|
PEMBERITAHUAN:
-
Semua permohonan adalah melalui pengisian borang SPA2
kecuali dimaklumkan sebaliknya.
-
Borang SPA2 boleh didapati di Pejabat Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam, Negara Brunei Darussalam dan
dikembalikan ke tempat penghantaran borang permohonan
yang disebutkan bersama-sama dengan salinan sijil,
sijil, surat-surat akaun yang lengkap dan diakui sah.
-
Semua kelulusan, sijil-sijil kecekapan, peperiksaan yang
dikendalikan oleh badan-badan professional yang
dihadapkan bersama borang permohonan hendaklah
diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam. (selepas ini dipanggil Kerajaan).
-
Permohonan hendaklah dihadapkan melalui Ketua Jabatan.
Ketua Jabatan dikehendaki menyertakan:-
a. Laporan Sulit
mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon;
b. Tahap Penilaian Prestasi
bagi tempoh 3 tahun kebelakangan atau disepanjang
perkhidmatan bagi yang belum mencapai tempoh perkhidmatan
selama 3 tahun (borang Penilaian Prestasi tidak perlu
disertakan);
c. Rekod Perkhidmatan.
-
Tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT
BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan atau
disepanjang perkhidmatan bagi pemohon yang belum
mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun.
-
Permohonan yang diterima lewat dari tarikh tutup iklan
tidak akan dilayan.
-
Bilangan kekosongan adalah betul semasa dicetak. Walau
bagaimanapun, pemohon-pemohon boleh mendapatkan maklumat
lanjut mengenai sebarang perubahan bilangan kekosongan
dalam tempoh iklan dibukakan melalui cara berikut;
·
Menelefon 2381961 Sambungan 530/527 atau 2383455 (Bahagian
Iklan);
·
Melihat Papan kenyataan Tingkat I, Pejabat Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam;
·
Melayari laman web rasmi Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam (Iklan Jawatan Kosong) iaitu
http://www.spa.gov.bn/
-
Borang permohonan hendaklah dikembalikan kepada:
SETIAUSAHA
PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
BANGUNAN SPA
LAPANGAN TERBANG LAMA BERAKAS, BB3510
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
TARIKH
TUTUP IKLAN:
13
SEPTEMBER 2010
BILANGAN
IKLAN : 78/2010/SPA/BMI/38 (A)
<<Kembali |