.
Mempunyai
Laporan Penilaian Prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG KETUA PELAJARAN RENDAH: 1.
Bertanggungjawab dalam pengurusan pendidikan
di Bahagian Pendidikan Rendah termasuk pejabat di Jabatan Sekolah-Sekolah,
Daerah / Kawasan termasuk: ·
Hal Ehwal Pegawai dan Kakitangan ·
Kewangan Sekolah ·
Cadangan peruntukan / belanjawan ·
Hal Ehwal Murid ·
Bangunan Sekolah dan kawasan ·
Peralatan Sekolah ·
Aktiviti dan kegiatan Sekolah ·
Berhubungan dengan Jabatan
Kerajaan, agensi luar dan masyarakat ·
Tugas-tugas yang diarahkan oleh
Penolong Pengarah / Pengarah Sekolah-Sekolah 2.
Bertanggungjawab dalam urusan pendidikan
di Bahagian Pendidikan Rendah termasuk Pejabat Jabatan Sekolah-Sekolah,
Daerah / Kawasan. 3.
Pengurusan hal ehwal kebajikan
Pegawai dan Kakitangan. 4.
Pengurusan Kewangan Sekolah (yuran,
kantin, rampaian). 5.
Cadangan peruntukan dan belanjawan
bagi Pejabat dan Sekolah. 6.
Pengurusan mengenai pemesanan,
pembelian, penyimpanan dan pembayaran peralatan Sekolah / buku perpustakaan. 7.
Pemuliharaan bangunan sekolah dan
kawasan. 8.
Menangani hal ehwal kebajikan
murid. 9.
Aktiviti dan kegiatan Pejabat /
Sekolah. 10.
Berhubung
dengan Jabatan-Jabatan Kerajaan, Agensi dan Masyarakat. 11.
Pengurusan
hal perjawatan / jawatan kosong /
kenaikan gaji / pangkat Pegawai. 12.
Menyelaras
kedatangan guru-guru CfBT. 13.
Melaksanakan
tugas arahan Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Rendah / Pegawai
Tugas-Tugas Khas Kanan Rendah / Pengarah Sekolah-Sekolah. |
|
4 |
JABATAN KERJA RAYA KEMENTERIAN PEMBANGUNAN B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN) KEKOSONGAN = EMPAT (4) |
|
|
KELAYAKAN
MINIMUM: 1. a) Ijazah
Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Kejuruteraan Awam / Kejuruteraan
Bangunan / Kejuruteraan Struktural / Kejuruteraan Mekanikal / Ukur Bahan atau
bidang bersesuaian. ATAU b)
BDTVEC/BTEC
Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang Kejuruteraan
Awam / Kejuruteraan Bangunan / Kejuruteraan Struktural / Kejuruteraan
Mekanikal / Ukur Bahan atau bidang bersesuaian serta sedang berkhidmat dengan
Kerajaan dalam jawatan berkaitan dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5
tahun. ATAU c)
Sedang
berkhidmat di Jabatan Kerja Raya dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji
C.3 tidak kurang dari 7 tahun. ATAU d)
Sedang
berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3
tidak kurang dari 9 tahun. 2.
Calon-calon
yang telah mengikuti serta lulus dengan kepujian kursus-kursus dalam bidang
teknikal yang berkaitan yang dianjurkan atau diakui oleh Jabatan Kerja Raya
adalah kelebihan. 3.
Mempunyai
Laporan Penilaian Prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan atau disepanjang
perkhidmatannya bagi yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGUASA: BAHAGIAN PERKHIDMATAN PELANGGAN [CS], JABATAN PERKHIDMATAN
AIR 1.
Melapor
kepada Ketua Bahagian. 2.
Mengurus
dan mentadbir kakitangan dan kerja-kerja Unit Penguatkuasaan Bahagian
Pengurusan Billing Air. 3.
Bertanggungjawab
dalam memastikan kakitangan Pemantauan Tunggakan Bil Air menjalankan
penganalisaan data penyata akaun pelanggan bagi memastikan surat amaran atau
surat pemotongan yang akan dihantar mempunyai data yang tepat. 4.
Memastikan
penghantaran Surat Amaran dan Surat Pemberitahuan Pemotongan Bekalan Air
adalah dalam tempoh yang ditetapkan. 5.
Memastikan
pengguna bekalan air (pemegang akaun mengikut kategori) tidak melanggar Akta
Bekalan Air (yang dengan sengaja atau tidak jujur mengambil, menggunakan,
atau melencong atau menyebabkan pelencongan bekalan air yang dibekalkan oleh
Jabatan Perkhidmatan Air). 6.
Mengenalpasti
penggunaan bekalan air yang melanggar Akta Bekalan Air dan menyediakan
laporan untuk dihadapkan kepada Ketua Bahagian. 7.
Menyediakan
Pelan Operasi Pemeriksaan Tapak dan Pemotongan Bekalan Air bagi kawalan
pelanggaran Akta Bekalan Air. 8.
Menyediakan
Pelan Operasi kepada Ketua Bahagian. 9.
Melaksanakan
tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Bahagian dan pihak atasan dari semasa
ke semasa. JABATAN KERJA RAYA, KUALA BELAIT [SKB] 1.
Bertanggungjawab selaku Ketua Unit bagi menyelia
dan mentadbir pentadbiran kakitangan bawahannya, menyelia serta pengawasan
dalam kerja-kerja Projek, Pemeliharaan dan Pembinaan Bangunan atau Jalanraya,
Pemeliharaan Perkhidmatan Air, Pemeliharaan dan Pembinaan Saliran atau
Pembetungan, Mekanikal atau Elektrikal. 2.
Memeriksa dan membuat laporan teknikal di dalam
kerja-kerja projek dari semasa ke semasa dan membantu di dalam pemantauan
kerja dan ‘cost control’
pada projek-projek Pemeliharaan dan Pembinaan Bangunan atau jalanraya, Pemeliharaan
Perkhidmatan Air, Pemeliharaan dan Pembinaan Saliran atau Pembetungan,
Mekanikal atau Elektrikal. 3.
Menyediakan butiran spesifikasi kerja dan ‘Bill of Quantities’ di dalam
penyediaan Tawaran atau sebutharga bagi kerja-kerja projek yang berkaitan. 4.
Meneliti skop kerja dan progress kerja projek
serta menilai tuntutan dan pembayaran projek dari semasa ke semasa. 5.
Menghadiri mesyuarat tertentu dan menyelaras
mesyuarat bersama Unit-unit, Jabatan-Jabatan, pihak pelanggan, konsultan,
kontraktor dan ‘specialist’
yang berkenaan dari semasa ke semasa. 6.
Bersedia menerima arahan daripada pegawai atasan
dari semasa ke semasa sama ada di luar waktu bekerja dan sebagainya. BAHAGIAN KAJI SELIDIK DAN UJIAN BAHAN BINAAN [BKS/UBB],
JABATAN PERKHIDMATAN TEKNIKAL 1.
Membantu
Ketua Bahagian dalam pengurusan kewangan pejabat seperti permohonan rang
anggaran belanjawan pejabat, sebutharga, tawaran, pembayaran dan peruntukan
peralatan makmal dan pejabat. 2.
Menilai
dan membuat laporan kerja-kerja ‘trial
mix konkri’ di tapak binaan projek dengan memastikan ‘design mix’, laporan-laporan
ujian dan prosedur mengikut piawaian ditetapkan. 3.
Membuat
kerja-kerja pemeriksaan penilaian dan laporan bagi kerosakan struktur dan
bangunan serta membuat ujian-ujian lanjutan bila diperlukan. 4.
Membuat
pemantauan dan pemeriksaan secara berjadual dan rambang ke tapak pembekal readymix konkrit samaada di ‘batching plant’ maupun tapak
pembinaan. 5.
Membuat
pemeriksaan dan kaji selidik ke tapak-tapak kilang pembuat ‘precast concrete’ dan lain-lain bahan
binaan bagi mengenalpasti mutu dan piawaian seperti yang ditetapkan. 6.
Membuat
penilaian dan sokongan bagi permohonan persijilan bahan-bahan binaan yang di
bawah program pengiktirafan persijilan Kementerian Pembangunan. 7.
Membantu
Ketua Bahagian merancang, menjalankan ‘surveillance’ audit dan membuat laporan ke atas
Makmal-makmal Persendirian, Pembekal Konkrit Readymix dan Permohonan Persijilan Pembekal Produk yang berdaftar
dan mengikut program persijilan di bawah Kementerian Pembangunan. 8.
Memantau,
merancang dan memastikan program pemeliharaan mesin dan keadaan mesin serta
peralatan-peralatan ujian dalam keadaan baik dan beroperasi dengan mengikut
spesifikasi dan piawaian yang khusus. 9.
Memeriksa
dan meneliti laporan hasil keputusan ujian bahan-bahan binaan yang diuji di
dalam makmal dan luar makmal dengan memastikan ianya teratur, betul, mengikut
piawaian dan membuat tindakan berpatutan. 10.
Menilai
dan membuat analisa serta membuat laporan kerja-kerja ‘third party witness’ yang
dipohonkan oleh makmal-makmal persendirian dan syarikat-syarikat pembekal
bahan-bahan binaan. 11.
Membantu
Ketua Bahagian mengawas dan memastikan semua kakitangan menjalankan
tugas-tugas dengan baik, berdisiplin, teratur dan mengikut jadual-jadual
kerja yang telah ditetapkan. 12.
Menghadiri
mesyuarat teknikal, pengurusan dan kewangan sebagai wakil Ketua Bahagian. 13.
Menerima
tugas-tugas dan arahan dari semasa ke semasa daripada pegawai atasan. BAHAGIAN PEMELIHARAAN JALANRAYA [SRM], JABATAN JALAN
RAYA 1.
Membantu
Ketua Bahagian dengan isu-isu berkaitan dengan bidang teknikal. 2.
Mengenalpasti
dan memperuntukan tugasan kepada ahli-ahli projek dan kakitangan di tapak
bina. 3.
Memperuntukan
atau membahagikan tugasan kepada Ketua Pembantu Teknik, Pembantu Teknik Kanan
dan Pembantu Teknik. 4.
Menyediakan
anggaran bagi projek-projek (RKN dan OCSE) baru. 5.
Menyediakan
anggaran, pelan, dokumen-dokumen dan notis bagi tawaran dan sebutharga. 6.
Menjalankan
pengawasan dan pemeriksaan di tapak binaan dalam hal-hal projek 7.
Mengenalpasti
dan menyelesaikan masaalah-masaalah projek dengan ahli-ahli projek dan
‘Client’ 8.
Memantau
prestasi kerja dan disiplin kakitangan di tapak binaan. 9.
Melaksanakan
tugasan / tanggungjawab tambahan yang diarahkan oleh Ketua Bahagian, Penolong
Pengarah dan Pengarah dari semasa ke semasa. |
|
5 |
PEMERHATI KAJICUACA KANAN TINGKAT I JABATAN PENERBANGAN AWAM KEMENTERIAN PERHUBUNGAN C.2 EB.3 ($1,450 - $2,270 SEBULAN) KEKOSONGAN = DUA (2) |
|
|
KELAYAKAN
MINIMUM: 1. a) BDTVEC/BTEC
Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau sebanding dalam bidang Matematik /
Sains / Alam Sekitar atau bidang bersesuaian. ATAU b)
Sedang
berkhidmat di Jabatan Penerbangan Awam sebagai Pemerhati Kajicuaca Kanan Tingkat II dalam tanggagaji C.1 tidak
kurang dari 3 tahun. 2.
Lulus
peperiksaan kelayakan sebagai Pemerhati Kajicuaca Kanan Tingkat I dan diakui
sebagai “WMO Meterological
Technician”. 3.
Berpengetahuan
dan berpengalaman dalam penyelanggaraan dan penukaran peralatan konvensional kajicuaca
dan berkebolehan dalam mengendalikan keseluruhan tugas-tugas operasi Bahagian
Kajicuaca. 4.
Fasih
bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. 5.
Berpengetahuan
dan pengalaman dalam penggunaan perisian komputer dan pengetahuan tentang
iklim Negara Brunei Darussalam dan Rantau Asia adalah kelebihan. 6.
Mempunyai
Laporan Penilaian Prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan atau disepanjang
perkhidmatannya bagi yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMERHATI KAJICUACA KANAN
TINGKAT I: 1.
Melapur
diri kepada Penyelia Kajicuaca tempat bertugas. 2.
Bertanggungjawab
untuk mengawasi tugas-tugas Pemerhati Kajicuaca Kanan Tingkat II dan
kakitangan bawahan. 3.
Membantu
dalam pengendalian kursus dan latihan bagi kakitangan Bahagian Kajicuaca dan
mana-mana pihak yang memerlukan. 4.
Memeriksa,
menyelenggara dan mententukur peralatan konvensional kajicuaca. 5.
Menyemak
dan menyunting data-data kajicuaca dan kajiklim untuk kawalan mutu. 6.
Menyediakan
statistik data klimat asas berformat harian, bulanan dan tahunan. 7.
Mengawasi
dan menjalankan pemeliharaan asas sistem-sistem komputer untuk tujuan
perasional. 8.
Membantu
Pegawai Kajicuaca dalam pengurusan kakitangan dan pentadbiran unit tempat
bertugas. 9.
Membantu
penyelarasan, pemesanan dan pembelian peralatan operasional. 10.
Membantu
Pegawai Kajicuaca dalam menyediakan bahan dan menjalankan tugas-tugas
kajiselidik. 11.
Menjalankan
ukur-tapak untuk stesen kajiklim dan stesen turunan hujan seterusnya memasang
peralatan. |