TAN KOSONG

 

IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

IKLAN PERATURAN 38(a)

 

 (TARIKH TUTUP : 24 OKTOBER 2011)

BILANGAN IKLAN: 52/2011 /SPA/BMI/38(a)

 

DIBUKAKAN KEPADA SEMUA PEGAWAI DAN KAKITANGAN

YANG SEDANG BERKHIDMAT DI PERKHIDMATAN AWAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

ERKHIDMATRATURAN 38( 

DIBUKAKAN KEPADA PEGAWAI DAN KAKITANG DISEBUTKAN SAHAJA

SILA DAPATKAN MAKLUMAT DARIPADA KEMENTERIAN/JABATAN MASING-MASING

 

Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah mengeluarkan SURAT PEMBERITAHUAN

 mengenai jawatan-jawatan berikut:-

 

 

BIL

JAWATAN

KEMENTERIAN / JABATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

1.

JURUTEKNIK PEMELIHARAAN KANAN
C.4 EB.5 ($2,340 - $2,970 SEBULAN)

Tugas Dan Tanggungjawab

JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

KAUNTER BORANG PERMOHONAN,

TINGKAT 2, BAHAGIAN PENGAMBILAN,

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM,

BANGUNAN SPA,

LAPANGAN TERBANG LAMA BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961 EXT: 588

 

MAKLUMAT LANJUT MENGENAI PENGIKLANAN DENGAN MENGHUBUNGI TELEFON 2383455

(BAHAGIAN IKLAN)

 

&

CARA PERMOHONAN

2.

BIDAN (STAFF)
M.7-8 EB.9 ($1,310 - $2,315 SEBULAN)

Tugas Dan Tanggungjawab

JABATANARAH PENTADBIRAN DAN TENAGA MANUSIA

KEMENTERIAN PERTAHANAN

3.

JURUPANDU
D.4 EB.5 ($1,225 - $1,625 SEBULAN)

Tugas Dan Tanggungjawab

JABATAN PELABUHAN-PELABUHAN

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN


 
<<Atas

<< Kembali Ke Maklumat Semasa  

1.

JURUTEKNIK PEMELIHARAAN KANAN
JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI
C.4 EB.5 ($2,340 - $2,970 SEBULAN)

KEKOSONGAN = SATU (1)

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

1.            a)        BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

ATAU

 

b)       Sedang berkhidmat di Jabatan Radio Televisyen Brunei sebagai Juruteknik Pemeliharaan dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 3 tahun.

 

ATAU

 

c)               Sedang berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 4 tahun.

 

2.            Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

 

3.            Mempunyai Laporan Penilaian Prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan atau disepanjang perkhidmatannya bagi yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JURUTEKNIK PEMELIHARAAN KANAN:

 

1.            Bertanggungjawab secara langsung kepada Jurutera yang berkenaan di Jabatan Radio Televisyen Brunei.

 

2.            Bertanggungjawab ke atas hal ehwal perkembangan dan pengurusan sumber tenaga manusia di dalam Unit di bawah kawalannya.

 

3.         Memastikan peralatan-peralatan yang digunakan terpelihara serta berfungsi dan bertanggungjawab dalam satu-satu bidang khusus atau fungsi-fungsi sesebuah Bahagian / Seksyen / Unit di Bahagian Kejuruteraan seperti berikut:

 

·                      Unit Siaran Luar

·                      Satelit dan pemancaran

·                      Perkhidmatan Bangunan dan Elektrikal

·                      Studio dan Rakaman Tv

·                      Audio dan Studio Radio

·                      Group Technology

 

4.            Bertanggungjawab bagi mengawasi kakitangan dan kerja-kerja pemeliharaan.

 

5.            Memastikan perkhidmatan yang dipohonkan oleh Bahagian yang berkenaan dengan hal ehwal penerbitan dan rancangan dapat disediakan.

 

6.            Mengawasi projek-projek yang berkaitan dengan Bahagian / Seksyen / Unit masing-masing.

 

7.            Menjalankan dan melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

<<Atas

 

2.

BIDAN (STAFF)

JABATANARAH PENTADBIRAN DAN TENAGA MANUSIA

KEMENTERIAN PERTAHANAN
M.7-8 EB.9 ($1,310 - $2,315 SEBULAN)

KEKOSONGAN = EMPAT (4)

 

 KELAYAKAN MINIMUM:

 

1.            a)         i)       Mempunyai  Diploma  atau  Sijil Perbidanan atau sebanding.

 

ii)             Berdaftar dengan Lembaga Kejururawatan Brunei (Brunei Nursing Board) adalah keutamaan.

 

ATAU

 

b)     Sedang berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Bidan Tingkat Khas atau sebanding dalam tanggagaji
M.5 tidak kurang dari 5 tahun.

 

2.          Pernah bertugas sambil belajar di Hospital-Hospital Kerajaan, Klinik-Klinik Kesihatan, Bilik Bersalin, Klinik Pakar Puan (O&G) / pernah atau sedang berkhidmat dengan hospital-hospital Kerajaan atau swasta dalam bidang perbidanan / sedang berkhidmat di Pusat-Pusat Kesihatan di bahagian ibu-ibu mengandung dan kesihatan anak-anak damit adalah keutamaan.

 

3.            Mempunyai Laporan Penilaian Prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan atau disepanjang perkhidmatannya bagi yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB BIDAN (STAFF) DI JABATANARAH PENTADBIRAN DAN TENAGA MANUSIA, KEMENTERIAN PERTAHANAN:

 

1.            Bertanggungjawab kepada Ketua Pegawai Perubatan dan Pegawai Perubatan melalui Pegawai Jururawat Kanan bagi semua perkhidmatan perbidanan dan penjagaan pencegahan kesihatan kepada semua ibu-ibu dan anak-anak damit di Klinik Keluarga.

 

2.            Memberi rawatan untuk keselesaan ibu-ibu mengandung dan pesakit-pesakit.

 

3.            Membuat tugas bersedia (on-call) 24 jam bersama dengan bidan dan kakitangan-kakitangan perubatan. Dan memberikan rawatan bidan kecemasan bagi ibu-ibu mengandung yang melahirkan dalam situasi kecemasan.

 

4.            Mengawasi latihan bidan supaya mengikut rawatan dan tatacara perbidanan.

 

5.            Memerhati lawatan bidan-bidan bagi ibu-ibu yang lepas bersalin untuk dibuat pemeriksaan yang tinggal dalam perkhemahan.

 

6.            Memberikan khidmat nasihat dan membuat pemeriksaan kepada ibu-ibu mengandung secara berterusan sebelum dan selepas bersalin.

 

7.            Memberikan suntikan vasinasi (immunization) menurut tatacara dan prosedur tertentu.

 

8.            Mengawasi Klinik Keluarga ketika diadakan latihan dan operasi ketenteraan.

 

9.         Membuat laporan-laporan, statistik bulanan dan melaporkan kepada Ketua Pegawai Perubatan melalui Pegawai Jururawat.

 

10.       Melibatkan diri dalam pembelajaran lanjutan kejururawatan dan perbidanan dan bersedia untuk menjadi penceramah, jerayawara.

 

11.      Mewakili Pegawai-Pegawai Jururawat untuk menghadiri mesyuarat dan taklimat di Kementerian Kesihatan.

 

<<Atas

 

3.

JURUPANDU

JABATAN PELABUHAN-PELABUHAN

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN
D.4 EB.5 ($1,225 - $1,625 SEBULAN)

KEKOSONGAN = SATU (1)

 

KELAYAKAN MINIMUM:     

 

1.      a)      Mempunyai Sijil Kecekapan sebagai Pegawai Laut Kelas 7 atau  sebanding.

 

ATAU

 

b)            Sedang berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Serang Tingkat II tidak kurang dari 3 tahun.

 

2.      Mempunyai pengetahuan baik mengenai kawasan perairan Brunei terutama sekali di kawasan perairan
      Pelabuhan Muara.

 

3.      Mempunyai Laporan Penilaian Prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun
      kebelakangan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JURUPANDU:

 

1.      Akan diaturkan untuk menjalankan latihan di bawah pengawasan Jurupandu Kanan untuk mendapatkan Sijil Jurupandu Kelas B.

 

<<Atas

 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa