IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP : 30 JANUARI 2010)

BILANGAN IKLAN: 1/2010/SPA/BMI/ 38(A)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT I

JABATAN PERDANA MENTERI

B.3   ( $3,880 -  $4,240 SEBULAN)

KEKOSONGAN: 1

Tugas dan Tanggungjawab

1 – 5

 

 

 

 

 

2.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT I

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

B.3 ($3,880 - $4,240 SEBULAN)

kekosongan:1
Tugas dan Tanggungjawab

 

 

3

PEGAWAI PELAJARAN KANAN

BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

G.15   ( $3,880 -  $4,240 SEBULAN)

KEKOSONGAN : 1
Tugas dan Tanggungjawab

 

 4

PENGUASA MEKANIK DAN ELEKTRIK

KEMENTERIAN KESIHATAN

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

KEKOSONGAN : 1
Tugas dan Tanggungjawab

 

5 

PEGAWAI PENELITIAN

JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI

C.1-2 EB.3   ( $1,280 -  $2,270 SEBULAN)

KEKOSONGAN:  1
Tugas dan Tanggungjawab

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

 

1.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT I

JABATAN PERDANA MENTERI

B.3   ( $3,880 -  $4,240 SEBULAN)

KEKOSONGAN: 1

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM :

 

     1.     a)     i)     Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Teknologi Maklumat (IT) / Kejuruteraan Telekom dan IT /Pengurusan / Pentadbiran 
                           
Am / Pentadbiran Perniagaan
atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

                            Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

                     ii)    Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II atau jawatan bersesuaian dalam
                            tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

             b)    Bagi yang tidak mempunyai Ijazah, hendaklah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II
                    atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 tidak kurang dari  8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

     2.     Lulus peperiksaan Perkhidmatan Awam seperti berikut:

 

             a)     Peperiksaan Jabatan (jika ada)

             b)     Peraturan-Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan;

             c)     Peraturan-Peraturan Kewangan

 

     3.     Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

 

 

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB  PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT I DI JABATAN PERDANA MENTERI :

 

  1. Membantu Ketua Unit Pelaksana e-Kerajaan pada perkara yang bersangkutan dengan inisiatif e-Kerajaan, yang mana melalui e-Kerajaan, pihak Kerajaan akan dapat mencapai visi dan misinya bagi memodenisasikan perkhidmatan awam;
     

  2. Bertanggungjawab kepada tugas utama di bawah Unit Pelaksana e-Kerajaan iatiu pentadbiran/perkembangan strategi/pemantauan makro mengenai e-Kerajaan;
     

  3. Membantu dalam memastikan pelaksanaan perkhidmatan dan keberkesanan e-Kerajaan sebagai contoh dari segi Government to Government (G2G), Government to Business (G2B), Government to Citizen (G2C) dan Government to Employee (G2E).
     

  4. Memastikan mensyuarat UPEK dikendalikan 2 kali seminggu yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri selaku Pengerusi EGLF;
     

  5. Memastikan Mesyuarat CIO Dialog dikendalikan sekurang-kurangnya sebulan sekali yang dipengerusikan oleh YM SUT di Jabatan Perdana Menteri selaku Overall Government CIO;
     

  6. Menyediakan laporan penyelidikan dan analisa mengenai e-Kerajaan dalam usaha memastikan Negara Brunei Darussalam mencapai kedudukan yang meningkat di ranking dunia seperti Global e-Governmet, E-Government Readiness Index, Brooking institution, Waseda University dan lain-lain;
     

  7. Memastikan kertas kerja atau cadangan (proposal) seperti kaji selidik, Memorandum Persefahaman (MOU) atau ICT scholarship adalah teratur.
     

  8. Memastikan sistem UPEK monitoring termasuk UPEK filing system yang kemaskini;
     

  9. Menjadi penyelaras pentadbiran bagi pelajar-pelajar yang telah mengikuti kursus ICT Conversion seperti di Singapura;
     

  10. Membantu jawatankuasa pemantauan Jawatankuasa Pemantauan Program e-Government ICT (JPPEG-ICT) dan kumpulan komunikasi e-Kerajaan;
     

  11. Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh Ketua Unit Pelaksana E-Kerajaan.

 

 

 

 

<< Atas

 

 

 

2.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT I

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

B.3 ($3,880 - $4,240 SEBULAN)

kekosongan:1

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM: 

 

     1.     a)     i.      Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran Am atau bidang bersesuaian, atau kelulusan
                             sebanding dalam bidang-bidang yang sama.   

 

                             Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

                     ii.     Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II atau jawatan bersesuaian dalam
                             tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

             b)     Bagi yang tidak mempunyai Ijazah, hendaklah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II
                     atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 tidak kurang dari  8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

     2.     Telah lulus dalam peperiksaan Perkhidmatan Awam seperti berikut:

 

             a)     Peperiksaan Jabatan (jika ada)

             b)     Peraturan-Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan;

             c)     Peraturan-Peraturan Kewangan

 

     3.     Tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. 

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT I DI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN:

 

     1.     Bertanggungjawab kepada pegawai atasan Sains dan Teknologi dalam pengurusan bidang sains, teknologi dan inovasi,
             termasuk:

  •      Menyediakan laporan, kertas kerja dan kertas dasar

  •      Menyelidik ‘best practices’ antarabangsa dalam pengurusan bidang sains dan teknologi

  •      Memantau dan mengumpul data dan maklumat

  •      Perlaksanaan projek-projek sains dan teknologi dalam RKN

  •      Menyelaras penyediaan penilaian cadangan-cadangan projek untuk dibiayai oleh dana-dana sains dan teknoologi untuk
         pertimbangan jawatankuasa

  •      Memantau perlaksanaan dan perbelanjaan projek-projek sains dan teknologi dan menyediakan carta perbelanjaan bulanan

  •      Membuat persediaan dan menghadiri mesyuarat-mesyuarat dalam dan luar negeri

  •      Membuat persediaan apabila Negara Brunei Darussalam menjadi tuan rumah kepada mesyuarat-mesyuarat, persidangan dan
         pameran S & T serantau

  •      Menyelaras penyertaan Brunei di dalam pameran-pameran S & T di luar negara

  •      Mempromosikan kegiatan-kegiatan sains dan teknologi yang melibatkan Kementerian Pembangunan

  •      Pembahagian tugas pegawai dan kakitangan bawahan

 

     2.      Ahli Urusetia Jawatankuasa Kebangsaan Sains dan Teknologi.

 

     3.      Menerima arahan dari pegawai atasan dari masa ke semasa.

 

 

 

 

<< Atas

 

 

3.

PEGAWAI PELAJARAN KANAN

BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

G.15   ( $3,880 -  $4,240 SEBULAN)

KEKOSONGAN : 1

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM :

 

     1.     a)     i.     Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Komputer / Sistem Maklumat / Kejuruteraan Elektronik / Teknologi Maklumat
                            dan Komunikasi atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

                            Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

                     ii.    Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang berkaitan dalam bidang Sains Komputer / Sistem Maklumat /
                            Kejuruteraan Elektronik/Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau bidang bersesuaian dalam tanggagaji B.2 EB.3 atau 
                            tanggagaji sebanding tidak kurang dari 5 tahun  dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

             b)     Bagi yang tidak mempunyai Ijazah, hendaklah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang berkaitan dalam bidang
                     Sains Komputer / Sistem Maklumat / Kejuruteraan Elektronik/Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau bidang  bersesuaian
                     dalam tanggagaji B.2 atau tanggagaji sebanding tidak kurang dari  8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

     2.     Diploma/ Sijil Pendidikan / Sijil Perguruan.

 

     3.     Lulus peperiksaan Perkhidmatan Awam berikut:

 

             a)     Peperiksaan Jabatan (jika ada);

             b)     Peraturan-Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan;

             c)     Peraturan-Peraturan Kewangan.

 

     4.     Mempunyai pengalaman dan kemahiran dalam Merancang, Mengendalikan dan Memantau bidang-bidang berikut adalah
             kelebihan:-

 

             a)     Kepimpinan

             b)     Pentadbiran dan Perkhidmatan

             c)     Pengurusan Perisian Islam

 

     5.     Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB  PEGAWAI PEKAJARAN KANAN:

 

  1. Menerima arahan kerja dan melapor diri terus kepada Ketua Teknologi Maklumat, BTM / Chief Information Officer (CIO), KHEU.
     

  2. Selaku Ketua Unit Pentadbiran dan Perkhidmatan bagi mengurus dan menyelaras kerja-kerja Sub-Sub Unit yang terdapat dibawahnya iaitu:-
    a.     Sub Unit Pentadbiran dan Perkhidmatan
    b.     Sub Unit Pengurusan Perisian Islam
     

  3. Mengurus dan memelihara ‘konten Islam’ yang dimuatkan ke dalam Laman Web Rasmi Kementerian Hal Ehwal Ugama dan e-Islam Informasi Kiosk.
     

  4. Mengurus, menyelaras dan memantau ‘Islamic Database System’ dan mendapatkan Perisian Islam yang bersesuaian untuk tujuan kegunaan pembangunan Sistem Aplikasi Islam.
     

  5. Menyelaras penelitian dan pengkajian mengenai ajaran-ajaran yang menyeleweng atau kandungan yang bertentangan dengan Islam yang terdapat dalam internet untuk dijadikan sebagai bahan maklumat dalam menyelesaikan isu-isu ugama.
     

  6. Sebagai fasilitator dalam melatih dan menyelaras perisian Islam kepada pengguna-pengguna sistem aplikasi.
     

  7. Mengurus, menyelaras, menyedia dan mengendali komputer paparan ayat-ayat Al-Quran dan graphik (block) bagi majlis-majlis Hari Kebesaran Islam.  Aktiviti-aktiviti Kementerian Hal Ehwal Ugama dan lain-lain keperluan daripada Kementerian-Kementerian yang dipaparkan ke Radio dan Televisyen Brunei dan siaran satellite (siaran langsung) Asiasat3 Pre seperti berikut:-
    a.     Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah
    b.
        
    Majlis Perhimpunan Wanita
    c.     Majlis Israk dan Mikraj
    d.     Majlis Memperingati Nuzul Al Quran
    e.     Pertandingan Membaca Al Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan
    f.      Pertandingan Tilawatil Quran Belia Asia Tenggara
    g.     Pertandingan Tilawatil Quran Kementerian Kewangan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya.
    h.     Rancangan Radio dan Televisyen ( Ramadhan Karim)
    i.      Rancangan Radio dan Televisyen ( Sambutan Awal Tahun Hijrah)
     

  8. Memberikan pandangan, kerjasama dan laporan kepada CIO / Ketua Teknologi Maklumat, KHEU dalam hal ehwal keseluruhan pembangunan dan peningkatkan kerja dan kejayaan projek-projek e-Kerajaan KHEU, termasuklah lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.

 

 

<< Atas

 

 

4.

PENGUASA MEKANIK DAN ELEKTRIK

KEMENTERIAN KESIHATAN

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

KEKOSONGAN : 1

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM: 

 

     1.     i.     Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Mekanikal / Elektrikal atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-
                    bidang yang sama.

 

                    Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan

 

ATAU

 

            ii.     BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Mekanikal / Elektrikal atau bidang bersesuaian; atau
                    kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama serta telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Ketua Pembantu
                    Teknik atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun.

 

ATAU

 

           iii.     Berkhidmat di Kementerian Kesihatan sebagai Ketua Pembantu Teknik atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak
                   kurang dari 7 tahun atau berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Ketua Pembantu Teknik atau jawatan bersesuaian dalam
                   tanggagaji C.3 tidak kurang dari 9 tahun.

 

     2.     Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan atau disepanjang
             perkhidmatan bagi pemohon yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB  PENGUASA MEKANIK DAN ELEKTRIK:

 

  1. Bertanggungjawab kepada Ketua Bahagian ke atas kerja-kerja Mekanikal dan Elektrikal di hospital-hospital, pusat-pusat serta klinik-klinik kesihatan dan lain-lain bangunan di bawah kawalan Kementerian Kesihatan.
     

  2. Bertanggungjawab dalam pengurusan dan pengawasan kakitangan bawahan.
     

  3. Merancang, mengatur, menyusun, memeriksa, memantau dan mengawas kerja-kerja pemeliharaan, rawatan, baikpulih dan lain-lain kerja Mekanikal dan Elektrikal.
     

  4. Menyediakan dan menghadapkan kepada ketua/pegawai atasan laporan mengenai kakitangan, kerja-kerja yang sedang dilaksanakan, perbelanjaan dan anggaran perbelanjaan dari masa ke semasa dan apabila dikehendaki oleh Ketua Bahagian/Pegawai atasan.
     

  5. Menyediakan rekabentuk, lukisan dan spesifikasi kerja serta mengurus dan mengawas perlaksanaan kerja.
     

  6. Membuat penilaian serta sokongan tawaran dan sebutharga jika diperlukan.
     

  7. Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh Ketua Bahagian/pegawai-pegawai atasan dari masa ke semasa.

 

 

 << Atas

 

 

5.

PEGAWAI PENELITIAN

JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI

C.1-2 EB.3   ( $1,280 -  $2,270 SEBULAN)

KEKOSONGAN:  1

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM :

 

     1.     i.     BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang Statistik / Mathematik atau bidang bersesuaian atau kelulusan
                    sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

                    Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

            ii.     BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang Statistik / Mathematik atau bidang bersesuaian atau
                   kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama serta mempunyai pengalaman kerja dalam bidang yang bersesuaian
                   tidak kurang dari 3 tahun.

 

ATAU

 

           iii.     Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Kerani Penelitian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun atau Kerani
                   Perangkaan dalam tangaggaji D.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

     2.     Mempunyai pengetahuan dan pengalaman mengenai komputer adalah kelebihan.

 

     3.     Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan atau disepanjang
             perkhidmatannya bagi yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun
.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB  PEGAWAI PENELITIAN:

 

  1. Bertanggungjawab dalam mengendalikan pengumpulan data-data tertentu yang diperlukan bagi perangkaan sosial atau ekonomi.
     

  2. Meneliti dan menyunting data-data yang dikumpulkan dan menyusun data-data mengikut format perangkaan yang disediakan.
     

  3. Membantu Pegawai Perangkaan dalam menyediakan maklumat bagi laporan-laporan perangkaan sosial atau ekonomi.
     

  4. Menjalankan kerja luar berkaitan dengan pengumpulan maklumat perangkaan, seperti dalam banci atau kajian apabila diperlukan.
     

  5. Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan atau mana-mana tugas yang diarahkan oleh Ketua Bahagian.

 

 

 << Atas

 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 5

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 2

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)


<< Atas