IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP : 18 MAC 2010)

BILANGAN IKLAN: 17/2010/SPA/BMI/ 38(A)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

KEKOSONGAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS KANAN

JABATAN PERDANA MENTERI

KUMPULAN 2  ($5,400 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

2

1 - 4 

 

 

2.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT I

UNIT PERBANDARAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

B.3 ($3,880 - $4,240 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1

 

3.

 

PEGAWAI JURURAWAT (PERUBATAN)

JABATAN PERKHIDMATAN KEJURURAWATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

M.11 ($1,920 - $3,250 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

40

 

4.

 

KERANI PENDAFTARAN KANAN

JABATAN PEGUAM NEGARA

C.1-2 EB.3   ( $1,280 -  $2,270 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

2

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

 

1.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS KANAN

JABATAN PERDANA MENTERI

KUMPULAN 2  ($5,400 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

  1. i)     Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Teknologi Maklumat (IT), Kejuruteraan Telekom dan IT, Pengurusan,
           Pentadbiran Perniagaan atau dalam bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang-
           bidang yang sama.

     
    Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.
     
    ii)    Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan dalam tanggagaji Kumpulan
           3 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

     

  2. Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS KANAN:

 

  1. Mengetuai Unit Pelaksana E-Kerajaan;
     

  2. Memberi input dan membuat kerja-kerja strategik bagi Timbalan Menteri selaku Pengerusi EGLF, Setiausaha Tetap di JPM selaku Overall Government CIO dan Timbalan Setiausaha Tetap yang bertanggungjawab kepada IT dan e-Kerajaan;
     

  3. Membuat perancangan dan kerja pemantauan secara makro perlaksanaan inisiatif e-Kerajaan supaya lebih efisen dan efektif dalam memastikan Key Perfomance Indicators (KPI) selari dengan Pelan Strategik e-Kerajaan 2009-2014, Visi dan Misi Jabatan Perdana Menteri dan Wawasan Brunei 2035;
     

  4. Selaku Sekretariat bagi Mesyuarat UPEK dan CIO Dialog;
     

  5. Menjadi ahli kepada jawatankuasa/kumpulan seperti Jawatankuasa Pemantauan Program e-Government ICT (JPPEG-ICT) dan kumpulan komunikasi e-Kerajaan;
     

  6. Memastikan perkembangan program-program seperti e-Government survey, HR-ICT, IT Scheme of Service, ICT Conversion, MOUs dan scholarships berjalan lancar dan mencapai hasil yang berguna dan bermanfaat kepada Kerajaan;
     

  7. Memastikan pelaksanaan perkidmatan e-Kerajaan seperti dari segi Government to Government (G2G), Government to Business (G2B), Government to Citizen (G2C) dan Government to Employee (G2E).
     

  8. Menyediakan laporan penyelidikan dan analisa mengenai e-Kerajaan dan memastikan Negara Brunei Darussalam mencapai kedudukan yang meningkat di ranking dunia seperti Global e-Government, E-Government Readiness Index, Brooking institution, Waseda University dan lain-lain.
     

  9. Menjalankan lain-lain tugas yang diarahakan oleh Timbalan Menteri selaku Pengerusi EGLF, Setiausaha Tetap di JPM selaku Overall Government CIO dan Timbalan Setiausaha Tetap yang bertanggungjawab kepada IT dan e-Kerajaan.

 

<< Atas

 

 

2.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT I

UNIT PERBANDARAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

B.3 ($3,880 - $4,240 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM: 

 

  1. a)      i)       Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran Awam atau bidang bersesuaian,
                      atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.   

     
           
    ii)       Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II atau jawatan
                      bersesuaian dalam tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam
                     jawatan.


                                                                             
    ATAU
     
    b)     Bagi yang tidak mempunyai Ijazah, hendaklah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Tugas-
            Tugas Khas Tingkat II dalam tanggagaji B.2 tidak kurang dari  8 tahun dan telah ditetapkan dalam
            jawatan.

     

  2. Lulus dalam peperiksaan Perkhidmatan Awam seperti berikut:
     
    a)     Peperiksaan Jabatan (jika ada)
    b)     Peraturan-Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan;
    c)      Peraturan-Peraturan Kewangan
     

  3. Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT I

 -DI UNIT PERBANDARAN, KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI:

 

  1. Bertanggungjawab kepada Ketua Bahagiannya;
     

  2. Menyelaras dan memantau hal ehwal Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria dan Jabatan Bandaran Tutong berkaitan dengan dasar, polisi, undang-undang, peraturan dan tugasan harian yang dikendalikan oleh Jabatan-Jabatan Bandaran;
     

  3. Bertanggungjawab dalam hal ehwal perhubungan antarabangsa dan diplomatik dengan negara-negara luar berkaitan dengan perbandaran;
     

  4. Mewakili bagi pihak Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri di dalam mesyuarat terutama yang berkaitan dengan Jabatan-Jabatan Bandaran;
     

  5. Hal ehwal projek-projek “United Nations Development Programmes (UNDP)” yang berkaitan dengan hal ehwal perbandaran;
     

  6. Melaksanakan lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

3.

PEGAWAI JURURAWAT (PERUBATAN)

JABATAN PERKHIDMATAN KEJURURAWATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

M.11 ($1,920 - $3,250 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM: 

 

  1. Sijil Jururawat Am atau sebanding dan berdaftar dengan Lembaga Kejururawatan Brunei (BNB).
     

  2. Sijil tambahan Kejururawatan (Post Basic).
     

  3. Berkhidmat sebagai Jururawat Kanan atau jawatan yang sebanding tidak kurang dari 7 tahun.
     

  4. Lulus Peperiksaan (ujian) bagi kenaikan pangkat.
     

  5. Mempunyai pengalaman yang luas dalam merawat pesakit-pesakit di hospital-hospital di bahagian yang khusus seperti ICU, CCU, SCBU, Renal Unit dan sebagainya adalah keutamaan.
     

  6. Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI JURURAWAT (PERUBATAN):

 

  1. Melaksanakan pentadbiran di bahagian mereka bertugas dengan teratur.
     

  2. Mempastikan dasar-dasar kejururawatan dan tatacara perawatan dijalankan dengan teratur.
     

  3. Mengawasi penjagaan, rawatan dan kesejahteraan pesakit-pesakit dikendalikan dengan memuaskan.
     

  4. Menasihat dan menjadi kaunselar kepada jururawat, pesakit dan keluarga pesakit.
     

  5. Berhubung rapat dan bekerjasama dengan pegawai-pegawai kakitangan di lain-lain bahagian hospital, pakar-pakar, pegawai perubatan dan keluarga pesakit untuk rawatan dan kesejahteraan pesakit.
     

  6. Menentukan penyimpanan dan pemeliharaan peralatan, alat perkakas, ubat-ubatan dan lain-lain perbekalan sentiasa cukup kemas dan dalam keadaan baik.
     

  7. Membimbing dan menunjuk ajar jururawat-jururawat terlatih dan jururawat dalam latihan.
     

  8. Bersedia menjadi pemeriksa dalam peperiksaan kejururawatan/perbidanan dan memberi ceramah bila diperlukan.
     

  9. Bekerjasama dengan pihak-pihak tertentu supaya pemeliharaan dan kebersihan di bahagian mereka bertugas dikendalikan dengan teratur dengan memuaskan.
     

  10. Menyediakan dan menghadapkan laporan penilaian prestasi jururawat.

 

<< Atas

 

 

4.

KERANI PENDAFTARAN KANAN

JABATAN PEGUAM NEGARA

C.1-2 EB.3   ( $1,280 -  $2,270 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM :

 

  1. i)     BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding
           dalam bidang bersesuaian.

     
                                                                                
    ATAU
     
    ii)     BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang bersesuaian serta mempunyai
            pengalaman kerja dalam bidang bersesuaian tidak kurang dari 3 tahun.

     

                                                                                 ATAU
     
    iii)     Berkhidmat dengan di Jabatan Peguam Negara sebagai Kerani Pendaftaran atau jawatan
             bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam jawatan bersesuaian dalam
             tanggagaji D.1 tidak kurang dari 5 tahun.

     
                                                                                ATAU
     
    iv)    Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Kerani Pendaftaran atau jawatan bersesuaian dalam
            tanggagaji D.3 tidak kurang dari 4 tahun atau dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak
            kurang dari  6 tahun.

     

  2. Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan atau disepanjang perkhidmatannya bagi yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KERANI PENDAFTARAN KANAN :

 

  1. Menyemak dokumen-dokumen yang diterima daripada pelanggan untuk failing.
     

  2. Mempastikan peruntukan Akta-Akta Syarikat/Nama-Nama Perniagaan/Tanda-Tanda Perniagaan dipatuhi.
     

  3. Menyediakan rang jawapan surat-surat pelanggan/Syarikat/Jabatan-Jabatan Kerajaan.

 

<< Atas

 

 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 4

 

 

PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 2

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)


<< Atas